It's Aida4eva Pengedar Herbalife Malaysia 0132858185
Nama/Name:
No. Telefon/Handphone Number :
Alamat email/Email Address:
Pekerjaan / Occupation :
Di mana anda tinggal/ Where do you live :
Pernahkah anda mendaftar sebagai ahli Herbalife dalam masa 2 tahun sebelum ini?/Have you register as a member of Herbalife in the past 2 years?
Pilih perkara yang anda inginkan di bawah./Are you interested in any of below? Menurunkan Berat Badan / Lose weight
Menaikkan Berat Badan / Gain weight
Meningkatkan Kesihatan / Improve Health
Meningkatkan Tenaga / Improve Energy
Mencantikkan kulit / Improve Skin
Menjana Pendapatan Tambahan / Earn Extra Income
Catatan@maklumat tambahan yang membolehkan saya untuk membantu anda/Extra information that can help me to guide you :

This online form was provided by Freedback.

Amalan-amalan sunat di bulan muharram (puasa dan perbuatan)
Sunday, November 27, 2011 | 11:24 PM | 4 comments


MUHARAM

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:

♥-Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
 
♥-Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
 
♥-Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X
 
♥-Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X

  ♥-Puasa sunat Muharram bermula pada tanggal 1 haribulan hinggalah pada 9 haribulan (sunat Tausa’ ).

   ♥-Puasa sunat pada tanggal 10 Muharram ( sunat ‘Asyura ). 


Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):


♥Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

♥Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

♥Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

♥Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

♥Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

♥Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

♥Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

♥Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."

♥Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

♥Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

♥Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.

♥Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.

♥Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

♥Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka. 

 
p/s : ada terbaca juga sumber yang mengatakan ;
jika dibuat 3 hari berturut2 iaitu pada 8,9 & 10 Muharram dan dibuat juga solat sunat mutlak (4 rakaat ) insyaallah diampunkan Allah 50 tahun dosa yang lepas dan 50 tahun dosa kedepan.......wallahualam.
(tidak dijumpai hadisnya namun tiada salahnya jika kita amalkannya. wallahualam)



Older Post | Newer Post
Click Click ^.^


ContactUs Entries


Latest




Testimoni Saya, Pengedar Bebas Herbalife

Sila Jerit Sama-sama


Iklan Berbayar

free counter
Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!