It's Aida4eva

The common life of a homosapiens.

Showing posts with label makanan. Show all posts
Showing posts with label makanan. Show all posts

Monday, August 3, 2015

Krabi 4hari 3malam.


Salam semua!

Tibalah masanya nak cerita pasal hanimun bajet 2bulan lepas.
Teringin nak hanimun tapi rasa macam mahal? ahhh..kita set la sendiri..tak payah guna travel agensi yang memang kompom akan mark-up harga.

So kat sini la kami menginap sepanjang 4hari 3 malam kat Aonang, Krabi Thailand.
Aonang Orchid Resort.
Book thru expediaaaa..dum..dumm! hahaha..kalau yang tengok iklan kat TV taw la kenapa ada sound effect tu.

Personal review, hotel dekat dengan main attraction, jalan kaki je dah boleh jumpa kedai makan, pantai, ATM dan lain2..Just bilik kurang best! sebab dapat bilik menghadap jalan/belakang bangunan..request for honeymoon deco tapi mcm biasa je,aku expect lebih sgt kot! hahahaha. And better amek pool view. Pool besar n cantik! Aku dah reqquest, tapi kena tambah duit la pulakkk,..pe laa..hadap muka suami pon tenang jugaaaa~ gituwww~ hahaa


Kami ambik breakfast pakej. Ini sumpah best! tak payah nak cari bekpes pagi2 ntah mana-mana. Turun je bawah, pilih je nak makan ape. Semua HALAL!

Hotel ni aku ambik mainly sebab ada makanan halal.Best ada makanan berat n ringan. Haha..roti,dessert,buah,nasi,telur cheese, nasi air dll!
Nasi air dia sedap oi! Taklupa telur cheese panas2 dia.fuuhhhhh best!!

 FYI, Pekerja hotel ni tak berapa pandai cakap omputih.
Macam cakap ayam n itik u knowww. Iron xde, Aku mintak Iron dia jawab, 'Broken, kap'. 'No, kap'.
Ishhh,,geram pulak aku kap-kap-kap ni. Nasib baik baju2 n tudung2 tak perlu sgt iron. HAHA



So tentatif kami ialah :

Naik flight AirAsia kol 4.30 ptg. Sampai je airport dlm kol 6ptg, naik bas pegi hotel. Penat n lama sikit tapi murah! hahaha..2 orang 300 baht je. kalau naik Van or teksi private sorang dekat 250baht taw. Jimat sket tang tu, Sampai hotel pon dah hampir kol 7ptang. Bas tu turunkan betul2 kat hotel. Dah settle check in semua,mnd2 n rehat2. Pegi makan area hotel, then jumpa la tempat booking utk aktiviti esok. Kami book elephant treckking,emerald pool & hotspring dengan 1000baht sorang sekali lunch. Murah maybe sebab time tu low-season. Orang tak ramai sangat.
 
Atas ni gambar kami kat Emerald pool. Cantiknyalah! Tapi nak jalan ke sini pon jauh gak lbih kurang 2km. hahah.

Kat kiri ni kami ke Elephant treckking. Naik je la gajah tu. golek2 pusing satu hutan. HAHA.
Guide masa ni best! dia tak naik pon atas gajah. Dia bagi arahan dari bawah je. pastu tolong amek beribu gambo shacking. HAHA.

Dah pusing2 dalam 30-45minit, masuk dalam air plak dia mandi. SO kami pon mandi la sekali dia. KAH!
Sebelum turun, guider mintak tip. ceit.ingat ikhlas :p


Nak share kat korang kedai makan super best, murah, sedap n ada WIFI n AIRCOND! HAHA. dekat 3 kali makan dekat kedai ni.

Nama kedai ni Cucumber Restaurant. Betul2 depan hotel aku ni. Takde la depan betul2, depan n selang 2-3 kedai :P

Pancake dia sedap oiiii! Green Curry, tomyam, somtham. THORBAIK! yang paling terbaik n buat aku terliur2 sampai sekarang PULUT MANGGA!! alahai sedap gilossssss!!




Ni antara makanan yang korang MESTI CUBA bila kat KRABI or AONANG.

Coconut icecream makan kat pasar malam Krabi. Sedapnya sumpah!
Banana Nutella pancake kat cucumber restoran atas ni. kat pasar malam pon tak best macam kedai ni.

Tapi nak diingatkan, makanan sana memang mahal dik nonnnn! sekali makan je dah 550++ baht untuk 2 orang. Duit kita tu dah dekat 60ringgit la.

