It's Aida4eva

The common life of a homosapiens.

Showing posts with label murah. Show all posts
Showing posts with label murah. Show all posts

Monday, August 3, 2015

Krabi 4hari 3malam.


Salam semua!

Tibalah masanya nak cerita pasal hanimun bajet 2bulan lepas.
Teringin nak hanimun tapi rasa macam mahal? ahhh..kita set la sendiri..tak payah guna travel agensi yang memang kompom akan mark-up harga.

So kat sini la kami menginap sepanjang 4hari 3 malam kat Aonang, Krabi Thailand.
Aonang Orchid Resort.
Book thru expediaaaa..dum..dumm! hahaha..kalau yang tengok iklan kat TV taw la kenapa ada sound effect tu.

Personal review, hotel dekat dengan main attraction, jalan kaki je dah boleh jumpa kedai makan, pantai, ATM dan lain2..Just bilik kurang best! sebab dapat bilik menghadap jalan/belakang bangunan..request for honeymoon deco tapi mcm biasa je,aku expect lebih sgt kot! hahahaha. And better amek pool view. Pool besar n cantik! Aku dah reqquest, tapi kena tambah duit la pulakkk,..pe laa..hadap muka suami pon tenang jugaaaa~ gituwww~ hahaa


Kami ambik breakfast pakej. Ini sumpah best! tak payah nak cari bekpes pagi2 ntah mana-mana. Turun je bawah, pilih je nak makan ape. Semua HALAL!

Hotel ni aku ambik mainly sebab ada makanan halal.Best ada makanan berat n ringan. Haha..roti,dessert,buah,nasi,telur cheese, nasi air dll!
Nasi air dia sedap oi! Taklupa telur cheese panas2 dia.fuuhhhhh best!!

 FYI, Pekerja hotel ni tak berapa pandai cakap omputih.
Macam cakap ayam n itik u knowww. Iron xde, Aku mintak Iron dia jawab, 'Broken, kap'. 'No, kap'.
Ishhh,,geram pulak aku kap-kap-kap ni. Nasib baik baju2 n tudung2 tak perlu sgt iron. HAHA



So tentatif kami ialah :

Naik flight AirAsia kol 4.30 ptg. Sampai je airport dlm kol 6ptg, naik bas pegi hotel. Penat n lama sikit tapi murah! hahaha..2 orang 300 baht je. kalau naik Van or teksi private sorang dekat 250baht taw. Jimat sket tang tu, Sampai hotel pon dah hampir kol 7ptang. Bas tu turunkan betul2 kat hotel. Dah settle check in semua,mnd2 n rehat2. Pegi makan area hotel, then jumpa la tempat booking utk aktiviti esok. Kami book elephant treckking,emerald pool & hotspring dengan 1000baht sorang sekali lunch. Murah maybe sebab time tu low-season. Orang tak ramai sangat.
 
Atas ni gambar kami kat Emerald pool. Cantiknyalah! Tapi nak jalan ke sini pon jauh gak lbih kurang 2km. hahah.

Kat kiri ni kami ke Elephant treckking. Naik je la gajah tu. golek2 pusing satu hutan. HAHA.
Guide masa ni best! dia tak naik pon atas gajah. Dia bagi arahan dari bawah je. pastu tolong amek beribu gambo shacking. HAHA.

Dah pusing2 dalam 30-45minit, masuk dalam air plak dia mandi. SO kami pon mandi la sekali dia. KAH!
Sebelum turun, guider mintak tip. ceit.ingat ikhlas :p


Nak share kat korang kedai makan super best, murah, sedap n ada WIFI n AIRCOND! HAHA. dekat 3 kali makan dekat kedai ni.

Nama kedai ni Cucumber Restaurant. Betul2 depan hotel aku ni. Takde la depan betul2, depan n selang 2-3 kedai :P

Pancake dia sedap oiiii! Green Curry, tomyam, somtham. THORBAIK! yang paling terbaik n buat aku terliur2 sampai sekarang PULUT MANGGA!! alahai sedap gilossssss!!




