untuk memudahkan pencarian, taip 'Ctrl & F'..kemudian taip perkataan yang dicari.
Rumusan Kemahiran Bahasa
A. Kemahiran Lisan
·
Kemahiran mendengar
·
Kemahiran bertutur
-
Prinsip pembinaan dan
penggunaan/pelaksanaan P&P Lisan
-
Aktiviti P&P lisan
B. Kemahiran Membaca
o
Aktiviti Prabacaan
o
Bacaan Mekanis
o
Aktitivi bacaan – langkah
P&P puisi
o
Pendekatan cerakinan –
o
Teknik-teknik bacaan – SQ3R
C. Kemahiran Menulis
·
Pendekatan menulis karangan
D. Kaedah
Pengajaran
·
Kaedah komunikatif
·
Kaedah pandang sebut
·
Pendekatan Cerakinan - prosedur
pelaksanan, kebaikan, kelemahan
E. Teknik
P&P
·
Teknik pengajaran –
simulasi/main peranan/lakonan
·
Peringkat pengajaran kemahiran
membaca dan menulis
·
Kemahiran membuat ramalan
·
Peta minda – kaeadah
pelaksanaan dan contoh
- Teknik main peranan
- Teknik permainan bahasa
- Teknik latih tubi
- Teknik bercerita
- Teknik inkuiri
- Teknik perbahasan
Pendekatan Mengajar Bacaan
Pada
amnya ada dua pendekatan yang besar untuk menyampaikan pelajaran membaca:
·
Pendekatan membina
·
Pendekatan cerakinan
·
Pendekatan Elektik
Pendekatan membina
Cara
ini ialah satu cara yang berdasarkan prinsip sintesis atau membina atau dengan
lain perkataan menyusun bahagian-bahagian yang kecil menjadi satu benda yang
besar. Misalnya dalam mmengajarkan ayat; “Nina ada baju merah’.
-
Perkenalkan
huruf
: a, b, d, i, j, h, r, u, m, n
-
Perkenalkan suku kata : ba, ni, na, ju,
rah, me, da
-
Perkenalkan perkataan : baju, Nina, ada, merah
-
Perkenalkan rangkai kata : baju merah, Nina ada
-
Perkenalakn
ayat
: Nina ada baju merah.
Pada
keseluruhannya, cara ini menggunakan kaedah huruf, kaedah bunyi dan kaedah suku
kata.
Pendekatan Cerakinan
Cara
ini ialah satu cara yang berlainan atau berlawanan prinsipnya denagn cara
sintesis. Cara ini berdasarkan prinsip analisa atau mencerakin atau dengan
perkataan lain mencerai-ceraikan satu bahagian yang besar kepada
bahagian-bahagian yang kecil. Misalnya dalam mengajarkan ayat ‘Nina ada baju
baru’.
-
Perkenalkan
ayat
: Nina ada baju merah.
-
Perkenalkan rangkai kata : baju merah, Nina ada
-
Perkenalkan perkataan : baju, Nina, ada, merah
-
Perkenalkan suku kata : ba, ni, na, ju,
rah, me, da, a
-
Perkenalkan
huruf
: a, b, d, i, j, h, r, u, m, n
Pada
keseluruhannya, cara ini menggunakan kaedah perkataan, kaedah rangkai kata,
kaedah ayat yang kesemuanya digabungkan dalam kaedah pandang sebut.
Pendidik
dan pengajar-pengajar yang berpengalaman dengan kedua-dua cara tadi berpendapat
bahawa cara-cara ini masih juga tidak membawa kepada hasil yang baik dan
memuaskan. Maka dengan hal demikian, telah terbit satu cara lain yang
dipercayai dapat mengurangkan masalah yang dihadapi. Cara ini ialah cara
elektik atau lebih dikenal dengan nama cara campuran.
Pendekatan
Elektik
·
Cara elektik adalah cara mengajar bacaan dengan menggunakan kaedah campuran
daripada dua cara yang besar iaitu mengajar bacaan dengan menggunakan cara
membina dan cara cerakinan
·
Cara membina mengandungi kaedah bunyi, kaedah huruf dan kaedah suku kata
·
Cara cerakinan pula mengandungi kaedah perkataan, kaedah rangkai kata dan
kaedah ayat. Semua kaedah ini disebut kaedah pandang dengar.
Cara Mengajar
Tujuannya
ialah untuk membolehkan murid-murid membaca ayat-ayat yang pendek, mengenal
huruf, suku kata dan memahami isinya.
Bentuk
huruf:
Jangan diajar nama huruf vokal dan konsonan itu dahulu. Huruf-huruf itu diajar
dari segi bunyinya sahaja. Misalnya;
a –
ayam
p – payung
i - ikan
Bentuk
bahasa:
-
Suku kata diajar menerusi perkataan. Misalnya;
ba
– bakul, bawang, barang
-
Menggunakan warna; a (merah), i (hijau), u (biru), e (kuning), dan o (coklat).
-
Menggunakan gambar.
Alat
mengajar: kad
imbasan, kad ayat, kad perkataan, kad rangkai kata, kad suku kata dan
sebagainya bolehlah digunakan. Huruf-huruf harus terang dan jelas sehingga
dapat dilihat oleh semua murid.
Tajuk 1
|
Kemahiran
Mendengar dan Bertutur
·
Konsep
·
Objektif
·
Proses
dan Bentuk
|
Sinopsis
Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara asas
Kemahiran Mendengar dan Bertutur:
·
konsep
·
objektif
·
proses dan bentuk
Aspek kemahiran berbahasa meliputi Kemahiran Lisan:
Mendengar dan Bertutur, Membaca dan Menulis. Walau bagaimanapun kemahiran
mendengar dan bertutur merupakan aspek asas yang paling penting dalam kemahiran
berbahasa. Hal ini demikian kerana murid-murid yang menguasai kemahiran
mendengar dan bertutur dengan baik biasanya berpotensi cenderung menguasai
kemahiran membaca dan menulis dengan lebih baik. Kemahiran mendengar yang baik
membolehkan seseorang memperoleh dan memproses maklumat dengan tepat. Demikian
juga seseorang yang mempunyai kemahiran bertutur yang baik membolehkan
seseorang menyampaikan perasaan dan fikirannya dengan berkesan. Ini bermakna
seseorang pendengar dan penutur yang baik lebih berpotensi menguasasi kemahiran
membaca dan menulis dengan baik kerana keupayaan mendengar dan bertutur dengan
baik akan membantunya dalam proses membaca dan menulis.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:
1.
menjelaskan konsep kemahiran
mendengar dan kemahiran bertutur;
2.
mengenal pasti tujuan-tujuan
pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar
dan bertutur;
3.
menerangkan beberapa kaedah,
teknik dan aktiviti untuk kemahiran mendengar dan
kemahiran bertutur;
4.
menyatakan beberapa prinsip
pemilihan, penghasilan dan penggunaan bahan yang
sesuai bagi proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur; dan
5.
mengemukakan bentuk penilaian
aktiviti kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur.
Kerangka Konsep
|
|||||
Modul untuk membangunkan strategi pengajaran
efektif
Rajah Perilaku - Ucapan Teori
Chomsky
(Disesuaikan daripada Pengantar Psikolinguistik Moden, 1987: 51)
KEMAHIRAN LISAN: KEMAHIRAN BERTUTUR DAN MENDENGAR
Definisi Konsep
Kebolehan untuk mendengar dan bertutur dengan baik
dan berkesan sangat penting dalam kehidupan seharian. Ini bermakna, seorang pendengar yang baik
dapat memahami dan memperoses maklumat yang didengarinya dalam sesuatu
interaksi. Begitu juga, seorang penutur
yang baik dapat menyampaikan perasaan dan pemikirannya dengan tepat dan
berkesan dalam interaksi tersebut.
Kemahiran Mendengar dan Bertutur Dalam Sukatan Pelajaran
Dalam Sukatan
Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah KBSR (1983:3) menegaskan pengajaran
dan pembelajaran kemahiran lisan bahasa Melayu bertujuan:
(a)
mendengar dan memahami
pertuturan dan siaran yang terdapat dalam kehidupan sehari-hari sama ada di
dalam atau di luar rumah;
(b)
bertutur dan mengeluarkan buah
fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam perbagai keadaan
perhubungan seperti perbualan dengan rakan-rakan, guru, ibu bapa dan
sebagainya, serta dalam majlis bahas, syarahan dan lain-lain.
Bagi tujuan mencapai objektif yang dinyatakan, Sukatan Pelajaran
Bahasa Melayu Sekolah Rendah KBSR (1983:3) turut mencadangkan beberapa
cadangan subkemahiran kecil kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) yang perlu
dikuasai oleh murid, antara lain menguasai kemahiran:
(a)
mendengar dan menyebut bunyi.
Antara lain, meliputi aspek perlakuan bahasa melibatkan kemahiran mengenal,
membeza dan mengajuk bunyi yang diperdengarkan; mengecam dan menunjukkan sumber
arah datangnya bunyi berkenaan.
(b)
memberi dan menerima arahan dan
permintaan. Perlakuan bahasa, antara lain mencadangkan kemahiran menyampaikan
arahan dan pesanan tertentu secara berurutan supaya mudah difahami,
menghasilkan permintaan yang mudah – untuk diri sendiri dan orang lain;
(c)
menyampaikan ucapan
bertatasusila – meliputi kemahiran melafazkan ucapan bertatasusila, secara
beradab dengan menggunakan kata sapaan;
(d)
bersoal jawab – kemahiran
membina dan mengemukakan soalan bagi tujuan memperoleh maklumat tertentu;
(e)
bercerita – kebolehan
menyampaikan cerita dengan menggunakan daya kreativiti – ayat, gaya, sama ada
menggunakan berbantukan gambar atau tidak;
(f)
menyampaikan berita dan laporan
– kebolehan menyampai dan melaporkan sama ada yang dilihat, didengar atau
dialaminya sendiri dengan ringkas dan padat;
(g)
menyampaikan ucapan dan
syarahan – kebolehan menyampaikan ucapan dan syarahan secara bertatasusila
dengan penuh yakin menggunakan gaya tersendiri, nada dan intonasi, dan suara
secara berkesan;
(h)
berlakon dan melafazkan puisi –
memperlihatkan murid mempersembahkan keupayaan berlakon, melafazkan dialog dan
puisi (pantun, syair, sajak mengikut nada, intonasi, sebutan, rima dan nada
yang sesuai) secara lisan sama ada secara hafalan atau bebas dengan penuh
perasaan; dan
(i)
berbincang dan berbahas –
menegaskan kebolehan menyampaikan idea dengan menggunakan kemahiran berbahasa
secara tepat dan berkesan, menggunakan nada, intonasi, sebutan, rima dan nada yang
sesuai.
Kemahiran Bertutur
Kemahiran bertutur merupakan proses komunikasi yang amat
kompleks. Semasa bertutur, seseorang itu
akan menghasilkan bunyi bahasa dengan menggunakan unsur-unsur prosodi (intonasi, tekanan sebutan dan jeda)
dan para linguistik (bagi bahasa isyarat dan pergerakan badan). Walau
bagaimanapun, selain menggerakkan alat pertuturan untuk mengeluarkan bunyi
bahasa yang bermakna, proses bertutur juga melibatkan proses mental: memahami,
menaakul, memadan, menyesuaikan dan memberi gerak balas tertentu mengikut
situasi sesuatu komunikasi. Penutur yang baik akan mengkoordinasi
keupayaan mendengar dan memperoleh
maklumat bagi tujuan menghasilkan bunyi-bunyi bahasa dengan menggunakan
unsur-unsur prosidi dan melaksanakan proses mental – mendengar dan membaca
secara berkesan.
Konsep Pertuturan
(a)
Pertuturan merupakan gabungan
daripada bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan. Misalkan bunyi-bunyi, /b/, /a/,
/t/, /u/ digabungkan menghasilkan bunyi [batu];
(b)
Pertuturan berlaku di peringkat
produksi, yakni setelah penutur dapat mendengar dan memahami dengan baik
apa-apa yang didengarinya;
(c)
Individu banyak belajar
kemahiran bertutur daripada pengalaman kecerdasan otaknya;
(d)
Aspek fizikal, kesihatan,
kecerdasan otak, persekitaran, jantina dan tahap sosioekonomi boleh
mempengaruhi tahap pertuturan kanak-kanak; dan
(e)
Kemahiran bertutur yang baik
boleh dikuasai dengan memberi perhatian kepada aspek fonologi, struktur,
intonasi dan penguasan aspek bunyi yang lain.
Aspek-Aspek
Pertuturan
(a)
Sebutan: Dalam aspek sebutan
murid-murid diajar mengenal dan membunyikan setiap huruf, suku kata, perkataan,
frasa kata dan ayat. Dalam hal ini, murid-murid diajar menyebut dan membunyikan
suku kata dan perkataan dengan jelas dan tepat mengikut kaedah bunyi, sebutan
dan maknanya. Aspek ini penting, terutamanya melibatkan perkataan yang
mempunyai ejaan yang sama tetapi kaedah sebutan dan makna yang berlainan
seperti semak, boleh dibunyikan sebagai /semak/ dan /sวmak/ dan seumpamanya;
(b)
Tekanan: Tekanan merujuk kepada
cara dan bagaimana penutur menyebut dan
memberi tekanan kepada sama ada suku kata, perkataan atau rangkai kata
tertentu bagi tujuan menegaskan sama ada keras atau lembutnya sesuatu
pengucapan;
(c)
Mora (panjang-pendek): Mora
atau panjang-pendek merupakan kadar (dalam bahasa Arab disebut ‘harakat’),
tidak begitu membezakan makna dalam bahasa Melayu;
(d)
Jeda (persendian): Unsur ini
merujuk kepada aspek persendian – memisahkan elemen-elemen linguistik dalam
perkataan, rangkai kata atau ayat. Dalam ayat, jeda digunakan sebagai hentian
sementara yang boleh membezakan makna jika unsur ini digunakan. Misalnya
ungkapan, ‘jangan tembak,’ jika tidak menggunakan jeda bermaksud larangan
melepaskan tembakkan, sebaliknya jika jeda digunakan, ‘jangan/tembak,’ bermaksud menangguhkan seketika
dan kemudiannya melepaskan tembakkan!
(e)
Intonasi: Intonasi merujuk
kepada kedaan sama ada dilafazkan secara menurun atau menaik sesuatu. Intonasi
dalam ayat sama ada menaik, menurun atau mendatar berbeza-beza mengikut jenis
ayat. Misalnya, ayat tanya biasanya mempunyai intonasi menaik, manakala ayat
penyata mempunyai intonasi menurun di hujung ayat.
(f)
Nada: Nada merujuk kepada
keadaan bunyi sama ada menaik atau menurun ketika sesuatu perkataan itu
disebut. Dalam muzik misalnya terdapat lapan nada: Do, Re, Mi, Fa, So, La,
Ti dan Do – setiap nada mewakili satu suku kata. Pun demikian dalam
bahasa Melayu, nada tidak bersifat fonemik berbanding dengan bahasa Cina,
kewujudannya lebih jelas.
(g)
Tatabahasa: Aspek tatabahasa
merujuk kepada aturan, formula, kaedah dan tatacara menentukan hukum dalam
berbahasa – meliputi bidang fonologi, sintaksis dan semantik. Aspek tatabahasa
dalam pertuturan kerap kali tidak diberatkan berbanding dalam aktiviti
penulisan. Walau bagaimanapun untuk memperoleh kebiasaan yang baik dan kesan
yang mendalam dalam pengucapan, aspek tatabahasa perlu diguna pakai
sebaik-baiknya;
(h)
Kelancaran: Aspek kelancaran
menegaskan perihal dan keupayaan murid bertutur dengan baik, teratur dan kemas
tanpa gangguan/tersekat. Ini banyak dipengaruhi dan ditentukan oleh tahap
penguasaan dan kecekapan berbahasa dalam kalangan murid-murid.
(i)
Kefasihan: Aspek kefasihan
menentukan bukan sahaja murid boleh bertutur dengan baik, lancar dan berkesan,
sebaliknya boleh membunyikan kata atau menyebut perkataan dalam ayat dengan
jelas, betul dan betul;
(j)
Laras bahasa: Aspek laras
bahasa dalam konteks ini menegaskan kemahiran murid-murid menggunakan bahasa
dalam konteks yang situasi, keadaan dan disiplin ilmu berlainan. Ini penting bagi tujuan mempastikan
murid-murid boleh berkomunikasi secara berkesan.
Objektif Kemahiran Bertutur
Kemahiran
bertutur, antara lain membolehkan seseorang murid:
(a)
menyebut dengan jelas;
(b)
menyampai atau melahirkan
pendapat peribadi;
(c)
melaporkan peristiwa dan
memberi sesuatu huraian dengan tepat;
(d)
memberi penerangan dan alasan;
(e)
menunjuk arah;
(f)
membina soalan untuk mencari
maklumat;
(g)
bertemu ramah;
(h)
bertukar-tukar pendapat dan
maklumat;
(i)
bertutur secara bertatasusila;
dan
(j)
bertutur menggunakan bahasa
yang tepat dan sesuai dengan pendengar dan situasi.
