It's Aida4eva Pengedar Herbalife Malaysia 0132858185
Nama/Name:
No. Telefon/Handphone Number :
Alamat email/Email Address:
Pekerjaan / Occupation :
Di mana anda tinggal/ Where do you live :
Pernahkah anda mendaftar sebagai ahli Herbalife dalam masa 2 tahun sebelum ini?/Have you register as a member of Herbalife in the past 2 years?
Pilih perkara yang anda inginkan di bawah./Are you interested in any of below? Menurunkan Berat Badan / Lose weight
Menaikkan Berat Badan / Gain weight
Meningkatkan Kesihatan / Improve Health
Meningkatkan Tenaga / Improve Energy
Mencantikkan kulit / Improve Skin
Menjana Pendapatan Tambahan / Earn Extra Income
Catatan@maklumat tambahan yang membolehkan saya untuk membantu anda/Extra information that can help me to guide you :

This online form was provided by Freedback.

Disebalik cara menulis. rahsia sifat dalam diri
Friday, October 28, 2011 | 1:28 PM | 4 comments


KECONDONGAN TULISAN

• TEGAK
... Sekiranya tulisannya itu tegak saja bermakna dia seorang yang rajin, bertanggungjawab, pandai bergaul dengan orang lain dan sikapnya amat menyenangkan. Dia juga mampu membuat keputusan dengan wajar dan tepat.

• CONDONG KE KANAN

Orangnya bersikap terbuka sama ada dalam pergaulan biasa atau hubungan
cinta. Namun dia ini juga sentiasa memerlukan bantuan dan tunjuk ajar daripada orang lain dalam apa juga yang dilakukannya. Dalam erti kata lain, mereka ini kurang yakin dengan tindakan yang diambil dan memerlukan pendapat dan pandangan orang lain untuk menyakinkan diri mereka sendiri. Mereka juga mudah ditimpa perasaan cepat bosan jadi sebab itu cukup pantang kalau mereka kena tunggu lama!

• CONDONG KE KIRI

Wah! Rupanya dia ini seorang yang sensitif walaupun mungkin dari segi luaran nampak dia ini seolah-olah tak kisah sangat. Selain itu, dia juga seorang yang amat berhati-hati dalam apa juga yang dilakukannya kerana dia tidak mahu timbulnya sebarang penyesalan di kemudian hari nanti. Walau bagaimanapun jangan tak tahu, mereka ini seorang yang cukup setia kepada orang yang dicintainya! Cayalah!


BENTUK TULISAN
• LEBAR

Ia menandakan bahawa dia seorang yang aktif dan suka melibatkan diri dalam pelbagai persatuan dan pertubuhan. Selain itu dia juga gemar mengembara sambil bercuti. Tapi nampaknya dia ini kurang bijak dalam menjaga hati teman-teman.

• TULISAN KURUS
Ternyata dia akan melakukan perkara-perkara yang hanya digemarinya saja.

• TULISAN BERSEGI EMPAT
Otak matematik rupanya dia ni.

• TULISAN BULAT
Ini menandakan dia seorang yang suka bergaul dan penyayang.

• BERSAMBUNG
Pemikirannya berdasarkan logik.

• BERCERAI CERAI
Segala tindakannya lebih cenderung mengikut gerak hatinya saja!


JARAK TULISAN

• TULISAN JAUH
Sekiranya dia mempunyai jarak antara tulisan agak jauh, bermakna dia
sukar didekati dan tak suka orang lain terlalu rapat dengan dirinya. Bukan
apa, jika dia mungkin akan bersikap mengongkong atau bergantung pada
orang-orang yang rapat dengan dirinya itu.

• TULISAN RAPAT
Memang mudah untuk berdampingan dengan dia ini kerana dia juga berfikiran terbuka.


RUANGAN DI TEPI

Perhatikan ruang yang ditinggalkan pada muka surat itu. Sekiranya:

• RUANG KIRI KANANNYA SAMA
Jarak ruang di kiri dan kanan muka surat itu adalah sama besarnya, bermakna
dia seorang yang berfikiran optimistik.

• RUANG MUKA SURAT SEBELAH KIRI KECIL
Itu menandakan dia seorang yang amat sensitif sebenarnya!

• RUANG MUKA SURAT KANAN KECIL
Sememangnya dia seorang yang rajin namun sukar membuat pertimbangan
yang sewajarnya.

• PENUH SATU MUKA SURAT
Ternyata dia seorang yang amat tegas dan mempunyai banyak idea bernas
yang boleh dikongsi bersamanya.

sumber : fesbuk ^^

aku punya ada la kena jugakkk. korang? ^,^ 


Older Post | Newer Post
Click Click ^.^


ContactUs Entries


Latest




Testimoni Saya, Pengedar Bebas Herbalife

Sila Jerit Sama-sama


Iklan Berbayar

free counter
Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!