It's Aida4eva

The common life of a homosapiens.

Showing posts with label review restoran. Show all posts
Showing posts with label review restoran. Show all posts

Monday, August 3, 2015

Krabi 4hari 3malam.


Salam semua!

Tibalah masanya nak cerita pasal hanimun bajet 2bulan lepas.
Teringin nak hanimun tapi rasa macam mahal? ahhh..kita set la sendiri..tak payah guna travel agensi yang memang kompom akan mark-up harga.

So kat sini la kami menginap sepanjang 4hari 3 malam kat Aonang, Krabi Thailand.
Aonang Orchid Resort.
Book thru expediaaaa..dum..dumm! hahaha..kalau yang tengok iklan kat TV taw la kenapa ada sound effect tu.

Personal review, hotel dekat dengan main attraction, jalan kaki je dah boleh jumpa kedai makan, pantai, ATM dan lain2..Just bilik kurang best! sebab dapat bilik menghadap jalan/belakang bangunan..request for honeymoon deco tapi mcm biasa je,aku expect lebih sgt kot! hahahaha. And better amek pool view. Pool besar n cantik! Aku dah reqquest, tapi kena tambah duit la pulakkk,..pe laa..hadap muka suami pon tenang jugaaaa~ gituwww~ hahaa


Kami ambik breakfast pakej. Ini sumpah best! tak payah nak cari bekpes pagi2 ntah mana-mana. Turun je bawah, pilih je nak makan ape. Semua HALAL!

Hotel ni aku ambik mainly sebab ada makanan halal.Best ada makanan berat n ringan. Haha..roti,dessert,buah,nasi,telur cheese, nasi air dll!
Nasi air dia sedap oi! Taklupa telur cheese panas2 dia.fuuhhhhh best!!

 FYI, Pekerja hotel ni tak berapa pandai cakap omputih.
Macam cakap ayam n itik u knowww. Iron xde, Aku mintak Iron dia jawab, 'Broken, kap'. 'No, kap'.
Ishhh,,geram pulak aku kap-kap-kap ni. Nasib baik baju2 n tudung2 tak perlu sgt iron. HAHA



So tentatif kami ialah :

Naik flight AirAsia kol 4.30 ptg. Sampai je airport dlm kol 6ptg, naik bas pegi hotel. Penat n lama sikit tapi murah! hahaha..2 orang 300 baht je. kalau naik Van or teksi private sorang dekat 250baht taw. Jimat sket tang tu, Sampai hotel pon dah hampir kol 7ptang. Bas tu turunkan betul2 kat hotel. Dah settle check in semua,mnd2 n rehat2. Pegi makan area hotel, then jumpa la tempat booking utk aktiviti esok. Kami book elephant treckking,emerald pool & hotspring dengan 1000baht sorang sekali lunch. Murah maybe sebab time tu low-season. Orang tak ramai sangat.
 
Atas ni gambar kami kat Emerald pool. Cantiknyalah! Tapi nak jalan ke sini pon jauh gak lbih kurang 2km. hahah.

Kat kiri ni kami ke Elephant treckking. Naik je la gajah tu. golek2 pusing satu hutan. HAHA.
Guide masa ni best! dia tak naik pon atas gajah. Dia bagi arahan dari bawah je. pastu tolong amek beribu gambo shacking. HAHA.

Dah pusing2 dalam 30-45minit, masuk dalam air plak dia mandi. SO kami pon mandi la sekali dia. KAH!
Sebelum turun, guider mintak tip. ceit.ingat ikhlas :p


Nak share kat korang kedai makan super best, murah, sedap n ada WIFI n AIRCOND! HAHA. dekat 3 kali makan dekat kedai ni.

Nama kedai ni Cucumber Restaurant. Betul2 depan hotel aku ni. Takde la depan betul2, depan n selang 2-3 kedai :P

Pancake dia sedap oiiii! Green Curry, tomyam, somtham. THORBAIK! yang paling terbaik n buat aku terliur2 sampai sekarang PULUT MANGGA!! alahai sedap gilossssss!!




Ni antara makanan yang korang MESTI CUBA bila kat KRABI or AONANG.

Coconut icecream makan kat pasar malam Krabi. Sedapnya sumpah!
Banana Nutella pancake kat cucumber restoran atas ni. kat pasar malam pon tak best macam kedai ni.

Tapi nak diingatkan, makanan sana memang mahal dik nonnnn! sekali makan je dah 550++ baht untuk 2 orang. Duit kita tu dah dekat 60ringgit la.

Nasi goreng pon dekat 10 ringgit. T____T
Syukur Malaysia masih amannn. t____t



Yang ni scene paling best. Bercinta kat pulau. haha. Post wedding katanya. Auummm! haha

Abis post wedding ni, maka tenang la hati jemah. Rancang hal-hal kawen dari dulu.