Proses dan Bentukya:
Aktiviti dalam Kemahiran Bertutur:
(a)
Mengaitkan aksi dengan
pertuturan;
(b)
Menjawab soalan-soalan rakan
dan guru;
(c)
Membina soalan berdasarkan
bahan;
(d)
Memberi arahan kepada rakan;
(e)
Menerangkan gambar dan bahan
grafik;
(f)
Berbual melalui telefon;
(g)
Bercerita berdasarkan cerita yang diketahui atau pengalaman sendiri;
(h)
Membuat laporan lisan
berdasarkan tajuk yang telah disediakan dan menjawab soalan yang diajukan;
(i)
Permainan komunikatif;
(j)
Mengadakan perbahasan;
(k)
Perbincangan forum;
(l)
Memberi taklimat dan ceramah;
(m)
Main peranan;
(n)
Simulasi;
(o)
Teater bercerita; dan
(p)
Drama
Kemahiran Mendengar
Mengapa kemahiran mendengar? Mengapa kemahiran mendengar penting? Apa
masalahnya, sekiranya seseorang itu menghadapi masalah pendengaran yang serius?
Hakikatnya kemahiran mendengar merupakan kemahiran utama dan pertama yang perlu
dikuasai oleh kanak-kanak sebelum ia boleh mengujarkan perkataan atau bunyi
awal tertentu dalam proses belajar berkomunikasi atau bercakap. Tentu sekali
sebelum kanak-kanak ini boleh berkomunikasi atau bercakap, ia
telah terlebih dahulu terdedah kepada berbagai-bagai bunyi bahasa dan
bukan bahasa. Sebenarnya, kanak-kanak
sentiasa berkomunikasi dengan alam sekelilingnya, mengusai bahasa – memperoleh,
mempelajari, mengajuk dan meniru daripada apa yang didengar dan dialaminya
daripada orang-orang yang berada di sekelilingnya. Mereka meniru,
mengajuk, mencuba dan mengungkapkan perkataan tertentu secara berulang
kali sebelum sesuatu perkataan itu tekal dalam ingatan dan dapat digunakan
dalam konteks maknanya yang sebenar. Justeru,
alam persekitaran merupakan model
penting pembelajaran bahasa dalam kalangan kanak-kanak ini. Ini bermakna, kanak-kanak yang hidup dalam
kerangka model alam persekitaran yang baik, cenderung untuk menguasai kemahiran
berbahasa: bertutur dan mendengar yang baik mengikut standard tertentu.
Mengapa kemahiran mendengar perlu?
Kemahiran mendengar merupakan kemahiran menerima menaakul dan memproses
maklumat dalam komunikasi secara lisan.
Di sekolah, murid-murid perlu mendengar untuk menerima dan memahami idea
yang disampaikan dalam perbualan, perbincangan, dialog, mesyuarat dan
penjelasan dalam proses pengajaran guru. Manakala dalam kehidupan harian pula,
aktiviti mendengar sentiasa wujud dalam interaksi sosial (perbualan,
perbincangan dan mesyuarat); untuk mendapat hiburan (radio, televisyen, filem),
memperoleh maklumat (pengajaran guru, berita di radio dan televisyen) serta
pernyataan perasaan dan apresiasi seni
(drama, lakonan, dialog dan kesusasteraan).
Proses Mendengar
Umumnya, komunikasi lisan melibatkan dua proses, iaitu penghasilan dan
penerimaan mesej. Proses pertama
terlaksana melalui pertuturan sementara proses yang kedua berlaku melalui
pendengaran. Terdapat pernyataan bahawa
dalam pengajaran bahasa, aspek pendengaran amat kurang diberi perhatian oleh
guru. Proses
mendengar biasanya berlaku secara berperingkat. Empat peringkat proses
mendengar:
(a)
mendengar deretan bunyi-bunyi
bahasa;
(b)
memahami bunyi-bunyi bahasa
tersebut;
(c)
menilai bunyi-bunyi yang
diperdengarkan; dan
(d)
bertindak balas terhadap
bunyi-bunyi tersebut.
Dalam erti kata lain ketika mendengar, seseorang itu akan membuat tanggapan
terhadap gabungan bunyi-bunyi bahasa yang didengarinya itu. Kemudian pendengar itu akan menghubungkan
bunyi-bunyi bahasa itu dengan makna berasaskan pengetahuan dan pengalamannya. Proses menanggap bunyi dan mentafsir makna
sesuatu sebutan berlaku secara serentak berdasarkan pengalaman dan pengetahuan
pendengar berkenaan. Akhirnya, bunyi
bermakna sebagaimana yang ditanggapi oleh pendengar itu tadi akan digunakan
sebagai asas bagi membuat tindakan, huraian atau menyatakan pengalamannya
kepada orang yang menghasilkan bunyi bahasa tersebut.
Penjelasan ini menegaskan bahawa dalam proses mendengar, seseorang
pendengar yang baik menggunakan alat pendengaran dan keupayaan akalnya secara
bijaksana. Justeru, anggapan bahawa mendengar merupakan kemahiran bahasa yang
pasif tidak boleh diterima. Ini kerana mendengar merupakan proses yang kompleks
melibatkan proses mendengar, memahami, menghurai dan menilai apa yang
didengarinya itu sebelum sesuatu gerak balas yang sewajarnya dapat dilakukan.
Objektif mengajar kemahiran mendengar
Melalui kemahiran mendengar, seseorang itu boleh:
(a)
memperoleh idea;
(b)
mencari isi-isi penting;
(c)
melakukan arahan/ tindak balas;
(d)
mengenal pasti perkara yang berhubungan dan tidak
berhubungan;
(e)
mengenal pasti isi-isi yang tersirat;
(f)
mentafsir makna-makna yang tersirat,
(g)
mengenal pasti ‘mood’ penutur, suasana, dan keadaan/
konteks, dan
(h)
mengesan ‘pengaruh’ penutur sama ada menggunakan logik
atau propaganda, iaitu seperti memberi
yang baik sahaja, menggunakan nama orang-orang terkemuka
atau mengulang sebut apa yang diperkatakan.
Konsep-konsep
asas dalam kemahiran Mendengar:
Justeru sebenarnya, kemahiran mendengar merupakan kemahiran yang paling
asas dalam kemahiran lisan dan ini berlaku pada peringkat penerimaan. Seseorang
kanak-kanak @ murid yang telah menguasai kemahiran mendengar, dia
seharusnya dapat mendengar dengan baik
apa sahaja yang dituturkan oleh orang lain kepadanya dan boleh pula memahami @
maksud; boleh mentafsir apa sahaja yang didengarnya itu dengan tepat.
Sehubungan dengannya, untuk memungkinkan seseorang murid itu fasih
berkomunikasi dalam bahasa yang
dipelajarinya, kemahiran mendengar ini tidak sahaja perlu diajar, bahkan perlu
dikuasai sebaik-baiknya di peringkat awal pengajaran bahasa sebelum
kemahiran-kemahiran lain diajar kepada mereka. Dalam usaha merealisasikan
hasrat ini, aspek-aspek pendengaran itu boleh dikonsepsikan dengan pelbagai
cara, antara lain:
(a)
gabungan
bunyi-bunyi bahasa yang didengar, difahami dan diingat;
(b)
proses yang
berlaku dipengaruhi aspek fizikal, psikologi, dan neurologi;
(c)
berlaku
melalui latihan-latihan khas secara
berperingkat-peringkat; dan
(d)
berpusatkan
idea utama, hujah, bukti dan estetika.
Apakah bentuk kemahiran mendengar itu?
Dengan itu, kemahiran mendengar boleh berlaku dalam pelbagai bentuk, antara
lain proses mendengar:
(a)
secara pasif;
(b)
secara bertelau-telau;
(c)
tanpa tindak balas;
(d)
secara menebuk-nebuk;
(e)
dengan beremosi;
(f)
secara berhati-hati dengan pengamatan; dan
(g)
secara kritikal.
Prinsip penting
dalam proses mengajar kemahiran mendengar
(a)
mendengar merupakan gabungan
daripada segala yang pernah dilihat, didengar dan dingati;
(b)
proses mendengar berlaku
melalui latihan secara khusus yang dilaksanakan secara berperingkat-peringkat;
(c)
individu lebih banyak belajar
mendengar melalui pengalamannya berbanding daripada kecerdasan otaknya;
(d)
aspek fizikal, psikologi dan
neorologi mempengaruhi proses pendengaran seseorang;
(e)
pendengaran yang cekap
menyatukan idea secara logik dan berkesan;
(f)
mendengar berlaku melalui
proses akal bukan perasaan;
(g)
mendengar untuk mengkritik
perlu berasaskan idea utama, hujah dan bukti tertentu;
(h)
mendengar untuk hiburan
memerlukan tindak balas terhadap muzik, aspek
kesusasteraan dan aspek seni serta estatika; dan
(i)
mendengar untuk apresiasi
memerlukan perlakuan bahasa menganalisis secara kritis terhadap bentuk dan isi.
Kesimpulannya: Pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar
membolehkan murid-murid, pertamanya: menguasai kemahiran mendengar dengan
teliti terhadap bunyi-bunyi bahasa; dan keduanya, memahami mesej yang dibawa
oleh bunyi-bunyi bahasa tersebut, supaya mereka boleh bertindak dengan betul
dan tepat, bersesuaian dengan mesej yang diterima itu.
Tajuk 2
|
Kemahiran Mendengar dan Bertutur
·
Peringkat Penguasaan
·
Unsur dan Faktor Keberkesanan
·
Prinsip Pengajaran
|
Sinopsis
Tajuk ini
akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara asas Kemahiran Mendengar dan
Bertutur:
·
Peringkat Penguasaan
·
Unsur dan Faktor Keberkesanan
·
Prinsip Pengajaran
Aspek kemahiran berbahasa meliputi Kemahiran Lisan:
mendengar dan bertutur, Membaca dan Menulis. Telah ditegaskan, antara kemahiran
berkenaan, aspek kemahiran lisan perlu diajar terlebih dahulu. Hal ini demikian
kerana murid-murid terlebih dahulu perlu menguasai kemahiran berbahasa aspek
mendengar dan bertutur terlebih dahulu sebelum kemahiran berbahasa membaca dan
menulis. Sebagaimana kebiasaan, seseorang guru perlu menyedari hakikat mengenai
prinsip pengajaran dan keperluan mengajar kemahiran berbahasa: mendengar dan
bertutur perlu diajar secara berperingkat, selain menyedari terdapat
unsur-unsur @ faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah.
Hasil Pembelajaran
1.
Menghuraikan tentang kemahiran
bahasa; pendekatan, kaedah, dan teknik pengajaran kemahiran-kemahiran bahasa.
Kerangka Konsep
Modul untuk membangunkan strategi pengajaran
efektif
Peringkat-Peringkat
Penguasaan Kemahiran Lisan - Mendengar dan bertutur
(a)
Peringkat Penerimaan (mendengar
dan memaham)
Sebelum
murid diberi peluang berlatih bertutur, mereka perlu diberi kefahaman
mendengar. Pada peringkat ini latihan diberi kepada murid-murid, tidak
memerlukan mereka bertindak balas dalam bentuk pertuturan. Bahan-bahan yang
diperdengarkan hendaklah mencerminkan penggunaan bahasa yang baik dan boleh dijadikan
model dalam kalangan murid-murid berkenaan.
(b)
Penghasilan Semula (bertindak
balas)
Pada
peringkat ini, latihan yang diberi memerlukan murid bertindak balas secara
pertuturan. Semasa bertutur banyak aspek yang terlibat, seperti intonasi frasa
dan ayat, aspek sebutan, kelancaran, kefasihan, tatabahasa, gaya dan isi
penyampaian.
Peringkat
–Peringkat Kemahiran Bertutur
Untuk mencapai objektif pengajaran bertutur, iaitu
bertutur dengan fasih dan dapat mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan
bahasa yang tepat dan sesuai mengikut situasi perhubungan di sekolah dan dalam kalangan
masyarakat. Hal ini menegaskan betapa perlunya kemahiran bertutur itu perlu dikuasai secara
berperingkat-peringkat, yakni peringkat awalnya melibatkan pertuturan di antara
murid dengan murid dalam bilik darjah sehinggalah murid boleh bertutur dengan
ahli masyarakat di luar bilik darjah. Dengan demikian, pengelompokan pengajaran
kemahiran bertutur dapat diklasifikasi mengikut peringkat: peringkat awal, pertengahan dan maju.
Peringkat awal
(a)
Melafazkan pengucapan
bertatasusila;
(b)
Mengajuk perkataan dan ayat
yang didengar;
(c)
Menyoal untuk mendapatkan
maklumat;
(d)
Membuat
teguran atau kenyataan mengenai sesuatu
situasi;
(e)
Menyoal
soalan-soalan mudah berdasarkan situasi-situasi tertentu;
(f)
Bertindak terhadap
soalan-soalan mudah;
(g)
Memberi arahan;
(h)
Membuat ayat tentang diri,
rakan, ibu dan bapa; dan
(i)
Membuat ayat-ayat daripada
gambar.
Peringkat pertengahan
(a)
Membuat deskripsi tentang objek
atau gambar;
(b)
Bercerita berdasarkan satu siri
gambar atau gambar-gambar bersiri;
(c)
Mendeskripsi
pengalaman atau sesuatu peristiwa;
(d)
Memberi
satu siri arahan untuk membuat sesuatu;
(e)
Menyoal dan menjawab
soalan-soalan misalnya, berhubung dengan peribadi seseorang, masa bersekolah, persekitaran
dan di rumah;
(f)
Membaca iklan,
peraturan-peraturan;
(g)
Memberi ucapan pendek dan mudah;
(h)
Mengambil bahagian dalam
perbualan mudah;
(i)
Memberi komen secara mudah; dan
(j)
Membuat ulasan, memberi pendapat
atau pandangan secara mudah.
Peringkat maju
(a)
Mendeskripsi
sesuatu peristiwa, kejadian, pengalaman, objek, permainan, proses dan
sebagainya;
(b)
Bercerita
dengan menggunakan alat pandang atau tanpa menggunakannya;
(c)
Mengambil bahagian dalam
perbincangan, perbualan atau dialog;
(d)
Bertanya untuk mendapatkan
maklumat;
(e)
Menerangkan proses, kejadian,
prosedur dan peraturan;
(f)
Memberitahu
arah atau hala sesuatu tempat;
(g)
Memberi ceramah, syarahan (yang
disediakan);
(h)
Mengambil bahagian dalam perbahasan, diskusi, forum,
perbincangan, seminar dan lain-lain;
(i)
Mengambil bahagian dalam drama
dan lakonan;
(j)
Mendeklamsi puisi;
(k)
Menyampaikan
komen, laporan atau ulasan; dan
(l)
Mengkritik cerpen, pendapat,
puisi, novel dan sebagainya.
Anda
telah mengetahui bahawa kemahiran bertutur itu dikuasai secara berperingkat -
peringkat. Huraikan faktor-faktor yang
boleh mempengaruhi tahap penguasaan kemahiran bertutur dalam kalangan murid-murid.
|
Unsur-unsur dan faktor keberkesanan
pengajaran kemahiran lisan
Terdapat beberapa
faktor yang cukup mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
kemahiran lisan. Antara lain, faktor,
(a)
Kecerdasan: Hal ini merujuk
kepada tahap kecerdasan otak yang menentukan keupayaan berfikir dalam proses
memperoleh, menyampai dan memproses maklumat
- aspek penting dalam pertumbuhan dan perkembangan bahasa;
(b)
Kesihatan: Hal ini merujuk
kepada tahap kesihatan yang cukup menentukan tahap dan keupayaan berbahasa
dalam kalangan murid-murid. Murid yang
tidak sihat atau sakit berpanjangan akan mengalami gangguan dalam proses
pemerolehan bahasa, bahkan gagal berfikir dan berkomunikasi secara berkesan;
(c)
Fizikal: Hal ini, terutamanya
yang berkaitan dengan aspek tubuh badan yang berhubung langsung dengan proses
mendengar seperti telinga dan alat artikulasi:
lidah, gigi, gusi dan seumpamanya akan menjejaskan proses penglahiran
bunyi-bunyi bahasa, makna dan tahap pemahaman maklumat yang hendak disampaikan.
Kanak-kanak yang pekak atau menghadapi masalah pendengaran, terencat anggota
badan dan seumpamanya akan mengehadkan pergaulan, dan dengan demikian kerap
kali menghadapi masalah kosa kata dalam proses pertuturan;
(d)
Persekitaran: Hal ini
terutamanya yanag melibatkan dalam kalangan ahli keluarga ibu, bapa dan ahli
keluarga keseluruhannya, jiran tetangga, tahap pendidikan, lokasi petempatan
sama ada di bandar atau di luar bandar, tahap dan status sosioekonomi akan
mempengaruhi tahap penguasaan bahasa kanak-kanak. Umumnya, benak fikiran
kanak-kanak yang hidup dalam kalangan masyarakat petani dan nelayan mempunyai
kosa kata terhad berbanding dengan kanak-kanak yang hidup dan membesar dalam
kalangan masyarakat di bandar-bandar;
(e)
Jantina: Faktor yang menentukan
tahap pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak berbeza-beza. Kajian menunjukkan
kadar pertumbuhan kanak-kanak perempuan jauh lebih cepat berbanding dengan
kadar pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak lelaki. Hal ini demikian kerana urat saraf pertuturan
dalam kalangan kanak-kanak perempuan berkembang jauh lebih cepat berbanding
kanak-kanak lelaki; dan
(f)
Dwibahasa: Kajian mendapati
kanak-kanak ekabahasa biasanya boleh bertutur jauh lebih baik berbanding dangan
kanak-kanak dwibahasa. Ini kerana, dalam proses pertuturan, kanak-kanak
dwibahasa kerap kali mengalami gangguan daripada bahasa ibundanya.
