It's Aida4eva

The common life of a homosapiens.

Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts

Monday, August 3, 2015

Krabi 4hari 3malam.


Salam semua!

Tibalah masanya nak cerita pasal hanimun bajet 2bulan lepas.
Teringin nak hanimun tapi rasa macam mahal? ahhh..kita set la sendiri..tak payah guna travel agensi yang memang kompom akan mark-up harga.

So kat sini la kami menginap sepanjang 4hari 3 malam kat Aonang, Krabi Thailand.
Aonang Orchid Resort.
Book thru expediaaaa..dum..dumm! hahaha..kalau yang tengok iklan kat TV taw la kenapa ada sound effect tu.

Personal review, hotel dekat dengan main attraction, jalan kaki je dah boleh jumpa kedai makan, pantai, ATM dan lain2..Just bilik kurang best! sebab dapat bilik menghadap jalan/belakang bangunan..request for honeymoon deco tapi mcm biasa je,aku expect lebih sgt kot! hahahaha. And better amek pool view. Pool besar n cantik! Aku dah reqquest, tapi kena tambah duit la pulakkk,..pe laa..hadap muka suami pon tenang jugaaaa~ gituwww~ hahaa


Kami ambik breakfast pakej. Ini sumpah best! tak payah nak cari bekpes pagi2 ntah mana-mana. Turun je bawah, pilih je nak makan ape. Semua HALAL!

Hotel ni aku ambik mainly sebab ada makanan halal.Best ada makanan berat n ringan. Haha..roti,dessert,buah,nasi,telur cheese, nasi air dll!
Nasi air dia sedap oi! Taklupa telur cheese panas2 dia.fuuhhhhh best!!

 FYI, Pekerja hotel ni tak berapa pandai cakap omputih.
Macam cakap ayam n itik u knowww. Iron xde, Aku mintak Iron dia jawab, 'Broken, kap'. 'No, kap'.
Ishhh,,geram pulak aku kap-kap-kap ni. Nasib baik baju2 n tudung2 tak perlu sgt iron. HAHA



So tentatif kami ialah :

Naik flight AirAsia kol 4.30 ptg. Sampai je airport dlm kol 6ptg, naik bas pegi hotel. Penat n lama sikit tapi murah! hahaha..2 orang 300 baht je. kalau naik Van or teksi private sorang dekat 250baht taw. Jimat sket tang tu, Sampai hotel pon dah hampir kol 7ptang. Bas tu turunkan betul2 kat hotel. Dah settle check in semua,mnd2 n rehat2. Pegi makan area hotel, then jumpa la tempat booking utk aktiviti esok. Kami book elephant treckking,emerald pool & hotspring dengan 1000baht sorang sekali lunch. Murah maybe sebab time tu low-season. Orang tak ramai sangat.
 
Atas ni gambar kami kat Emerald pool. Cantiknyalah! Tapi nak jalan ke sini pon jauh gak lbih kurang 2km. hahah.

Kat kiri ni kami ke Elephant treckking. Naik je la gajah tu. golek2 pusing satu hutan. HAHA.
Guide masa ni best! dia tak naik pon atas gajah. Dia bagi arahan dari bawah je. pastu tolong amek beribu gambo shacking. HAHA.

Dah pusing2 dalam 30-45minit, masuk dalam air plak dia mandi. SO kami pon mandi la sekali dia. KAH!
Sebelum turun, guider mintak tip. ceit.ingat ikhlas :p


Nak share kat korang kedai makan super best, murah, sedap n ada WIFI n AIRCOND! HAHA. dekat 3 kali makan dekat kedai ni.

Nama kedai ni Cucumber Restaurant. Betul2 depan hotel aku ni. Takde la depan betul2, depan n selang 2-3 kedai :P

Pancake dia sedap oiiii! Green Curry, tomyam, somtham. THORBAIK! yang paling terbaik n buat aku terliur2 sampai sekarang PULUT MANGGA!! alahai sedap gilossssss!!




Ni antara makanan yang korang MESTI CUBA bila kat KRABI or AONANG.

Coconut icecream makan kat pasar malam Krabi. Sedapnya sumpah!
Banana Nutella pancake kat cucumber restoran atas ni. kat pasar malam pon tak best macam kedai ni.

