It's Aida4eva

The common life of a homosapiens.

Friday, December 9, 2011

bila kita susah, fikir bahawa ada yang lagi susah. bila kita dalam kesakitan fikirlah ada yang lebih teruk dari kita.


salam semua.
baru pulang dari kampung di Kedah ni.
esok nak bercuti di pangkor pula.
YIPPPI!

sebelum sampai rumah tadi, singgah Hospital Kulim menziarahi sedara-mara yang sakit.
 sedih tengok orang-orang yang sakit ni.
otomatik hati rasa hiba. pasal tu la agaknya aku tak boleh jadi doktor. *kononnnn*
tengok orang sakit yang terlantar akibat kemalangan jalan raya membuatkan aku berfikir.
masa aku eksiden dulu, aku rasa aku la orang yang paling sedih. 
rasa macam dunia dah nak berakhir.
siap kali pandang cermin, aku menangis sebab adanya parut di muka.
* CAPTAIN AIDA SPAREROWW bak kata incik botak :) *



tapi bila fikir-fikir balik, aku sebenarnya bernasib baik sebab masih dapat menggunakan pancaindera dan menghirup udara dengan baik. masih dapat sujud kepadaNya sebelum nyawa ditarik.
aku tengok tadi, ada yang terlantar koma, hilang ingatan, patah sana sini, tak boleh bergerak dah. semua akibat kemalangan jalan raya terutamanya motor. sedih sangat rasa.

apa yang aku boleh kata, setiap apa yang berlaku, ada hikmahnya. kalau kita sakit, ingatlah, ada orang sakit yang lebih teruk dari kita. maka, bersyukurlah kita kepadaNya dan redha-lah atas ujian yang datang.
ingatlah bahawa Allah s.w.t itu maha adil.
#kesakitan itu dapat menghapuskan dosa-dosa kecil.
insyaallah

(dialog dalam kereta)
abah : pasal tu la orang tua-tua pesan jangan bawak laju-laju. sebab ape? sapa yang susah?
aku : mak bapak juga yang susah kena jaga kat spital.
=.='

4 comments:

Kak Sam said...

Ingatlah orang tersayang

iem said...

nak ikut g pangkor...

betul2..
jangan menyusahkan orang laen nak jaga kalau kita sendiri yang suka cari susah

aida4eva said...

kak sam : sgtlah betul :)

aida4eva said...

iema : xg pangkor pn..g teluk batik je :) kannn..mak ayah gak ssh..sal tu dorg bising ank xdgr ckp

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...