Prinsip pengajaran
kemahiran mendengar
(a)
Kemahiran mendengar perlu
diajar bersama-sama kemahiran berbahasa bertutur, membaca dan menulis;
(b)
Kemahiran mendengar, seperti
kemahiran berbahasa yang lain juga bersifat dinamik dan aktif. Justeru,
aktiviti proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kemahiran mendengar
perlu dirancang berteraskan tugasan yang menjurus kepada sesuatu aktiviti
tertentu;
(c)
Setiap aktiviti dan kemahiran
yang hendak diajar hendaklah dirancang dan disampaikan dalam bentuk pelbagai.
Dengan demikian murid-murid boleh melibatkan diri secara proaktif, memberi
respon yang pelbagai diberi peluang
sebaik-baiknya memberi tindak balas terhadapnya secara maksimum. Dengan
demikian murid-murid boleh merperlihatkan tahap kemahiran berbahasa
masing-masing melalui aksi/lakonan dan aktiviti yang berkaitan;
(d)
Aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dilaksanakan secara berperingkat-peringkat, didahulukan daripada
yang konkrit kepada yang abstrak, daripada yang dekat kepada yang lebih jauh,
daripada perkara-perkara yang mudah kepada perkara-perkara yang lebih sukar dan
seumpamanya.
(e)
Guru tidak perlu terlalu
gahirah untuk mengajar kemahiran mendengar sehingga begitu membebankan atau
menyusahkan dirinya semasa melaksanakan proses berkenaan;
(f)
Motivasi guru sangat penting
bagi tujuan mengekalkan minat dan kecenderungan mendengar dalam kalangan kanak-kanak;
(g)
Paling penting, kanak-kanak perlu
diberi peluang sebanyak mungkin untuk berlatih kemahiran mendengar sama ada melalui aktiviti yang ditentukan
oleh guru atau melalui daya insiatif murid sendiri.
Tajuk 3
|
Kemahiran Mendengar dan Bertutur
·
Kaedah
·
Teknik Pengajaran
|
Sinopsis
Tajuk ini menghuraikan kaedah dan teknik pengajaran kemahiran lisan:
kemahiran mendengar dan bertutur dalam bilik darjah. Sehubungan dengannya
secara umum dihuraikan perkara-perkara asas mengenai pendekatan situasi dan
pendekatan komunikatif, yakni pendekatan yang mempunyai hubungan langsung
dengan kemahiran mendengar dan bertutur itu sendiri. Melaluinya dicadang dan
dibincangkan beberapa kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai diaplikasi oleh
guru dalam pengajaran pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur dalam bilik
darjah.
Hasil Pembelajaran
Menghuraikan aspek
kemahiran bahasa: pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran.
Kerangka Konsep
|
|||||
Modul untuk membangunkan strategi pengajaran
efektif
Pendekatan,
Kaedah, Teknik dan Aktiviti Kemahiran Bertutur
Pemahaman mengenai keperihalan pendekatan, kaedah, teknik
dan aktiviti sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam
bilik darjah. Bagi tujuan menentukan
kaedah dan teknik pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur dalam bilik
darjah, ada baiknya dijelaskan terlebih dahulu aspek pendekatan mengajar
kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) dalam bilik darjah. Demikian juga,
perlu ditegaskan bahawa pengajaran kemahiran lisan (kemahiran mendengar dan
bertutur), perlu dilakukan serentak, berurutan dan menyaling. Walau bagaimanapun, guru boleh memberi
perhatian mengenai kemahiran yang hendak diajar dalam bilik darjah – merancang
dan memilih aktiviti yang sesuai mengenainya. Dengan berbuat demikian guru
boleh menentukan fokus utama pengajarannya sama ada menguasai menguasai
kemahiran mendengar atau bertutur.
Paling penting semasa mengajar aktiviti mendengar, guru sebenarnya juga
mengajar kemahiran bertutur. Sehubungan dengannya, tidak terdapat perbezaan
yang jelas antara strategi pengajaran mendengar dan bertutur itu, bahkan
aktiviti yang dilaksanakan itu kerap kali meliputi kedua-dua aspek kemahiran
lisan tersebut.
Pendekatan Pengajaran Kemahiran
Bertutur
Modul ini akan hanya
membincangkan dua jenis pendekatan sahaja, pendekatan situasi dan
pendekatan komunikatif. Ini kerana kedua-dua
jenis pendekatan ini amat berkaitan dengan proses pengajaran dan
pembelajaran kemahiran lisan (bertutur dan mendengar) dalam bilik darjah
(a)
Pendekatan Situasi
Pendekatan situasi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran yang diperkenalkan oleh Mackey (1965), antara lain menegaskan
bahawa pernyataan lisan itu merangkumi semua unsur kefahaman mendengar dan
penggunaan unsur-unsur bunyi bahasa yang betul dalam pola, nada dan intonasi
tertentu. Pernyataan lisan ini juga meliputi aspek pemilihan kata-kata dan
unsur-unsur infleksi yang disusun dengan betul supaya tergambar juga
makna-makna yang betul mengenainya.
Tegasnya, pendekatan situasi yang berlandaskan teori struktural dan
teori pembelajaran behaviouris yang beranggapan bahawa untuk membolehkan
seseorang itu menguasai kemahiran lisan (khasnya bertutur), terlebih dahulu
beberapa kemahiran asas yang lain perlu dikuasai terlebih dahulu. Antara lain,
menguasai kemahiran membuat tanggapan, mengingat, membunyikan perkataan dan
juga aspek struktur bahasa berkenaan. Hal ini demikian kerana melaluinya aspek
penggunaan dan penguasaan bahasa secara lisan dapat diperbaik dari semasa ke
semasa. Dengan demikian, pendekatan
situasi mestilah berlandaskan prinsip pengajaran berikut:
(a)
Guru perlu memberi peneguhan kepada setiap satu gerak
balas murid yang betul supaya gerak balas itu diulangi lagi;
(b)
Murid mesti dilatih bertutur dengan menggunakan
unsur-unsur bahasa yang digunakan oleh masyarakat;
(c)
Guru perlu memahami proses yang terlibat dalam pertuturan
supaya dia dapat memandu dan melatih murid-murid menggunakan alat-alat
pertuturan mereka serta dapat menyebut bunyi dan struktur bahasa dengan betul;
(d)
Pengajaran bertutur perlu dimulakan dari peringkat awal
pengajaran bahasa untuk mendorong minat murid-murid belajar bahasa. Jika
pengajaran kemahiran bertutur ini diajar pada peringkat lanjutan, iaitu setelah
murid menguasai bahasa tulisan, keupayaan
murid-murid bertutur dengan menggunakan bahasa yang betul akan terganggu. Hal
ini deemikian kerana murid telahpun membentuk kelaziman sebutan bahasa yang
salah;
(e)
Penggunaan pita rakaman dapat membantu guru-guru melatih
tubi murid-murid dalam latihan bertutur;
(f)
Kelaziman bertutur dalam sesuatu bahasa berbeza. Apabila murid-murid mempelajari bahasa kedua,
guru tidak boleh membiarkan mereka menghasilkan sebutan-sebutan bahasa sasaran
secara automatik. Sebaliknya, guru perlu
memandu murid-murid secara sedar (melalui aktiviti latih tubi) menggunakan
alat-alat pertuturan mereka bagi menghasilkan sebutan-sebutan bahasa yang baru
mereka pelajari itu;
(g)
Bagi penutur-penutur bahasa kedua, kelaziman-kelaziman
bahasa pertama mereka akan mengganggu pembentukan kelaziman bahasa yang
baru. Oleh itu, guru perlu melatih tubi
murid-murid tersebut supaya dapat menghasilkan sebutan-sebutan yang betul.
Walau bagaimanapun Walkins (1975), berpendapat murid
sukar memindahkan pengetahuan kemahiran bertutur yang dipelajari dalam bilik
darjah kepada penggunaan dalam kehidupan seharian. Hal ini demikian kerana guru biasanya begitu
menentukan bahasa yang perlu dihasilkan oleh murid-murid. Tujuannya, guru ingin membantu murid-murid
memilih bahasa untuk digunakan dalam situasi tertentu. Maka, sebenarnya pembelajaran bahasa perlu
berdasarkan kepada pengalaman yang sedia ada dalam kalangan murid-murid dalam
kehidupan harian mereka. Sekiranya semua
hasilan bahasa dikawal oleh faktor luaran, misalnya oleh guru, maka murid tidak
mempunyai pengalaman untuk menguasai kecekapan bahasa mereka secara bersendirian. Ini bermakna murid tidak mampu memindahkan
kemahiran bertutur yang diperoleh melalui situasi pembelajaran bahasa di dalam
bilik darjah untuk digunakan dalam situasi penggunaan bahasa yang sebenarnya dalam
kalangan masyarakat.
(b)
Pendekatan Komunikatif
Pendekatan komunikatif cuba mengatasi masalah pengajaran
bertutur yang terdapat dalam pendekatan situasi. Melalui pendekatan ini, penguasaan kemahiran
bertutur bukan sahaja meliputi penguasaan kemahiran kecil untuk menanggap,
mengingati, menyebut sistem bunyi dan struktur dalam sesuatu bahasa, tetapi
kemahiran ini juga merangkumi kebolehan untuk menggunakan unsur-unsur tersebut
dengan tepat dan sempurna dalam sesuatu interaksi bahasa. Ini bermakna, pendekatan komunikatif
menegaskan bahawa kemahiran bertutur merangkumi kecekapan menggunakan unsur-unsur
bahasa yang terkandung dalam kemahiran bertutur tersebut serta kecekapan
berkomunikasi dalam sesuatu interaksi atau komunikasi bahasa. Untuk memastikan
kemahiran bertutur itu bukan sahaja meliputi kecekapan bahasa tetapi juga
kecekapan berkomunikasi, pendekatan komunikatif mencadangkan bahawa pengajaran
bertutur mestilah berlandaskan prinsip-prinsip berikut:
(a)
Kemahiran bertutur melibatkan murid menguasai kecekapan
berbahasa dan menggunakannya dalam konteks penggunaan bahasa yang
sebenarnya. Dengan demikian, kedua-dua
kecekapan itu perlu diajarkan dalam pelajaran bertutur;
(b)
Guru perlu mendorong murid berinteraksi dengan
rakan-rakan mereka. Justeru, komunikasi sebagai objektif kemahiran bertutur
perlu menjadi objektif dalam proses
pengajaran dan pembelajaran guru dalam bilik darjah;
(c)
Pembelajaran kemahiran bertutur melibatkan proses
kognitif. Sehubungan dengannya guru
perlu mendedahkan murid kepada pelbagai situasi formal dan tidak formal dalam
pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur. Dengan demikian,
murid dapat menggunakan berbagai-bagai strategi komunikasi yang sesuai dengan
situasi bertutur tersebut. Pendedahan
yang begini dapat melatih murid memikir dan menggunakan berbagai-bagai bentuk
bahasa, bentuk paralinguistik dan bukan linguistik bagi menyampaikan mesej
mereka dengan lebih berkesan;
(d)
Guru perlu membentuk hubungan yang positif antara dan
dalam kalangan murid dengan guru. Dengan ini, terbentuklah persekitaran
pembelajaran yang boleh mendorong murid untuk bertutur dengan lebih selesa,
yakin dan berkesan; dan
(e)
Sesuatu aktiviti bertutur dapat terlaksana dengan lebih
berjaya jika murid mempunyai pengalaman dan pengetahuan tentang perkara yang
dibincangkan. Dengan demikian guru perlu
mendedahkan murid kepada pengalaman dan pengetahuan itu melalui alat bantu
mengajar, lawatan, keratan akhbar, bahan bacaan dan bahan rakaman menjadi
semakin perlu.
Pendekatan situasi mengutamakan ketepatan penggunaan unsur-unsur bahasa dalam
pertuturan. Dengan itu, aktiviti
bertutur merupakan aktiviti latih tubi supaya murid dapat menyebut bunyi dan
struktur bahasa dengan betul. Contohnya, menyebut sesuatu dialog atau karangan
lisan sebagaimana berikut.
Wanita : Pak
cik, bil air boleh bayar di kaunter ini ke?
Kakitangan pos : “Pak
cik”?
Wanita : (terdiam)
Kakitangan pos : Cik
adik...umur saya ni baru 35 tahun, kenapa panggil pak cik?
Wanita : Maafkan
saya. Tetapi bapa saudara saya yang
bongsu baru berumur 30 tahun. Dia pak cik saya.
Kakitangan pos : Lain
kali panggil saya abang atau encik. Saya berkahwin pun belum.
Sebenarnya, terdapat persamaan pendekatan situasi dan komunikatif dalam
pengajaran kemahiran bertutur. Kedua-dua
pendekatan ini menggambarkan dalam pengajaran kemahiran bertutur, guru perlu
memberi latihan kepada murid-murid menggunakan unsur-bunyi bunyi dan struktur
bahasa terlebih dahulu sebelum menyuruh murid melaksanakan sesuatu aktiviti melibatkan
kemahiran bertutur. Tanpa latihan
daripada guru, murid-murid tidak akan dapat menguasai kemahiran bahasa: bertutur
dengan menggunakan bahasa yang tepat dan berkesan.
Kaedah Pengajaran Kemahiran Bertutur
Telah dimaklumkan bahawa kemahiran lisan (mendengar dan
bertutur) dapat diajar melalui dua pendekatan, iaitu pendekatan situasi yang
mementingkan penyebutan unsur-unsur bunyi bahasa atau kecekapan bahasa
(tatabahasa); manakala pendekatan komunikatif mengutamakan kecekapan
komunikatif, iaitu ketepatan penggunaan bahasa mengikut konteks penggunaannya
dalam interaksi pertuturan. Berikut merupakan
kaedah pengajaran yang dicadangkan berdasarkan sama ada pendekatan situasi
mahupun pendekatan komunikatif.
Kaedah Terus
Kaedah terus beranggapan bahawa murid-murid dapat
mempelajari bahasa dengan cara mendengar pelbagai perbualan dalam bahasa
sasaran dan kemudian melibatkan diri dalam perbualan tersebut. Hal ini berlaku sebagaimana kanak-kanak
belajar bahasa ibunda mereka, iaitu dengan cara mendengar, meniru dan
mengulangi perlakuan bahasa yang mereka dengari sehinggalah mereka dapat
membentuk satu kelaziman dalam berbahasa.
Pengajaran bertutur melalui
kaedah ini memperlihatkan beberapa ciri yang ketara, antara lain:
(a)
murid digalakkan memahami perkataan dan frasa yang sukar
berdasarkan konteks penggunaan bahasa tersebut;
(b)
sekiranya murid gagal juga memahami perkataan dan frasa
tersebut, guru akan menghuraikan makna dengan menggunakan bahasa sasaran,
lukisan, lakaran, lakonan, gerak laku dan lain-lain;
(c)
aspek tatabahasa diajar melalui tunjuk cara dan
contoh-contoh yang sesuai;
(d)
murid dilatih membuat kesimpulan terhadap bentuk-bentuk
struktur yang dipelajari secara induktif, dan
(e)
guru bahasa perlu menggunakan pengetahuan linguistik bagi
mengajar sebutan dan intonasi yang betul.
Berdasarkan ciri-ciri di atas itu, langkah-langkah
pengajaran guru bolehlah ditetapkan seperti berikut:
(a)
Guru akan memperdengarkan kepada murid satu perbualan
mudah yang mengandungi ayat-ayat yang sempurna.
(b)
Murid dilatih
untuk berbual dengan menggunakan dialog perbualan yang diberi.
(c)
Guru menggunakan teknik latih tubi bagi memastikan murid
dapat menguasai sebutan dan intonasi serta dapat menyerapkan peraturan nahu
yang terdapat pada pola-pola ayat dalam perbulan tersebut.
Kelebihan kaedah terus, murid boleh menguasai kemahiran
bertutur dengan baik . Mereka juga
terlibat secara aktif dalam pertuturan. Kaedah
ini dianggap berjaya, jika murid dapat mempraktik atau menggunakan kemahiran
berbahasa yang diajarkan itu di luar bilik darjah.
Kelemahan kaedah terus terletak pada bahan pengajarannya. Bahan-bahan pengajaran yang digunakan oleh
guru dalam kaedah ini merupakan bahan yang boleh dihafaz ataupun bahan
perbualan yang telah ditetapkan.
Bahan-bahan seperti ini mungkin tidak sesuai digunakan dalam situasi
perbualan yang lazim digunakan dalam sesuatu masyarakat.
Kaedah Fonetik atau Kaedah Linguistik
Kaedah fonetik ini serupa dengan kaedah terus kerana
mementingkan penggunaan bahasa dalam konteksnya daripada keperluan menghafaz
rumus-rumus bahasa ataupun menghuraikan ayat-ayat secara pencilan. Sehubungan dengannya, guru terlebih dahulu,
perlu memastikan penggunaan latih tubi unsur-unsur bahasa dalam aktiviti
bertutur itu dikuasai sebaik-baiknya oleh murid sebelum mereka dibenarkan
membaca bahan dalam konteks bahasa yang dipelajari itu. Bahan-bahan yang digunakan dalam pengajaran
dipilih dan disusun mengikut prinsip-prinsip yang terdapat dalam ilmu
linguistik. Justeru, ketika memilih perkataan, kaedah ini mendahulukan
perkataan yang hampir-hampir sama bunyi daripada kedua-dua bahasa yang
dibandingkan itu:
coffee - kopi
school - sekolah
radio - radio
bicycle - basikal
biscuit - biskut
Manakala pemilihan ayat-ayat pula dilakukan berdasarkan
bentuk yang sama juga.