Tapi nak diingatkan, makanan sana memang mahal dik nonnnn! sekali makan je dah 550++ baht untuk 2 orang. Duit kita tu dah dekat 60ringgit la.

Nasi goreng pon dekat 10 ringgit. T____T
Syukur Malaysia masih amannn. t____t



Yang ni scene paling best. Bercinta kat pulau. haha. Post wedding katanya. Auummm! haha

Abis post wedding ni, maka tenang la hati jemah. Rancang hal-hal kawen dari dulu.

Dari majlis bertunang-nikah-kawen-hanimun plus post wedding. 

Phewwww! I'm a happy married women.

Gitewwwww.

Okeh sebelum aku melalut, ni total expenses kami berdua ketika kat Krabi haritu.

Day 1 : (tiba +check in hotel)
300 baht -airport transfer + 2000baht - pakej elephant/emerald pool.+ 575 baht dinner at aonangthai seafood (nasi goreng+tom kha soup+nasi kosong+ air semua utk 2orang) .+ 280 baht baju i <3 krabi.="" p="">

Day 2 : (emerald pool/elephant treck + Krabi Night market)
130 baht -selipar (suami i takut selipar dia rosak,so beli baru. Nasib baik beli gak sbb aktiviti lasak) + 120 tip for guider elephant + 20 baht coconut icecream + 240 baht (tuk-tuk untuk ke Krabi night market untuk 2orang) + 2500baht (sourvenier untuk both family&friends) + 70 baht (pancake & keropok) + 490 baht (makan di cucumber restaurant. SEDAP!berbaloi~)

day 3: (island hoping +leisure time)
1460 baht (hong island) + 638baht (lunch di lacasa restaurant. Takdap sgt) + 250baht (dinner di cucumber lagi)

day 4 : (balik Malaysia laaa)
300 baht (airport transfer dari hotel ke airport naik van.selesa dr naik bas. harga sama! haha..beli tiket kat area hotel) 

SELESAI. total belanja kat sana untuk aktiviti, makan, souvenier n airport transfer dalam 13000baht. dalam RM1500 la. tu untuk 2 orang. 

Diingatkan tiket flight n hotel lain. untuk 2 orang tak sampai 1000. dalam 900 gitu. haaa..total semuaaa dalam RM2500 ok la kan. 

Still dalam bajet gituuu..nak jalan jauh maybe setahun sekali je. Sekali sekala yedakkk nak hepihepi lakibini. haha.

Aku dah gatal tangan nak ajak somi berjalan kat mana plak pas ni. Maldives? Bali? Boracay? Korea? Jepun?? hahaha, Makaaaa, marilah kita menabunggg~! 


Till then, XOXO. Gituuuu!

Saturday, July 25, 2015

Tips rancang percutian. Krabi 4hari 3 malam.

Salam semua!

Bulan 6 haritu seminggu terakhir cuti sekolah, aku dan suami acah2 honeymoon ke Krabi. Dah kawen almost 4 bulan, baru dapat g honeymoon kekdahnya.

tapi takde la amek pakej honeymoon pon. Semua style backpackers je kita yg rancang perjalanan kita sendiri.


Ni jugak antara tips2 untuk bercuti dengan bajet rendah tapi happy. Bercuti tengok negara orang, tak hepi lagi jemah oit?hahah

First, bila airasia on sale je, bukakweb tu laju2.Make sure sebelum tu dah key in dah nama guest, details and family yang nak ikut. Tak de la masa nak beli baru jerit2 cepat2 mintak nombor passport/ic dia. hahha #akuleteww
Nak senang usha, ko usya waktu pas subuh or tgh2 malam, takde masuk waiting room lama sangat. HAHA
Aku dapat tiket return Krabi-KL RM500 utk 2 orang.
I bet ada yang dapat lagi murah.
Siapa cepat dia dapat la kennnnn~

Nak tengok macam mana cara book tiket, tengok link ni -----> LINK



Second, bukak trivago/Expedia untuk cari hotel yang berkenan di hati. Cuba cari yang walking distance je dengan main attraction yang ada. bukak maps. part ni aku usya almost 2 weeks.
tu pon dapat hampeh jugak sikit. hahah



Aku book 'Aonang Orchid Resort' thru expedia. bayar that time gak. guna kad debit Maybank. Kat sini pon sangkut memula. Sebab dia nak Mastercard/Visa sebab dia nak terus potong duit engko.
First, g sesiap bank yg korg nak guna, aktifkan penggunaan luar negara, pastu hidupkan astercard/Visa serta tingkatkan kadar amount yg leh guna. RM500 memang leh guna, incase la pape hal korg nak hotel berbintang-bintang kan, baik tingkatkan sikit.

