Salam semua!
alhamdulillah cuti sekolah dah bermula. maka baru lah sempat nak menaip kembali.
10 mei sampai 12 Mei hari tu, Majalah Mangga mengadakan percutian bersama artis ke Pulau Redang
. Artis popular Hanez Suraya,penyanyi Aweera dan pelakon Amran Ismail pun join untuk memeriahkan percutian hebat ini! tak lupa jugak, percutianan ini diurus oleh Akasia Travel Sdn. Bhd memang terbaik!
syok gila habaq hang!
siap masuk Mangga Online lagi. Tak percaya? pergi ke link ni ---->MANGGA ONLINE (LINK)
Cerita ni, Pancaindera pun masuk jugak. tak caya?
Cerita ni, Pancaindera pun masuk jugak. tak caya?
ok meyh layan story ke pulau redang hari tu ditemani dengan gambar2 sebagai bahan bukti.
kata orang, 'A picture Speaks A Thousand Words'.
kan kan :)
Peringatan : entri ni panjang dan ada banyak gambar, makanya, layaannnnnn!
Peringatan : entri ni panjang dan ada banyak gambar, makanya, layaannnnnn!
kat LINK ni sebenarnya dah update initery tentatif sepanjang kat redang --> LINK
Kami bertolak dari Stesen Gombak pukul 10 malam dan tiba di kawasan jeti pukul 9 pagi.
terus loading barang keluar..
bersemangat krew2 dan warga majalah Mangga angkat barang2 ye.
tak lupa juga pelukis yang tidak asing lagi, Jamal Tommy.
boleh tgk FB abg Jamal Tommy utk lihat lukisannya yang super cantik!!
boleh request dia lukis apa2
okies inilah jeti yg kami naik. Redang Mutiara Check Point sebab kami nak ke Redang Mutiara Resort!
private beach yaw!
dah sampaiii!!
cantik sungguh tempat ni subhanallah~ sangat bersih, sangat biru lautnya, dan sangat tenang!
barisan artis yang berbaris. hehe. sempoi sangat artis2 ni..boleh sembang, gelak2, takde double standart pun. macam kawan-kawan jee :)
Lepas dah sampai, semua berkumpul untuk diberi bilik oleh Nasa (gambar kecil), ketua penyamun rombongan penyamun ni. Eh! haha! bukan bukan. Nasa ni wakil Akasia Travel Sdn. Bhd. Bermakna Nasa ni orang kuat Akasia Travel lah. apa2 boleh rujuk dia je :)
next, makan tengahari!! makan minum disediakan sepanjang percutian ni. so kat sana kita just enjoy je xpayah fikir nk cari makanan, semua dah ada :)Sepanjang 3hari 2 malam ni, sarapan, makan pagi, makan petang, makan malam, roti-roti, air-air panas ke semua tersedia!
semua makanan secara buffet. boleh pilih mana yang ada..Hanez suraya pun makan makanan yang sama, amek kandar..kan dah kata, takde double standart!awesome kan! :)
so, kita ke perkara yang paling ditungu-tungu2, snorkelling!!!
ada 2 kali pergi ke snorkeling. 1st hari pertama ke pasir akal,
Para krew mangga yang teruja naik speed bot untuk destinasi menyelam!sangat best!
macam2 jenis ikan boleh jumpa.gamat laut, macam2 lagi..teruja sampai berlaga kepala ms snorkeling pun ada! hihi
untuk lihat banyak lagi gambar Hanez Suraya, boleh ke beautifulnara ---->
ok second trip snorkelling ni lagi best! Dek kerana ombak yg dasyat, speed bot xleh landing kat jeti,
kami pulak yang kena berenang ke bot! cool kan? :D
Bayangkan yg mana tak reti berenang, dengan ombak kuat, hahahah gila berapa dozen garam ditelan. tapi disebabkan air laut yg sgt bersih, takde masalah lah!
suasana atas bot. ada yang menjerit seronok bot dipukul ombak, ada yang menjerit ketakutan,
ada juga yang muntah2 tak tahan gelombang laut. macam-macam ragam!
seronok, terbayang bagaimana nelayan yang mencari rezeki di laut. bukan mudah weyhh!
jom layan gambar underwater!
aweera!
~andaiku bercinta lagi, suatu hari nanti~~~~ *nyanyi*
ni abg Jamal Tommy lagi!
Ni en. Rosli!
