It's Aida4eva

The common life of a homosapiens.

Thursday, July 21, 2011

6 perkara yang penting di dunia untuk di jaga


Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya...

Imam Ghazali = “Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”


Murid 1 = “Ibu bapa”
Murid 2 = “Guru”
Imam Ghazali = “Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran :185).”

Imam Ghazali = “Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?”
Murid 1 = ” Negeri Cina “
Murid 2 = ” Bulan “
Murid 3 = ” Matahari “
Murid 4 = ” Bintang-bintang “
Iman Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu.

Iman Ghazali = ” Apa yang paling besar di dunia ini ?”
Murid 1 = ” Gunung “
Murid 2 = ” Matahari “
Imam Ghazali = ” Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”

IMAM GHAZALI” Apa yang paling berat di dunia? “
Murid 1 = ” Gajah “
Murid 2 = ” Besi “
Imam Ghazali = ” Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”

Imam Ghazali = ” Apa yang paling ringan di dunia ini ?”
Murid 1 = ” Kapas”
Murid 2 = ” Angin “
Imam Ghazali = ” Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat “

Imam Ghazali = ” Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ” Pedang “
Imam Ghazali = ” Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri

------------

wallahu'alam..
terbuka mata aku sejenak. moga kita sama-sama dapat berubah ke arah klebih baik. aminnn~


p/s: sekadar berkongsi untuk peringatan diri sendiri dan yang lain.

7 comments:

meyda said...

nice one.. Thanks for sharing this info. :)

Anisa Anuar said...

nice..really like this entry...
muhasabah diri..pernah dgr tapi x pernah jemu...

AnakPakZohar said...

amin.. alhamdulilah.. thanks for sharing.. =)

aida4eva said...

hannah: most welcome awak :D

aida4eva said...

anisa: kan..benda ni common..tapi kita kena selalu ingatkan diri sendir..insyaallah :)

aida4eva said...

yad'z: most welcome awak..:D sharing is caring~

zati embong said...

betul,jat pun sama aida.kalau jat jd ckgu,mesti jat akan bgtahu stdent2 jat tau.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...