Nasi goreng pon dekat 10 ringgit. T____T
Syukur Malaysia masih amannn. t____t



Yang ni scene paling best. Bercinta kat pulau. haha. Post wedding katanya. Auummm! haha

Abis post wedding ni, maka tenang la hati jemah. Rancang hal-hal kawen dari dulu.

Dari majlis bertunang-nikah-kawen-hanimun plus post wedding. 

Phewwww! I'm a happy married women.

Gitewwwww.

Okeh sebelum aku melalut, ni total expenses kami berdua ketika kat Krabi haritu.

Day 1 : (tiba +check in hotel)
300 baht -airport transfer + 2000baht - pakej elephant/emerald pool.+ 575 baht dinner at aonangthai seafood (nasi goreng+tom kha soup+nasi kosong+ air semua utk 2orang) .+ 280 baht baju i <3 krabi.="" p="">

Day 2 : (emerald pool/elephant treck + Krabi Night market)
130 baht -selipar (suami i takut selipar dia rosak,so beli baru. Nasib baik beli gak sbb aktiviti lasak) + 120 tip for guider elephant + 20 baht coconut icecream + 240 baht (tuk-tuk untuk ke Krabi night market untuk 2orang) + 2500baht (sourvenier untuk both family&friends) + 70 baht (pancake & keropok) + 490 baht (makan di cucumber restaurant. SEDAP!berbaloi~)

day 3: (island hoping +leisure time)
1460 baht (hong island) + 638baht (lunch di lacasa restaurant. Takdap sgt) + 250baht (dinner di cucumber lagi)

day 4 : (balik Malaysia laaa)
300 baht (airport transfer dari hotel ke airport naik van.selesa dr naik bas. harga sama! haha..beli tiket kat area hotel) 

SELESAI. total belanja kat sana untuk aktiviti, makan, souvenier n airport transfer dalam 13000baht. dalam RM1500 la. tu untuk 2 orang. 

Diingatkan tiket flight n hotel lain. untuk 2 orang tak sampai 1000. dalam 900 gitu. haaa..total semuaaa dalam RM2500 ok la kan. 

Still dalam bajet gituuu..nak jalan jauh maybe setahun sekali je. Sekali sekala yedakkk nak hepihepi lakibini. haha.

Aku dah gatal tangan nak ajak somi berjalan kat mana plak pas ni. Maldives? Bali? Boracay? Korea? Jepun?? hahaha, Makaaaa, marilah kita menabunggg~! 


Till then, XOXO. Gituuuu!

Wednesday, March 20, 2013

BBQ Land. Steamboat area kuang



Salam semua!
ini sudah sebulan punya cerita.
disebabkan sibuk, terpaksa tangguh. haih.






tak banyak sangat pilihan berbanding seoul garden atau steamboat malaya, sri gombak.
T____T

dina je yg seronok main salji.
katanyaaaaa. -_-"





ok ok. murah itu harga. tapi dr kl nk ke kuang untuk ini dirasakan tidak berbaloi.
baik pergi makan dekat steamboat area KL.
cucuk-cucuk kat downtown pun ok. dpt la sorg 22 cucuk. bleerrgghhhhh~

komplen tetap komplen..makanan tetap abiskan. haha


masuk JJCM?
erm. not recommended.

sekian.

siapa kata herbalifer tak boleh makan semua ni?
ape susah,, teamix ada, tc formula ade, aloevera ada.

lemak tak sempat nak melekat dah kena tendang. 
haha.

nak tau lebih lanjut? PM me :)


Thursday, December 13, 2012

Kepentingan minum air kosong kepada badan/ Tips minum air banyak


Assalammualaikum,

baru lepas tengok bola? geram? sabarrrr~
tak de rezeki tu..
pi minum air..
minum air pn dapat meredakan kemarahan. 
hehe


Badan manusia mengandungi 75% air. Penting taw untuk kita minum air secukupnya. FAKTA : sehari kita kehilangan 1.7 liter air melalui pernafasan, perpeluhan,  dan proses penghapusan. 

jadi, air ini perlu di ganti ! Jika tak, kita akan mengalami masalah seperti keletihan, kulit kering, sakit kepala/migrain, kekejangan,sembelit, tekanan darah tidak stabil dan masalah buah pinggang. 

Sebenarnya badan kita terhidrat lebih daripada 20% .