Setel hal bank, usya 2-3 kali web expedia tu sebab ada time2 petang dalam kol 3-6petang dia ada wat diskaun lebih pada hotel2 tu. So jimat sikit.
Kalau book guna expedia. harga dia tulis tu untuk 1 malam je.Jangan nak terkejut bila dia dh total up last sekali taw.
Tapi kalau guna booking.com, dia total up sesiap harga berapa malam yang korang nak.



Tapi bila dah ada kat sana. aku rasa, kalau korang banyak masa bila dh kat sana nanti, better book 1 malam je. Next day, korang jalan2 la area situ cari hotel yang lagi cantik n murah. lagi puas hati.
Macam aku aritu ada sedikit penyesalan la dari segi customer service n keindahan perkhabaran dari rupa sebenar. HAHA

bab tu nanti aku cerita naa~

nanti aku update ape aktiviti aku 4 hari 3 malam kat sana, kedai makan yang best, n gitu-gitu lah. 

Tata Korang! selamat berayaaaaa! <3 font="">


Sunday, June 1, 2014

Tiket murah Airasia 2014 (tempah dr 2hb-8hb Jun 2014 untuk fly pd Januari-Julai 2015) dan tips booking.




Air Asia : Promosi 'Tempat Duduk Percuma' kini kembali | AIRASIA kembali semula dengan promosi "Tempat Duduk Percuma" apabila menawarkan 2.5 juta tempat untuk tempahan segera bagi tempoh perjalanan dalam separuh pertama 2015. Promosi itu menawarkan tempat duduk percuma ke destinasi seperti Langkawi, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Singapura, Hong Kong, Chennai, Siem Reap, Lombok, Kalibo (Boracay) dan pelbagai destinasi domestik dan antarabangsa lain, kata syarikat penerbangan tambang rendah itu dalam satu kenyataan di sini, hari ini. 



Tempat duduk percuma itu (tidak termasuk cukai lapangan terbang, surcaj bahan api dan fi lain yang dikenakan) boleh ditempah dari 2-8 Jun, 2014, bagi tempoh perjalanan dari 5 Januari hingga 31 Julai, 2015.



Harga tambang bermula daripada serendah RM199 bagi Kelas Ekonomi untuk penerbangan berlepas dari Kuala Lumpur ke Australia (Adelaide, Sydney, Melbourne, Perth, Gold Coast), Jepun (Nagoya, Osaka, Tokyo), Korea Selatan (Busan, Seoul), China (Chengdu, Hangzhou, Beijing, Shanghai), Taiwan (Taipei), Nepal (Kathmandu) dan Sri Lanka (Colombo).
Tempahan boleh dilakukan di http://www.airasia.com/my/en/promotion/rr1510107.page?cid=eab264twtxa atau LINK ni ---> AIRASIA

tempah lah sekarang. eberibadi ken felai.

hihihi

Boleh ditempah dari 2-8 Jun, 2014, untuk perjalanan dari 5 Januari hingga 31 Julai, 2015.



maknanya, tempah minggu ni, tahun depan baru boleh terbang taww!

yelaaa..kan murah..kita kena tunggu laaa.

so far dah hampir 3 kali buat promo macam ni. 
2 kali ok je dapat fly. sekali tu kena burn je sebab tak dapat cuti. 
hukhuk. make sure tarikh dah tengok betul2 cuti sekolah ke, cuti umum ke. tak mau la membazir duit macam kite ni taw. 

Dan letak nama orang yang betul2 nak pergi dengan kita. sebab nama tak boleh tukar taw once dah book guna promo ni..Nanti rancang berdua, tetiba sorang tu gaduh ke, bercakaran dengan korang, tak ke naya kena fly sorg2? Nebes la mak jemah!






ape yang diperlukan untuk booking ni?

