It's Aida4eva

The common life of a homosapiens.

Showing posts with label eksiden. Show all posts
Showing posts with label eksiden. Show all posts

Thursday, November 22, 2012

Review dermatix pada parut timbul



Salam semua.

dulu dah buat review mederma ---> LINK

dan dah buat jugak review kulit kayu manis -----> LINK

pada parut eksiden teruk setahun lepas pada pipi aku yang ni -------> LINK

(boleh right clik dan open new tab je pada LINK berkenaan) 

sekarang masanya untuk dermatix.

ramai yang tanya berkesankah guna dermatix?

tak perlu cakap banyak. sat aku tempek gambar hangpa semua tengok na~

dermatix ni apa?

dermatixs ni macam ubat jerawat yg korang tempek kat jerawat tu.

tapiiiii~ yang ni : 
tak berminyak
tak melekit macam mederma
cepat meresap dalam kulit

yang paling best, boleh pakai sebelum pakai bedak or foundation.
ala2 concealer berubat. heee~
kalau beli, mmg ada buku panduan dalam tu dan dia akan ajar mcm mn cara nak guna.
terbaikkkk! :)


parut merosakkan kejelitaan?

sentaphatimaknakkk!
*nangis belakang almari*
T_____T

ni gambar sebelum guna dermatix iaitu paling tepat, setelah 4 bulan tragedi guna kulit kayu manis.
lepas recover dari gemembung hitam tu, aku mcm trauma nak pakai apa2..
tapi ini hati aku mcm tergerak nak try..


ni masa praktikal bulan 8. masa tengah2 bulan ramadhan dulu..masa tu baru nak pakai

kengkonon dah dekat raya baru timbul kesedaran nak pakai. padahal raya dh nk dekat.
T__T


yang ni selepas sebulan aku pakai.
alhamdulillah nampak kurang. sedara mara masa raya pun tegur kata dah kurang nampak..
seronok sikit hati den :)

walaupun mahal mende alah kecik tu, tapi puas hati. takpaaa :D

ada packing 10g dan 15g kot tak silap..kecik gila 10g tu. harga tak jauh beza sangat.
aku beli 15g ni dalam RM59 or RM69..
tapi tahan lama tak pa..skrg pn xabis2 lagi. huuuu~
tapi cuti ni lupa bawak balik kampung. tertinggal kat KL. 
*tepuk dahi*


 p/s : cuba selagi terdaya :)


Wednesday, October 31, 2012

Review penggunaan Kulit kayu manis untuk parut di muka



Salam Semua. 

Seperti mana yang semua maklum yg aku penah eksiden setahun lepas dalam ENTRI INI,

aku ada parut yang tersergam indah di pipi kananku.


alhamdulillah banyak sangat2 kurang.

tapi lepas stop pakai mederma, dalam awal tahun hari tu,
aku ingat nak guna cara tradisional iaitu guna...

KULIT KAYU MANIS!


yeahhh..ramai jugak yang sarankan aku untuk guna kulit kayu manis ni.

Cara dia :

tumbuk / asah kulit kayu manis ni sehingga menjadi serbuk macam gambar atas tu..
kemudian campurkan sedikit air pada serbuk sehingga jadi macam pes.
dan pes tu tmpek pada parut yang ada.
dalam 15 minit, cuci hingga bersih.

AMARAN : jgn biarkan pek ni semalaman pada parut kalau rasa xnak muka melecur.
T___T

AMARAN : sangat panas dan sangat pedih guna ni.

dah rasa panas n pedih tu aku ingat berkesan lah. 
so aku letakk je..aku try ni dalam 2 minggu kot.
selalunya aku tunggu sampai kering dan terus je basuh.
merah tetap merah. macam melecur pun ada.
nak bagi sejuk, pakai pulak bedak sejuk.
tapi parut bertambah hitam!!
T___T
tapi hari terakhir kejadian tu, aku nak try pakai semalaman.
masa ni yg aku baca2 kat internet, mmg xde amaran kata jgn pakai semalaman.
sebab apa aku pakai semalaman? sbab aku rasa macam klu pakai lagi lama, lg ok kottttt!
memang merah dan rasa panas. tapi dalam hati tu aku pikir.