Subjek
|
Kata kerja
|
Objek
|
Saya
I
|
pergi
go
|
ke sekolah.
to school.
|
Dia
He
|
minum
drinks
|
susu.
milk.
|
Dengan demikian murid boleh memahami dan bertutur dalam
bahasa sasaran dengan menggunakan sebutan yang baik. Guru bolehlah merancang
pengajarannya seperti berikut:
(a)
Guru menyebut bunyi perkataan-perkataan dalam bahasa
sasaran;
(b)
Murid dilatih tubi menyebut bunyi-bunyi tersebut;
(c)
Guru memberi contoh-contoh struktur ayat atau unsur-unsur
tatabahasa; dan
(d)
Murid membuat kesimpulan berdasarkan contoh-contoh yang
diberi oleh guru.
Kaedah Audio-Lingual
Kaedah audio-lingual ini menggunakan alat-alat rakaman
bagi tujuan memudahkan murid menjalankan latihan bahasa, khasnya latihan
bertutur secara intensif. Kaedah
pengajaran ini berlandaskan prinsip-prinsip berikut:
(a)
Bahasa adalah alat pertuturan bukan penulisan;
(b)
Bahasa merupakan satu kebiasaan atau kelaziman;
(c)
Murid mestilah diajar untuk menggunakan bahasa bukan dajar
tentang pengetahuan bahasa;
(d)
Bahasa ialah apa yang dituturkan oleh penutur natif; dan
(e)
Bahasa berbeza antara satu sama lain.
Berdasarkan prinsip tersebut, kaedah ini mementingkan
aspek pertuturan. Kaedah ini juga
beranggapan bahawa pengajaran kemahiran bertutur merupakan proses untuk
membentuk kelaziman pertuturan murid. Dengan demikian, kaedah ini mengutamakan
penggunaan bahasa, justeru bahan sama ada yang digunakan atau diperdengarkan perlu
mengambil contoh bahasa yang dipertuturkan oleh penutur natif bahasa
berkenaan. Pun demikian, unsur-unsur
bahasa asing yang berbeza dengan bahasa natif akan dilatihtubikan secara
intensif supaya murid dapat membiasakan dirinya
dengan kemahiran bahasa berkenaan dengan lebih mudah. Di
samping itu, kaedah ini juga membolehkan murid memahami kebudayaan asing
melalui amalan bahasa, iaitu melalui kemahiran bertutur. Untuk memastikan
kaedah ini berjaya dilaksanakan, guru boleh mengatur langkah-langkah
pengajarannya seperti berikut:
(a)
Murid mendengar dialog dalam bahasa asing;
(b)
Murid meniru dan menghafal dialog tersebut;
(c)
Setelah menguasai sebutan, murid dilatih tubi untuk
berdialog; dan
(d)
Apabila murid telah dapat menghasilkan struktur ayat,
guru memberi rumus-rumus ataupun peraturan struktur ayat yang dipelajari itu.
Kaedah ini berjaya menghasilkan murid yang mahir dalam
kemahiran bertutur. Kaedah ini juga
dianggap sesuai dengan kanak-kanak kerana mereka suka meniru dan
menghafaz. Walau bagaimanapun, murid
sukar untuk menggunakan bahasa dalam konteks yang sebenar kerana situasi
penggunaan bahasa tersebut tidak sama dengan dialog-dialog yang dihafaz.
Kaedah Komunikatif
Pembelajaran menggunakan kaedah komunikatif ini terbentuk
berlandaskan teori interaksi. Prinsip
pengajaran menggunakan kaedah ini ialah:
(a)
Kanak-kanak memperoleh bahasa melalui proses kognitif dan
interaksi bahasa. Oleh itu, pengajaran
bahasa mestilah merangkumi pengajaran kecekapan bahasa dan komunikatif.
(b)
Kanak-kanak menguasai makna terlebih dahulu dan kemudian
baharulah mereka dapat menggambarkan makna tersebut dalam struktur ayat yang
tertentu. Dalam pengajaran bertutur,
murid-murid melibatkan diri dalam aktiviti bahasa yang bermakna seperti dalam
penyelesaian masalah, perbincangan, dialog, sumbang saran, wawancara dan
lain-lain supaya mereka dapat berlatih menggunakan struktur bahasa yang diajar.
(c)
Pengajaran bertutur mestilah melalui huraian bahasa dalam
teks dan wacana dan bukan secara ayat pencilan.
Ini bermakna, untuk berkomunikasi dengan berkesan, ayat-ayat tidak
dihasilkan secara pencilan tetapi dalam suatu wacana.
(d)
Pengajaran bertutur hendaklah mementingkan pengetahuan
tentang bahasa dan penggunaan unsur bahasa dalam konteksnya. Dengan kata lain, pengajaran kemahiran
bertutur tidak boleh bertumpu kepada aktiviti latih tubi atau latih amal
unsur-unsur bahasa sahaja tetapi juga perlu memasukkan aktiviti-aktiviti
penggunaan unsur-unsur bahasa yang telah dilatih tubi atau dilatih amal
tersebut.
(e)
Murid dibenarkan membuat kesilapan kerana dalam proses
pemerolehan bahasa juga kanak-kanak akan melakukan kesilapan. Mereka melakukannya semasa mereka membuat
percubaan hipotesis terhadap bahasa yang mereka gunakan.
Kesimpulannya dalam proses
pengajaran kemahiran bertutur, kaedah komunikatif ini bertujuan untuk
membolehkan murid menguasai kecekapan bahasa (tatabahasa), dan menguasai
kecekapan menggunakan unsur-unsur bahasa yang dipelajari dalam konteks
penggunaan yang sebenar yakni dalam komunikasi bahasa.
Teknik Pengajaran Kemahiran Bertutur
Kaedah pengajaran
kemahiran berbahasa memerlukan guru merancang prosedur atau cara untuk
menyampaikan isi kandungan pelajaran dalam bilik darjah. Apabila seseorang guru memilih dan menentukan
langkah-langkah pengajaran, cara penyampaian isi kandungan pelajaran dan bahan
bantu mengajar yang sesuai, bermakna guru tersebut sedang memilih dan
menentukan teknik pengajaran yang paling sesuai. Meskipun setiap pendekatan dan
kaedah mempunyai teknik pengajaran yang tertentu, seseorang guru boleh
menggabungkan beberapa teknik pengajaran sesuai sebagai strategi pengajaran kemahiran
bahasa yang dipercayainya paling berkesan.
Sebenarnya, terdapat
banyak teknik pengajaran kemahiran bertutur yang boleh digunakan oleh guru
untuk mengajar murid bertutur dengan fasih, lancar dan tepat. Antara lain ialah teknik:
(a)
Latih tubi;
|
(b)
Bercerita;
|
(c)
Bersoal jawab;
|
(d)
Perbualan / dialog/ wawancara
|
(e)
Perbincangan;
|
(f)
Berbahas/ debat
|
(g)
Main peranan dan simulasi;
|
(h)
Sumbang saran
|
(i)
Drama atau lakonan;
|
(j)
Melapor berita
|
(k)
Permainan bahasa;
|
(l)
Pengajaran puisi
|
(m)
Penyelesaian masalah;
|
(n)
Tunjuk cara
|
Berdasarkan
senarai teknik pengajaran kemahiran bertutur di atas, dengan mengemukakan
contoh-contoh yang sesuai buat rujukan mengenai konsep, cara pengendalian,
kelebihan dan kelemahan bagi setiap teknik tersebut. Buatlah catatan nota dan peta minda yang
sesuai bagi setiap teknik berkenaan.
|
Aktiviti Pengajaran Kemahiran
Bertutur
Teknik pengajaran boleh dipraktikkan dalam bilik darjah
melalui aktiviti-aktiviti pembelajaran. Sebagaimana
teknik, terdapat jpelbagai aktiviti yang boleh dijalankan semasa prose mengajar
kemahiran bertutur dalam bilik darjah. Walau
bagaimanapun, modul ini hanya membincangkan beberapa contoh aktiviti yang sering digunakan oleh guru di dalam
bilik darjah.
Latih Tubi Sebutan
Latih tubi sebutan dijalankan untuk melatih murid
menguasai bunyi-bunyi bahasa, sebutan dan pola ayat berdasarkan
bahagian-bahagian dialog yang akan ditiru dan dihafaz oleh murid.
|
|
Latih tubi penyebutan
bunyi ini juga meliputi latih tubi menyebut bunyi fonem dalam perkataan
yang mungkin menimbulkan masalah sebutan, dan pasangan minimal yang boleh menghasilkan
makna yang berbeza.
|
||||||
|
|
|||||
Latih tubi pemintal lidah bertujuan untuk melatih murid-murid menyebut sesuatu bunyi
itu dengan betul dan tepat. Biasanya
latih tubi jenis ini mengandungi bunyi-bunyi yang menjadi masalah kepada murid.
Misalnya, kelemahan menyebut fonem /p/
-
Pandang pandan tepi pagar depan padang.
-
Cuba pandang lopak-lopak air tepi
jalan dengan pantas.
Nyanyian
Seni kata lagu digunakan sebagai bahan untuk ditiru dan
dihafaz oleh murid-murid. Aktiviti
nyanyian dapat membantu murid menguasai kemahiran bertutur kerana menyanyi
memerlukan penyebutan bunyi-bunyi dengan betul, mengikut rentak dan nada yang
tertentu.
|
Selamat datang.
Sila masuk ke dalam.
Mari kita duduk.
Apa khabar sekarang.
Sudilah minum.
Janganlah segan-segan.
Minum air kopi.
Makan kuih di pinggan.
Latihan Pandang dan Sebut
Gambar-gambar boleh digunakan sebagai bahan rangsangan
untuk menghasilkan pertuturan. Latihan
pandang dan sebut merupakan latih tubi
bertutur dengan menggunakan gambar-gambar yang dimasukkan dalam teks
latihan. Di samping itu, kad imbasan
bergambar, carta bergambar, bahagian filem dan slaid sering juga digunakan.
|
Teliti gambar
di atas dan rancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan:
mendengar dan bertutur bahasa Melayu dalam kalangan murid muurid Tahun 4.
|
Karangan Lisan
Karangan ini disampaikan dalam bentuk lisan, dihasilkan
oleh murid-murid berdasarkan bahan yang diberi oleh guru. Bahan tersebut menjadi bahan rangsangan
kepada murid untuk bersoal jawab, membuat latihan lisan bagi tujuan memperoleh
bahan untuk menulis karangan bebas.
Latihan bersoal jawab merupakan latihan lisan sama ada
berdasarkan petikan yang dibaca ataupun senarai gambar yang disediakan. Dalam latihan ini, murid-murid dikehendaki
menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru secara lisan.
Dalam latihan penghasilan pula, murid-murid diberi
petikan untuk dikaji. Kemudian,
murid-murid dikehendaki menghasilkan petikan itu semula dengan menggunakan
perkataan mereka sendiri. Dalam hal ini aspek kemahiran lisan: mendengar dan
bertutur jauh lebih penting daripada menghasilkan karangan bertulis.
Memproses Maklumat
Aktiviti ini dilakukan dalam kumpulan berempat atau
berlima. Umumnya, murid-murid mempunyai
jurang maklumat. Dalam hal ini
komunikasi wujud kerana timbul keperluan untuk berbincang dan menilai
fakta-fakta yang diberi dalam kumpulan bagi tujuan menyelesaikan sesuatu
tugasan/masalah yang berkaitan.
Contoh:
Interaksi Sosial
Aktiviti ini berfokus kepada penggunaan bahasa yang
sesuai dalam konteks sosial/situasi
tertentu, dilaksanakan dalam
bilik darjah berbentuk perbualan, perbincangan, simulasi dan lakonan. Sebaik-baiknya, aktiviti ini disusun dari
peringkat mudah kepada peringkat yang lebih mencabar.
Contoh: Lakonan Terkawal
Murid
A : Pada suatu petang, anda tiba
di sebuah hotel. Anda berjumpa penyambut
tetamu hotel itu dan tanyakan sama ada, ada bilik kosong atau tidak. Tanyakan harga bilik itu. Beritahu berapa malam anda akan bermalam di
situ. Tanyakan di mana anda boleh
meletakkan kereta anda.
Murid B : Anda
adalah penyambut tetamu sebuah hotel yang terkenal dengan pekerjanya yang
peramah. Hotel mempunyai dua bilik
kosong, satu bilik untuk seorang dan sebuah lagi untuk dua orang. Harga bilik untuk seorang ialah RM 10.00 dan
RM 15.00 untuk bilik dua orang untuk satu malam. Di belakang hotel ada tempat letak
kereta. Hotel anda juga menyediakan
sarapan pagi bagi pelanggannya. (
Kamaruddin Hussin : 2001)
Teliti gambar
di bawah, kemudian jawab soalan berikut:
(a)
Perihalkan situasi yang anda
lihat dalam gambar tersebut;
(b)
Jelaskan mengapa fenomena ini
boleh berlaku
(c)
Buat dialog yang sesuai bagi
tujuan memperbaik dialog yang terdapat dalam gambar ini.
|
Rumusan
Perhubungan antara pendekatan, kaedah dan teknik dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa, khasnya kemahiran bertutur adalah sangat
rapat. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran bertutur,
unsur-unsur ini bukanlah bersendirian atau terpisah sifatnya malahan ia
kelihatan berinteraksi, selaras dan menyaling.
Oleh itu, perancangan yang baik dan lengkap untuk menggunakan
unsur-unsur ini akan menghasilkan satu pengajaran yang bermutu serta
pembelajaran yang berkesan.
Tajuk 4
|
Kemahiran Mendengar dan Bertutur
·
Penyediaan Rancangan
Pengajaran Aktiviti Mendengar dan Bertutur
·
Objektif, Langkah-langkah
Sebelum, Semasa dan Selepas Aktiviti
·
Prinsip Pembinaan dan
Penggunaan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran
|
Sinopsis
Rancangan Pengajaran sama ada mingguan dan harian mengandungi set
pengetahuan lengkap yang menghuraikan rancangan aktiviti pengajaran kemahiran
mendengar dan bertutur dalam bilik darjah. Antara lain Rancangan Pengajaran
Mingguan/Harian guru sedikit banyak mengandungi keterangan mengenai objektif,
langkah pengajaran sebelum, semasa dan selepas pelaksanaan sesuatu aktiviti.
Dalam hal ini terutamanya yang berkaitan dengan pembinaan dan penggunaan bahan
bantu pengajar, prinsip-prinsip asas mengenainya perlu dipatuhi supaya tahap
keberkesanaan pengajaran guru dapat dipertahankan.
Hasil Pembelajaran
1.
Menentukan objektif dan aktiviti: sebelum, semasa dan
selepas proses pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur; dan
2.
Menyatakan beberapa prinsip pemilihan, pengasilan dan
penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dalam proses pengajaran dan
pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur;
Kerangka Konsep
|
|||||
Modul untuk membangunkan strategi pengajaran
efektif
Penyediaan Rancangan Mengajar Kemahiran Lisan: Mendengar
dan Bertutur:
Komponan Persediaan Mengajar
|
||
Persediaan
|
Penyampaian
|
Penutup
|
Maklumat Am
|
Set Induksi
|
Kesimpulan
|
Pengetahuan Sedia Ada
|
Perkembangan
|
Penilaian
|
Objektif Pengajaran
|
i. Kemahiran
Peneguhan
|
Tugasan
|
Isi Pelajaran
|
ii.
Kemahiran menerangkan Ilustrasi
|
Ulasan Kendiri
|
iii.
Kemahiran Menggunakan Papan Tulis
|
||
iv.
Kemahiran Variasi Rangsangan
|
||
v. Kemahiran
Menyoal
|
Menulis Rancangan Mengajar Kemahiran Lisan: Mendengar dan
Bertutur
Menyediakan Rancangan Mengajar Kemahiran Lisan: Mendengar
dan Bertutur penting, sebagaimana pentingnya guru menyediakan rancangan
mengajar kemahiran berbahasa yang lain.
Cuma, berbanding dengan kemahiran membaca dan menulis, kemahiran
mendengar dan bertutur merupakan asas kepada penguasaan kemahiran berbahasa
yang berikutnya. Justeru, dalam usaha merancang aktiviti pengajaran dan
pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur, guru perlu lebih berhati-hati
memilih dan menyediakan aktiviti
pengajaran yang lebih sesuai, tepat dan berkesan. Maknanya, guru perlu
menentukan matlamat / objektif pengajarannya secara tepat meliputi aspek
pengetahuan (menyenaraikan, menyatakan, menghuraikan, mengenali)
kemahiran intelek (menjelaskan, menggunakan dan menyelesaikan),
psikomotor (menyampaikan dan melaksanakan) dan afektif (memilih).
Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Lisan: Mendengar
dan Bertutur
Perancangan aktiviti lisan melibatkan tiga peringkat
berikut:
(a)
Peringkat persediaan (sebelum melaksanakan proses P &
P)
Pada peringkat ini, guru sekurang-kurangnya perlu
melakukan tiga perkara asas, iaitu: (i) guru menerangkan tugasan atau dengan memberi
contoh-contoh yang sesuai membuat tunjuk cara mengenai apa yang akan dilakukan
oleh murid dalam proses pengajarannya nanti; (ii) guru menyedia dan mengedarkan
bahan-bahan (kad kiu, kad imbasan, bahan stensilan, gambar, alat tulis dan
seumpamanya) yang akan digunakan dalam proses P & P; (ii) guru perlu
memastikan semua alat dan bahan yang disediakan itu berada dalam keadaan baik,
mencukupi, boleh digunakan dan murid tahu menggunakannya, semasa mereka membuat
atau melaksanakan tugasan sebagaimana diarahkan.