Dari majlis bertunang-nikah-kawen-hanimun plus post wedding. 

Phewwww! I'm a happy married women.

Gitewwwww.

Okeh sebelum aku melalut, ni total expenses kami berdua ketika kat Krabi haritu.

Day 1 : (tiba +check in hotel)
300 baht -airport transfer + 2000baht - pakej elephant/emerald pool.+ 575 baht dinner at aonangthai seafood (nasi goreng+tom kha soup+nasi kosong+ air semua utk 2orang) .+ 280 baht baju i <3 krabi.="" p="">

Day 2 : (emerald pool/elephant treck + Krabi Night market)
130 baht -selipar (suami i takut selipar dia rosak,so beli baru. Nasib baik beli gak sbb aktiviti lasak) + 120 tip for guider elephant + 20 baht coconut icecream + 240 baht (tuk-tuk untuk ke Krabi night market untuk 2orang) + 2500baht (sourvenier untuk both family&friends) + 70 baht (pancake & keropok) + 490 baht (makan di cucumber restaurant. SEDAP!berbaloi~)

day 3: (island hoping +leisure time)
1460 baht (hong island) + 638baht (lunch di lacasa restaurant. Takdap sgt) + 250baht (dinner di cucumber lagi)

day 4 : (balik Malaysia laaa)
300 baht (airport transfer dari hotel ke airport naik van.selesa dr naik bas. harga sama! haha..beli tiket kat area hotel) 

SELESAI. total belanja kat sana untuk aktiviti, makan, souvenier n airport transfer dalam 13000baht. dalam RM1500 la. tu untuk 2 orang. 

Diingatkan tiket flight n hotel lain. untuk 2 orang tak sampai 1000. dalam 900 gitu. haaa..total semuaaa dalam RM2500 ok la kan. 

Still dalam bajet gituuu..nak jalan jauh maybe setahun sekali je. Sekali sekala yedakkk nak hepihepi lakibini. haha.

Aku dah gatal tangan nak ajak somi berjalan kat mana plak pas ni. Maldives? Bali? Boracay? Korea? Jepun?? hahaha, Makaaaa, marilah kita menabunggg~! 


Till then, XOXO. Gituuuu!

Wednesday, March 20, 2013

BBQ Land. Steamboat area kuang



Salam semua!
ini sudah sebulan punya cerita.
disebabkan sibuk, terpaksa tangguh. haih.






tak banyak sangat pilihan berbanding seoul garden atau steamboat malaya, sri gombak.
T____T

dina je yg seronok main salji.
katanyaaaaa. -_-"





ok ok. murah itu harga. tapi dr kl nk ke kuang untuk ini dirasakan tidak berbaloi.
baik pergi makan dekat steamboat area KL.
cucuk-cucuk kat downtown pun ok. dpt la sorg 22 cucuk. bleerrgghhhhh~

komplen tetap komplen..makanan tetap abiskan. haha


masuk JJCM?
erm. not recommended.

sekian.

siapa kata herbalifer tak boleh makan semua ni?
ape susah,, teamix ada, tc formula ade, aloevera ada.

lemak tak sempat nak melekat dah kena tendang. 
haha.

nak tau lebih lanjut? PM me :)


Wednesday, December 19, 2012

recommended place in Cameron Highland


Cuti sekolah masih berbaki.
apa kata pergi jalan-jalan tempat sejuk yang tak berapa nak sejuk tapi cool..
haha.
cameron highland la tempatnya.

tak sah kalau tak pergi ke ladang Teh Bharat.
lokasi dia berhampiran jalan nak turun ke tapah..
bagi yang naik ikut simpang pulai, kena naik atas lagi taw.
tengok daun2 teh yang hijau nan permai.
walawehhhh~
syokkkk!

mari jerit menunjukkan keterujaan di situ.
haha.

aku dah jerit teruja.
tapi dia malas nak layan.
tak pe adik. takpe.
*tunjuk penumbuk*

walaweeehhh.
pakwe mana ni?
haha..ni la tuan asri. hihi..abah beta the one and only.
single lagi niiiii!
sapa nak borang, meh aku interview dulu.
kikiki


ok makanan kat situ mahal
tengok tu. jimat punya pasal,
4 orang tapi order 2 air je. 
makanan pun order chicken pie dgn cookies je.
itupun dah 18ringgit semua.
T___T

kami berempat je. adik lagi sorang belajar kat matrik.
so tak cuti lah. haha
kami je jalan-jalan beybeehhh~

with lil sis. ada yang kata muka kami sama.
sama ke? sama ke?
nama sama lah. :P


next spot :

Kampung Taman Sedia.

sedia? mula!

