It's Aida4eva

The common life of a homosapiens.

Thursday, April 14, 2011

Komuniti dan budaya Pekak. korang tergolong tak?



Salam kalian yang berbahgia di malam jumaat ini.
perbanyakkan amalan-amalan sunat di malam ini ye.
sama-sama mengingatkan..insyaallah (^_^)

Disebabkan esok ada ujian Bahasa Isyarat malaysia (BIM), aku rasa terpanggil nak kongsi info mengenai orang pekak ni. Orang pekak dan orang sekelilingnya digelar komuniti pekak.

"Ahli komuniti pekak bukan sahaja terdiri daripada mereka yang mengalami masalah pendengaran malah juga terdiri daripada golongan berpendengaran di kalangan keluarga, rakan-rakan tempat kerja mahupun guru di sekolah yang berada di dalam golongan bermasalah pendengaran."

 

jadinya, aku pun tergolong dalam komuniti pekak. nak cerita sikit buat pengetahuan semua, budaya orang pekak berbeza antara orang berpendengaran macam kita semua ni.
kenapa aku tak sebut mereka pekak dan kita normal?

sebabnya, mereka pon normal,sihat walafiat macam kita. cuma bermasalah pendengaran.

bayangkan hidup kita tengok wayang cerita Superman tanpa ada suara. macam mana? susahkan nak faham. pasal tu lah pentingnya bahasa Isyarat. bahasa yang visual.

tak pun kita pasang muzik nak dengar lagu bruno mars la kononnya, tapi bila dah pasang, tak keluar bunyi. apa yang ada? golongan pekak ni tak dapat la dengar muzik melainkan mereka ada sisa pendengaran atau guna alat bantu pendengaran.

mengajar budak pekak masa PBS sem lepas. semua kena bahasa isyarat. 
isyarat yang aku tengah buat masa tu ialah ibu. :)

kita sumua kena lah bersyukur dengan pendengaran yang kita ada tawwwww!  
nak belajar bahasa isyarat? nanti la ye.
tapi cuba tengok dekat entri ni, KLIK SINI
ada  aku selitkan video bahasa isyarat lagu patriotik tu :) 


 p/s:  sekarang rasa seronok bila lalu lalang nampak orang pekak tengah sembang guna bahasa isyarat, dah paham sikit-sikit (^___^)

1 comment:

KUREKURE COMEL said...

walau mereka ada kekurangan...tp mereka sgt tabahkan....


kita yg sempurna sifat ni...seharusnya bersyukur...kan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...