It's Aida4eva Pengedar Herbalife Malaysia 0132858185
Nama/Name:
No. Telefon/Handphone Number :
Alamat email/Email Address:
Pekerjaan / Occupation :
Di mana anda tinggal/ Where do you live :
Pernahkah anda mendaftar sebagai ahli Herbalife dalam masa 2 tahun sebelum ini?/Have you register as a member of Herbalife in the past 2 years?
Pilih perkara yang anda inginkan di bawah./Are you interested in any of below? Menurunkan Berat Badan / Lose weight
Menaikkan Berat Badan / Gain weight
Meningkatkan Kesihatan / Improve Health
Meningkatkan Tenaga / Improve Energy
Mencantikkan kulit / Improve Skin
Menjana Pendapatan Tambahan / Earn Extra Income
Catatan@maklumat tambahan yang membolehkan saya untuk membantu anda/Extra information that can help me to guide you :

This online form was provided by Freedback.

2 kali tukar jantina. asal laki, operate jadi perempuan, dah jemu, jadi lelaki balik =.=
Sunday, June 5, 2011 | 12:04 AM | 11 comments


“Saya boleh menjadi teman lelaki yang sempurna dan memahami wanita,” akuinya.

Kane berhak menyatakan begitu dengan yakin kerana mempunyai alasan sangat kukuh. Dia pernah menjadi wanita!

Pada asalnya, Kane dilahirkan sebagai lelaki bernama Sam Hashimi. Dia berkahwin dengan wanita pilihannya pada 1985 dan dikurniakan dua anak.

Bagaimanapun, hubungan itu tidak berkekalan apabila isterinya lari mengikut lelaki lain 12 tahun kemudian.

Tertekan dan kesunyian, Kane meneroka dunia yang pernah dilaluinya ketika remaja — menjalin hubungan dengan teman sejenis. Perlahan-lahan dia mengunjungi kelab gay dan bergaul dengan mereka.

“Keadaan begitu berterusan hinggalah saya sedar sebenarnya saya mahu menjadi wanita,” katanya.

Pada 1997, Kane memulakan proses tranformasi meletihkan bagi menukar dirinya menjadi wanita.
Halkumnya dibuang, saluran pernafasan disempitkan bagi menghasilkan suara kewanitaan, struktur hidung diubah suai, dadanya dimasukkan implan bersaiz 12C dan zakarnya dibuang untuk ditebuk menjadi faraj.

Siri pembedahan itu hanya lengkap selepas dua tahun dengan belanja kira-kira RM400,000. Maka lahirlah ‘Samantha’ daripada tubuh Kane.

Sebagai ‘Samantha’, dia sempat menjalin hubungan serius dengan empat lelaki (pada masa berlainan), selain mengenali lebih ramai lelaki dan wanita melalui hubungan kasual.

sebelum- Sam                 selepas- samantha

Dia tidak mendedahkan rahsia silamnya kepada mana-mana lelaki yang menidurinya, tetapi ia diceritakan kepada pasangan wanita.

“Saya tidak fikir lelaki mampu dan suka menerima kenyataan bahawa saya sebenarnya lahir sebagai lelaki, sebaliknya wanita sering lega apabila mengetahui rahsia itu,” katanya.Tiga tahun kemudian, dia berubah hati. Tiba-tiba ‘Samantha’ menyesal kerana menjalani pembedahan menukar jantina.

Dia dibenarkan menjalani pembedahan menukar jantina kali kedua dan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan Britain bersetuju membantu mengurangkan tekanan perasaannya dengan membiayai pembedahan itu.

Bagaimanapun, dia masih perlu mengeluarkan belanja sebanyak RM256,000 bagi kos perkhidmatan pascapembedahan dan rawatan lain.

Pada Oktober 2004, ‘Samantha’ akhirnya menjadi sejarah dan Kane lahir sebagai manusia baru. Implan buah dadanya dikeluarkan. Dua bulan kemudian, Kane menjalani pembedahan pertama daripada tiga prosedur ditetapkan.

Doktor mengambil kulit dari abdomennya untuk membentuk zakar tiruan.

“Ia menyebabkan abdomen saya berparut besar dan menyakitkan,” katanya.

Walaupun kembali memiliki kemaluan, zakar ciptaan itu tidak berfungsi seperti alat kelamin biasa.

Apabila perlu berasmara, Kane terpaksa menggunakan pam khas bagi menegangkan zakarnya.

Dia juga mengambil hormon testosteron hinggalah dada dan mukanya kembali ditumbuhi bulu seperti dimiliki tubuh lelaki biasa.

“Saya berharap benar-benar lega apabila lahir sebagai lelaki semula, tetapi realitinya bukan begitu.

“Saya bukan lelaki seperti sebelum ini, malah anak saya yang kini berusia 22 dan 23 tahun enggan bertemu atau mengambil tahu mengenai saya sejak 10 tahun lalu,” katanya.

Kane juga menyimpan impian untuk berkahwin. Justeru, dia menjalin hubungan dengan beberapa wanita yang menarik perhatiannya.

Masalah Kane — semua wanita itu menarik diri dan meninggalkannya sebaik saja tahu dia pernah menjalani pembedahan menukar jantina.

“Dia meninggalkan saya, dan ia bukan yang pertama kali. Walaupun mereka tidak memberi tahu mengapa saya diketepikan, saya tahu ia berpunca daripada perubahan jantina,” katanya.

(Charles kane sekarang bersama tunangnya) 

Pada usia 46 tahun, dia memiliki kerjaya kukuh sebagai pemaju hartanah bernilai jutaan pound, rumah mewah, sebuah kapal layar dan wajah tampan.



p/s: manusia tak pernah puas kan. T____T 

Older Post | Newer Post
Click Click ^.^


ContactUs Entries


Latest




Testimoni Saya, Pengedar Bebas Herbalife

Sila Jerit Sama-sama


Iklan Berbayar

free counter
Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!