Editor Majalah Mangga!
tak lupa 'toq' kita, hahaha, Amran Ismail!
yeayyyy! thumbs up pada Akasia Travel!
okies malam pertama tu ada acara penyampaian hadiah, cabutan bertuah, makan2 moon light dinner!
banyakkkkk sangat hadiah yang disponsor untuk percutian ni.
MasGenuine dan Aura White selaku penaja utama. Turut menaja Zeel Productions, UMNO, Minas Hair, Butique Cantic+ dan Dream Music. Red Box, Avon, MIG, Amran Ismail Production, Nestle, Meh Rasa Johor dan Adabi memberikan hadiah dan hamper.
semua orang boleh dikatakan dapat hadiah..tahniah team Mangga!! :)
dari kiri, ini dia kak Rosnah Abdul Aziz, eksekutif pengurusan jenama pihak Utusan, yang ditengah kak Imey iaitu wartawan RTM yang kendalikan rancangan Diva di RTM, dan dihujung sekali tu kenal tak?
haa..Zul Mahat, komposer yang telah menulis pelbagai lirik lagu.
ni meja pendaftaran untuk cabutan bertuah dan goodie bag yang dihandle oleh awek-awek cun team Mangga!
Jejaka-jejaka macho dari team Akasia Travel dan Amran Ismail yang sentiasa memeriahkan suasana.
*ehem ehem. macho ke? hihihi*
Gurau je nyahhhhh! :D
kebetulan hari tu hari lahir Editor Mangga, Encik Rosli, dan Pengerusi Eksekutif Masgenuine-i Berhad, Datuk Nor Hasnal Hashmi. Makanya, semua team mangga buat surprise yang kaw-kaw punya!
habis kena mandi tepung, putih gebuuuu cik li dengan dato'..hihi
Ok dah setel smua majlis, tidur lah kami ditemani angin laut dan bunyi ombak. eceh kemain :)
okies, bangun2 je second day, after breakfast semua, pakai baju mangga yang cool ni, meraaahhh je semua.
nasib dalam pulau xde lembu, kalau tak, semua kena kejar..hehe.
ada senamrobik yang di lead oleh team akasia travel, kemain gangnam cucuk langit ape semua keluar,
tapi kami semua enjoy!
next main game
macam2 game main, main game pecah belon, belalang-belatuk, isi air dalam paip yang bocor utk amek bola pingpong dan macam2 lagi. best sangat. yang kenal baru sehari dua pun jadi rapat.
:)
group photo yeahhh!
ini pun sebahagian jeee~ ramai lagi sebenarnya yang xmasuk gambar :)
Akasia Travel the best!! memang terbaik dari ladang!
pengurusan, hospitality memang terbaik.
tahniah Akasia Travel, smoga makin maju kelak! :)
cantiknya pulau redaaannggg!
hari terakhir,
pemandangan redang waktu subuh. terbaik baq hang! tenang, amannn je :)
selamat tinggal redang mutiara beach resort!
masa untuk pulangggg!
eh Nasa bawak bas pulak? haha..action kamen je tuuuu~
sebelum tiba di KL, singgah beli kopok lekor sukaramai ni.
memang sedap!
murah pun murah. terbaik! siap ada jual kopok yang dah siap goreng. kopok utk goreng lagilah ada.
cumanya pekerjanya kurang mesra. senyum sikit mek jahhhhh weyhh! :)))
singgah juga ke pasar payang sebentar untuk makan, solat jamak, bershopping dan sebagainya.
lepas tu sampai di Kuala Lumpur tepat pukul 10malam.
alhamdulillah, berakhirlah bercutian majalah mangga bersama artis dibawakan oleh Akasia Travel sdn. Bhd.
tahniah Mangga kerana mengadakan program sebegini yang merapatkan pembaca dengan para artis.
tahniah juga Akasia travel kerana dapat uruskan program gilang gemilang seperti ini.
Kepada mereka yang nak buat percutian seperti ini di mana-mana pulau di serata dunia terutama di Malaysia, korang bolehlah hubungi Akasia Travel untuk uruskan percutian kalian ya.
tak kisah honeymoon ke, percutian sekolah ke, gathering sekolah ke, percutian pejabat ke semua boleh kan nasa? :)
bolehlah LIKE mereka di FB:
hubungi :
Office:
+603-61880179
H/P:
010-9055905
017-9825582
0129220073
cakap je nak pergi mana, tarikh, berapa orang nak pergi,
insyaallah dorang akan bg yg terbaik untuk korang !
p/s : kemana lepas ni? next trip jommmm~ :)
No comments:
Post a Comment