It's Aida4eva

The common life of a homosapiens.

Monday, January 30, 2012

makan-makan nasi arab di Hadramawt, Kuala Lumpur guna voucher murah.


salam semua.
entri sebelum ni pasal kupon murah kan?
ni nak tunjuk ke'awesomeness'nya kupon murah ni.

aku beli voucher ni daripada groupon.
voucher ni bernilai RM153.
aku dapat rembat voucher ni hanya dengan harga RM35 untuk 2 orang makan.
superb ke tak superb?
banyak betul diskaun yang berjaya dirembat. 
(^_____^) 

kedai Hadramawt ni pemes rupanya.
lokasi dia dekat Chulan Square, tepi Pavillion / Restoren Sri Melayu.
yemeni konsep.
pelayan semua orang arab habaq ang.
mana ada pelayan orang seberang. opsss.
cakap pun sepiking ja. berbelit lidah cheq.
:P 

interior kedai.
cantik. tak besar tapi tak jugak kecik.
nampak tak frame kat dinding tu?
mantan PM kita, Pak Lah pun makan sini. ada jugak gambar kenangan orang lain yang makan dekat sini yang diframekan. sbg contoh, Maher Zain, Zambry Abdul Kadir dan menteri-menteri yang lain gak yang makan dekat sini. kira setendet lah tempat nih kan.
plat jalan-jalan cari makan (JJCM) pun ado. 

kelas kau mariiiaaaa! 

duduk kat luar pun voleyy~

yang bestnya, dengan RM35, aku dapat hidangan lengkap untuk dua orang dan ice lemon tea free flow untuk kami!

1st, arabic salad  
sedappp! 


 2nd. Chicken Kebab untuk aku
sedap. seyes sedap!
maaf ye sy makan dengan gelojohnya wahai incik botak :)
tak penah makan mkanan jenis cam ni. lalalala~

dan Chicken Mandy untuk dia
nasi sedap. cuma ayam kecik. so kureng sikit la.
tapi berbaloi la kan untuk harga tu :) 


 penuh mejaaaa!
untunggggg!



alhamdulillah.
kenyang dan sampai licin aku sebat :)
rezeki allah :D 

bila dah abis makan, lepak-lepak kejap, ingat nak balik dah.
baru nak ambil keputusan nak beredar,
tetiba waiter datang hantar ni :)

teh arab dan kuih muih.
seyesly, teh malaysia lagi sedap.
kui3
kuih-kuih ni sekali pandang macam kek n kuih tart. tapi malangnya bukan.
ape benda pun tak taw. makanan arab jugaklah.
dalam tak tak taw ape benda tu, abis jugak kitaorang sapu.
hihi. 

agenda ini adalah untuk meraikan hari jadi incik botak yang ke __ tahun?
*sila isi tempat kosong* 
jeng. jeng. jeng
:)

untuk senarai website yang ada kupon-kupon murah ni,
sila klik link ni ---> LINK
sila terjah. selamat berbelanja :) 

p/s : selamat menjamu mata :)

6 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...