salam!
once again. segmen abg ben :) kalau nak join, klik banner atas ni ye.
segmen ni kena ceritakan pengalaman cinta monyet.
Cinta monyetku ialah dengan Mr. A.
aku nak stat dengan macam mana aku kenal beliau.
aku kenal mr. A ni since ari pertama persekolahan masa form 1.
Mr. A ni punyalah suka sangat cari gaduh dengan aku. asyik berlawan cakap je. fuhhh. geram.
nasib baik aku pindah ke klas aliran arab so aku tak payahla jumpa dia lagi. apekan daya, masa kat hostel pun jumpa lagi. kiranya Mr. A ni seteru aku yang pantang jumpa. beliau ni pulak pengawas yang agak femes. jadinye,aku asyik la dengar sal dia. tup-tup, pas abes pmr, kami ditempatkan di klas yang sama. masa orentasi form 4 pun dia dah wat hal dengan aku. hoiiii. geram sungguh. ade la plak dia berpakat dengan budak india soh budak tu cakap dia suka aku. siap bagi surat lagi. bukan main lagi dia gelak bila aku marah-marah budak india tu. tahap amarah aku dah meningkat. hadoi!!
sampai la masa aku rapat dengan Mr. A sebab dia minat dengan budak form 2 ni. hari-hari la aku ngadap Mr. A ni untuk smpaikan pesan kononnya. tapi dalam-dalam diam, rupanya dia sukakan aku. marah la aku ape lagi. *marah-marah sayang* haha. betul kata orang. jangan membenci seseorang tu,nanti bertukar jadi sayang! alamak! dah macam bau-bau nak jadi monyet la ni. ;p
masa form 5, kami dah baik-baik, rajin study sama-sama untuk spm. duduk satu kelas pun asyik keje menjeling dia je. haha *gatai*. so bulan ogos 2006, kami declare la couple maple, cikgu-cikgu sekolah tu memang maklum lah. tapi kami tak penah wat hal yang tak elok kat sekolah. jadi cikgu-cikgu tak de lah masalah ngan kami. dan alhamdulillah, aku still dengan mr. A dan taun ni genap la 10 tahun kami kenal dan 5 tahun kami bercinta dan insyallah hingga akhir hayat. cinta sejati kekal abadi.aminnn :)
pesanan dekat mereka yang terleka bercinta,tambah-tambah yang dekat sekolah tuuuu. nak bercinta tu boleh. tapi jangan la wat benda yang tak elok di sisi agama dan jangan lupakan pelajaran. ingat jugak harapan ibu bapa yang mahukan anak-anak mereka yang berjaya. Cinta itu adalah anugerah. :)
p/s: penin la bila tengok baru form one dah ade couple n g jalan kat mall peluk-peluk bagai!-_-
12 comments:
Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. :)
penin gak bila kecik2 ni da pandai kapel2 nih
Jemput keALL IN ONE
wahh... dah kawin lum ni,,,, hehe...
moga kekal .. amin..
mak aii..kekal sampi sekarang??
wahh tahniah.. ;)
Pergh...kekal sampai sekarang ek... bagus la tu..cinta monyet bertukar menjadi cinta golila..he he he
lme melampau..haha
sm0ga berkekalan makcik aida! :D
huhuhu..sweet la yo..
rabiatul: insyaallah..aminnnn :)mudah-mudahan :)
nur: tahu takpe..pandai menggelejat budak2 sekrang ney..hoho
yad'z: aauchhh..blom kawen lagi lor..i muda lagi taw u..awwww~ hihi..tenkiu..insyaallah..aminnnn :)
amirah: ye yunk..insyaallah hingga akhir hayat..aminnn :)
pembaca wacana: hehe..bukan cinta golila ni..dah macam cinta king kong dah..hihi :)
aisyah: y0isshhh! mekacih laling :) insyaallah..aminnnn :)
nazrul: aww...tenkiu yo :)
award for you....
http://azyaleeya92.blogspot.com/2011/01/thank-you-so-much.html
budak2 sekarang ni advance sangat
Post a Comment