Haaa..mesti lepas ni parut tu tertanggal

pppffffttttttttttt!!!!!
T______T


Tahukah anda, bangun2 pagi tu, aku dah xdpt rasa pipi aku.
mengelembung mcm melecur kawasan yg aku tempek pes tu.
dan parut mcm itam sangat.

menyesal pun tak guna. aku tuam dengan aisssss je.
padan muka aku ye dakk..
tradisional konon. ppffft diri sendiri.

sobs. tapi apa kan daya, aku pergi jugak kelas dan balik tu kebeetulan kwn ajk mkn sushi king.
dgn berpipi merah mengelembung, aku pun pegi.

tarikh gambar : bulan februari 2012
masa ni baru2 lepas hari sukan. so kulit ala-ala manja hitam manis. pffft

ok nampak tak betapa merah dan mengelembungnya parut aku tu??
haih. mungkin kalian tak nampak..tapi aku nampakkkkk!
T____T

dan hasil selepas seminggu mengelembung tu surut dan habis mengelupas kulit aku tu, yaaa..parut jadi hitam.
terima kasih kulit kayu manis.
saya taknak pandang awak lagi. 
T______T

*makcik aku kata kulit kayu manis ni memang elok tapi kalau untuk parut demam campak atau jerawat je lah. cara dia dah jadi serbuk, gosok je kat parut tu dengan serbuk tu.*

Sekian review saya untuk kali ini. tsk tsk tsk~~


P/s : kisah ni dah lama, bulan februari dulu ni, tapi disebabkan makin byk kerja, aku terlupa. xpe. lepas ni aku buat review dermatixs pula yaaaa!

Monday, December 19, 2011

cara menghilangkan parut. krim yang berkesan. (selain bio-oil) {gambar parut kemalangan}.

salam semua!
awal bulan 3 tahun ni dulu aku penah kemalangan yang agak serius kan?
muka pun agak teruk berparut. 
rujuk entri ni : SINI
tak pernah lagi aku reveal muka berparut teruk dalam blog. haha
atas dasar nak share something yang berguna ni, aku boh. 
tapi korang jangan ngigau malam kang dah la ye.

 gambar atas ni lepas empat hari kejadian berlaku. kulit mati sana sini, pipi kanan yang terhantuk itu membengkak dan membesar dengan jayanya. berat btl pipi kanan tu. seyesli.

 hari keempat tu jugak baru pegi klinik cuci luka.
nyesal tak pegi klinik awal. doktor klinik tanya kenapa tak jahit?
aku ingat lagi masa masuk dewan bedah time eksiden tu, doktor situ kata takyah jahit, gam je.
in the end, jadi cam ni lah. terbelah sana sini.
T______T

nasihat aku : lebih baik jahit daripada gam luka apa2 sebab gam akan membuatkan parut anda hitam.

cukup dua minggu luka tu dah kering semua, dah tak payah pegi dressing hari-hari dekat klinik, aku start pakai krim ni.

 gambar ni hari ke 16. (akhir bulan 3)
iaitu hari aku berPBS dekat sekolah di Sg. Besar. malunya!
nampak sangat merah dan timbul-timbul parutnya. sobsob~ 

 awal bulan 4.
parut-parut kecil mula pudar.  
dah boleh tangkap gambar senyum walaupun masih jelas parut yang lain.

akhir bulan 4
parut-parut yang lain dah hilang. kulit dah sekata. parut pun tak timbul lagi.

awal bulan 6.
parut tinggal segaris je. itupun yang bekas gam. parut jahit tak jelas dah.
senyum pun dah semakin yakin!
haha. dah macam iklan pulak! *poyo*

 aku pakai krim ni lah!
MEDERMA.
kat mana-mana farmasi pun ada.
seriously best. sebab aku dah guna n percaya dia memang berkesan. tapi kena la rajin sapu.
doktor yang rekemen benda ni. mula-mula pakai kat tempat parut tu gatal gilos. tapi mama kata yang gatal tu la bagus sebab dia macam rawat luka tu dari luar. lepas dua tiga ari, tak gatal dah.

ramai orang bising guna bio-oil. guna bio-oil, tapi aku try krim ni lagi bagus sebab kat area muka kan berminyak, tambah-tambah dengan sakit-sakit , tu yang malas nak tempek minyak kat muka.