haha. kat kawasan kampung ni ramai yang tanam strawberi sendiri.
jual dan byk produk dorang buat.
murahh pun murahhh!
sedap pun sedap!
nak kata scones kat ladang teh bharat yg satu rm4 tu lg sedap, aku tengok sama je.
ni lagi sedap siap dapat krim n jem.
auummm!

kami beli aiskrim, scones, strawberi coklat.
auummmm!
makan sampai kenyang!

aiskrem strawberi dia best!
rm2 je taw. sangat pure strawberi.
strawberi n coklat rm 12..
tapi aku bijak sket..
beli sekotak strawberi rm5 kat sini, pastu beli je choclate cup rm5..
lagi dapat banyak strawberi n coklat.
hahahaha

note : kat sini je ada strawberi satu kotak rm5. kat sini je ada ok!
jenuh cari kat Kea farm ke, strawberi farm lain, tak dop!




ni nama kedai tu..dlm byk2 kedai, kedai ni yang tiap2 kali aku dtg CH,
tak miss tempat ni..
KHM!
strawberi jem dia pun sedap!

KEA Farm!
pada para ibu-ibu, lokasi ni paling best tempat dorang meroyan tengok buah2, sayur2, strawberi, bunga2.
murah2 pun murah.
lagi pandai tawar harga, lagi untung. sangat murah!
dulu, aku meroyan tengok bunga.
dah besar2 ni aku bley pikir dah balik nanti bunga tu layu.
baik aku meroyan beli strawberi coklat. haha
perut pun kenyang!

last destination :

Bee Farm


kat sini tak dak ape yang menarik pun selain tengok lebah.
sorang rm3 kot dewasa..kanak2 rm2.

ada taman rama-rama kat sebelah2 ni je..
tapi mahal sikit..sorang rm5..
nak bawak budak2, pegi dating ke, sesuai sangat la pegi taman rama2 ni..
aku kejar kau, kau kejar aku.
haha.

jangan kat ladang lebah plak kau main kejar2 udahhhhh~!


tak tido pun kat CH ni..
tapi aku sempat survey2 hotel in case kami bermalam kat sana.
try tgk link bawah ni, klik je..
semua hotel kat CH dengan rate dia pun ada dalam link ni..

http://www.cameronhighlands4u.com

tempat makan yang best? ntah la..dekat 4 kali aku pegi CH ni, xdpt jumpa kedai makan yang best.
kecuali kedai makan steamboat kat sebelah pasar malam brinchang.
malam2 kat situ best!

kalau sabtu ahad ada pasar malam brinchang. kat pasar malam harga lagi murah daripada market kat luar.
strawberi coklat dia pun murah gila dan sedap gila.
haha.
malam2 boleh la feeling2 duduk ostolia sebab sejuk.
tapi nnt kena gelak je dgn penduduk tempatan sbb dorg dah biasa sejuk macam tu.
kita je yang luar biasaaaa! hihi


Monday, November 26, 2012

Review Saba Restaurant, Setiawangsa. Nasi Arab di Kuala Lumpur


Salam Semua!

bertemu lagi dalam sesi makan-makan!

kali ni di Saba Restaurant, lokasi betul2 depan LRT Setiawangsa.
tingkat 1 dan 2 Dataran Setiawangsa.
Seperti biasa makanan ditaja oleh mama terchentaaa!
ehemmm 
:)


tengok full dish kami!
2 pinggan large Khabsah Chicken and lamb.

Harga Large :
Khabsah Chicken : RM 15
Khabsah Lamb : RM 25

tapi 5 orang makan tak habis.
rasanya order 1 pinggan large je pun dah cukup untuk semua.
Ada roti arab pakej dgn kuah dia,
kebab ayam, 
memang sedap nyumnyummnyummmm!

yang paling best, makanan banyak-banyak ni,
dengan kemudahan n suasana yang selesa ni,
kesemuanya berharga RM100 sahaja!

not bad! sangat kenyang dan sangat sedap!
recommended baq hang! 
:)


Kebab ayam. 
aku rasa ini lagi sedap dari kebab ayam yang aku makan kat Hadramawth ari tu ---> LINK


ni daging untuk dimakan dengan roti di bawah.
sangat sedap!


roti ni kenyal2..sangat best kunyah2 dengan kuah tu.
nomnomnom

sebenarnya mintak air Barbican Pineapple.
tapi dapat ini. janji Halal lan toyyiba~
boleh tahan juga!




tisu pun nak masuk gambar jugakk~
haha

terima kasih tokey!



jemput ngap!
tak habis makan ni, siap bungkus bawak balik.
haha. nak tinggal je rasa membazir.
esoknya boleh makan lagi :)



pandangan luar..Tingkat 2.
makan di Tingkat 2 lagi best dari tingkat 1.
sebab tinggi dan selesa. tak ramai sangat orang.