(b)
Peringkat pelaksanaan aktiviti (semasa melaksanakan
proses P & P)
Terdapat sekurang-kurangnya dua perkara penting, iaitu
(i) murid-murid melaksanakan tugasan sebagaimana diarahkan; (ii) guru menyelia
dan memberi bimbingan secara kelas, kumpulan atau berpasangan, bahkan secara
individu sekiranya perlu.
(c)
Peringkat susulan dan penilaian
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, peringkat
membuat tindakan susulan dan penilaian dianggap paling penting kerana pada
peringkat ini guru boleh menentukan sama ada, (i) objektif pengajarannya
tercapai atau tidak, (ii) murid-murid boleh atau tidak melaksanakan tugasan
yang diberikan dalam tempoh masa yang ditetapkan, (iii) apakah kekuatan @
kekurangan yang terdapat dalam proses pengajaran dan pembelajaran berkenaan,
dan (iv) berdasarkan maklum balas yang diperolehnya dalam perkara (i – iii),
guru boleh membuat penambahbaikan mengenainya. Paling penting sebagai tindakan
susulan, guru boleh meminta murid melaksanakan tindakan susulan sama ada
aktiviti pemulihan (untuk murid-murid yang lemah) dan aktiviti pengajayaan
(untuk murid-murid yang berpotensi cemerlang).
Prinsip Pembinaan dan Penggunaan Bahan
Pengajaran dan Pembelajaran
(a)
Bahan yang sesuai
Prinsip pembinaan bahan pengajaran dan pembelajaran
kemahiran lisan: mendengar dan bertutur sebenarnya berkaitan dengan kriteria
pemilihan bahan berkenaan hendaklah sesuai dengan objektif dan matlamat
pengajaran bahasa Melayu (secara khusus kemahiran lisan), pendekatan, kaedah
dan teknik pengajaran; keadaan dan keselamatan murid-murid, suasana dan
kecenderungan pembelajaran murid:
Kesesuaian
dengan perkara
|
Penjelasan
|
Objektif dan
matlamat pengajran
|
(a) Guru boleh
memilih bahan yang sesuai dan dapat membantunya mencapai objektif dan
matlamat pengajaran;
(b) Selaras dan
menepati hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia , Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Kerajaan Malaysia;
(c) Sesuai dengan
kebudayaan, adat resam, kepercayaan dan amalan dalam kalangan masyarakat
tempatan.
|
Pendekatan,
kaedah dan teknik pengajaran
|
(a) Bahan yang
dipilih hendaklah jelas dan pemilihannya ditentu lebih terdahulu.
|
Keadaan pelajar
|
(a) Pemilihan bahan
perlu sesuai dengan keadaan murid-murid yang belajar bahasa Melayu; dan
(b) Mengambil kira
latar belakang pendidikan, status sosioekonomi dan tahap pencapaian pelajar;
|
Suasa
pembelajaran
|
(a) Bahan yang
sesuai dengan suasana pembelajaran akan meninggalkan kesan yang baik kepada
murid-murid;
(b) Elemen penting
dalam suasana pembelajaran ialah murid-murid, guru, isi pelajaran dan bahan;
dan
(c) kesesuaian
bahan yang dipilih merupakan motivasi tinggi, mendorong, menggerak,
merangsang, mengarah dan menentukan reaksi murid-murid terhadapnya
|
Minat pelajar
|
(a) Bahan
pengajaran yang dipilih mesti sesuai, selari dan dengan minat dan
kecenderungan murid-murid belajar.
|
Selain menimbang aspek kesesuaiannya, seseorang guru juga
perlu memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut:
(b)
Bahan yang dipilih mesti mencabar. Tiga perkara
penting dalam proses pengajaran, iaitu aspek rangsangan, pemikiran dan tingkah
laku. Dalam hal ini, aspek rangsangan akan menggerakkan akal (pemikiran),
kemudiannya mempengaruh tindakan (tingkah laku) seseorang. Sehubungan dengannya, bahan yang pilih dalam proses P & P perlu
memiliki ciri-ciri tersendiri yang boleh mencabar minda dan mendorong minat
murid-murid untuk belajar. Antara lain, mematuhi prinsip-prinsip berkikut: (i)
bahan konkrit kepada bahan abstrak, (ii) bahan mudah kepada yang kompleks,
(iii) bahan yang mempunyai fakta terasing kepada bahan yang mengandungi fakta
bersepadu, (iv) bahan yang khusus kepada bahan yang umum, (v) bahan umum kepada
bahan teori, (vi) bahan masa kini kepada bahan masa akan datang, dan (vii)
bahan yang bersifat duniawi kepada bahan yang bersifat ukhrawi!
(c)
Bahan yang menepati objektif pengajaran. Hal ini penting
kerana yang hendak diajar itu ialah subjek yang berkaitan dengan bahasa Melayu.
Sehubungan dengannya, bahan yang dipilih itu mestilah mempunyai potensi untuk
memperkukuh kemahiran berbahasa. Selain itu, bahan P & P yang dipilih itu
semestinya juga mengandungi maklumat (fakta) tertentu. Antara lain, perkara yang boleh diberi
perhatian, ialah (i) pertautan bahan itu dengan isi kandungan, tahap pencapaian,
kebolehan, minat, latar belakang, pengalaman murid-murid, (ii) urutan susunan
bahan perlu teratur – mempunyai hubungan, kandungan bab kepada bab yang lain,
(iii) mengandungi maklumat @ fakta penting dan kemas kini - semasa, (iv) kosa kata yang sesuai mengikut tahap/umur
murid, (v) bahan berbentuk buku perlu dirujuk kepada kementerian dan agensi kerajaan, dan (vi)
bahan – bahan berkenaan perlu mengandungi soalan latihan dan ulangkaji.
(d)
Bahan yang menarik minat murid-murid. Hal ini
demikian kerana reka letak, saiz, ilustrasi dan grafik, kualiti kulit dan cara
buku itu dijilid; bahan bantu mengajar berkenaan mengandungi arahan yang jelas;
(e)
Bahan yang jimat dan murah – perkara penting
perlu diberi pertimbangan kerana kewajaran kosnya (munasabah);
(f)
Bahan yang praktikal – dari segi boleh guna, ekonomik –
digunakan secara berulang kali, bahkan boleh dimanfaat juga dalam P & P
mata pelajaran lainnya;
(g)
Bahan yang bersifat luwes - bahan yang boleh ubah cenderung untuk diguna pakai dalam
kalangan dan di antara mata pelajaran, kelas dan antara sekolah dan wilayah.
Sebenarnya, proses pemilihan bahan untuk kemahiran
bertutur dan kemahiran mendengar adalah sama sahaja. Perbincangan mengenai jenis bahan bantu
mengajar untuk kemahiran bertutur itu dinyatakan sebagaimana berikut:
Aktiviti latih tubi untuk pertuturan
Aktiviti latih tubi bertujuan membolehkan murid-murid
bertutur dengan baik menggunakan alatan seperti pita rakaman, gambar-gambar
bersiri, carta, kad-kad imbasan tanpa gambar dan bergambar, filem dan slaid.
Aktiviti peniruan dan hafazan
Bahan-bahan untuk aktiviti peniruan dan hafazan ini
selalunya disediakan oleh guru dan disesuaikan dengan kebolehan dan kematangan
murid. Contohnya adalah seperti dialog,
seni kata lagu, dan petikan karangan.
Aktiviti kemahiran komunikatif
Alat yang berkesan untuk aktiviti komunikatif ialah pita
rakaman video kerana melalui pita rakaman ini murid dapat mendengar
contoh–contoh sebutan, nada, intonasi dan gaya pengucapan penutur dalam
satu interaksi bahasa. Selain itu, murid dapat melihat cara penggunaan unsur-unsur bukan linguistik
seperti gerak tangan, kepala, mimik muka dan lain-lain yang dapat menyampaikan
sesuatu maksud. Misalnya:
(a)
Guru menayangkan cerita Peristiwa di Sebuah Pasar Raya
tanpa suara kepada kelas;
(b)
Murid secara individu meramal dan mencatat kata bual
watak tersebut;
(c)
Murid berbincang dalam kumpulan kecil tentang kata bual
yang diramalkan, dan menghasilkan sebuah dialog daripada kata bual yang telah
dipersetujui bersama;
(d)
Dialog dibentangkan kepada kelas dalam bentuk lakonan;
(e)
Guru menayangkan semula cerita tadi dengan bersuara
supaya murid boleh membandingkan dialog ciptaan mereka daripada dialog rakaman;
dan
(f)
Setiap murid dikehendaki menyambung cerita tadi dalam
bentuk penulisan.
Aktiviti lawatan
boleh memberi pengalaman bermakna kepada murid-murid. Aktiviti lawatan
boleh membantu mereka menjalankan
aktiviti komunikasi seperti perbincangan. Antara lain, aktiviti lawatan boleh
dilakukan seperti melawat tempat-tempat bersejarah, kawasan-kawasan
perindustrian, kawasan melombong dan tempat-tempat peranginan. Di samping itu,
alat bantu mengajar dalam bentuk pandangan seperti gambar, rajah, peta, jadual,
iklan boleh juga membantu murid dalam aktiviti prakomunikatif dan komunikatif.
Aktiviti
pengumuman lisan
Pengumuman lisan
boleh dipetik daripada pengumuman yang dibuat di lapangan terbang, di stesen
keretapi, dan dalam upacara-upacara tertentu.
|
|||
|
|||
Bahan pengajaran
yang digunakan dalam aktiviti latihan kemahiran bertutur mestilah terdiri
daripada bahan–bahan yang authentic ataupun bahan-bahan yang
diambil daripada sumber asal. Contohnya,
laporan cuaca, berita pengumuman, wawancara, forum, bacaan sajak, syair dan
lain-lain yang diambil daripada siaran radio atau televisyen. Penggunaan pelbagai bahan daripada sumber
asal dalam pengajaran bertutur ini penting kerana bahan-bahan tersebut
mengandungi ciri-ciri utama dalam bahasa pertuturan yang perlu dicontohi oleh
murid-murid.
Anda telah mengetahui beberapa alat yang digunakan untuk
menjalankan beberapa aktiviti bertutur.
Sekarang mari kita lihat bagaimana beberapa alat bantu mengajar
digunakan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti bertutur.
Boneka
(a)
Murid membaca dan memahami dialog Tutu dan Titi.
(b)
Kelas dibahagi kepada dua kumpulan, satu kumpulan membaca
dialog Tutu, dan satu kumpulan lagi membaca dialog Titi sambil guru memainkan
boneka.
(c)
Murid membaca sekali lagi secara kumpulan dan murid lain
memainkan boneka.
(d)
Dua orang murid diminta membaca dialog Tutu dan Titi dan
dua orang lagi memainkan boneka.
Aktiviti ini dibuat bergilir-gilir dengan murid lain.
(e)
Dua orang murid diminta melafazkan dialog sambil
memainkan boneka.
(f)
Guru dan murid bersoal jawab tentang pengajaran yang
terdapat daripada cerita tadi.
Bahan Kartun
(a)
Murid meneliti gambar kartun bersiri Dua Ekor Kambing tanpa dialog.
(b)
Murid bercerita tentang gambar bersiri dengan menggunakan
bahasa yang sesuai.
(c)
Guru dan murid berbincang tentang simpulan bahasa yang
digunakan dalam cerita dan dari segi ketepatan maknanya.
(d)
Murid menulis cerita Dua Ekor Kambing dalam bentuk
karangan.
Video dan Bahan Sastera
(a)
Murid menonton
rakaman drama.
(b)
Murid
dibahagikan kepada kumpulan.
(c)
Setiap
kumpulan diberi dua tugas iaitu memberi pendapat sama ada bersetuju atau tidak dengan tindakan yang diambil oleh
watak Hang Tuah, Hang Jebat dan Sultan Melaka dalam cerita Hang Jebat.
(d)
Kemudian
kumpulan diminta memainkan peranan watak yang berkenaan dengan membuat tindakan
sendiri.
Gambar Foto (potret)
|
Kesimpulannya
Penggunaan alat bantu mengajar yang dinyatakan sebenarnya
boleh diubah suai mengikut keadaan dan keperluan peringkat pembelajaran
murid. Apa yang penting ialah bagaimana
murid dilibatkan secara aktif dalam aktiviti yang dilaksnakan itu – menggunakan
bahasa dengan berkesan dan berkeyakinan untuk bertutur, memberikan pendapat
secara kreatif dan kritis. Sesungguhnya,
keberkesanan alat bantu mengajar bergantung kepada sejauh manakah deria
seseorang itu dilibatkan. Dengan
demikian, pendekatan yang melibatkan pelbagai deria melalui pelbagai bahan,
media atau alat bantu mengajar itu adalah perlu untuk menghasilkan pembelajaran
yang lebih berkesan dan bermakna.
Anda telah membaca beberapa jenis teknik, aktiviti dan alat bantu mengajar kemahiran bertutur. Sekarang sila hasilkan tiga rancangan pengajaran harian yang
menggunakan teknik, aktiviti dan alat bantu mengajar yang sesuai untuk
mencapai kemahiran bertutur yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Bahasa
Melayu.
|
Tajuk 5
|
Kemahiran Mendengar dan Bertutur
·
Prinsip dan Prosedur
Pembinaan Instrumen Penilaian Kemahiran Mendengar dan Bertutur.
|
Sinopsis
Penilaian merupakan aspek penting dalam pengajaran bahasa. Pun demikian
dalam pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur, aspek penilaian terutamanya
perihal menentukan instrumen penilaian yang sesuai sebagai mengukur prestasi
kemahiran mendengar dan bertutur dalam
kalangan murid-murid bukan sesuatu yang mudah. Justeru, modul ini mencadangkan
beberapa prinsip dan prosedur memilih, menentu dan menggunapakai instrumen
tretentu sebagai alat mengukur kemahiran mendengar dan bertutur salam kalangan
murid.
Hasil Pembelajaran
1.
Menyatakan beberapa prinsip
pemilihan, penghasilan dan penggunaan bahan yang sesuai bagi proses pengajaran
dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur; dan
2.
Mengemukakan bentuk penilaian
aktiviti kemahiran mendengar dan bertutur.
Kerangka Konsep
|
|||
|
|||
Modul untuk membangunkan strategi pengajaran
efektif
Pengenalan
Kemahiran
lisan: mendengar dan bertutur melibatkan kemahiran memperoleh, membuat
taakulan, memproses dan kemudian menyampaikan maklumat: bertutur dengan
menggunakan kaedah sebutan (intonasi) yang tepat, betul dan berkesan. Selain
itu, kemahiran mendengar dan bertutur juga bermakna keupayaan seseorang menyebut
frasa dan ayat-ayat yang dibentuknya dengan menggunakan intonasi yang betul dan
membuat hentian mengikut unit-unit makna yang sesuai. Nada, kenyaringan dan kelantangan suara mesti
dikawal dan dihasilkan bersesuaian dengan situasi dan konteks pertuturan. Aspek kepantasan bertutur dengan gerak
anggota seperti mimik muka, gerak mata, tangan dan sebagainya banyak membantu
seseorang murid menyatakan perasaan, idea dan pandangan seseorang mengenai
sesuatu. Semua ini akan menghidupkan lagi suasana
pertuturan yang baik kerana ini dapat menentukan makna sesuatu ujaran yang
diucapkan.
Seseorang yang dianggap petah berkata-kata, ialah
seseorang yang menguasai perbendaharaan kata, memilih dan boleh menggunakannya bertepatan
dengan konteks untuk menyampaikan maklumat itu dengan jelas dan tepat. Dengan itu, dia mampu membentuk frasa dan
ayat-ayat yang betul, iaitu tepat dari segi makna dan struktur. Dia juga pandai menggunakan sesuatu
perkataaan itu dengan berbagai cara dan makna yang berbeza-beza berdasarkan
bentuk binaannya yang berbeza pula.
Satu lagi aspek yang penting dalam pertuturan, ialah
aspek ketatasusilaan berbahasa yang perlu diguna mengikut situasi yang
sesuai. Contohnya, bahasa Melayu
mempunyai ujaran-ujaran hormat untuk mempersilakan tetamu masuk ke rumah,
mempersilakan makan, meminta pertolongan dan berbagai-bagai lagi. Demikian juga, bahasa Melayu mempunyai sistem panggilan dan sapaan yang
khusus untuk merujuk seseorang yang menjadi lawan kita bertutur. Kata sapaan
itu hendaklah digunakan dengan betul dalam suatu interaksi yang kita
hadapi. Tegasnya, pengguna bahasa
Melayu perlulah menggunakan bahasa itu dengan betul, iaitu tepat dari segi
tatabahasa dan juga kesesuaian penggunaannya dengan konteks-konteks
tertentu. Sehubungan dengannya,
penilaian dan pengujian terhadap kemahiran bertutur haruslah mempertimbangkan
semua aspek bahasa dan tahu berbahasa ini.