Ni antara makanan yang korang MESTI CUBA bila kat KRABI or AONANG.

Coconut icecream makan kat pasar malam Krabi. Sedapnya sumpah!
Banana Nutella pancake kat cucumber restoran atas ni. kat pasar malam pon tak best macam kedai ni.

Tapi nak diingatkan, makanan sana memang mahal dik nonnnn! sekali makan je dah 550++ baht untuk 2 orang. Duit kita tu dah dekat 60ringgit la.

Nasi goreng pon dekat 10 ringgit. T____T
Syukur Malaysia masih amannn. t____t



Yang ni scene paling best. Bercinta kat pulau. haha. Post wedding katanya. Auummm! haha

Abis post wedding ni, maka tenang la hati jemah. Rancang hal-hal kawen dari dulu.

Dari majlis bertunang-nikah-kawen-hanimun plus post wedding. 

Phewwww! I'm a happy married women.

Gitewwwww.

Okeh sebelum aku melalut, ni total expenses kami berdua ketika kat Krabi haritu.

Day 1 : (tiba +check in hotel)
300 baht -airport transfer + 2000baht - pakej elephant/emerald pool.+ 575 baht dinner at aonangthai seafood (nasi goreng+tom kha soup+nasi kosong+ air semua utk 2orang) .+ 280 baht baju i <3 krabi.="" p="">

Day 2 : (emerald pool/elephant treck + Krabi Night market)
130 baht -selipar (suami i takut selipar dia rosak,so beli baru. Nasib baik beli gak sbb aktiviti lasak) + 120 tip for guider elephant + 20 baht coconut icecream + 240 baht (tuk-tuk untuk ke Krabi night market untuk 2orang) + 2500baht (sourvenier untuk both family&friends) + 70 baht (pancake & keropok) + 490 baht (makan di cucumber restaurant. SEDAP!berbaloi~)

day 3: (island hoping +leisure time)
1460 baht (hong island) + 638baht (lunch di lacasa restaurant. Takdap sgt) + 250baht (dinner di cucumber lagi)

day 4 : (balik Malaysia laaa)
300 baht (airport transfer dari hotel ke airport naik van.selesa dr naik bas. harga sama! haha..beli tiket kat area hotel) 

SELESAI. total belanja kat sana untuk aktiviti, makan, souvenier n airport transfer dalam 13000baht. dalam RM1500 la. tu untuk 2 orang. 

Diingatkan tiket flight n hotel lain. untuk 2 orang tak sampai 1000. dalam 900 gitu. haaa..total semuaaa dalam RM2500 ok la kan. 

Still dalam bajet gituuu..nak jalan jauh maybe setahun sekali je. Sekali sekala yedakkk nak hepihepi lakibini. haha.

Aku dah gatal tangan nak ajak somi berjalan kat mana plak pas ni. Maldives? Bali? Boracay? Korea? Jepun?? hahaha, Makaaaa, marilah kita menabunggg~! 


Till then, XOXO. Gituuuu!

Tuesday, May 28, 2013

Pakej Pulau Redang Bersama Akasia Travel : REVIEW

Salam semua!
alhamdulillah cuti sekolah dah bermula. maka baru lah sempat nak menaip kembali.

10 mei sampai 12 Mei hari tu, Majalah Mangga mengadakan percutian bersama artis ke Pulau Redang
. Artis popular Hanez Suraya,penyanyi Aweera dan pelakon Amran Ismail pun join untuk memeriahkan percutian hebat ini!  tak lupa jugak, percutianan ini diurus oleh Akasia Travel Sdn. Bhd memang terbaik!
syok gila habaq hang!

siap masuk Mangga Online lagi. Tak percaya? pergi ke link ni ---->MANGGA ONLINE (LINK)

Cerita ni, Pancaindera pun masuk jugak. tak caya?


ok meyh layan story ke pulau redang hari tu ditemani dengan gambar2 sebagai bahan bukti.
kata orang, 'A picture Speaks A Thousand Words'.
kan kan :)
Peringatan : entri ni panjang dan ada banyak gambar, makanya, layaannnnnn!