tapi tak pe..pas ni untuk parut kena Lintah Laut ni, aku try guna Bio-oil ye..
nanti aku bagitaw korang ape kesannya. 

di samping tu, aku makan Vitamin E cap Natopherol 400 I.U ni dengan jayanya selama 4 bulan.
alhamdulillah nampak perubahan pada kulit dan kulit mudah sembuh dan lagi halus. *konon*

Allah s.w.t tidak akan memberi dugaan kepada seseorang umatnya melainkan umat itu mampu menanggungnya. jadi, apa saja dugaan yang tiba, terimalah dengan hati yang redha. insyaallah.
 p/s : kejap je dah 10 bulan berlalu lepas eksiden tu :)


UPDATE (klik tajuk dibawah) :

Review penggunaan Kulit kayu manis untuk parut di muka


Monday, August 8, 2011

aku diragut oleh lelaki melayu yang tak pegi terawih



salam semua.
rindu plak rasanya dekat blog. tapi agak sibuk sekarang ni dengan asignment sebelum berPBS kat sekolah sebelum raya nanti. *tabah aida! tabah!*

peristiwa aku diragut ni malam sabtu hari tu.

lepas isyak tu balik dari rumah mama dekat gombak, time on the way nak balik cheras.
masa nak masuk susur jalan masuk ke KL dekat bulatan batu caves tu, tiba-tiba motor aku dihampiri oleh motor ex5 warna merah. penunggangnya lelaki melayu. aku ingat tak la ada ape-ape..mungkin dia tersalah ambil lajak ke. tapi tiba-tiba tangan dia mengambil sesuatu dalam raga motor aku.

terkejut woi!
terus je peragut tu berdesup laju masuk bulatan. moto tu dah siap cabut no. plat.
time tu dah la jalan sesak. penuh dengan kereta.
silap-silap kang aku yang jatuh. baru aku teringat apa yang ada dalam raga motor aku tu.
beg berisi baju hujan.
alhamdulillah bukan barang berharga sebab semua barang macam laptop, domper semua aku letak dalam beg galas.
tapi still rasa ralat sebab cuai letak barang dalam raga.

dalam masa yang sama, aku bersyukur jugak peragut tu tak tendang or tolak motor yang aku naik tu.
alhamdulillah tak de kecederaan yang berlaku.
haih.
ralat sungguh.
bulan-bulan puasa ni pun nak meragut. tak puasa la tu.
maybe dia ingat aku letak dompet kot dalam beg tu.
*terlepas jugak sekor setan *
amarah sungguh.


peringatan dari aku, jangan la letak apa-apa barang dalam raga tu.
jangan jadikan anda sasaran peragut. beg tu jangan la pakai di tepi bahu.
seelok-eloknya pakai je la beg sandang. lebih selamat.
*terkena batang hidung sendiri*
  


p/s : alhamdulillah allah masih beri peluang untuk hidup. aminn

Monday, April 18, 2011

muka aku ganas lah. ade plak muka tomboy,



ciskek.
lepas 3 minggu cuti n tak jumpa budak-budak kelas hari tu,
berkerumun dorang tengok 'bekas jahit' kenangan TERINDAH ekciden teruk tu. 
ade yang kata aku ni macam jack sparrow lah. pirates lah. ceti lah,


tak same pung.

dia tak de parut-parut macam sarip dol, tak ganas.

ha..yang ni ganas. parut tu...
erk.lebih kurang! malu lah pulak.
harap-harap itu bukan parut kekal. *nanges*

namun begitu, ade pulak yang kata 
'aida, macam tomboy lah pulak muka kau berparut gini'.
cissssss~ 
muka ganas-ganas sopan ni mana ada muka tomboy lah.

T_______T 

sampai ati taw. sentap ati mak! 