-akaun airasia (alaa..buat je.kalau lupa password, buat je akaun guna email baru.hihi)

-kalender tahun depan (tak boleh main pilih tarikh je main2..kadang2 waktu cuti mmg cepat sold out)


-nama,alamat,ic orang yang nak fly dengan kita tu (make sure ejaan nama, no. ic betul..takut xlepas nanti..kalau ada no.passport pon sedia je skali..kalau tak de pon xpe..nanti kita boleh update)


-email lah ofcourse (pastikan ingat password email tu..nnt dorg akan send itinery)


-akaun maybank2u,cimbclick atau apa2 online banking (kena bayar terus..bukan tempah ari ni, tahun depan nak fly baru bayar..nehi heee inspektor sahab)


-optional : kad kredit/visa/mastercard (kalau xde online banking,boleh guna ni.tapi rasanya ada kena cas sikit dengan bank.


-last skali, anda sangat diperlukan untuk berSABAR untuk menunggu tahun hadapan untuk fly-nye. (penantian itu satu penyiksaan bukan?)haha


sekian.

saya pon bukan lah selalu fly sana-sini. tapi saya cuma mahu berkongsi apa yang saya tahuuu.
*wink*

Wednesday, March 5, 2014

Pakej Murah PULAU REDANG 2014

Salam all,
 Latest promo
 REDANG MUTIARA BEACH RESORT
 9 mac to 3 april 2014
 Weekdays Twin rm300 Quad rm270 Weekend/school holiday Twin rm320 Quad rm280

 Package include :
-2 way boat transfer from merang jetty
 -2x bfast,2x lunch,2x tea break, 1x dinner + 1 bbq
-24hrs free flow hot drink
-3 time snorkeling trip

Package exclude :

-marine park conservation fees rm5/person
-snorkeling gear rm20/set

 ITINERARY FOR 3 DAYS 2 NIGHTS PACKAGE:

1st Day:
 9:30 am - Depart from Merang Jetty to Redang Mutiara Beach Resort
 10:30 am - Check-in and welcome drink 12:45 pm - Lunch
2:30 pm - Snorkeling Trip for 2 hours (Electric Power Off)
4:30 pm - Hi-tea and Leisure Hour (beach volley ball, beach soccer, swimning)
7:45 pm - Dinner and indoor activity (mahjong, playing cards, darts, karaoke)

 2nd Day:
 7:45 am - Breakfast
9:45 am - Snorkeling Trip for 2 hours to Marine Park - (Electric Power Off)
12:45 pm - Lunch
2:30 pm - Snorkeling Trip for 2 hours - (Electric Power Off)
 4:30 pm - Hi-tea and Leisure Hour (beach volley ball, beach soccer, swimning)
 7:45 pm - BBQ

 3rd Day 7:45 am - Breakfast
10:00 am - Check-out
 10:30 am - Depart from Redang Mutiara Beach Resort to Merang Jetty

 BOOKING NOW - 013 247 2423 TQ 

Fuhhhh..mmg tiptop taw pakej ni..memang murahhhhh weyyhhh!  untuk review pakej ni, sila scroll..ehhh..mcm banyak pulak nak scroll kan..jap ni...nahhhh..tekan  link ni yeee ------> LINK < kalau xboleh, sila copy paste ye..ssh betul update blog guna phone ni..phewwww~ ....... http://aida4eva.blogspot.com/2013/05/pakej-pulau-redang-bersama-akasia.html

Wednesday, February 26, 2014

Percutian ke Sabah 6hari 5malam

Salam semua!!
Alhamdulillah minggu lepas dapat spend 6 hari 5 malam kat sabah.

A lovely vacation with lovely ex-housemate.

kami dapat tiket airasia murah giles weyh! rm90 pergi balik..murah kan kan?



so first day, arrived KKIA Terminal 2 pukul 5.30..check in di Sea Park Tanjung Aru.. malam weollz makan seafood kat tanjung aru beach..purnama ke ape tah tempat tu..
tapi besttt..banyak kedai n kena pilih betul2..thankfully ada zizan n atap yg mmg duduk sabah..dorang ni kawan sekelas n semaktab kat kl dlu :) so dorang la yg pilih2kan kedai n tawarkan harga.



