It's Aida4eva Pengedar Herbalife Malaysia 0132858185
Nama/Name:
No. Telefon/Handphone Number :
Alamat email/Email Address:
Pekerjaan / Occupation :
Di mana anda tinggal/ Where do you live :
Pernahkah anda mendaftar sebagai ahli Herbalife dalam masa 2 tahun sebelum ini?/Have you register as a member of Herbalife in the past 2 years?
Pilih perkara yang anda inginkan di bawah./Are you interested in any of below? Menurunkan Berat Badan / Lose weight
Menaikkan Berat Badan / Gain weight
Meningkatkan Kesihatan / Improve Health
Meningkatkan Tenaga / Improve Energy
Mencantikkan kulit / Improve Skin
Menjana Pendapatan Tambahan / Earn Extra Income
Catatan@maklumat tambahan yang membolehkan saya untuk membantu anda/Extra information that can help me to guide you :

This online form was provided by Freedback.

makanan syubhah haram. air barbican. bir halal vs babi halal!
Wednesday, June 1, 2011 | 12:11 AM | 10 comments
salam.

“Makanan atau minuman disahkan halal jika terdapat kandungan alkohol tidak melebihi 0.01 peratus. Ulama bersepakat menetapkan jumlah alkohol dengan kuantiti itu kerana ia boleh terhasil dalam makanan dan minuman secara semula jadi."

dalam harian metro dari link ini,
menunjukkan dakwaan syarikat 'bir halal' itu bahawa kandungan alkohol cuma 0.01 peratus adalah tidak benar selepas ujian makmal mendapati kandungannya sebanyak 0.5 peratus. 

0.5 peratus pun dah haram ye. soalan ni la yang membuatkan aku satu salah satu soalan masa kuiz PNB perigkat kebangsaan dulu. kemain lagi aku kompiden jawab 0.5%. nehi he..kalau dah nama alkohol, sikit pun dah kira haram. 0.01% aja. itu pun sebab proses semulajadi.
kenapa aku sebut air barbican walau ada banyak lagi jenama air 'bir halal' di pasaran? sebabnya, yang tu lah paling fofular pun. bila tak de kenyataan mana yang betul-betul haram, jadinya, semua bir-bir halal itu otomatik menjadi syubhah. dan aku tak pasti bila ada bir halal disebut. boleh kah kita menghalalkan benda yang haram? matlamat tak menghalalkan cara ye tuan-tuan dan puan-puan. 

hal ni pulak berkait tentang halal dan haram dan sekaligus mengingatkan aku apabila penah terbaca pasal babi halal.
--------------------------------------------------------------------

oh. aku lupa linknya. tapi cerita tu mengenai seorang kristian yang suka sangat makan babi, dan bila dia masuk islam, dia bertekad untuk membela seekor babi dengan cara islam. maksudnya makanan yang dia bagi ialah makanan yang baik-baik dan sebagainya. 
sampai satu masa dia nak makan, dia panggil seorang ustaz untuk makan sekali.
'ustaz..babi halal ni' katanya.

ustaz tu pun jawab, 'kalau dah babi tu, babi jugakkkk'. *ok fine. aku tipu. aku lupa ustaz tu cakap apa tapi yang pasti maksud ayatnya lebih kurang macam tu tapi  dengan teguran yang lebih baik.
---------------------------------------------------------

sapa ingat link tolong bagitaw ye..nanti aku buh kredit :)

mengenai air barbican ni lagi. memang akhbar tak nyatakan air apa. tapi kalau kita dah was-was, sah-sah benda tu jadi haram. aku cakap ni sebab ramai sangat dah minum air ni. aku tengok botol ni pun dah takut. semacam je kan. ha. logo halal pun tak dak kat botol depa kata. aku tak taw la sebab aku tak penah minum pun.
tambahan lagi, aku pun tak paham kenapa akhbar tu tak tunjuk gambar untuk jelaskan air mana yang haram, semua diambil mudah je kan.

ada sumber mengatakan air barbican ni dah dapat cop halal tapi bukan dari jakim, dari pihak swasta. >LINK<
boley caya tak kalau cam tu??kenapa bukan jakim je kuarkan cop halal tu?? kena tunggu jakim kuarkan cop halal dari Jakim sendiri, barulah air tersebut tidak diragui oleh seluruh umat islam di Malaysia.


moral of the story, 

Firman Allah SWT. dalam surah Al-Baqarah ayat 172 :

Bermaksud: "Wahai orang yang beriman!, makanlah daripada benda-benda yang baik ( yang halal ) daripada apa yang telah Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika kamu benar-benar hanya beribadah kepada-Nya".


Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya perkara yang halal itu adalah sesuatu yang nyata dan demikian juga yang haram adalah nyata, (telah dijelaskan oIeh Allah dan Rasul-Nya) namun terdapat di antara kedua-duanya (halal dan haram) itu perkara yang kesamaran (syubhat) yang mana tidak diketahui oIeh ramai di kalangan manusia. Maka barangsiapa yang memelihara dirinya daripada mengambil perkara-perkara yang syubhat, maka terpeliharalah agamanya dan kehormatannya. Dan barangsiapa yang melibatkan diri pada perkara-perkara syubhat bererti ia melibatkan dirinya pada perkara yang haram".
 (Riwayat Bukhari)

p/s: nak tergelak baca sorang ni komen," Dah kata HARAM tu HARAM la..jgn jadi HARAM JADAH" kemain marah ye yob? haha. 

Older Post | Newer Post
Click Click ^.^


ContactUs Entries


Latest




Testimoni Saya, Pengedar Bebas Herbalife

Sila Jerit Sama-sama


Iklan Berbayar

free counter
Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!