It's Aida4eva

The common life of a homosapiens.

Monday, September 5, 2011

Kelebihan Puasa Enam



Puasa enam ialah puasa yang dikerjakan dengan berturut-turut atau berselang-selang sebanyak enam hari pada bulan Syawal selepas Hari Raya Fitrah. 

Abu Ayyub al-Ansari r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: "Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) 6 hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama 1 tahun." (Riwayat Muslim)

Antara hikmat disyariatkan puasa 6 hari bulan Syawal ialah sebagai satu latihan kepada orang-orang Islam bahawa amal ibadat itu bukan terletak pada bulan-bulan tertentu seperti Ramadhan bahkan amalan itu perlu konsisten untuk sepanjang kehidupan manusia.

Ia juga sebagai satu cabaran kepada orang-orang Islam supaya tidak menjadikan Syawal itu bulan bergembira semata-mata dan jika puasa itu dilakukan seawal mungkin di permulaan Syawal, ini akan menjadikan seseorang manusia itu benar-benar ingin menyahut seruan dari Allah untuk terus beribadat secara istiqamah dan berpanjangan.


bagi yang nak ganti puasa pun boleh diniatkan sekali dengan puasa enam ni kalau tak silap sebab penah dengar ustaz sebut pasal benda ni. 
*kalau salah tolong betulkan*
puasa enam ni boleh dibuat secara berturut-turut mahupun berselang-seli harinya. tetapi ada dalil mengatakan lebih afdal berpuasa secara berturut-turut. 

waallhualam.
p/s: jom puasa enam. lepas abis puasa enam baru boleh raya sakan (^___^) 

4 comments:

moneymakergroup said...

nak kena ganti ponteng puasa dulu.. :)

Prince Halilintar said...

ye pas habis puasa 6 baru kite raya sakan...=)

aida4eva said...

moneymakergroup: silalah ganti..hehe..tp boleh je pose 6 dulu kan :)

aida4eva said...

prince: betul2..prince dh start pose 6?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...