BTW, Saba Restaurant ni dah ada buat delivery service taw!
area setiawangsa n wangsa maju je lah kot.
lupa tanya! ampunnnnn :) 
T_____T

03-4251 2592
Open Hours : opens from noon to midnight daily and from 2.30pm to midnight on Friday.
Arabic food
takpe, pegi je try makan kat situ ye..
ramai gak yg kata Saba Restaurant kat Setiawangsa ni lagi better service and food dia berbanding cawangan dia kat Cyberjaya tu.
 Waallahu a'lam.


p/s : makan selagi ada selera. tapi haruslah kita berjaga-jaga yaaa makan tu! :) jangan berminyak sangat, jangan manis sangat, jangan lah masin sangat pula. bahaya taw untuk kesihatan.



Tuesday, November 20, 2012

Salam maal hijrah walau terlewat


Salam semuaa!

maka dengan ini bermulalah percutian selama 2 bulan di rumah Selama ini.
pheewwww..

macammacam dugaan yang timbul sebelum cuti kali ni.

aku dan rakan2 serumah terpaksa keluar rumah sewa dan berpindah ke rumah sewa yang lain. walau banyak rintangannya, alhamdulillah selesai urusan perpindahan itu.

rumah sewa kali ni pulak lebih kecil daripada yang dulu namun lebih murah.

alhamdulillah mungkin ini hikmahnya dapat saving lebih sikit nanti.

sekarang dah balik kampung, kena kemaskan rumah untuk berpindah masuk kuarters polis yang baru siap kat pekan tu. Alahaiiii~ baru je pindah rumah sewa kat KL..dah kena uruskan pindah kat kampung ni pulak.

penattttt~!

moga urusan aku dipermudahkan!

aminnnn..

btw, sebelum balik kampung hari tu, sempat pusing2 penang dengan mama.

*sempat lagi kannnnn*




Monday, June 25, 2012

Burger Bakarrrrrr~ yum yum~


salam semua..
dah penah rasa burger bakar?




gedabak aku bagi..haha

sedap! ni dekat prima sri gombak.
lazatttt! lokasi berhadapan restoran Had's.


 
dalam restoren Had's ni pun sedap gak makanan dia.
pinggan punya la besar. tengok dina nmpak mcm kecik nau dah :P



ni sesi interview artis.
artis mana ni? dalam entri ni ---> SINI


p/s : kalori oh kalori~

Tuesday, June 19, 2012

Berlaku zalim di Secret Recipe


salam semua!


sila lihat gambar..dapat kesan tak apa yang zalim?

maksud zalim ialah meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.

ok dah bagi hint.
nampak x?

haihh..mesti tak faham.

nak tanya, oblong or burger ada jual dekat SG x?
xde kan..
boleh ke makan makanan luar dlm SG?
xboleh kan.

haha.
zalim letewwww~!


p/s : hidup kena slumber~

Sunday, June 10, 2012

Penang Rocks~! ini adalah entri byk gmbar.

salam semua!
its girlfriends time!
penang here we come :)

dah lama xnaik feri ni. last masa aku tadika kot
T_T

turun2 feri je, trus ke KAPITAN nasi briyani.
aku makan ''Chicken Briyani Claypot'
amek kau ayam 2 ketul besar tu.
RM8.60

not baddd~


sementara nak menuju ke bukit bendera, merewang sekejap ke kebun bunga.
*sebenarnya sesat*
HAHA

pekena air kelapa sebentar.
hmmm.
don't get konfius.
si tudung kelabu dan ungu itu memang kembar.
so muka adalah sama. sekian :D


kami dah berkawan lebih 10 tahun.
:)


ok dah sampai bukit bendera :)

bukit bendera ni dekat air hitam tawww :)



sila lah masuk rumah baru kami.
kelas u alls :)

lorong gelap menuju ke masjid tapi disebabkan tiada orang lalu,
maka kami sempat berbaring dan bergambar.
*___*

ada muzium burung hantu. atas nih.


disebabkan muzium ni dah tutup pukul 6,
maka kami sambung pula jadi hantu di situ.
eh
*amboi muluttt*

gilo sekejap.
orang lain punya la ayu, aku pulak jadi hyperaktif.
HAHA
tak pernah2 aku bergambar macam ni.
mungkin berada di sekeliling bestie yang dah kenal lebih 10 tahun,
aku jadi selesa dan menjadi diri sendiri.
*errrr*

night view dia paling best!

even atas Bukit ampang lebih cantik, (ENTRI INI)
tapi bukit ampang tak de kereta kabel.
hihi.

p/s : terima kasih kepada ain, noni dan yan sebab spend masa yg berharga macam ni dan belanja macam-macam. may we still friend till jannah. i do love you guys because of allah. :)






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...