Berapakah kandungan air dalam badan anda?


berapa gelas air yang anda minum setiap hari?
Jika korang lihat gambarajah di atas, korang akan faham bagaimana dan di mana air digunakan dalam badan kita. Bayangkan70% daripada paru-paru kita terdiri daripada air, tidak mustahil kebanyakan orang yang menderita penyakit kepala tidak meminum ar yang secukupnya.

kulit pun terdiri daripada 80% air, sebab tu sapa yang kurang minum air, kulit mudah kering. dan ada masalah mengelupas and all that. minum air banyak boleh jadikan kulit kita muda remaja dan lembutttttt jeeee tawwww. *propa sangat*.
hehe
Dalam proses menurunkan berat badan dengan menggunakan Herbalife, aku minum sekurang-kurangnya 4 liter air.  
Korang pula bagaimana? jangan lupa ye..
setiap 25kg berat kita, anda perlukan satu liter air..

contoh : seorang yang berat 50kg perlukan 2 Liter air.

dan bagi proses penurunan berat badan, korang kena double air tu.
maknanya, seorang berat 50kg yang nak turun berat badan, dia kena minum 4Liter air.
tak susahhh..minum je kan :)

bukan maksud aku sekali teguk tu kena 4 Liter!
haih.
korang target macam ni..sebotol air 1L ada je dgn korang setiap masa..
target dari bangun tido je smpai kol 10pg, dah abis satu liter.
isi lagi air penuh2 botol tuuu~
pastu kol 11pg smp kol 3ptg, dah abis lagi satu liter..
isi lagi air penuh2 botol tuuu~
kol 3ptg smpai pukul 7ptg, abis lagi satu liter.
isi lagi air penuh2 botol tuuu~
dan untuk liter terakhir dari pukul 8malam smpai lah pukul 12tghmlm.
haaaa~
kan cukup 4 Liter..
pandai2 la budget yaaa
:) 

dan sebenarnya, minum air yang banyak dapat mengurangkan perut yang buncit.
jangan ingat kita minum air banyak ni perut lagi buncit.

sebab kan, bila banyak minum air, bermaknan kerap lah korang ke tandas.
dan itu bagus untuk proses mencuci usus dan toksik dalam badan.
insyaAllah..

:)


p/s : mula2 memang susah nak minum air banyak2..lama2, ok jeeee :)

Monday, November 26, 2012

Review Saba Restaurant, Setiawangsa. Nasi Arab di Kuala Lumpur


Salam Semua!

bertemu lagi dalam sesi makan-makan!

kali ni di Saba Restaurant, lokasi betul2 depan LRT Setiawangsa.
tingkat 1 dan 2 Dataran Setiawangsa.
Seperti biasa makanan ditaja oleh mama terchentaaa!
ehemmm 
:)


tengok full dish kami!
2 pinggan large Khabsah Chicken and lamb.

Harga Large :
Khabsah Chicken : RM 15
Khabsah Lamb : RM 25

tapi 5 orang makan tak habis.
rasanya order 1 pinggan large je pun dah cukup untuk semua.
Ada roti arab pakej dgn kuah dia,
kebab ayam, 
memang sedap nyumnyummnyummmm!

yang paling best, makanan banyak-banyak ni,
dengan kemudahan n suasana yang selesa ni,
kesemuanya berharga RM100 sahaja!

not bad! sangat kenyang dan sangat sedap!
recommended baq hang! 
:)


Kebab ayam. 
aku rasa ini lagi sedap dari kebab ayam yang aku makan kat Hadramawth ari tu ---> LINK


ni daging untuk dimakan dengan roti di bawah.
sangat sedap!


roti ni kenyal2..sangat best kunyah2 dengan kuah tu.
nomnomnom

sebenarnya mintak air Barbican Pineapple.
tapi dapat ini. janji Halal lan toyyiba~
boleh tahan juga!




tisu pun nak masuk gambar jugakk~
haha

terima kasih tokey!



jemput ngap!
tak habis makan ni, siap bungkus bawak balik.
haha. nak tinggal je rasa membazir.
esoknya boleh makan lagi :)



pandangan luar..Tingkat 2.
makan di Tingkat 2 lagi best dari tingkat 1.
sebab tinggi dan selesa. tak ramai sangat orang.

BTW, Saba Restaurant ni dah ada buat delivery service taw!
area setiawangsa n wangsa maju je lah kot.
lupa tanya! ampunnnnn :) 
T_____T

03-4251 2592
Open Hours : opens from noon to midnight daily and from 2.30pm to midnight on Friday.
Arabic food
takpe, pegi je try makan kat situ ye..
ramai gak yg kata Saba Restaurant kat Setiawangsa ni lagi better service and food dia berbanding cawangan dia kat Cyberjaya tu.
 Waallahu a'lam.


p/s : makan selagi ada selera. tapi haruslah kita berjaga-jaga yaaa makan tu! :) jangan berminyak sangat, jangan manis sangat, jangan lah masin sangat pula. bahaya taw untuk kesihatan.



