It's Aida4eva

The common life of a homosapiens.

Tuesday, June 14, 2011

kejayaan adalah untuk mereka yang menghargai masa


salam semua.
penah tak menunggu orang? janji pukul 8 pagi tapi datang pukul 9 atau 10?
penah tak? haih. penantian adalah satu penyiksaan tahu?

aku mengaku. aku pun penah lambat juga. tambah-tambah ke kelas pagi-pagi. 
selalu sangat lewat 5-10 minit.-.-'
tapi bukan sengaja. dan aku sedang cuba berusaha ke arah yang lebih baik.

kes sekarang ni kalau kita berjanji dengan orang. kalau dah janji nak jumpa contohnya pukul 10, takkan la pukul 10 baru nak mandi, bersiap bermakeup bagai semua?
tolong lah. aku tak suka menunggu. aku pun yakin kalian semua pun sama. tak suka menunnggu kan.
=.= 

aku pun tak alert pasal masa ni sebelum ni. tapi abah aku seorang polis yang berdisiplin dan dia sentiasa menepati masa dan itu mungkin mempengaruhi kehidupan aku. masa kat asrama dulu, kalau dia kata kol 5 nak datang, dah pukul 5 tu aku tak keluar, bukan main bertalu-talu dia tekan hon. maaf abah -.-' 

--------------------------------- 

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

Maksudnya:
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal shalih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran. [al-‘Ashr 103:1-3]

Berhubung dengan masa juga pepatah Arab ada menyebut, maksudnya:  

“Masa itu seperti pedang, jika kamu tidak memotongnya nescaya ia akan memotong kamu.” 

bila sebut mengenai masa, teringat lagu demi masa yang di nyanyikan oleh kumpulan raihan.


semoga kita akan sentiasa menghargai masa kerana kejayaan adalah untuk mereka yang menghargai masa. moga kita akan lebih mudah berubah ke arah kebaikan. aminnnn

p/s: respek dengan encik botak. beliau pun amat menepati masa :)

8 comments:

syarifahsidrus said...

pernah juga tulis pasal masa. angin betul kalau nak menunggu orang lama2 ni kan, janji semua tak boleh pakai!..huuu

aida4eva said...

syarifah: kann..memang angin..sabar je taw tunggu..janji melayu tu memang la..tapi sapa lagi nak ubah kalau bukan kita kan...grrrrrr~

nazirah said...

setuju !!

dulu cci pun selalu jnj ngn org tp dtg lmbt

tp skp tu cci da ubah da tak baek biar org menunggu ..

;)

p/s : awk nak kurs gak ke? anyway cci ade kongsi tips sudi2 lah jenguk ye ;)

aida4eva said...

Nazirah: berubah kepada yang lebih baik apa salahnya kan..aida bukan mengutuk..cuma menegur agar dapat sama2 berubah kepada kebaikan..bagus la cam tu CCI :)

tak salah kan :D

MIRA :) said...

masa sgt penting bg kite :)

aida4eva said...

mira: kan kan :) masa itu emas :D

Ahmad Ridhwan Bin Razali said...

ye sy..nama sy diserukah??hihi

aida4eva said...

ridh: awwwww..kamu memangggg..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...