suatu masa dulu, pantang betul bila ade moto yang terkedek-kedek,
lembap je bergerak. bercinta betul bawa moto.
macam bersiar-siar tepi pantai.
aishhh.
memang hangat je rasa.
namun hal yang demikian, selepas 3 minggu ekciden,
aku sudah transform kepada golongan bawa moto bagai bersiar tepi pantai.
trauma ko tahu?
tambah-tambah lagi masa lalu jalan besar yang wajib lalu dari cheras ke gombak tu tiap-tiap minggu.
dah dekat nak lalu kawasan ekciden lagi lah cuak. hadoi.
terbayang aku duduk di bahu jalan dengan muka berdarah menggila.
=.=*
ingin sekali aku berpesan kepada pengguna jalan raya,
maapkan aku ye jika terlembap memfollow aku dari belakang.
maafkan penunggang lagenda biru yang bergerak perlahan kini.
kalau dulu, macam nak berperang moto tu terbang.
mesti kini pembonceng setia aku a.k.a syasya hatinya lega sebab rider ni
dah bawak moto macam budak darjah tiga.
sekian.
muka terlalu bahagia suatu masa dahulu semasa membawa moto secara kurang berhemah.
*tahun lepas semasa berkonvoi ke bukit broga* sengaja aku blurkan. T_T
4 comments:
betul tu...berhati-hatilah d jalan ray...anda mampu mengubahnya...hehe=P kami singgah n follow sini k?? ^_^
mr E oSk gurL : betul2.sntiasa bercermat pasni bwak moto :)
lain kali sila berhati hati...
bila terkena baru tau kan seksanya...hehehe
mina: sgt betul ayat itu. wuuuuu~ memang seksa. dulu slumber je. skrg ni kecut perut bawak. huhu
Post a Comment