2nd
pagi2, we took a morning walk for breakfast and the beach!
yeay dapar bergambar gila2 kat pantai :)
after checkout hotel, kami kr muzium sbh..heee..nama pon cikguuuu~ pegi muzium laaaa. haha bayaran 3rgt per person..dalam muzium sabah tu ada kampung warisan..boleh tgk macam2 jenis rumah panjang kaum2 di Sabah..
sebelum bergerak ke tuaran, kami singgah ke monumen double six untuk bergambar dan makan ..weeeee~
bermalam di tuaran hari kedua ni..rumah kawan one of my exhousemate :))




Sejuk bhai tuaran ni.
belom kundasang lagi! weeee~ pagi ni nak ke kundasang! yeayyy..singgah dulu rumah terbalik di tamparuli. weeee~
disebalik kisah rumah terbalik ni ialah anak pasangan rumah ni terlalu nakal smpai diibaratkan rumah ni boleh jadi terbalik wooo~
rm10 per person..

Then, perjalanan diteruskan ke kinabalu park weeee rm3 per person.
Kat sini siapa yg rajin hiking boleh naik route yg disediakan utk tgk reflesia. Timpohon gate dalam ni adalah gate permulaan utk yg nk mendaki gunung kinabalu. Jadi, maksudnya kita di kaki gunung kinabalu yeay!!
Seronok sgt kami ni. bila bergambar je mesti nk melompat ! haha

Terus lagi ke Poring Hotspring.
Xyah bayar masuk ni..tunjuk je tiket kinabalu park tadi. jimat!
kat hotspring ni boleh mandi air panas or just rendam kaki je.
kami rendam kaki je la..
dalam ni jugak ada canopy walk kena bayar rm3 per person n kena cas kamera rm5..
dalam canopy walk ni ada 3peringkat jambatan gantung..best!
gila goyang2 jambatan gantung ni. haha. tapi style route n jmbatan ni sama sebijik mcm canopy walk frim. hihi

dah setel rendam kaki dgn air panas, jalan dlm hutan n lalu titian gantung, kami ke 'Tagal' di sg.murali rm5 per person untuk fish spa. kalau rm10 untuk body spa.
haha. besar gilos oooo pekerja2 fish spa ni..ikan kelah,ikan keli, semua besar2 daripada lengan den!
mula2 geli2 je..last2 sakit woi ikan2 ni gigit.. haha.
kalau yg buat body spa tu xtaw la camne nasibnya. haha pengsan -_-"

kami pilih homestay di Walai Tokuo, Kundasang. rm110 untuk 5orang..
pehhhh sojuk!! bukan macam cameron ke bandung punya sejuk. giles punya sejuk. mcm duduk dlm peti ais atas. haha
xpayah pakai aircond ke pakai kipa pon. mandi wajib dgn air panas heater..phewww..

setel 4 hari..hari kelima akan bersambung nanti sebab banyakkkkkk sangat gambar kat pulau. yesssss..hari kelima kami island hoping. seronok sgt!!

Stay tuneeeee ~ :))

Wednesday, May 29, 2013

Pengantin baru tumbuh bagai cendawan selepas hujan


Salam.
almaklumlah cuti sekolah dah mula, makanya, banyak lah kenduri kahwin sana sini.

Tahniah diucapkan kepada yang dah bergelar suami, isteri, semoga menjadi sebuah keluarga yang sakinah, dunia dan akhirat. aminnnn.

Tahniah Maziah Tugimin dan Pasangan.
maaf tak dapat hadir pada hari kenduri :)
Ni classmate sejak tingkatan 1. muka semua berlemoih masa dulu. La ni semua segak dahhh!
hehe..cantik sangat hang maziah!

ehem ehem. yang lain2 dalam gambar ni bila? eh eh :)
*gambar curi dari Lai*


Tahniah juga buat bos besar, hehe Nur Alia dan pasangan!
cantik sangat ampa!

errrr..yang berbaris  dari tepi pengantin tu bila pulak?
bhahahahahaa.
-____-'

ada rezeki, ada la nasi minyak nya kan..sama2 kita doakan agar jodoh kita dipermudahkan.
Aminnnnn~


Tuesday, May 28, 2013

Pakej Pulau Redang Bersama Akasia Travel : REVIEW

Salam semua!
alhamdulillah cuti sekolah dah bermula. maka baru lah sempat nak menaip kembali.

