It's Aida4eva

The common life of a homosapiens.

Sunday, September 11, 2011

Kenapa ada sesetengah ibu bapa yang tak faham?


nak cerita satu benda ni.
penah terjumpa seorang budak pekak berumur tahun yang berada di aliran masalah pembelajaran.
bila tanya guru kenapa budak pekak ada dalam aliran tu, guru kata ibu bapa murid tersebut tak nak anaknya berkomunikasi dalam bahasa isyarat dan nak dia belajar macam biasa.

kesian budak tu. sangat comel dan bijak. tapi tak faham kenapa ibu bapa di sanggup taknak hantar anak dia tu ke sekolah yang ada masalah pendengaran? di sekolah yang ada masalah pendengaran tu, lagi banyak ilmu yang boleh dia dapat dan kalau kata nak belajar macam biasa, memang di sekolah pendengaran belajar aliran perdana. kalau di program masalah pembelajaran, pembelajaran bukan berasaskan aliran perdana.

kenapa tak mahu anak dia berkomunikasi dalam bahasa isyarat? kalau nak tahu, budak tu hanya menyebut tanpa mendengar apa dia cakap. jadi, butir-butir percakapan dia langsung kita tak faham. lagi sanggup ke tengok anak kita tak oleh berkomunikasi dengan orang lain?antara alternatif lain, ibu bapa boleh menghantar anak tu ke dalam program pertuturan kiu. insyaallah dia akan dapat menyebut bunyi-bunyi bahasa dan dapat berkomunikasi dengan orang lain.

ada jugak budak yang langsung tak boleh berfikir dan tak boleh membaca mahupun menulis tapi dihantar ke sekolah. sebab apa? ibu bapa tak mahu anaknya dihantar ke PDK.nak anaknya belajar di sekolah supaya taknak ada orang tahu anaknya mempunyai masalah kerencatan mental.

moral of the story: 
wahai ibu bapa, anak itu anugerah allah. terimalah mereka seadanya jika ada kekurangan dalam diri mereka dan bantulah mereka dalam menjalani hidup agar mereka dapat merasa sempurna seperti orang lain.



3 comments:

Anisa Anuar said...

like this entry...betul tu...ibu bapa la peranan penting nak membentuk anak-anak

aida4eva said...

anisa : kan kan :) kalau bukan ibu bapa,siapa lagi kan :)

Prince Halilintar said...

betul tu..anak itu juga adalah rezeki pemberian Allah..seharusnya kite bersyukur atas nikmat itu seadanya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...