It's Aida4eva

The common life of a homosapiens.

Friday, June 17, 2011

Air Barbican Sah Halal


salam readers, silend readers, stalker and hackers.
oh.hacker xmo lah :P
merujuk pada tajuk di atas, ececey...
sebelum tu, sila rujuk entri aku yang sebelum ni kat bawah ni yang kata air ni haram.

hari ni dah ada sijil sah dari UKM yang sahkan air ni halal. cuma tunggu cop halal Jakim je.

sumber sini : KOSMO 

-------------------------------------------



KUALA LUMPUR – Keputusan ujian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan sebuah makmal swasta di sini mendapati minuman jenama Barbican bebas daripada elemen alkohol.

Pengarah Suria Wholesaler Sdn. Bhd., Ahmad Al Yateem berkata, laporan itu diterima pada 7 Jun selepas syarikat itu menghantar sampel minuman edaran pihaknya ke UKM pada 1 Jun lalu.

“Perkembangan positif ini membuktikan Barbican bebas alkohol dan selamat diminum oleh pengguna beragama Islam.

“Saya harap orang ramai terutama pengguna yang beragama Islam tidak perlu bimbang lagi untuk meminum Barbican,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Media sebelum ini melaporkan, syarikat tersebut menjadi syarikat kedua selepas Malaysia Iranian Corporation Sdn. Bhd. yang tampil menegaskan bahawa produk edaran mereka bebas alkohol dan boleh diminum oleh pengguna beragama Islam.
--------------------------

dulu aku menegaskan air ni haram jika kita was-was kan. tapi sekarang ni dah ada bukti, tak perlu was-was lagi. sila lah ke kedai arab jika teringin merasainya.
 (^____^)


6 comments:

Najlaa 'Aqilah said...

yeay. boleh minum lagii :D thanks share :))

ezy.fia said...

kejap haram kejap halal..
mmg pening..
tp dh ade bukti..
selamat diminom!
haha

aida4eva said...

Najlaa : selalu minum ek? sedap tak awak??huhu..samae2 :)

aida4eva said...

cik ezy: kan..tu la mslh kerajaan..huhu..sabo je lah

Mek Onie said...

mahal lah air ni, 5 hengget lebih, order sirap limau jela,kekekeke :D

aida4eva said...

meaw: mahal ke awak?huhu..kalau cm tu saya order horlick ais je lah ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...