Thursday, March 10, 2011

di kala kilat sabung-menyabung, lagi rasa sakit usinn.



salam semua.
aku masih sakit lagi. muka dah macam belon air ni. kembang je.
klakar pun ade tengok muka sendiri macam ni,
sangat tidak cool ye kawan-kawan.

seronok rasa bila ramai yang komen bagi semangat, pada entri lepas. 
tak sempat baca?>KLIK SINI <
mereka doakan aku cepat sembuh,
aku amat hargainya. pecah rekod tu dengan 59 komen.
terasa macam aku warded dekat hospital dan berduyun-duyun orang melawat.
TERIMA KASIH KALIAN!!
terharu la gini nak nanges lagi voley?
belum tambah lagi kawan-kawan yang tak putus-putus komen di FB, 
mesej di henpon murahan aku tu,
rasa sangat terharu ye hati kecil ini. eh. kecil ke ke?  

hurm. tapi....
hajat hati yang tak nak muka jahit-jahit macam sarip dol gengster kampung tu tak kesampaian,
malam tadi, mama tersayang bawak aku pegi klinik untuk cuci luka.
bila cuci tu teramat lah sakit.  bila dah bukak semua, doktor detect yang luka tak digam dengan sempurna dan ia terbuka semula.
=.=*
jadi doktor sarankan aku jahit. dengan lelehan air mata berbaldi-baldi, aku setuju sebab dah teruk sangat doktor tu cakap.

  

 bayangkan muka aku yang macam bantal tu jadi macam muka ahli gusti yang berjahit2 ni?


oh tidakkkkk~ 
banyak jugak jahit tu. dekat 20 jahitan lebih. lebih kurang gambar atas ni la. 
tpi dekat idung tak de.ade dekat pipi dan seangkatan dengan nye.
doktor tu ingat dia jahit bantal agaknye main tekan je pipi belon air aku ni. -_- 

betul kata usop. bila kilat sabung-menyabung, lagi rasa sakit. (T__T) 
   

Tuesday, March 8, 2011

first time ekciden teruk sampai naik ambulan. T____T



salam.
sambil ksakitan aku ketuk2 keyboard ni.
first time dalam 5 tahun bawak moto ni aku eksiden.
petang ahad, on da way aku nak balik ke rumah sewa,
ntah macam mana aku bley eksiden. masa tu hujan. 
turun dari bukit tak de la laju, bila nampak lampu uning, aku slow and tarik break. 
tapi macam gayat je break tak makan.

aku pun tekan kuat lagi, sedar-sedar, bukak je mata, aku nampak tayar kereta sejengkal dari muka aku.
aku cakap dalam hati, cepat la terjaga. ingatkan mimpi :(

rupa-rupanya, aku ada dekat bawah kereta MPV putih. cis. bukan mimpi rupanya.
tiba2 ade polis trafik datang soh aku duduk di bahu jalan.
aku cakap tak pe la. nak balik rumah dah. tapi dia kata tak yah,dia dah call ambulans.
aku pelik, kena kena panggil ambulans.
aku tengok diri aku dekat cermin sisi moto.
=.=*
ya allah. penuh muka dengan darah.
lepas ambulan sampai, aku pun pegi la wad kecemasan HKL,
bagi-bagi IC, kaunter mintak seringgit, cuak aku.
ade ke aku seringgit ni? macam mana kalau tak de seringgit??
dia akan soh balik je ke???tak sangka aku tengah-tengah kecemasan pun boleh mintak seringgit.

doktor cakap muka aku luka akibat visor helmet yang pecah,
visor tu cucuk muka aku.
cis, makan tuan ye kau helmet
sesungguhnya aku tengah sakit sekrang. muka bengkak dengan luka bagai.
kuatkah aku tiap-tiap kali aku tengok cermin, aku akan nangis??

orang kata, kalau pakai helmet ada visor bagus, tak masuk habuk,
tapi kalau pakai helmet yang ade visor, masa kemalangan akan jadi teruk.
mana satu korang pilih??

tengok helmet aku lepas eksiden  ni.


cuba fikir macam mana muka aku luka akibat tertusuk visor tu?
tak nak aku upload gambar, 
ade plak yang heart attack kang tengok muka aku yang dah mengalahkan k.limah 
(T____T)

dapat MC pun pling lama dapt sejarah hidup. seminggu bai. tapi tu pun tak cukup untuk muka aku pulih balik, dengan 5 6 jahit yang tak jadi, aku soh doc tu gam je. takut aku. ngalahkan sarip dol gengster kampung je muka parut-parut jahit.*nanges*


p/s: dah macam cerpen pulak entri kali ni. huhu. melayan kesakitan gamaknye. *nanges lagi*

update :


Review dermatix pada parut timbul

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...