It's Aida4eva

The common life of a homosapiens.

Tuesday, November 27, 2012

Maksud Nutrisi, nutrisi sel, nutrisi selular dan kepentingan nutrisi kepada kesihatan badan



Apa itu nutrisi?

Konsep nutrisi amat berbeza dengan makanan yang kita makan sehari-hari. Makanan adalah apa jua benda yang boleh di makan contohnya nasi, roti, ayam, sayur dan sebagainnya.

Cuba periksa semua makanan yang ada di dapur atau di belakang tin biskut, botol-botol sos dan sebagainya, mesti ada tertulis label kandungan fakta nutrisi.



Badan kita memerlukan nutrisi yang memenuhi semua keperluan badan tetapi dengan nilai kalori yang rendah. Bagaimana untuk memenuhi kandungan nutrisi badan dengan cepat dan mudah di zaman serba pantas ini? Adakah di pasaran kini ada terjual supplement yang memenuhi semua keperluan nutrisi dalam badan ini? Ramai yang mengambil mudah tentang nutrisi makanan yang dimakan oleh mereka serta tidak mengambil serius tentang kesihatan badan mereka. Dan kerana itulah banyak penyakit obesiti melular di negara kita yang serba canggih ini dek kerana pengambilan makanan yang bernutrisi rendah tetapi nilai kalori yang berlebihan.

Apa itu Nutrisi sel ?



Sel adalah bahagian terkecil dari tubuh kita. Setiap hari ada sel yg rosak dan harus diganti. Sel yang rosak dan tidak diganti akan menjadi sel yg tidak baik/ sakit. NUTRISI berguna untuk REGENERASI SEL, iaitu untuk mengganti sel yg rosak/sakit menjadi sel yang baru dan sel yang sihat. Nutrisi bukannya ubat, tetapi ia adalah makanan untuk SEL yang kita perlukan seumur hidup, makanya disebut "NUTRISI SEL". 

Jika sel kita mendapatkan nutrisi yang cukup setiap hari, maka sel kita akan sihat dan sekaligus kesihatan kita akan bertambah baik sepanjang hayat.



Memandangkan badan kita sangat-sangat memerlukan nutrien, kita harus tahu samada sel yang menyerap nutrisi ini adakah berfungsi sebaiknya dan dapat melakukan 'tugas'nya dengan baik? Sel yang menyerap nutrisi ini ialah vilus. Vilus merupakan komponen penting dalam usus kecil kita yang akan menyerap nutrisi daripada makanan yang diambil sehari-hari.

ini ialah gambar vilus di dalam usus

Dalam dunia kita yang semakin canggih ini, boleh dikatakan kebanyakan daripada kita mempunyai vilus yang agak rapuh dan kurang baik. Ini adalah berikutan kesan daripada pemakanan seharian kita, penggunaan toksin dan bahan kimia dalam pemprosesan dan pertumbuhan sayur-sayuran dan buah-buahan, pencemaran udara dan lain-lain.

Jadi, Herbalife sangat membantu memperbaiki vilus yang rapuh ini dan membantu mengaktifkannya. Inilah yang dinamakan nutrisi selular, yang mana produk Herbalife diasaskan dan diformulasikan dengan konsep terbaik ini!






Secara logiknya, jika kita makan makanan yang sihat, maka kesihatan diri juga dapat dipertingkatkan. Penyakit-penyakit yang kebanyakkannya berpunca daripada corak pemakanan kita lebih sihat. betul tak? :)


Apa itu Nutrisi selular ?

Nutrisi Selular memberikan nutrisi ke sel-sel sihat seluruh tubuh sebagai sebahagian daripada diet yang sihat. Melalui Nutrisi Selular, nutrisi sihat membantu memelihara sel-sel anda dengan rumusan tumbuh-tumbuhan eksklusif berasaskan nutrisi, dilengkapi vitamin-vitamin keperluan harian, antioksida dan mineral untuk menyokong fungsi sel. Dengan cara ini, produk-produk HERBALIFE dapat membantu vilus menyerapkan nutrisi sihat ke seluruh sel-sel tubuh, sebagai sebahagian daripada diet yang sihat. 

Ini adalah konsep baru dalam dunia kesihatan. Cara untuk menjadi lebih sihat dengan 3 proses iaitu :


1. Membersihkan (Cleansing)

Jika kemampuan vilus berkurang, maka makanan yang masuk akan membuat tubuh kenyang, tetapi nutrisi yang diperlukan badan tidak dapat diserap dengan sempurna oleh vilus yang berada di usus.

Akibatnya nutrisi yang diperlukan oleh badan untuk regenerasi sel-sel tubuh akan berkurang dan akhirnya badan tidak dapat melakukan proses regenerasi sel dengan baik. Dengan pembersihan vilus dan sel, maka usus dan saluran percernaan akan dapat berfungsi dengan baik
.

2. Menyerap (Absorb)

Setelah tubuh boleh memiliki saluran pencernaan yang baik, vilus dapat membantu menyerap kesemua nutrisi yang diperlukan oleh badan.

3. Regenerasi sel (Healing)

Dengan proses penyerapan yang sempurna, kesemua nutrisi yang dapat diserap oleh badan, maka sel-sel akan dipulihkan dan diganti dengan sel yang lebih baik. Maka, proses regenerasi sel akan berlaku dengan pantas. Seperti contoh, apabila tubuh sakit, maka proses pemulihan/recovery akan lebih cepat.








MAKSIMUMKAN KESIHATAN ANDA DENGAN NUTRISI SELULAR

Melalui nutrisi selular, nutrien yang menyihatkan dapat membantu memberi khasiat kepada sel anda dengan gabungan ekslusif nutrien berasaskan tumbuhan yang menyediakan vitamin, antioksidan dan mineral untuk menyokong fungsi sel. Dengan cara ini, nutrisi selular ini dapat menghantar nutrien yang menyihatkan kepada sel dikeseluruhan badan, sebagai sebahagian daripada diet yang menyihatkan. Sel-sel adalah unit asas dalam badan manusia, menyediakan tenaga untuk tugas yang anda lakukan - daripada berfikir kepada membesar. Contohnya, produk HERBALIFE dirumuskan untuk menyokong vilus yang sihat, struktur halus bagaikan jari sepanjang dinding usus yang bertindak sebagai "pengawal", membantu badan anda meresap lebih banyak nutrien, vitamin dan mineral, sambil memelihara anda daripada toksin. Lebih sihat vilus anda, lebih efisien sel anda boleh menyerap khasiat dan diri anda menjadi lebih sihat.



2 comments:

Anonymous said...

Byk info..bagus utk pembacaan

aida4eva said...

anon : thanks anon! :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...