It's Aida4eva

The common life of a homosapiens.

Saturday, July 27, 2013

Tips diet sihat


Assalammualaikum
Mempunyai tubuh yang langsing dan ideal adalah idaman setiap orang, terutamanya bagi wanita.Untuk mendapatkannya, pelbagai cara di gunakan termasuk diet yang ketat. Tetapi, bukan tubuh langsing yang diperoleh, sebaliknya badan menjadi tidak sihat kerana kekurangan nutrien yang diperlukan oleh badan.
Apa yang Anda makan?
Perhatikan menu diet Anda, adakah anda makan makanan seimbang atau anda hanya makan satu atau dua jenis makanan tertentu saja dalam jangka waktu anda melakukan diet ketat. ? Mungkin berat badan Anda akan menurun dengan cepat, tetapi mungkin kesihatan anda akan terjejas. Oleh sebab itu, “diet ketat “ perlu diperhatikan jika:
* Tidak mengandung gizi yang seimbang menyebabkan badan kurang sihat
* Dapat mencapai berat badan yang diinginkan tetapi tidak dapat mengekalkannya.
* Tidak sesuai dengan pola makan keluarga sehingga Anda harus masak untuk Anda sendiri dan untuk keluarga.
* Diet tersebut sering membuat Anda lapar.
Dimana Anda makan?
* Buatlah beberapa perubahan kecil di sekitar ruang makan Anda, itu akan membantu Anda menghindari godaan untuk makan makanan yang tidak Anda perlukan.
* Pilih satu tempat makan yang spesifik di rumah (dan di tempat kerja). Misalnya meja makan yang diletakkan di tempat tertentu dan makan serta minum hanya di tempat itu saja.
* Jangan makan dan minum di tempat lain (di dapur, di ruang keluarga, di kamar mandi, sambil berjalan, dan lain-lain).
* Sebelum Anda duduk makan, aturlah ruangan tersebut dengan baik.
* Ketika Anda makan, jangan biarkan makanan yang lain berada di atas meja.
* Jangan menyimpan makanan seperti buah-buahan, kacang atau makanan ringan di ruangan dimana Anda makan.
Bila anda makan?
* Cubalah untuk makan secara teratur 3 kali sehari.
* Hindari untuk mencicipi makanan bila sedang menyiapkan dan memasak makanan.
* Bila Anda sedang makan, jangan sambil membaca buku atau majalah, menonton TV atau bercakap di telefon
* Jika ingin berbelanja (shopping), jangan dalam keadaan perut lapar. Sebaiknya makanlah terlebih dahulu.
Bagaimana Anda makan?
* Makanlah secara perlahan dan jangan tergesa-gesa.
* Gunakan piring kecil sebagai tempat makan Anda.
* letak makanan sesuai dengan keperluan pada pinggan Anda, dan jangan menambah lagi.
Dengan siapa Anda makan?
* Makan di luar sangatlah menyenangkan, tetapi janganlah makanan dijadikan sebagai alasan untuk bersosial dengan orang lain.
* Rancang apa yang akan Anda makan.
* Makanlah hanya apa yang telah Anda rancangkan. Jikarakan anda mempelawa anda makan, dengan sopan, katakan bahawa Anda sedang diet, maka teman Anda akan mengerti pola makanan anda yang baru.
* Jika menghadiri parti atau keramaian, janganlah berdiri atau duduk dekat dengan makanan.
* Ambilah sesuatu yang dapat anda minum (seperti: air mineral, air soda, minuman rendah kalori dan lain-lain).
* Buah segar, biskutt tanpa cream, crackers atau salad sayuran boleh dijadikan alternatif snacks bagi Anda.
Diharapkan tip-tip di atas dapat membantu sedikit sebanyak mengubah kebiasaan anda ke arah diet yang lebih baik, dapat menurunkan berat badan anda serta mengekalkannya di samping dapat mengekalkan kesihatan.
Saya pula tidak perlu mengamalkan diet yang ketat untuk menurunkan berat badan, hanya menukarkan 2kali makanan sehari iaitu sarapan & makan malam dengan Herbalife dapat menurunkan berat badan sambil meningkatkan kesihatan. Anda pula bagaimana?


2 comments:

pena rozie said...

Yg penting bersenam,,....

aida4eva said...

pena rozie : bersenam xpenting. tp ia harus ada kalau nak badan kita fit. kalau bersenam hari2 tiap waktu tp kalau makan pn tiap waktu, tak kurus jugak :)

sy dah alami semua tu :))

kurus = 80% dari pemakanan kita dan hanya 20% dari senaman. Fullstop :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...