Bahagian-bahagian
Penilaian Bertutur
Penilaian bertutur terbahagi kepada dua:
Pertama: penilaian kemahiran
menyebut
Penilaian kemahiran menyebut
lazimnya dijalankan dalam kalangan murid-murid pada peringkat awal
pembelajaran, khususnya kepada murid yang belum boleh bertutur dalam bahasa
yang mereka pelajari. Misalnya, dalam kalangan murid-murid bukan Melayu, mereka masih memperlihatkan pengaruh bahasa
ibunda yang kuat sehingga menyebabkan bahasa Melayu yang mereka gunakan itu
mengalami gangguan.
Walau bagaimanapun murid Melayu juga mengalami gangguan
daripada dialek daerah. Selain itu, penilaian sebutan ini perlu juga dilakukan
dalam kalangan murid yang sukar membunyikan sesuatu lambang atau huruf atau
bunyi daripada bunyi-bunyi pinjaman seperti kh, gh, sy, z, v, s dan f.
Penilaian dan pengujian kemahiran menyebut merangkumi
penyebutan fonem, suku kata, frasa dan ayat-ayat. Ini secara langsung melibatkan pula
unsur-unsur tekanan, hentian dan intonasi.
Penilaian
kemahiran bertutur
Kemahiran bertutur merujuk kepada kemahiran berkomunikasi
secara lisan dengan menggunakan bahasa, iaitu untuk melahirkan perasaan,
pendapat, kehendak dan sebagainya.
Kemahiran ini memerlukan seseorang itu berfikir dan menghasilkan
ayat-ayat secara spontan dan bertepatan dengan maksud yang hendak disampaikan.
Baiklah. Dapatkah anda merumuskan aspek apakah yang akan
dinilai dalam kemahiran bertutur ini? Mari kita rumuskan semula. Penilaian
lisan memfokus kepada sebutan dan pertuturan. Pertamanya, untuk melayakkan seseorang itu
diterima sebagai penutur yang fasih dan berkesan, ia perlulah dapat menyebut
bunyi bahasa dengan betul mengikut nada dan intonasi yang sesuai dengan konteks
pertuturannya, kemudian, diadun pula dengan ciri-ciri paralinguistik dan ketatasusilaan
bahasa yang santun. Keduanya, seseorang
itu tidak mungkin petah berbahasa sekiranya dia tidak mempunyai kosa kata yang
cukup. Dengan itu, dia juga memerlukan penguasaan perbendaharaan kata yang
luas. Bersama ketepatan tatabahasa
barulah seseorang itu dapat melahirkan perasaan dan pendapat secara
spontan dan tepat dengan maksud yang hendak disampaikan.
Teknik menguji kemahiran bertutur
Bertutur dengan
gerak balas terhad
Bertutur mengikut arahan
Mengikut teknik ini, guru memberikan arahan tertentu
supaya murid memberi gerak balas secara terhad terhadap arahan tersebut. Misalnya,
Guru : Beritahu rakan kamu bahawa saya akan
datang ke rumahnya esok.
Murid : Ali, cikgu
akan ke rumah kamu esok.
Ujaran-ujaran bertatasusila boleh
juga dinilai berdasarkan teknik ini.
Guru : Kamu
telah tersesat jalan dan telah bertemu dengan seorang tua yang tidak kamu
kenali. Tuturkan bagaimanakah kamu harus
meminta bantuan daripada orang tua itu.
Kamu hendaklah menggunakan kata sapaan dan kata-kata hormat yang sesuai
untuk berkomunikasi dengan orang tua itu.
Bertutur
berdasarkan gambar
Di sini, gambar, peta, objek atau apa sahaja bentuk pictorial diagram perlu digunakan dan
beberapa soalan dikemukakan oleh guru.
Murid perlu memberi gerak balas kepada soalan-soalan itu.
Guru boleh mengemukakan beberapa soalan mudah berdasarkan gambara di atas.
Misalnya:
(a)
Siapa yang dapat kamu lihat dalam gambar ini?
(b)
Apa yang sedang mereka lakukan?
(c)
Pada pendapat kamu apakah yang sedang dilakukan oleh
orang yang bertutur itu? (soalan ini lebih tinggi arasnya untuk menggalakkan
murid berfikir dengan lebih kritis).
Membaca Kuat
(a)
Aspek yang diuji - sebutan,
pertuturan dan intonasi.
(b)
Bahan - sederhana panjang, sesuai dengan
umur murid dan tahap penguasaan bahasa. Masa yang sesuai untuk membaca ialah 2-3
minit.
Kelebihan: Guru mudah
membuat perbandingan kerana gerak balas murid
tetap dan terkawal. Banyak subkemahiran bertutur yang dapat dinilai
seperti kecekapan menyebut bunyi, kecekapan memberhentikan pembacaan mengikut
unit makna dan nahu, dan kecekapan mengucapkan ayat dengan nada, intonasi, dan
tekanan yang betul. Kelemahan: Tidak menunjukkan ciri-ciri
komunikasi yang sebenar mengikut konteks kerana murid hanya membaca bahan. Oleh
itu, aspek-aspek kecekapan memilih struktur kata hormat, spaan membina ayat
secara natural dan spontan tidak dapat dinilai.
Bertutur Secara
Berpandu
Bertutur secara berpandu memberi peluang yang lebih bebas
kepada murid bertutur dengan menggunakan kemahiran yang mereka telah
kuasai. Pertuturan mereka tidaklah
terikat kepada perbendaharaan kata dan bentuk-bentuk ayat soalan guru
sebaliknya mereka berpeluang memilih perkataan dan membina ayat-ayat mereka
sendiri. Walau bagaimanpun, batasan masih
ada, iaitu fokus pertuturan mereka itu tertakluk kepada sesuatu yang telah
ditetapkan oleh guru. Antara
teknik-teknik yang tergolong dalam penilaian jenis ini ialah:
Menceritakan
semula sesuatu cerita atau petikan yang diberikan oleh guru.
(a)
Guru memberi murid petikan cerita pendek;
(b)
Murid membaca senyap;
(c)
Guru membaca kuat petikan;
(d)
Murid menceritakan semula petikan yang dibaca oleh guru;
(e)
Aspek yang diuji ialah kemahiran mendengar dan memaham (
jika petikan dibaca oleh guru).
Kemahiran membaca dan memaham ( jika petikan dibaca oleh murid). Kecekapan menggunakan kata, frasa dan ayat
dengan gaya bercerita yang betul.
Membuat
penjelasan atau pemerian mengenai sesuatu perkara:
|
Main peranan
Teknik ini juga digunakan untuk menguji kemahiran
bertutur. Guru perlu memikirkan situasi
tertentu yang membolehkan murid memainkan peranan tertentu. Guru perlu
menerangkannya dengan jelas sebelum mengarahkan murid melakonkan apa yang
dikehendakinya. Penilaian ini boleh
dijalankan secara individu ataupun secara berpasangan. Misalnya:
Pilih dua orang murid, masing-masing diarahkan untuk
memainkan peranan, murid A sebagai inspektor polis dan murid B sebagai seorang
awam yang hendak membuat aduan tentang suatu kes ragut yang baru sahaja
disaksikannya, tidak jauh dari balai polis itu.
Minta kedua-dua murid melakonkan peranan masing-masing secaara spontan.
Teknik ini dapat menilai kecekapan murid
memilih bentuk bahasa yang
sesuai dengan situasi dan dengan penutur tertentu, di samping dapat menilai
berbagai-bagai subkemahiran bertutur sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum
ini.
Temu bual dan
Temu duga
Teknik temuduga atau temubual dalam menilai kemahiran
bertutur dengan cara memberi peluang yang lebih bebas kepada murid untuk
bertutur dengan menggunakan kecekapan berbahasa mereka sendiri. Teknik ini mewujudkan situasi komunikasi yang
sebenar dalam kalangan penemuramah dengan penemuduga, sama ada antara guru dengan
murid atau murid dengan murid. Dengan
demikian, guru boleh menilai kebolehan sebenar murid-murid menggunakan bahasa
secara lisan dalam konteks sebenar.
Pemarkatan
Ujian Bertutur
Terdapat dua
bentuk pemarkatan yang boleh diterapkan untuk menguji kemahiran berturur, iaitu
pemarkatan secara objektif dan pemarkatan secara holistik.
Pemarkatan Secara Objektif
Pemarkatan secara objektif sesuai digunakan untuk
murid-murid peringkat rendah yang belum mempunyai asas penguasaan lisan yang
kukuh dan belum boleh bertutur dengan lancar.
Soalan yang dikemukakan pula berbentuk item yang memerlukan murid
memberi gerak balas langsung dan bertutur dengan menggunakan ayat-ayat yang
pendek berdasarkan gambar; menjawab soalan-soalan pendek yang mudah, ataupun
menyebut ayat-ayat yang ditunjukkan kepada mereka dengan sebutan dan intonasi
yang betul. Untuk menentukan markat yang sesuai, senarai semak mestilah
disediakan dan guru menandakan pada ruang-ruang yang disediakan markat murid
bagi setiap gerak balas yang mereka berikan.
Bahagian
A
Baca ayat-ayat di bawah ini denganintonasi yang
betul
i.
Kami bertiga sahabat
baik berlainan sekolah
ii.
Tolong ambilkan ayah
surat khabar itu.
iii.
Dengan siapa adik
bermain bola tadi
iv.
Wah, besarnya rumah
awak!
Bahagian
B
Jawab soalan ini dengan menggunakan ayat
yang lengkap.
i.
Apakah cita-cita kamu?
ii.
Mengapakah kamu memilih itu sebagai cita-cita kamu?
iii.
Bagaimana kamu berusaha untuk mencapai cita-cita kamu itu?
Bahagian
C
Teliti gambar berikut dan jawab soalan-soalan yang
disediakan.
|
Penilaian
kemahiran lisan, antara lain boleh dilaksanakan
melalui tugasan berikut:
(a)
memadankan – memadankan objek
dengan tulisan; gambar dengan tempatnya dan memadankan harga dengan objeknya; memadankan
pasangan, aspek yang berlawanan, sama dan sebagainya.
(b)
megelompok – misalnya haiwan
mengikut jenis dan jantinanya; buah-buahan, tempat kediaman, kumpulan etnik dan
sebagainya.
(c)
menyusun dan melengkapkan –
menyusun maklumat mengikut saiz, warna, umur, kepentingan dan seumpamanya;
menyusun perkataan menjadi ayat, peristiwa, isi karangan dll.
(d)
menyelesaikan masalah –
menerangkan cara untuk sampai ke destinasi tertentu dengan selamat;
(e)
berinteraksi – melalui telefon,
lakonan, dialog, forum dll
(f)
simulasi – main peranan dalam
lakonan, forum dll
(g)
projek – perbincangan mengenai
prestasi, prosedur, bahan projek: kos, pelaporan dll.
Senarai Semak
untuk Pemarkatan.
Nama Murid: .....................................................................................................
Bahagian
|
No: Gambar
|
Nombor Soalan
|
Markat
|
|||
2
|
1
|
0
|
J =
J =
|
|||
A
|
1
|
|||||
2
|
||||||
3
|
||||||
4
|
||||||
5
|
||||||
1
|
||||||
2
|
||||||
3
|
||||||
4
|
||||||
5
|
Nilai Markat (cadangan)
2
|
Bagi jawapan yang tepat, betul sebutan, intonasi, pemilihan perkataan dan
tatabahasa.
|
1
|
Jawapan betul tetapi terdapat kesalahan yang kecil dari segi sebutan,
intonasi atau tatabahasa.
|
0
|
Jawapan salah, sebutan, intonasi, pemilihan perkataan dan tatabahasa juga
menunjukkan kesalahan yang ketara.
|
Untuk mengubah markat kepada peratus, darabkan markat setiap bahagian
dengan 2. Misalnya, jika pencapaian
murid ialah 6, 7 dan 20, darabkan semuanya dengan 2; menjadi 12, 14 dan
40. Jumlah markatnya = 66.
Pemarkatan Secara
Holistik
Pemarkatan bagi ujian lisan juga boleh dilakukan secara
holistik atau keseluruhan, iaitu kebolehan bertutur yang diperlihatkan oleh
murid itu diberikan markat secara keseluruhan, bukan secara perincian
sebagaimana yang dicontohkan sebelum ini.
Di sini, penguasaan kemahiran pertuturan itu dibahagikan kepada beberapa
pecahan dan markat diperuntukkan bagi setiap pecahan itu. Semasa murid bertutur atau menjawab soalan-soalan yang dikemukakan, guru
mendengar dengan teliti dan memberi markat secara keseluruhan.
Bagi tujuan pemarkatan secara keseluruhan ini, kemahiran
bertutur boleh dibahagikan kepada lima komponen yang besar, iaitu:
i.
sebutan
ii.
kefahaman
iii.
ketatabahasan
iv.
keluasan perbendaharaan kata, dan
v.
kelancaran pertuturan.
Setiap komponen ini haruslah diberikan peruntukan markat
yang sama berat dan perlu ditakrifkan dengan jelas supaya dapat dijadikan
panduan oleh guru.
Rumusan
Topik ini membicarakan tentang konsep kemahiran lisan (mendengar dan
bertutur), penghasilan bahan, dan penilaian aktiviti kemahiran mendengar dan
bertutur dalam pengajaran bahasa Melayu.
Kemahiran bertutur merupakan kemahiran yang penting, awal diajar dan
perlu dikuasai oleh murid, maka guru
mesti memainkan peranan penting untuk memastikan kejayaan murid-muridnya. Guru mesti faham, sedar dan pandai
menggunakan pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran kemahiran
lisan berlandaskan prinsip-prinsip tertentu.
Untuk mengesan kejayaan pengajaran dan pembelajaran itu, guru harus pula
menguji kecekapan murid dengan menggunakan pelbagai teknik dan cara memberi
markah. Diharap modul ini dapat memberi
kefahaman kepada anda untuk membimbing murid anda menguasai kemahiran lisan
dengan baik dan berkesan.
(a)
Huraikan taktir lima
komponan kemahiran bertutur yang dapat dinilai dengan menggunakan pemarkatan
secara holistik.
(b)
Anda telah mengetahui bentuk
pemarkatan secara objektif dan holistik. Pada pendapat anda, kaedah
pemarkatan yang bagaimanakah lebih bersan untukmenguji kemahiran berbahasa
Melayu?
|
Tajuk 6
|
Kemahiran Membaca
·
Matlamat
dan Jenis Bacaan
·
Peringkat Pengajaran
Bacaan
·
Teknik
Bacaan – Intensif, Ekstensif, Skimming dan Scanning
|
Sinopsis
Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui tentang kemahiran
membaca. Tajuk ini akan menjelaskan matlamat dan jenis bacaan, peringkat bacaan
dan teknik bacaan. Empat teknik bacaan yang akan dimuatkan ialah teknik bacaan
intensif, ekstensif, skimming dan scanning.
Kemahiran membaca dan memahami
adalah kemahiran yang saling melengkapi. Walau bagaimanapun, kemahiran membaca
mesti diajar mengikut peringkat-peringkatnya supaya penguasaannya
memperlihatkan satu perkembangan yang meningkat. Semuanya harus bermula daripada yang mudah
kepada yang sukar. Akhirnya murid-murid dapat menguasai kemahiran membaca
senyap dan memahami apa yang dibaca.
Dalam konteks ini bahan bacaan perlu dipelbagaikan dan diajar dengan
menggunakan strategi, kaedah, pendekatan dan teknik yang sesuai dan berkesan.
Hasil Pembelajaran
1.1
Menjelaskan kemahiran membaca;
matlamat, jenis bacaan dan peringkat
pengajaran bacaan
1.2
Menghuraikan teknik bacaan.
Kerangka konsep
Fikirkan:
Apakah matlamat guru melaksanakan pengajaran kemahiran membaca di sekolah rendah?
Arahan:
·
Sila baca dan fahami tentang
matlamat pengajaran kemahiran membaca di
sekolah.
·
Setelah anda memahami matlamat
pengajaran kemahiran membaca, sila fahami jenis bacaan yang boleh anda aplikasi dalam pengajaran dan
pembelajaran.
·
Sila berbincang dengan rakan
anda sekiranya anda masih kurang faham tentang teori ini.
Matlamat
Kemahiran membaca dan memahami diajarkan
kepada murid-murid supaya mereka dapat bertindak balas terhadap maklumat yang
diperoleh dalam bentuk tulisan. Daripada
kemahiran ini, mereka dapat memperluas ilmu dan pengetahuan yang terakam dalam
bahan bertulis.
Jenis Bacaan
Bacaan mekanis
Bacaan
mekanis adalah bacaan bersuara dengan sebutan yang jelas dan tepat mengikut
sistem bunyi bahasa Melayu. Bacaan kuat ini mementingkan sebutan huruf dan bunyi dengan betul, membaca mengikut
intonasi, nada dan tekanan yang betul . Bahan bacaan yang digunakan ialah bahan
yang mudah difahami dan tidak membebankan fikiran.
Bacaan Mentalis
Bacaan
mentalis dikenali juga sebagai bacaan akliah. Bacaan ini dilaksanakan dalam hati
tanpa suara setelah pelajar menguasai bacaan bersuara. Tujuan bacaan mentalis adalah untuk memahami maklumat / idea atau buah fikiran.
Bacaan Intensif
Bacaan
intensif adalah bacaan secara
mendalam. Bacaan ini dilaksanakan dengan tujuan untuk memperkembang kebolehan meneliti, memahami
dan mentafsirkan perkara yang dibaca.