10 mei sampai 12 Mei hari tu, Majalah Mangga mengadakan percutian bersama artis ke Pulau Redang
. Artis popular Hanez Suraya,penyanyi Aweera dan pelakon Amran Ismail pun join untuk memeriahkan percutian hebat ini!  tak lupa jugak, percutianan ini diurus oleh Akasia Travel Sdn. Bhd memang terbaik!
syok gila habaq hang!

siap masuk Mangga Online lagi. Tak percaya? pergi ke link ni ---->MANGGA ONLINE (LINK)

Cerita ni, Pancaindera pun masuk jugak. tak caya?


ok meyh layan story ke pulau redang hari tu ditemani dengan gambar2 sebagai bahan bukti.
kata orang, 'A picture Speaks A Thousand Words'.
kan kan :)
Peringatan : entri ni panjang dan ada banyak gambar, makanya, layaannnnnn!

kat LINK ni sebenarnya dah update initery tentatif sepanjang kat redang --> LINK

Kami bertolak dari Stesen Gombak pukul 10 malam dan tiba di kawasan jeti pukul 9 pagi.
terus loading barang keluar..

 bersemangat krew2 dan warga majalah Mangga angkat barang2 ye.


tak lupa juga pelukis yang tidak asing lagi, Jamal Tommy. 
boleh tgk FB abg Jamal Tommy utk lihat lukisannya yang super cantik!!
boleh request dia lukis apa2


okies inilah jeti yg kami naik. Redang Mutiara Check Point sebab kami nak ke Redang Mutiara Resort! 
private beach yaw!

dah sampaiii!!
cantik sungguh tempat ni subhanallah~ sangat bersih, sangat biru lautnya, dan sangat tenang!

barisan artis yang berbaris. hehe. sempoi sangat artis2 ni..boleh sembang, gelak2, takde double standart pun. macam kawan-kawan jee :)


Lepas dah sampai, semua berkumpul untuk diberi bilik oleh Nasa (gambar kecil), ketua penyamun rombongan penyamun ni. Eh! haha! bukan bukan. Nasa ni wakil Akasia Travel Sdn. Bhd. Bermakna Nasa ni orang kuat Akasia Travel lah. apa2 boleh rujuk dia je :)

next, makan tengahari!! makan minum disediakan sepanjang percutian ni. so kat sana kita just enjoy je xpayah fikir nk cari makanan, semua dah ada :)Sepanjang 3hari 2 malam ni, sarapan, makan pagi, makan petang, makan malam, roti-roti, air-air panas ke semua tersedia!

semua makanan secara buffet. boleh pilih mana yang ada..Hanez suraya pun makan makanan yang sama, amek kandar..kan dah kata, takde double standart!awesome kan! :)

so, kita ke perkara yang paling ditungu-tungu2, snorkelling!!!
ada 2 kali pergi ke snorkeling. 1st hari pertama ke pasir akal,

Para krew mangga yang teruja naik speed bot untuk destinasi menyelam!sangat best!
macam2 jenis ikan boleh jumpa.gamat laut, macam2 lagi..teruja sampai berlaga kepala ms snorkeling pun ada! hihi


untuk lihat banyak lagi gambar Hanez Suraya, boleh ke beautifulnara ----> 

ok second trip snorkelling ni lagi best! Dek kerana ombak yg dasyat, speed bot xleh landing kat jeti, 
kami pulak yang kena berenang ke bot! cool kan? :D

        

Bayangkan yg mana tak reti berenang, dengan ombak kuat, hahahah gila berapa dozen garam ditelan. tapi disebabkan air laut yg sgt bersih, takde masalah lah!

            
suasana atas bot. ada yang menjerit seronok bot dipukul ombak, ada yang menjerit ketakutan, 
ada juga yang muntah2 tak tahan gelombang laut. macam-macam ragam! 
seronok, terbayang bagaimana nelayan yang mencari rezeki di laut. bukan mudah weyhh!

jom layan gambar underwater!
aweera!
~andaiku bercinta lagi, suatu hari nanti~~~~ *nyanyi*

ni abg Jamal Tommy lagi!

Ni en. Rosli!
Editor Majalah Mangga!

tak lupa 'toq' kita, hahaha, Amran Ismail!
yeayyyy! thumbs up pada Akasia Travel!

okies malam pertama tu ada acara penyampaian hadiah, cabutan bertuah, makan2 moon light dinner!
banyakkkkk sangat hadiah yang disponsor untuk percutian ni.