Monday, July 9, 2012

Kedai makan sedap di kampung baru, kuala lumpur.


Salam semua!
kembali ke segmen makan makan gemok gemok.
haha.
kelas kau jahhh~

lokasi : Suraya Seafood Kg baru.

somtam sedap!


bahagian depan kedai ada macam2 buah untuk rojak dan somtam.



ni untuk pulut mangga. terbaik dari ladang!
sedap rupanyaaaa. first time aku makan ni haaa~

daging salai.
peeehhhh~ meletup habaq hang!
ni semua pembuka selera..bawah ni dah start makan secara serius :)


nyammmm~
siakap 3 rasa
kailan ikan masin
sup campur
tomyam campur


burrrpppp~ alhamdulillahhhh


kedai ni depan Noor Arfa batik.
senang je nak cari.
*muka yakin*


sign board kedai.
sedap makanan kat kedai ni..
murah pun murah.
makanan semua ni dari start pembuka selera smpai ke pencuci mulut,
rm89 je..makan boleh 5 orang.
sedappppp pun sedappppp :)

Monday, July 2, 2012

suka makan tempoyak?cara-cara membuat tempoyak ekspress

Salam semua!

musim durian kan skrg ni?

meh tengok proses membuat tempoyak..
haha..beginilah caranya..

ramas-ramas isi durian tu smpai lumat. 
pastu simpan dalam bekas.
jangan lupa biji tu diasingkan.
dan biji tu boleh la dibuang.
tak nak buang pun takpe..
boleh buat main batu seremban.
haha

siap la tempoyak ni! 

haha..




lokasi : felda sg. klah

p/s : sambal tempoyak adalah mantap! gulai tempoyak ikan patin? perrghhhh! sedap!

Monday, June 25, 2012

Burger Bakarrrrrr~ yum yum~


salam semua..
dah penah rasa burger bakar?




gedabak aku bagi..haha

sedap! ni dekat prima sri gombak.
lazatttt! lokasi berhadapan restoran Had's.


 
dalam restoren Had's ni pun sedap gak makanan dia.
pinggan punya la besar. tengok dina nmpak mcm kecik nau dah :P



ni sesi interview artis.
artis mana ni? dalam entri ni ---> SINI


p/s : kalori oh kalori~

Tuesday, June 19, 2012

Berlaku zalim di Secret Recipe


salam semua!


sila lihat gambar..dapat kesan tak apa yang zalim?

maksud zalim ialah meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.

ok dah bagi hint.
nampak x?

haihh..mesti tak faham.

nak tanya, oblong or burger ada jual dekat SG x?
xde kan..
boleh ke makan makanan luar dlm SG?
xboleh kan.

haha.
zalim letewwww~!


p/s : hidup kena slumber~

Sunday, June 10, 2012

Penang Rocks~! ini adalah entri byk gmbar.

salam semua!
its girlfriends time!
penang here we come :)

dah lama xnaik feri ni. last masa aku tadika kot
T_T

turun2 feri je, trus ke KAPITAN nasi briyani.
aku makan ''Chicken Briyani Claypot'
amek kau ayam 2 ketul besar tu.
RM8.60

not baddd~


sementara nak menuju ke bukit bendera, merewang sekejap ke kebun bunga.
*sebenarnya sesat*
HAHA

pekena air kelapa sebentar.
hmmm.
don't get konfius.
si tudung kelabu dan ungu itu memang kembar.
so muka adalah sama. sekian :D


kami dah berkawan lebih 10 tahun.
:)


ok dah sampai bukit bendera :)

bukit bendera ni dekat air hitam tawww :)



sila lah masuk rumah baru kami.
kelas u alls :)

lorong gelap menuju ke masjid tapi disebabkan tiada orang lalu,
maka kami sempat berbaring dan bergambar.
*___*

ada muzium burung hantu. atas nih.


disebabkan muzium ni dah tutup pukul 6,
maka kami sambung pula jadi hantu di situ.
eh
*amboi muluttt*

gilo sekejap.
orang lain punya la ayu, aku pulak jadi hyperaktif.
HAHA
tak pernah2 aku bergambar macam ni.
mungkin berada di sekeliling bestie yang dah kenal lebih 10 tahun,
aku jadi selesa dan menjadi diri sendiri.
*errrr*

night view dia paling best!

even atas Bukit ampang lebih cantik, (ENTRI INI)
tapi bukit ampang tak de kereta kabel.
hihi.

p/s : terima kasih kepada ain, noni dan yan sebab spend masa yg berharga macam ni dan belanja macam-macam. may we still friend till jannah. i do love you guys because of allah. :)






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...