kat LINK ni sebenarnya dah update initery tentatif sepanjang kat redang --> LINK

Kami bertolak dari Stesen Gombak pukul 10 malam dan tiba di kawasan jeti pukul 9 pagi.
terus loading barang keluar..

 bersemangat krew2 dan warga majalah Mangga angkat barang2 ye.


tak lupa juga pelukis yang tidak asing lagi, Jamal Tommy. 
boleh tgk FB abg Jamal Tommy utk lihat lukisannya yang super cantik!!
boleh request dia lukis apa2


okies inilah jeti yg kami naik. Redang Mutiara Check Point sebab kami nak ke Redang Mutiara Resort! 
private beach yaw!

dah sampaiii!!
cantik sungguh tempat ni subhanallah~ sangat bersih, sangat biru lautnya, dan sangat tenang!

barisan artis yang berbaris. hehe. sempoi sangat artis2 ni..boleh sembang, gelak2, takde double standart pun. macam kawan-kawan jee :)


Lepas dah sampai, semua berkumpul untuk diberi bilik oleh Nasa (gambar kecil), ketua penyamun rombongan penyamun ni. Eh! haha! bukan bukan. Nasa ni wakil Akasia Travel Sdn. Bhd. Bermakna Nasa ni orang kuat Akasia Travel lah. apa2 boleh rujuk dia je :)

next, makan tengahari!! makan minum disediakan sepanjang percutian ni. so kat sana kita just enjoy je xpayah fikir nk cari makanan, semua dah ada :)Sepanjang 3hari 2 malam ni, sarapan, makan pagi, makan petang, makan malam, roti-roti, air-air panas ke semua tersedia!

semua makanan secara buffet. boleh pilih mana yang ada..Hanez suraya pun makan makanan yang sama, amek kandar..kan dah kata, takde double standart!awesome kan! :)

so, kita ke perkara yang paling ditungu-tungu2, snorkelling!!!
ada 2 kali pergi ke snorkeling. 1st hari pertama ke pasir akal,

Para krew mangga yang teruja naik speed bot untuk destinasi menyelam!sangat best!
macam2 jenis ikan boleh jumpa.gamat laut, macam2 lagi..teruja sampai berlaga kepala ms snorkeling pun ada! hihi


untuk lihat banyak lagi gambar Hanez Suraya, boleh ke beautifulnara ----> 

ok second trip snorkelling ni lagi best! Dek kerana ombak yg dasyat, speed bot xleh landing kat jeti, 
kami pulak yang kena berenang ke bot! cool kan? :D

        

Bayangkan yg mana tak reti berenang, dengan ombak kuat, hahahah gila berapa dozen garam ditelan. tapi disebabkan air laut yg sgt bersih, takde masalah lah!

            
suasana atas bot. ada yang menjerit seronok bot dipukul ombak, ada yang menjerit ketakutan, 
ada juga yang muntah2 tak tahan gelombang laut. macam-macam ragam! 
seronok, terbayang bagaimana nelayan yang mencari rezeki di laut. bukan mudah weyhh!

jom layan gambar underwater!
aweera!
~andaiku bercinta lagi, suatu hari nanti~~~~ *nyanyi*

ni abg Jamal Tommy lagi!

Ni en. Rosli!
Editor Majalah Mangga!

tak lupa 'toq' kita, hahaha, Amran Ismail!
yeayyyy! thumbs up pada Akasia Travel!

okies malam pertama tu ada acara penyampaian hadiah, cabutan bertuah, makan2 moon light dinner!
banyakkkkk sangat hadiah yang disponsor untuk percutian ni.