Bacaan ini memfokuskan kepada ciri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan
dan penggunaan bahasa dalam konteks dan situasi yang berlainan. Konsep bacaan
intensif adalah untuk memperkembang pembelajaran bahasa murid; memberi penjelasan tentang struktur yang
sukar dan memperkembang perbendaharaan kata; mengkaji ciri-ciri tatabahasa;
memperkembang usaha mengawal bahasa lisan dan pertuturan serta kepentingan
gerak laju dan kelainan latihan.
Bacaan Ekstensif
Bacaan
ekstensif adalah bacaan meluas yang dilaksanakan di luar bilik darjah. Bacaan
ini menitikberatkan pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran pemahaman dan
meningkatkan kepantasan membaca. Melalui
pembacaan ekstensif akan membolehkan pelajar mencari isi-isi penting. Konsep
bacaan ekstensif ialah kegiatan membaca dilakukan di luar kelas; bahan bacaan perlu sesuai dengan murid; bahan yang
berbeza dan murid mendapat kepuasan, keseronokan dan terhibur.
Anda sekarang
telahpun memahami jenis-jenis bacaan, lakukan rujukan untuk mengetahui bagaimana jenis bacaan ini dapat
diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran.
|
PERINGKAT PENGAJARAN BACAAN
Peringkat Kesediaan Membaca
Menurut
Juriah Long et.al (1994), kesediaan membaca ialah satu peringkat perkembangan
sama ada faktor-faktor alam sekitar ataupun faktor tersedia yang menyediakan
seseorang kanak-kanak itu untuk membaca. Peringkat ini dikatakan sebagai satu peringkat yang menyediakan kanak-kanak
dengan bacaan awal atau bacaan asas. Konsep
kesediaan membaca bukan sahaja meliputi pengajaran kemahiran-kemahiran sebelum
bacaan, tetapi juga merangkumi setiap kemahiran sebelum kemahiran membaca
secara khusus dan berterusan.
Faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan membaca seseorang
kanak-kanak ialah keadaan fizikal, pengalaman dan persekitaran, emosi dan
motivasi serta kecerdasan dan
perkembangan kognitif. Dari segi fizikal, kemampuan kanak-kanak dilihat dari sudut keupayaan
alat-alat sebutannya menghasilkan bunyi-bunyi yang diajarkan, keupayaan matanya
mengecam bentuk, dan keupayaan pendengarannya mengecam bunyi-bunyi. Dari segi
emosi, kemampuan kanak-kanak dilihat dari segi minatnya terhadap bahan-bahan
bacaan dan minatnya untuk mendengar bacaan terutamanya bahan cerita. Dari segi
mental pula, kemampuan kanak-kanak dilihat dari segi keupayaannya mengingat apa
yang telah diberitahu dan kebolehannya menyatakan semula apa-apa yang telah
diketahuinya.
Kesimpulannya, untuk membolehkan kanak-kanak menguasai peringkat kesediaan membaca
ini, anda sebagai guru hendaklah
membimbing kanak-kanak menguasai pelbagai kemahiran lain yang akan membantu
mereka mencapai kemahiran membaca dengan lebih mudah.
Sediakan
latihan yang dapat mengukuhkan kemahiran peringkat kesediaan dalam kalangan murid-murid yang anda ajar.
|
|
Prabacaan
|
Prabacaan merupakan
kesediaan murid untuk membaca. Peringkat
prabacaan meliputi kemahiran pengamatan pendengaran, kemahiran pengamatan penglihatan,
aktiviti koordinasi psikomotor, latihan menajamkan daya ingatan, dan latihan
bahasa pertuturan. Peringkat bacaan pula meliputi kemahiran mengenal abjad
hingga membaca ayat. Pada tahap ini, murid didedahkan kepada aktiviti-aktiviti
yang boleh mendorong mereka mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan
pendengaran .
Untuk mencapai kemahiran-kemahiran tersebut,
aktiviti prabacaan boleh dilakukan dengan menggunakan permainan huruf, suku
kata dan perkataan untuk mengukuhkan lagi kemahiran tersebut.
Bacaan Mekanis
Pada tahap ini murid sudah boleh menyebut huruf, suku kata,
perkataan, frasa dan ayat-ayat mudah. Mereka juga boleh membatangkan perkataan
yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup yang bermula dengan konsonan. Kaedah-kaedah membaca yang
sistematik yang boleh digunakan ialah pandang dan sebut, kaedah terus, bunyi
kata dan abjad atau mengeja.
Bacaan dan Kefahaman
Kefahaman merupakan pelengkap kepada keperluan bacaan. Tanpa
kefahaman terhadap apa yang dibaca
perlakuan bacaan itu tidak bermakna. Pada tahap bacaan dan kefahaman ini
murid sepatutnya mempunyai keupayaan untuk mengumpul maklumat dan makna
daripada apa yang dibaca dan mentafsir dan menilai sesuatu dengan
sepenuhnya tentang apa yang dibaca.
Anda telah pun mempelajari
peringkat-peringkat pengajaran
bacaan. Cuba laksanakan peringkar-peringkat tersebut
secara kontekstual mengikut tahap kesesuaian pelajar anda.
|
Teknik
Bacaan
Bacaan Intensif
Membaca
intensif ialah kegiatan membaca yang menuntut ketelitian dan dilakukan secara
saksama. Ia melibatkan telaah isi dan pandangan terperinci sesuatu bahan
bacaan. Biasanya ia dilakukan berdasarkan petikan yang pendek-pendek untuk
mengkaji pola-pola kalimat, latihan kosa kata, diskusi umum dan sebagainya. Teks
bacaan yang benar-benar sesuai sahaja yang digunakan, iaitu bacaan yang dipilih
secara berhati-hati dengan mengambil kira bentuk dan isinya. Dua perkara yang
dilibatkan dengan bacaan intensif ini adalah membaca telaah isi dan membaca
telaah bahasa. Dalam membaca telaah isi,
membaca teliti, membaca pemahaman, membaca kritis dan membaca idea sangat
dititikberatkan. Sementara membaca telaah bahasa, aspek-aspek yang berkaitan
dengan bahasa, ditegaskan.
Bacaan
intensif adalah bacaan yang pada asasnya bertujuan memperkembang kebolehan dalam
meneliti, memahami dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat. Ia juga
memberi penekanan kajian terhadap ciri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan
dan penggunaan perkataan, serta pemakaian bahasa itu dalam konteks dan situasi
yang berlainan. Latihan-latihan bacaan intensif biasanya memerlukan bimbingan
dan bantuan penuh daripada guru-guru.
Konsep-konsep
bacaan intensif
(a)
Kegiatan membaca yang dikaitkan
dengan usaha melanjutkan lagi perkembangan pembelajaran bahasa pelajar bawah
pimpinan guru;
(b)
Asas kepada pengajar memberi
penjelasan atau keterangan tentang struktur yang sukar dan memperkembang
perbendaharaan kata;
(c)
Berkaitan dengan aktiviti
mengkaji ciri-ciri tatabahasa, iaitu susunan kata dalam ayat dan pengertian menurut kamus yang ditemui oleh pelajar dalam
bacaannya;
(d)
Memperkembangi usaha mengawal
penggunaan bahasa dalam pertuturan dan tulisan; dan
(e)
Gerak laju dan kelainan latihan
adalah dianggap penting.
Tujuan
(a)
Untuk membolehkan kanak-kanak
membaca dengan baik, betul dari segi sebutan, intonasi, lancar dan tahu
menggunakan tanda-tanda bacaan dengan baik;
(b)
Untuk mengembangkan kebolehan
mentafsir apa yang tertulis dalam bacaan dengan mengkaji susunan kata dalam
ayat dan pengertian dalam kamus;
(c)
Membaca secara senyap dengan
kepantasan yang sewajarnya;
(d)
Menilai atau mengulas isi yang
diperoleh daripada bahan-bahan yang dibaca;
(e)
Mengesan, memahami dan
menikmati unsur-unsur estetik dalam bahasa;
(f)
Mengenal pasti laras-laras
bahasa yang pelbagai; dan
(g)
Membuat rumusan atau kesimpulan
daripada bahan bacaan.
Bacaan
Ekstensif
Membaca
ekstensif ialah kegiatan membaca secara luas. Objeknya meliputi sebanyak
mungkin teks dalam jangka waktu yang singkat. Tujuannya adalah untuk memahami
isi-isi penting dengan cepat dan menganjurkan aktiviti membaca yang berkesan.
Membaca ekstensif biasanya melibatkan perkara-perkara berikut:
(a)
membaca tinjauan
(b)
membaca sekilas
(c)
membaca dangkal
Membaca
tinjauan dilakukan sebelum memulakan sesuatu bacaan. Pembaca akan meneliti apa
yang akan dibaca terlebih dahulu dengan cara memeriksa, meneliti indeks, daftar
kata yang terdapat dalam buku, atau melihat judul, bab, rangka kasar, kandungan
dan sebagainya. Latar belakang pengetahuan seseorang akan menentukan tepat atau
tidaknya, cepat atau lambatnya tinjauan dapat dilakukan.
Membaca
sekilas adalah sejenis kegiatan membaca yang melibatkan pergerakan mata yang
cepat untuk melihat, memerhati bahan-bahan bertulis bagi mencari dan
mendapatkan maklumat dan penerangan. Ada tiga tujuan utama dalam membaca kilas.
Pertama, untuk memperoleh suatu kesan umum daripada sesuatu isi bacaan. Kedua,
untuk mendapat hal-hal tertentu daripada sesuatu bacaan. Ketiga, untuk mendapat
bahan-bahan bacaan daripada perpustakaan.
Membaca
dangkal adalah untuk mendapat pemahaman yang dangkal yang bersifat luaran atau
tidak mendalam daripada sesuatu bahan yang dibaca. Membaca begini tidak
memerlukan pemikiran yang mendalam seperti keadaan membaca karya-karya ilmiah.
Bacaan
ekstensif ialah bacaan meluas yang menekankan aktiviti-aktiviti membaca yang
dilakukan di luar kelas. Bacaan bentuk ini menekankan aspek pengukuhan asas
bacaan, menambah kemahiran memahami, dan menaakul isi bacaan, meningkatkan
kepantasan membaca, membina dan mengukuh minat membaca dan kebolehan memetik
isi-isi penting. Melalui bacaan ini, pelajar-pelajar akan mendapat kepuasan dan
keseronokan di samping berpeluang menimba ilmu pengetahuan.
KONSEP BACAAN
EKSTENSIF
(a)
Dilakukan di luar kelas secara
sendiri tanpa bimbingan guru;
(b)
Pelajar membaca tanpa menghadapi
kesukaran dan seronok;
(c)
Bahan bacaan adalah luas dari
segi perbendaharaan kata, sesuai dengan minat, umur, jantina, pengalaman, sikap
dan cita-cita pelajar; dan
(d)
Bahan-bahan yang berbeza.
Tujuan
Bacaan
ekstensif membolehkan pelajar-pelajar:
(a)
Membaca dengan cara tersendiri
tanpa bimbingan secara langsung daripada orang lain;
(b)
Membaca dengan fasih dalam
bahasa yang dipelajari;
(c)
Mendapat pengetahuan sambil
berhibur;
(d)
Memperkaya bahasa -
perbendaharaan kata, ungkapan, struktur ayat dan sebagainya;
(e)
Memberi peluang murid-murid
terutama yang cerdas untuk meluaskan bacaan dan membina daya kreatif;
(f)
Menambah minat membaca;
(g)
Membina daya berfikir dan
membentuk sikap yang baik;
(h)
Mempertingkat mutu dan
kepantasan membaca;
(i)
Memperluas dan mempertingkat
tahap penguasaan bahasa;
(j)
Membentuk tabiat gemar membaca,
membuat rujukan dan menggunakan perpustakaan;
(k)
Mendedahkan murid kepada
pelbagai laras bahasa;
SKIMMING
Skimming adalah satu kaedah membaca cepat dengan
cara mengutip maklumat secara sepintas lalu bagi mendapatkan idea penting.
Strategi skimming ini penting kepada
pembaca yang hendak membaca banyak bahan dalam jangka masa yang singkat dan
hanya memerlukan maklumat penting sahaja. Skimming
merupakan proses melihat sepintas lalu
atas sesuatu perenggan untuk mendapatkan idea utama.
Prosedur Skimming
Langkah-langkah skimming:
(a)
Mulakan
dengan menyelidiki secara keseluruhan tentang petikan. Carilah maklumat tentang
pengarang, tajuk dan maksud keseluruhan tajuk;
(b)
Tentukan
sumber pilihan supaya anda bersedia dengan sesuatu jenis penulisan seperti hujah,
teknikal dan sebagainya;
(c)
Bacalah
perenggan pertama, walaupun tidak penting tetapi perenggan ini menjadi asas
untuk ‘skim’;
(d)
Semasa
membaca perenggan pertama, cuba cakupkan isu utama dan konteks petikan
tersebut. ‘Konteks’ ini bermakna bukan sahaja idea dan perkataan tetapi latar
kepada petikan tersebut, seperti bila dan mengapa teks itu ditulis; apakah
sikap pengarang dan perkara-perkara yang boleh membantu anda untuk memahami
tajuk secara umum dan signifikannya;
(e)
Baca
ayat pertama dan ayat akhir bagi setiap perenggan – anda akan dapati idea yang
penting dan fakta; dan
(f)
Baca
perenggan akhir dn teliti – di sini biasanya terdapat unsur-unsur penyimpulan
dan rumusan.
Perkara penting ialah memahami perhubungan antara
idea yang dikemukakan dan selepas itu cuba mengecam maklumat sokongan.
Kecepatan membuat skiming ini, berbeza-beza antara seorang dengan seorang yang
lain.
SCANNING
Scanning adalah kemahiran atau keupayaan untuk
mendapatkan maklumat secara cepat dan untuk mencari jawapan kepada sesuatu
soalan atau maklumat secara khusus. Tujuan scanning
untuk menentukan sejauh mana kecekapan kita mencari sesuatu maklumat tertentu
(bukan menghabiskan bacaan dengan cepat). Kecekapan scanning bergantung kepada penumpuan mental.
Prosedur
Langkah-langkah untuk scanning:
(a)
Perkara
paling penting ialah menentukan maklumat 'apa' yang hendak dicari.
(b)
Perhatikan
sepintas lalu ke atas bahan dan tumpukan perhatian kepada maklumat yang di cari
tanpa mempedulikan perkataan atau angka yang lain.
(c)
Untuk
mempercepatkan proses scanning, gunakan jari
anda dan gerakkan secara cepat ke atas barisan perkataan ketika membaca.
(d)
Anda
boleh gunakan panduan-panduan yang ada seperti tajuk kecil, perkataan yang
dihitamkan atau 'italic' yang mudah dilihat.
(e)
Jika
anda scan daripada bahan seperti
surat khabar, fokus perhatian anda di tengah-tengah kolum dan gerakkan mata
anda terus ke bawah.
Syabas! Anda telah pun mahir dengan teknik
membaca yang terdapat dalam modul ini. Terdapat banyak lagi teknik bacaan
yang boleh anda pelajari. Sila lakukan bacaan ekstensif untuk mengatahui dan
mempelajari teknik-teknik bacaan lain dan aplikasikan dalam pembacaan anda
untuk meningkatkan kemahiran membaca anda.
|
||||
Tajuk 7
|
PENDEKATAN DAN KAEDAH PENGAJARAN BACAAN
·
Pendekatan
Binaan, Cerakinan, Komunikatif dan Pengalaman Bahasa
·
Kaedah Pandang Sebut
·
Kaedah Abjad
·
Kaedah Fonik
|
|||
Sinopsis
Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui tentang pendekatan dan
kaedah pengajaran bacaan.Tajuk ini akan menjelaskan pendekatan binaan,
cerakinan, komunikatif dan pengalaman
bahasa. Tiga kaedah bacaan yang akan dimuatkan ialah kaedah pandang sebut,
kaedah abjad dan kaedah fonik
Kemahiran membaca dan memahami
adalah kemahiran yang saling melengkapi. Walau bagaimanapun, untuk mencapai
kemahiran tersebut pengajaran bacaan perlu diajar menggunakan pendekatan dan
kaedah tertentu yang dapat memberi kesan dalam pembacaan. Kemahiran membaca
mesti diajar mengikut peringkat-peringkatnya supaya penguasaannya
memperlihatkan satu perkembangan yang meningkat. Dalam konteks ini bahan bacaan perlu
dipelbagaikan dan diajar dengan menggunakan strategi, kaedah, pendekatan dan
teknik yang sesuai dan berkesan bagi mencapai hasil pembelajaran kemahiran
membaca
Hasil Pembelajaran
1.1
Menghuraikan kemahiran bahasa;
pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran kemahiran-kemahiran bahasa
Kerangka konsep
PENDEKATAN PENGAJARAN BACAAN
Pendekatan Binaan
Pendekatan binaan juga dikenali dengan pendekatan sintesis.
Mengikut pendekatan ini pengajaran bacaan dimulakan dengan memperkenalkan
unsur-unsur yang terkecil terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan unsur-unsur
yang lebih besar. Unsur-unsur yang kecil akan membentuk unsur yang lebih besar.
Dalam pengajaran kemahiran membaca, murid-murid diperkenalkan dengan
huruf-huruf terlebih dahulu. Huruf-huruf digabungkan menjadi suku kata, dan
suku kata digabungkan menjadi perkataan. Kemudian perkataan akan membentuk
ayat. Pendekatan ini menghasilkan kaedah abjad.
