It's Aida4eva

The common life of a homosapiens.

Friday, June 3, 2011

kelebihan bulan rejab. selamat datang Bulan Allah s.w.t (^_^)


salam bagi umat islam sekalian.
hari ni dah 1 Rejab 1432. rejab adalah bulan allah.


Bulan Rejab juga dianggap bulan istimewa kerana pada bulan ini berlaku peristiwa Isra' dan Mikraj Nabi Muhammad Sallallahu `alaihi wasallam.

Di antara amalan yang baik diamalkan di bulan Rejab ialah puasa dan bersedekah. Banyak hadis-hadis Nabi Sallallahu `alaihi wasallam menyebutkan tentang kelebihan puasa di bulan Rejab. 
  

Antaranya sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh At-Tabarani daripada Sa`id bin Abu Rashid bermaksud :

Barangsiapa berpuasa sehari daripada bulan Rejab maka ia seperti berpuasa setahun, 

dan barangsiapa berpuasa daripadanya tujuh hari, ditutup daripadanya pintu-pintu Jahannam (neraka), 

dan barangsiapa berpuasa daripadanya lapan hari, dibukakan baginya lapan pintu syurga,

dan barangsiapa berpuasa daripadanya sepuluh hari, tidak meminta dia kepada Allah melainkan diberikannya, 

dan barangsiapa berpuasa daripadanya lima belas hari, menyeru orang yang menyeru dari langit : 

" Sesungguhnya diampunkan bagimu dosa-dosa yang lalu maka mulakanlah amal", dan barangsiapa menambah (hari puasa), Allah menambahnya (kelebihan).
 
pada bulan rejab ini lah bulan terbukanya pintu langit dan terbukanya pintu syurga. marilah kita bersama-samalah merebut peluang di bulan rejab ini dan semoga amalan kita akan diterima oleh Allah s.w.t.

insyaallah




p/s: bagi yang belum ganti puasa tu, cepat2 lah ganti ye..dah bulan rejab ni.^^ 

12 comments:

mirul said...

tweet button, like button?

btw, tq, mirul tak sedar, kejap ke masa berlalu yer. hurm.

gds said...

alhamdullilah. semoga kita sentiasa mendapat rahmat daripada bulan yang mulia ini, salam rejab ya ukhti.

aida4eva said...

tak pandai la nak boh tweet n like button tu..:(

same2 mengingati kan :)

aida4eva said...

AL: alhamdulillah..mudah-mudahan..selamat beramal :)

Fyqa said...

alhamdulillah.. ^^

zati embong said...

Meremang baca kelebihan bulan rejab.

sbnrnya bnyak "hadiah" Allah bagi pada kita,cuma kita kena usaha untuk dapatkannya.kan?

Ieqa Swetluv said...

nice sharing dear =)

mvp_dina13 said...

TEPI SKET!!!

slmt brpuasa rejab!

aida4eva said...

fyqa: :)

aida4eva said...

jat: betul2..allah dh beri bermacam cara untuk kita mendekatkan diri padanya. hanya tinggal kita je untuk berusaha capai semua tu :)

aida4eva said...

ieqa: sharing is caring syg :)

aida4eva said...

dina: selamat berpuasa! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...