It's Aida4eva

The common life of a homosapiens.

Thursday, January 10, 2013

Herbalife sokong israel?



Untuk pengetahuan semua, Herbalife sekarang berada di 88 buah negara dengan ibu pejabat berada di US. Herbalife Malaysia HQ berada di KL di Plaza See Hoy Chan. Setiap negara ada Herbalife mereka masing-masing. Di Israel, juga ada cawangan Herbalife. Maklumlah, orang Israel pun nak sihat jugak. 



Gambar kat atas ni, hanya Herbalife Israel yang taja, tiada kaitan dengan Herbalife Malaysia mahupun Herbalife seluruh dunia. Contohnya di Malaysia kita taja atlet seperti Azizul Hasni Awang dan 4 atlet lain lagi dan yang menajanya adalah Herbalife Malaysia (LINK). Daripada mana Herbalife Malaysia dapat duit untuk menaja atlet-atlet ini? Sudah pasti dari jualan di Malaysia. Bukannya Herbalife Indonesia, Herbalife Brazil mahupun Mexico. Atau Herbalife di 88 buah negara lain. Sudah pasti mereka menaja atlet di negara mereka.

Dan anda boleh cari sendiri di Internet, banyak lagi atlet-atlet yang mendapat tajaan Herbalife. Ratusan termasuk Messi yang jadi pemain terbaik dunia untuk 4 kali berturut-turut. 

Sememangnya jelas, produk Herbalife bukannya produk dari Israel ataupun company Herbalife ditubuhkan di Israel (Herbalife Israel pun dibuka negara ke puluh-puluh dalam sejarah 88 buah negara). Malahan tiada sebarang kilang pemprosesan, pembungkusan, penanaman, penyelidikan pun ada di Israel. Mereka dapatkan produk terus dari US. Disebabkan ada permintaan di Israel, Herbalife buka cawangannya disana.

Nasihat saya kepada sesetengah pihak yang cuba nak kaitkan Herbalife dengan Israel, jangan sebarkan fitnah, dosa berganda-ganda jadinya. Jika tak tahu, tanya kepada yang tahu.

Jika mahu dapatkan kepastian, boleh layari website ini yang memaparkan produk barangan Israel yang kita harus boikot dan Herbalife memang tak tersenarai di URL  http://www.inminds.com/boycott-brands.html

ada sebarang pertanyaa, boleh ajukan kepada saya di ruangan komen. semoga kita boleh berdiskusi dengan ilmiah. 

p/s : kesemua tulisan diatas adalah dari sumber : http://joegrimjow.blogspot.com/


3 comments:

Anonymous said...

Greetings! This is my first visit to your blog!

We are a team of volunteers and starting a new project in
a community in the same niche. Your blog provided us valuable information to work on.
You have done a marvellous job!
Feel free to visit my page - Useful Source

mvp_dina13 said...

tepi sket..

ohh gitu cite ny.
jd herbalife sni sme mcm others - mcd, sb, kotex la kn? both r chain company/holding ?
jd lps ni blh la mkn/beli dorg? !

Unknown said...

salam. sy nak minta izin share ur blog.tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...