It's Aida4eva

The common life of a homosapiens.

Friday, August 19, 2011

KAMI BLOGGER PRIHATIN- bantulah warga somalia seikhlas hati

*sayunya muka budak-budak ni. nangis lagi*

salam semua.
aku sebagai seorang manusia yang kerdil di muka bumi ini berasa terpanggil untuk sertai segmen ini dan sekaligus menggalakkan kalian semua menderma untuk tabung kemanusiaan SOMALIA.

(klik header di bawah untuk sama-sama menyebarkan amanat ini)

kekurangan makanan di Somalia.


sila lihat video ini dengan tabah. aku tak mampu tengok sebab terlalu sedih.

kita berbuka air ape tadi? fresh oren? air kathira? air soya? 
 Y_______Y

 ada tak lembu di Malaysia mati sampai macam ni sekali? :(
biarpun haiwan, tetapi lembu juga makhluk allah s.w.t. 

 sayu aku lihat gambar ni. menggigil tangan, hiba hatiku.

andai ini tangisan dari adik-adikmu, ape yang kalian rasakan?
sungguh aku tak mampu melihat. 
wahai kalian, bantulah mereka yang memerlukan.

Bagi yang ingin menderma, membantu meringankan beban mereka, kalian boleh menderma di bawah Islamic Relief Malaysia (IRM). Klik link di  bawah untuk menderma. 


dermalah seikhlas hati..walaupun dengan hanya RM1. Di malam 10 terakhir ramadhan ini, marilah kita bersama-sama membuat amal. tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima. wallahu'alam.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

والصدقة تطفىء الخطيئة كما تطفىء الماء النار
“Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (HR. Tirmidzi, di shahihkan Al Albani dalam Shahih At Tirmidzi, 614)

Allah Ta’ala berfirman:

إِنَّ الْمُصَّدِّقِينَ وَالْمُصَّدِّقَاتِ وَأَقْرَضُوا اللَّهَ قَرْضاً حَسَناً يُضَاعَفُ لَهُمْ وَلَهُمْ أَجْرٌ كَرِيمٌ
“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik lelaki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Qs. Al Hadid: 18)

p/s: sedih sepanjang menaip entri ini. wahai rakanku, aku menyeru, bantulah mereka. 

4 comments:

diba said...

tacing je tgk kan..hope sumbangan tu btul2 smpai kt diorg..

Prince Halilintar said...

klu di tgk di malaysia pada bln ramadan no je plg byk sisa2 makanan yg dibazirkan spt yg direport dlm dada2 akhbar kelmarin...bygkan kenapa harus membazir sdgkan ade org lagi menderita kerana kekurangan sumber makanan..inilah sikap yg perlu kite elakkan..

aida4eva said...

diba..kan kan..harap2 mcm tu la kan.. :) bantu sekadar yang termampu :)

aida4eva said...

prince: betul kata prince tu..kesian mereka xde makanan sedangkan kita di sini berpesta makanan..besar pahalanya memberi orang makan ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...