It's Aida4eva

The common life of a homosapiens.

Monday, January 2, 2012

melihat awan merupakan terapi mata yang paling jimat



salam tahun baru 2012.
(^_____^)

sapa suka tengok awan?
sila angkat tangan cepat. nak sep sikit.
hehe.

aku sangat suka tengok awan. dalam bas, sepanjang perjalanan dari taiping ke KL,
aku tak jemu tengok awan yang membiru.
perasan tak? lepas musim hujan tahun lepas, awan negara kita dah semakin bersih dan cantik!
satu habit aku, bila tengok awan, mula la aku bayangkan awan ni bentuk macam zirapah lah, naga lah, arnah lah. macam kanak-kanak kan. eh? aku memang pun kanak-kanak.
*lempang diri sendiri* 

tengok awan ni salah satu aktiviti yang dapat merehatkan mata.
tapi tengok la awan time pagi-pagi, cuaca redup.
jangan la pulak nak rehat mata sangat, time matahari terik, time hujan ribut petir tu kau tenung awan.
cari nahas namanya tu.



lagi satu tips nak bagi mata tak silau, masa tengah hadap PC, laptop or TV adalah, korang tengok benda jauh selang-seli dengan tengok skrin tu.
pasal tu lah ada iklan lama-lama masa drama Tentang Dhia. boleh la mata korang melilau sikit kan nak cover air mata yang tengah bertakung dekat kelopak mata tu kan masa part sedih-sedih.
*mengata diri sendiri -.-" * 


p/s: semoga tahun 2012 ini kita akan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. aminn :)

2 comments:

mvp_dina13 said...

TEPI SKET!!!

ok! lempang skrg!

aida4eva said...

dina: akhirnyaaaa~ hehe. sila lempang slow2 :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...