Pendekatan Cerakinan
Pendekatan cerakinan (analisis) adalah pendekatan
pengajaran yang mendahulukan unsur-unsur yang besar, kemudian unsur-unsur itu
dicerakinkan kepada unsur-unsur yang kecil yang membentuk struktur yang besar
itu. Pengajaran kemahiran membaca mengikut pendekatan ini dimulakan dengan
cerita atau ayat. Kemudian ayat itu dicerakinkan kepada perkataan, dan daripada
perkataan dicerakinkan kepada suku kata dan seterusnya kepada huruf. Dengan ini
murid-murid dapat mengaitkan huruf-huruf yang tiada makna (abstrak) dengan
cerita / ayat yang bermakna. Jadi, murid-murid mempelajari sesuatu yang
bermakna dan menarik
Pendekatan Komunikatif
Pendekatan komunikasi menekankan penggunaan
bahasa dalam komunikasi. Yang
dipentingkan dalam pembelajaran bahasa
ialah tujuan dan bagaimana bahasa digunakan dalam situasi dan konteks
tertentu. Untuk melaksanakan komunikasi
dalam kemahiran membaca, guru harus merancang pembelajaran yang boleh mewujudkan situasi di mana pelajar boleh berkomunikasi dengan cekap dan tidak hanya tertumpu kepada
penguasaan struktur bahasa sahaja. Pelajar perlu berinteraksi dalam bentuk
kerja kumpulan atau secara berpasangan, dalam melakukan pelbagai aktiviti bagi mewujudkan hubungan interpersonal yang
positif.
Antara aktiviti bacaan menggunakan pendekatan
komunikatif ialah bercerita, teater pembaca, laporan/ulasan buku dan choral speaking.
Prinsip pendekatan komunikatif:
(a)
murid
mengetahui tujuan aktiviti yang dilakukannya;
(b)
pengajaran
bahasa dibuat dalam konteks wacana;
(c)
pengajaran
bahasa mengikuti proses komunikasi sebenar;
(d)
mempelbagaikan
aktiviti komunikasi.
Pendekatan Pengalaman Bahasa
(LEA)
Pendekatan pengalaman bahasa memberi penekanan
kepada pengalaman atau pengetahuan sedia ada murid-murid dalam membaca.
Murid-murid akan mudah memahami mesej yang cuba disampaikan oleh penulis dalam
tulisannya sekiranya murid-murid mempunyai pengalaman membaca bahan yang
menggunakan laras yang sama serta mereka mempunyai pengetahuan mengenai bidang
yang dibincangkan.
Dalam sesuatu proses membaca, terdapat tiga
peringkat pemahaman, iaitu lateral, interpretasi & inferens, dan penilaian
makna. Bagi setiap peringkat, murid-murid perlu mempunyai pengalaman atau
pengetahuan sedia ada untuk memudahkan mereka menguasai peringkat-peringkat
tersebut. Sebagai contoh, pada peringkat lateral, murid-murid perlu mempunyai
pengetahuan sedia ada mengenai ilmu kebahasaan (istilah, tatabahasa, ragam,
laras bahasa, keindahan bahasa dan sebagainya) untuk mengecam tulisan yang
dibacanya.
Pengalaman mereka membaca pelbagai bahan yang
mempunyai pelbagai laras, susuk ayat dan sebagainya akan memudahkan mereka
mengenali tulisan tersebut. Pada
peringkat interpretasi & inferens, pengetahuan atau pengalaman murid-murid
sangat diperlukan untuk mentafsir makna (mesej) yang ingin disampaikan oleh
penulis. Murid-murid mudah mentafsir makna sekiranya bahan yang dibaca
berkaitan dengan suatu bidang yang diketahuinya. Sebagai contoh, jika
murid-murid mempunyai pengalaman atau pengetahuan tentang pelancongan akan
memudahkan mereka memahami teks yang membincangkan soal pelancongan.
Kesimpulannya, pendekatan ini memanfaatkan pengalaman murid dalam pembelajaran
kemahiran bacaan.
Seseorang guru perlu mengambil tindakan berikut;
(a)
Beri
sebanyak mungkin pengalaman kepada murid-murid untuk membantu mereka memahami
bahan yang dibaca. Pengalaman boleh terdiri daripada pengalaman sendiri atau
pengalaman orang lain;
(b)
Bahan
bacaan yang dipilih oleh guru untuk dibaca oleh murid-murid perlu sesuai dengan
pengetahuan sedia ada mereka;
(c)
Sediakan
bahan-bahan sokongan lain seperti gambar, grafik, bahan maujud dan sebagainya
untuk membantu murid-murid menguasai konsep;
(d)
Perbincangan
mengenai bidang yang terdapat dalam teks bacaan perlu dijalankan sebelum
aktiviti membaca; dan
(e)
Guru
perlu mempelbagaikan bentuk / laras bahan bacaan dalam pengajaran pembelajaran
membaca.
Apakah kaedah pengajaran
membaca yang pernah anda gunakan dalam pengajaran pembelajaran membaca? Mungkin ada pernah mencuba pelbagai kaedah.
Mari kita belajar kaedah-kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran bacaan.
|
Pelbagai kaedah telah diperkenal oleh pakar-pakar
dalam bidang pengajaran kemahiran membaca. Setiap kaedah mempunyai kekuatan dan
kekurangan tertentu. Antara kaedah pengajaran membaca ialah:
Kaedah Pandang Sebut
Kaedah ini dinamakan kaedah seluruh perkataan
kerana pelajaran dimulakan dengan memperkenalkan perkataan dan bukannya huruf
atau suku kata. Kaedah ini dinamakan juga kaedah pandang dan sebut kerana
aktiviti utamanya ialah memandang dan menyebut. Menurut Juriah Long et.al.
(1994) perkataan diperkenal kepada murid-murid dengan menggunakan kad-kad
perkataan. Semasa kad diimbaskan, murid-murid menyebut perkataan-perkataan itu
beberapa kali. Perkara yang dipandang ialah gambar objek yang terdapat pada
bahan bantu belajar, dan yang disebut ialah perkataan pada bahan yang ditunjukkan.
Pengajaran bacaan tidaklah dimulakan dengan
mengenal dan menghafal huruf atau abjad satu persatu tetapi murid-murid terus
diperkenal kepada seluruh perkataan yang disertai gambar. Mengikut kaedah ini,
pada permulaannya murid-murid cuba mengenali lambang lambang (abjad) secara
keseluruhan, iaitu lambang-lambang yang membentuk sesuatu perkataan. Untuk
boleh membaca suatu ayat yang pendek, mereka perlu mengenali banyak lambang.
Kaedah Abjad
Kaedah
abjad ialah kaedah yang berfokus pada penghafalan
abjad, pembentukan suku kata dan aktiviti mengeja. Usaha menghafal abjad dan
membentuk suku kata itu bertujuan untuk
membolehkan murid mengeja perkataan, maka kaedah ini dinamakan juga kaedah mengeja. Dalam kaedah ini, nama-nama huruf perlu
dikenal pasti dahulu melalui latihan
menyebut dan menghafal dari huruf ‘a’ hingga ‘z’ mengikut susunan. Seterusnya
diikuti dengan mengeja suku kata dan perkataan, huruf-huruf yang terkandung
dalam suku kata dan perkataan (Juriah Long et.al, 1994). Menurut Abdul
Aziz Abdul Talib (2000), biasanya, huruf besar diperkenalkan terlebih dahulu
sebelum huruf kecil diajarkan. Manakala menurut Raminah Haji Sabran dan Rahim
Syam (1985) pula, kedua-dua bentuk huruf kecil dan huruf besar didedahkan
serentak.
Setelah murid menghafal semua nama huruf, pengajaran difokuskan pula
pada nama dan bunyi huruf vokal a, e, i, o, dan u dengan nama semua huruf yang terdapat dalam sistem ejaan semasa. Mereka
perlu menghafal nama semua huruf yang
diperkenalkan itu. Setelah murid menghafal nama semua huruf dan mengenal huruf
vokal serta bunyinya, pelajaran diteruskan dengan pembentukan suku kata secara
berturutan Daripada suku kata itu dibentuk perkataan. Latih tubi mengeja perkataan
diadakan. Lazimnya pengejaan dilakukan dengan menyebut nama huruf pada sesuatu
suku kata diikuti dengan penyebutan suku kata itu.
Kaedah Fonik
Kaedah
fonik ialah kaedah yang menekankan penguasaan murid
terhadap hubungan antara huruf dengan bunyinya. Kaedah fonik hanya mensyaratkan
murid mengingat bentuk huruf dan bunyinya tanpa mengingat nama huruf. Kaedah
ini bermula dengan memperkenalkan huruf vokal kepada murid, diikuti dengan
pengenalan huruf konsonan, pembentukan suku kata, dan pembentukan perkataan
yang bermakna dalam satu atau dua pelajaran sahaja. Murid akan dapat membaca
beberapa perkataan dengan cepat serta faham apa-apa yang dibaca.
Setiap kaedah
bacaan terdapat kelebihan dan kekurangannya. Anda perlu cuba mengaplikasikan
pelbagai kaedah mengikut kesesuaian murid anda . Selamat mencuba dan berjaya!
|
Tajuk 8
|
TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA
(a)
Survey, Question, Read, Review, Recite(SQ3R);
Read, Review,Recite (3R); Know,What,Learn,How,(KWLH); dan lain-lain
(b)
Teknik Bercerita
(c)
Teater Pembaca
|
Sinopsis
Tajuk ini akan menjelaskan teknik pengajaran kemahiran membaca. Teknik yang akan dijelaskan ialah teknik
SQ3R, KWLH, RADAR, tatacerita dan teater pembaca. Teknik yang mantap amat penting dalam
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca bahasa Melayu.
Teknik yang dipilih perlu sesuai dengan kebolehan murid, justeru dapat
meningkatkan minat murid terhadap pelajaran.
Keberkesanan pengajaran bergantung kepada pengolahan teknik yang dapat merangsang dan menggalakkan murid
berinteraksi serta berfikir kritis dan kreatif.
Hasil Pembelajaran
1.1
Menghuraikan tentang
kemahiran bahasa: teknik pengajaran kemahiran-kemahiran bahasa.
Kerangka konsep
Survey, Question, Read, Review, Recite
(SQ3R)
1. SQ3R
SQ3R ialah teknik membaca kritis yang memerlukan
seseorang mempersoal kesesuaian maklumat yang terdapat dalam suatu bahan yang
dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan.
SQ3R adalah singkatan bagi;
S (survey) - Tinjau
Q (question) - Soal/tanya
R (read) - Baca
R (recite) - Imbas kembali atau nyatakan secara lisan
R (review) - Baca
semula
Survey (tinjau) ialah langkah membaca untuk mendapatkan gambaran keseluruhan
tentang apa yang terkandung dalam bahan yang dibaca. Ini dilakukan dengan
meneliti tajuk besar, tajuk-tajuk kecil, gambar-gambar atau ilustrasi, lakaran
grafik, membaca perenggan pengenalan, dan perenggan terakhir di
bahagian-bahagian buku atau teks. Di sini juga pelajar sebenarnya menggunakan
teknik membaca pantas iaitu skimming dan scanning.
Question (soal atau tanya) ialah langkah yang memerlukan pelajar menyenaraikan
satu siri soalan mengenai teks tersebut setelah mendapati teks tersebut
berkaitan dengan keperluan tugasannya. Soalan-soalan tersebut menunjukkan
keinginan pembaca tentang maklumat yang ingin diperoleh dari bahan tersebut,
dan menjadi garis panduan semasa membaca kelak. Pelajar akan cuba mencari
jawapan kepada soalan-soalan tersebut.
Read (baca) ialah peringkat pelajar sebenarnya membaca bahan atau teks
tersebut secara aktif serta mencuba mendapat segala jawapan kepada
soalan-soalan yang telah disenaraikannya sebelum ini. Ketika membaca, pelajar
mungkin juga akan menyenaraikan soalan-soalan tambahan, berdasarkan
perkembangan kefahaman dan keinginannya sepanjang melakukan pembacaan. Pelajar
mungkin juga mempersoal pendapat atau maklumat yang terdapat yang ditemuinya.
Recite (imbas kembali) ialah peringkat yang ketiga. Setelah selesai membaca,
pelajar cuba
mengingat kembali apa yang telah dibaca dan meneliti segala yang telah
diperoleh. Pemilihan maklumat yang sesuai dilakukan dalam konteks tugasannya.
Pelajar juga boleh cuba menjawab soalan-soalan yang disenaraikan sebelumnya
tanpa merujuk kepada nota atau bahan yang telah dibaca.
Review (baca semula) merupakan peringkat terakhir. Pelajar membaca
bahagian-bahagian buku atau teks secara berpilih untuk mengesahkan
jawapan-jawapan kepada soalan yang dibuatnya di langkah ketiga. Pelajar juga
memastikan tiada fakta penting yang tertingga.
Knowledge, What, Learn, How (KWLH)
KWLH adalah singkatan bagi yang berikut:
K (know) - Apa yang telah diketahui (sebelum
membaca)
W (want) - Apa yang hendak diketahui (sebelum
membaca)
L (learned) - Apa yang telah diketahui (selepas
membaca)
H (how) - Bagaimana
untuk mendapat maklumat tambahan - yang berkaitan (untuk membaca seterusnya)
Melalui Teknik membaca kritis, pembaca disarankan
mengingat dahulu apa yang telah diketahui, membayang atau menentukan apa yang
ingin diketahui, melakukan pembacaan (bahan yang telah dipilih), mengetahui apa
yang telah diperoleh dari pembacaan yang baru dilakukan dan menentukan apa lagi yang perlu diperoleh
(sekiranya perlu membuat pembacaan seterusnya).
Teknik pembacaan akan membolehkan
pelajar mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan apa yang dibaca, menentukan apa
yang telah diperoleh dari pembacaannya, dan menentukan apa lagi bahan yang
perlu dibaca sekiranya ingin mendapat maklumat tambahan. Dalam konteks
pengajaran, pelajar dibiasakan menggunakan borang menggunakan teknik KWLH.
Read, Analogize, Discuss, Apply, Review/Researsh
(RADAR)
RADAR
adalah singkatan bagi yang berikut:
R (Read) -
Membaca
A (Analogize) -
Menganalogi
D(Discuss) - Berbincang
A( Apply) - Mengaplikasi
R(Review/Research) - Menyemak/
Menyelidik
Teknik Radar direka oleh Martin pada tahun
1983. Teknik ini membolehkan pelajar menghubungkaitkan apa yang diketahui
dengan perkara yang baru. Lima langkah RADAR ialah:
R –
Pelajar dikehendaki membaca
petikan serta mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Pelajar juga boleh
mendapat maklumat daripada teks yang diberi serta membandingkan dengan maklumat
lain.
A – Pelajar menerangkan bagaimana konsep ,
barang, idea, tempat berhubungkait dan mempunyai persamaan.
D – Pelajar
menyenaraikan persamaan yang terdapat pada barang, idea atau tempat. Guru membantu
pelajar membuat perbandingan serta menentukan persamaan yang penting tentang
konsep, barang, idea atau tempat.
A – Bincang
secara mendalam tentang dua perkara yang dibandingkan.
R – Membuat
penyelidikan lanjutan tentang apa yang dibincangkan atau merumus semula apa
yang telah dibincangkan.
RADAR berfungsi untuk mengesan pengetahuan
baru dan mengaitkannya dengan pengetahuan yang telah diketahui. Melalui kaedah
ini pelajar berpeluang untuk membandingkan konsep yang akan dipelajari dengan
pengalaman atau pengetahuan sedia ada pada diri mereka sendiri.
Teater Pembaca
Teknik
yang melibatkan sekumpulan pelajar menghayati dan membaca skrip cerita dengan
menggunakan sebutan, nada dan intonasi yang betul bagi menggambarkan sesuatu
cerita yang dipersembahkan. Namun seorang pelajar akan membaca cerita dengan
lancar dan nada serta intonasi yang
betul. Juga melakukan gerak aksi yang
sesuai dengan isi atau suasana cerita. Penggunaan suara, sebutan, gerak badan
dan mimik muka paling diutamakan bagi membantu pelajar-penonton memahami dan
menghayati cerita tersebut.
Langkah pelaksanaan
(a)
Memilih cerita yang sesuai
dengan kebolehan;
(b)
Plot diperbanyakkan untuk dibahagi
kepada pelakon-pelakon;
(c)
Pelakon memahami watak supaya
dapat membaca dan beraksi mengikut dialog;
(d)
Pembaca dapat membaca dengan
baik, nada dan intonasi yang sesuai;
(e)
Pelakon berbincang untuk
mencari penyelarasan semasa persembahan;
(f)
Guru membimbing pelakon
menjayakan lakonan;
(g)
Pelakon melakonkan watak
mengikut skrip yang dibaca; dan
(h)
Pelajar-pelajar lain diberi
tugas tertentu.
Rujukan
Asas
|
Abd. Aziz Abd. Talib (2000), Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah
dan Teknik.
|
Rujukan
Tambahan
|
Bachman Lyle F. (1990). Fundamental consideration in language
testing.
|
Brown James Dean, Hudson Thom. (2002).
Criterion-reference language
testing.
|
|
Kiely, Richard (2005).
Program evaluation in language
education.
|
|
Lynch, Brian K. (2003). Language
assessment and programme evaluation.
|
|
McGrath, Ian. (2002).
Materials evaluation and design
language teaching.
|
2 comments:
salam...mohon untuk menggunakan bahan dr blog awk yer..sgt membantu..
http://twerking.erolove.in/?pictures_jocelyn
Porn from social networks
mens dating guide women sex khmer sex tube 50 sexiest men alive dog porn video clips
Post a Comment