It's Aida4eva

The common life of a homosapiens.

Wednesday, September 19, 2012

Mencari sumbangan untuk Pusat Dalam Komuniti (PDK) KAMII, Gombak Setia.

Salam zulkaedah!

PADA 1 HINGGA 5/10/2012 SAYA DAN AHLI KUMPULAN SAYA DARI IPG KAMPUS ILMU KHAS AKAN MENJALANKAN PROGRAM KHIDMAT SISWA UNTUK KANAK-KANAK ISTIMEWA DARI PDK KAMII, GOMBAK. PROGRAM YANG DIJALANKAN SELAMA 5 HARI INI MEMERLUKAN SEDIKIT DANA UNTUK MENAMPUNG SEGALA PERBELANJAAN KANAK-KANAK TERSEBUT. DIHARAPKAN MASIH ADA INSAN YANG MEMPUNYAI HATI YANG TULUS MEMBANTU PROGRAM INI DENGAN MEMBERI SEDIKIT SUMBANGAN BAGI MEMBANTU KANAK-KANAK TERSEBUT.

Untuk pengetahuan semua, PDK iaitu Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) merupakan salah satu program yang melibatkan 
pembabitan secara aktif ibubapa / penjaga ahli keluarga golongan kurang upaya dan komuniti setempat untuk membantu orang kurang upaya hidup berdikari dan diintegrasikan dalam masyarakat.
Ahli-ahli PDK merupakan golongan yang tidak boleh menguruskan diri sendiri dan tidak mampu untuk belajar di Sekolah-sekolah kerajaan kerana kecacatan yang dialami. Kanak-kanak sindrom down (DW), autisme, masalah lembam, spastik, masalah pendengaran adalah di antara golongan yang mendiami pusat PDK.

Pusat PDK ini merupakan tempat untuk mengajar kemahiran-kemahiran urus diri serta pengajaran sara diri bagi membolehkan kanak-kanak ini berdikari pada masa akan datang.



Program yang akan dilaksanakan di pusat ini pada hari khidmat siswa ini adalah:
 i.          Gotong-royong dan keceriaan
a)    Membuat aktiviti keceriaan iaitu membina Taman Herba

b)    Demonstrasi masakan ringkas

c)    Mengecat pagar utama dan pemegang besi di laluan kerusi roda

d)    Membersihkan kolam
ii. Lawatan ke rumah OKU sebanyak 2 buah rumah (Home-based activity)
iii. Ceramah berkenaan “Kepentingan Terapi Muzik”
iv. Slot membuat kraftangan
v. slot kemahiran membuat Rancangan Pengajaran Individu (RPI)
vi.  Sukaneka dan permainan
vii. Penyampaian hadiah dan sumbangan




SUMBANGAN ANDA AKAN DISALURKAN KEPADA PDK KAMII, Gombak.. 
untuk sebarang maklumat anda boleh email atau pm saya di Facebook.

Email : mentositubiru@gmail.com
Facebook :https://www.facebook.com/aidatulamiza


gambar-gambar PDK Kamii, Gombak








kolam renang sebagai terapi air yang sudah tidak dapat digunakan kerana kos penyelenggaraan yang tinggi.


pengetua PDK Kamii, Gombak Setia




warga IPG Kampus Ilmu Khas serta warga PDK Kamii

p/s : bagi yang berminat memberikan sumbangan walaupun RM10, sila email saya atau PM saya di Facebook supaya saya boleh memberikan detail yang lebih lanjut iaitu kertas kerja dan surat memohon dana. 

p/s/s : hulurkan tangan, ringankan beban. Tangan yang memberi lebih mulia daripada tangan yang menerima. Insyaallah.

6 comments:

Ain Dzaya said...

murninya hasrat..semoga diberkati Allah :)


Saya Nak Ramai Kawans Blog ♥

gelangtembaga said...

tahniah...

Kaki Sembang said...

Setiap kebaikan ada balasan di Sisi Allah

aida4eva said...

ain dzaya : insyaallahh..aminnnn :)

aida4eva said...

gelangtembaga : terima kasih :)

aida4eva said...

kaki sembang : insyaallahhh..aminn :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...