 
MasGenuine dan Aura White selaku penaja utama. Turut menaja Zeel Productions, UMNO, Minas Hair, Butique Cantic+ dan Dream Music. Red Box, Avon, MIG, Amran Ismail Production, Nestle, Meh Rasa Johor dan Adabi memberikan hadiah dan hamper.

semua orang boleh dikatakan dapat hadiah..tahniah team Mangga!! :)

dari kiri, ini dia kak Rosnah Abdul Aziz, eksekutif pengurusan jenama pihak Utusan, yang ditengah kak Imey iaitu wartawan RTM yang kendalikan rancangan Diva di RTM, dan dihujung sekali tu kenal tak?
haa..Zul Mahat, komposer yang telah menulis pelbagai lirik lagu.

ni meja pendaftaran untuk cabutan bertuah dan goodie bag yang dihandle oleh awek-awek cun team Mangga! 

Jejaka-jejaka macho dari team Akasia Travel dan Amran Ismail yang sentiasa memeriahkan suasana.
*ehem ehem. macho ke? hihihi* 
Gurau je nyahhhhh! :D

kebetulan hari tu hari lahir Editor Mangga, Encik Rosli, dan Pengerusi Eksekutif Masgenuine-i Berhad, Datuk Nor Hasnal Hashmi. Makanya, semua team mangga buat surprise yang kaw-kaw punya!

habis kena mandi tepung, putih gebuuuu cik li dengan dato'..hihi

Ok dah setel smua majlis, tidur lah kami ditemani angin laut dan bunyi ombak. eceh kemain :)

okies, bangun2 je second day, after breakfast semua, pakai baju mangga yang cool ni, meraaahhh je semua.
nasib dalam pulau xde lembu, kalau tak, semua kena kejar..hehe.
ada senamrobik yang di lead oleh team akasia travel, kemain gangnam cucuk langit ape semua keluar, 
tapi kami semua enjoy!


next main game  
           

macam2 game main, main game pecah belon, belalang-belatuk, isi air dalam paip yang bocor utk amek bola pingpong dan macam2 lagi. best sangat. yang kenal baru sehari dua pun jadi rapat.
:)

group photo yeahhh!
ini pun sebahagian jeee~ ramai lagi sebenarnya yang xmasuk gambar :)

Akasia Travel the best!! memang terbaik dari ladang!
pengurusan, hospitality memang terbaik.
tahniah Akasia Travel, smoga makin maju kelak! :)

cantiknya pulau redaaannggg!


hari terakhir, 



pemandangan redang waktu subuh. terbaik baq hang! tenang, amannn je :)
selamat tinggal redang mutiara beach resort!
masa untuk pulangggg!
eh Nasa bawak bas pulak? haha..action kamen je tuuuu~
sebelum tiba di KL, singgah beli kopok lekor sukaramai ni.
memang sedap! 
murah pun murah. terbaik! siap ada jual kopok yang dah siap goreng. kopok utk goreng lagilah ada. 
cumanya pekerjanya kurang mesra. senyum sikit mek jahhhhh weyhh! :)))
singgah juga ke pasar payang sebentar untuk makan, solat jamak, bershopping dan sebagainya.
lepas tu sampai di Kuala Lumpur tepat pukul 10malam. 

alhamdulillah, berakhirlah bercutian majalah mangga bersama artis dibawakan oleh Akasia Travel sdn. Bhd.
tahniah Mangga kerana mengadakan program sebegini yang merapatkan pembaca dengan para artis.
tahniah juga Akasia travel kerana dapat uruskan program gilang gemilang seperti ini.

Kepada mereka yang nak buat percutian seperti ini di mana-mana pulau di serata dunia terutama di Malaysia, korang bolehlah hubungi Akasia Travel untuk uruskan percutian kalian ya.
tak kisah honeymoon ke, percutian sekolah ke, gathering sekolah ke, percutian pejabat ke semua boleh kan nasa? :)

bolehlah LIKE mereka di FB:


hubungi :

Office:

+603-61880179

H/P:

010-9055905

017-9825582

0129220073

cakap je nak pergi mana, tarikh, berapa orang nak pergi, 
insyaallah dorang akan bg yg terbaik untuk korang !


p/s : kemana lepas ni? next trip jommmm~ :)

Sunday, March 24, 2013

Pakej Pulau Redang 2013


Salam semua!
jom ke pulau redang ditemani si cantik manis Nelydia Senrose.