 
MasGenuine dan Aura White selaku penaja utama. Turut menaja Zeel Productions, UMNO, Minas Hair, Butique Cantic+ dan Dream Music. Red Box, Avon, MIG, Amran Ismail Production, Nestle, Meh Rasa Johor dan Adabi memberikan hadiah dan hamper.

semua orang boleh dikatakan dapat hadiah..tahniah team Mangga!! :)

dari kiri, ini dia kak Rosnah Abdul Aziz, eksekutif pengurusan jenama pihak Utusan, yang ditengah kak Imey iaitu wartawan RTM yang kendalikan rancangan Diva di RTM, dan dihujung sekali tu kenal tak?
haa..Zul Mahat, komposer yang telah menulis pelbagai lirik lagu.

ni meja pendaftaran untuk cabutan bertuah dan goodie bag yang dihandle oleh awek-awek cun team Mangga! 

Jejaka-jejaka macho dari team Akasia Travel dan Amran Ismail yang sentiasa memeriahkan suasana.
*ehem ehem. macho ke? hihihi* 
Gurau je nyahhhhh! :D

kebetulan hari tu hari lahir Editor Mangga, Encik Rosli, dan Pengerusi Eksekutif Masgenuine-i Berhad, Datuk Nor Hasnal Hashmi. Makanya, semua team mangga buat surprise yang kaw-kaw punya!

habis kena mandi tepung, putih gebuuuu cik li dengan dato'..hihi

Ok dah setel smua majlis, tidur lah kami ditemani angin laut dan bunyi ombak. eceh kemain :)

okies, bangun2 je second day, after breakfast semua, pakai baju mangga yang cool ni, meraaahhh je semua.
nasib dalam pulau xde lembu, kalau tak, semua kena kejar..hehe.
ada senamrobik yang di lead oleh team akasia travel, kemain gangnam cucuk langit ape semua keluar, 
tapi kami semua enjoy!


next main game  
           

macam2 game main, main game pecah belon, belalang-belatuk, isi air dalam paip yang bocor utk amek bola pingpong dan macam2 lagi. best sangat. yang kenal baru sehari dua pun jadi rapat.
:)

group photo yeahhh!
ini pun sebahagian jeee~ ramai lagi sebenarnya yang xmasuk gambar :)

Akasia Travel the best!! memang terbaik dari ladang!
pengurusan, hospitality memang terbaik.
tahniah Akasia Travel, smoga makin maju kelak! :)

cantiknya pulau redaaannggg!


hari terakhir, 



pemandangan redang waktu subuh. terbaik baq hang! tenang, amannn je :)
selamat tinggal redang mutiara beach resort!
masa untuk pulangggg!
eh Nasa bawak bas pulak? haha..action kamen je tuuuu~
sebelum tiba di KL, singgah beli kopok lekor sukaramai ni.
memang sedap! 
murah pun murah. terbaik! siap ada jual kopok yang dah siap goreng. kopok utk goreng lagilah ada. 
cumanya pekerjanya kurang mesra. senyum sikit mek jahhhhh weyhh! :)))
singgah juga ke pasar payang sebentar untuk makan, solat jamak, bershopping dan sebagainya.
lepas tu sampai di Kuala Lumpur tepat pukul 10malam. 

alhamdulillah, berakhirlah bercutian majalah mangga bersama artis dibawakan oleh Akasia Travel sdn. Bhd.
tahniah Mangga kerana mengadakan program sebegini yang merapatkan pembaca dengan para artis.
tahniah juga Akasia travel kerana dapat uruskan program gilang gemilang seperti ini.

Kepada mereka yang nak buat percutian seperti ini di mana-mana pulau di serata dunia terutama di Malaysia, korang bolehlah hubungi Akasia Travel untuk uruskan percutian kalian ya.
tak kisah honeymoon ke, percutian sekolah ke, gathering sekolah ke, percutian pejabat ke semua boleh kan nasa? :)

bolehlah LIKE mereka di FB:


hubungi :

Office:

+603-61880179

H/P:

010-9055905

017-9825582

0129220073

cakap je nak pergi mana, tarikh, berapa orang nak pergi, 
insyaallah dorang akan bg yg terbaik untuk korang !


p/s : kemana lepas ni? next trip jommmm~ :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...