It's Aida4eva Pengedar Herbalife Malaysia 0132858185
Nama/Name:
No. Telefon/Handphone Number :
Alamat email/Email Address:
Pekerjaan / Occupation :
Di mana anda tinggal/ Where do you live :
Pernahkah anda mendaftar sebagai ahli Herbalife dalam masa 2 tahun sebelum ini?/Have you register as a member of Herbalife in the past 2 years?
Pilih perkara yang anda inginkan di bawah./Are you interested in any of below? Menurunkan Berat Badan / Lose weight
Menaikkan Berat Badan / Gain weight
Meningkatkan Kesihatan / Improve Health
Meningkatkan Tenaga / Improve Energy
Mencantikkan kulit / Improve Skin
Menjana Pendapatan Tambahan / Earn Extra Income
Catatan@maklumat tambahan yang membolehkan saya untuk membantu anda/Extra information that can help me to guide you :

This online form was provided by Freedback.

refleksi lawatan ilmiah PJM 3112 ke Majlis Sukan Negara (MSN)
Monday, February 13, 2012 | 9:25 PM | 2 comments




Pada 8Februari 2012 yang lalu, saya bersama  17 orang guru pelatih membuat lawatan ilmiah ke Majlis Sukan Negara di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Lawatan kami diiring oleh 2 orang pensyarah pembimbing iaitu Puan Rozila Bt Mohd Isa dan Dr. Munira binti Mohsin dari jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

Tujuan lawatan ilmiah ini adalah untuk melengkapi kursus PJM 3112. Disebabkan kami mengambil kursus pendidikan khas, kami memilih untuk melawat para atlet yang berada di bahagian Paralimpik di sana untuk melihat dengan lebih dekat golongan yang berkelainan upaya tersebut. Sebelum membuat lawatan, kami membuat perbincangan dan perjumpaan bersama 2 kelas untuk memilih ali jawatankuasa dan memilih tempat lawatan. Pada mulanya, kami memilih untuk ke Stadium Hoki, Jalan Duta untuk bertemu para atlet namun akibat jadual mereka yang padat, akhirnya kami memilih untuk ke Majlis Sukan Negara yang terletak berhampiran dengan Stadium Putra Bukit Jalil.

Selama mengikuti lawatan ini, begitu banyak perkara yang sempat saya pelajari sama ada secara langsung atau tidak langsung. Antara pengalaman yang diperoleh ialah kami berpeluang melihat sendiri para atlet bertungkus-lumus berlatih untuk kejohanan Olimpik pada tahun ini yang akan diadakan di London. Meskipun ada di antara mereka yang tidak mempunyai sebahagian di antara anggota badan, mereka tetap berjuang berlatih untuk menaikkan nama negara dalam sukan Paralimpik. Kami berpeluang melihat sendiri atlet dalam acara tennis, ping-pong, renang, melontar lembing, larian dan bermacam-macam-macam lagi.

Hati saya amat tersentuh apabila melihat seorang atlet renang yang tidak mempunyai kaki dan hanya mempunyai satu tangan mampu berenang dengan pantas dan beliau berusaha untuk menjuarai kejohanan renang di Olimpik di London nanti. Beliau mempunyai semangat yang cekal dan sentiasa memotivasikan diri sendiri agar bersikap positif dengan kekurangan yang dihadapinya. Hal ini membuatkan saya merenung sejenak kemampuan saya sebagai seorang manusia yang mempunyai fizikal yang sempurna namun tidak mempunyai semangat yang kental apabila sentiasa merungut kepada sesuatu kesulitan hidup. Ia merupakan satu pengalaman yang berharga.

Tidak dilupakan juga ialah aspek kekuatan dan kelemahan yang amat penting di dalam sesuatu refleksi. Kekuatan yang dapat saya kenal pasti semasa lawatan ialah kami banyak bertanya soalan dan tekun mendengar pengenalan ringkas yang diberikan oleh jurulatih bagi setiap jenis sukan yang sempat kami lawati. Kami juga tidak sombong beramah mesra dengan atlet yang terdapat di sana. Perkara ini selari dengan sifat guru yang ringan mulut dan tidak sombong dengan masyarakat sekeliling tanpa mengira taraf sosioekonomi mahupun kesempurnaan fizikal seseorang.

Namun begitu, terdapat juga kelemahan yang dapat dikesan. Antaranya ialah kekurangan kolaborasi di antara ahli jawatankuasa perhubungan dengan pihak MSN menyebabkan berlakunya salah faham dan menimbulkan masalah pada awal lawatan. Antara cadangan penambahbaikan ialah pihak yang bertanggungjawab seharusnya mengambil inisiatif untuk berhubung dengan pihak yang terlibat bagi mengelakkan berlakunya salah faham atau kejadian yang tidak diingini berlaku.

Selain itu, kelemahan yang saya lihat ialah daripada aspek pemilihan masa lawatan. Oleh sebab jadual yang amat sibuk pada semester ini dengan latihan praktikum yang bakal menjelang, kami terpaksa membuat lawatan awal meskipun kami mungkin mengganggu para atlet yang tekun membuat persediaan untuk kejohanan sukan Olimpik di London pada hujung tahun ini. Antara cadangan penambahbaikan ialah kami seharusnya merancang jadual lawatan agar tidak mengganggu para atlet berlatih di gelanggang mereka sendiri.


Labels:


Older Post | Newer Post
Click Click ^.^


ContactUs Entries


Latest




Testimoni Saya, Pengedar Bebas Herbalife

Sila Jerit Sama-sama


Iklan Berbayar

free counter
Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!