pulau redang yang tersangatlah cantiknya.
pasir putih tepi pantai, ombak saling bekejaran.
*tetiba teringat lagu amelina (asyik)*
-___________-




Pakej ni lengkap cover makanan, aktiviti, pengangkutan pergi balik dari KL, penginapan.
hah.
ape nak lagi?
kita pegi sana just enjoy je..tak yah bawak duit dah :)

Antara aktiviti yang akan dijalankan :

snorkeling
swimming
jungle trackking
mencandat sotong
aktiviti pantai
BBQ
indoor games spt karaoke, dart, dll

hebat takkk?

kalau hebat,
jom cepat2 booking.
untuk booking RM50 jeeeee!


untuk pertanyaan lebih lanjut, hubungi :

Nasa :  010-9055905

atau

Azam :  017-9825582

atau


Office: 603-61880179 




atau korang boleh LIKE page :-


(klik je nama page ni atas ni ek untuk terus directing ke page tu)


p/s : murah dah ni woi. takyah pikir minyak kete, duit hotel, aktiviti, makan minum. rugi tak pegi!

Wednesday, March 13, 2013

pakej lengkap dan murah Pulau Redang dari kuala lumpur


Salam semua!

kat mana ye pulau redang?

Terletak di perairan Laut China Selatan merupakan salah satu daripada 9 buah pulau yang membentuk taman laut Kepulauan Redang, negeri Terengganu, Malaysia. Pulau Redang juga merupakan tapak pemuliharaan penyu yang penting. Terdapat 2 buah bangkai kapal yang bersejarah di kawasan perairan Pulau Redang iaitu H.M.S Putera Wales dan H.M.S Repulse yang telah ditenggelamkan di sini pada permulaan perang dunia kedua.



cantik ke pulau redang ni?




haaaa~ cantik takkkkkk???
orang gila je cakap tempat ni tak cantik.
T_______T

berbaloi ke kalau ikut pakej Pulau Redang dengan AKASIA TRAVEL&TOURS ni??

 haha. dah lama aida nak pegi pulau ni. pemandangan cantik, laut yg biru.
teringin nak dengar bunyi laut malam-malam. hayati bayu laut, tgk ikan dalam laut yang jernih.
WAH!!
tapi disebabkan nun jauh di terengganu, nak pergi takde transport, mahal nak cari chalet, hotel bagai semua, nak cari aktiviti lagi, nak pikir makanan kat sana lagi. tu semua buat pelan nak berlibur terbantut.

tapi tapi tapi tapi,
 mujur ada pelan lengkap murah, berbaloi dan jimat dengan AKASIA TRAVEL&TOURS ni!


ni la pakej yang aida ceritakan dalam entry lepas tu ----> LINK
sangat berbaloi amek pakej ni..
murah! tak payah pening-pening nak fikir apa nak buat kat sana, apa nak makan kat sana, kat mana nak duduk, semua dah ditanggung beres!

pakej 3hari 2malam ni cover makan, penginapan, aktiviti dan pengangkutan.
wow!
complete set! murah! tak sampai rm500 pun!
tinggal korang enjoy je kat sana nanti. siap bercuti dengan artis lagi u'alls!
kelas kau jah!



tapi cepat2 booking!

limited to 65 people only!

30+ orang dah book!

so tinggal berapa seat je yang available lagi.
cepat-cepat-cepat book!!!

untuk booking, korang hanya perlu bayar rm50 untuk sahkan korang serius nak ikut.
teruja tak  korang???

grab it fast people!

*waaaaa. aku yang excited lebih ni*
^________^

haha. so cepat contact nombor di bawah ni untuk booking!




untuk pertanyaan lebih lanjut, hubungi :

Nasa :  010-9055905

atau

Azam :  017-9825582

atau


Office: 603-61880179 


atau korang boleh LIKE page :-


(klik je nama page ni atas ni ek untuk terus directing ke page tu)



p/s : bila tengok laut, hati jadi tenang. jiwa jadi lapang. terus jadi happy! :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...