Pages

Saturday, July 25, 2015

Tips rancang percutian. Krabi 4hari 3 malam.

Salam semua!

Bulan 6 haritu seminggu terakhir cuti sekolah, aku dan suami acah2 honeymoon ke Krabi. Dah kawen almost 4 bulan, baru dapat g honeymoon kekdahnya.

tapi takde la amek pakej honeymoon pon. Semua style backpackers je kita yg rancang perjalanan kita sendiri.


Ni jugak antara tips2 untuk bercuti dengan bajet rendah tapi happy. Bercuti tengok negara orang, tak hepi lagi jemah oit?hahah

First, bila airasia on sale je, bukakweb tu laju2.Make sure sebelum tu dah key in dah nama guest, details and family yang nak ikut. Tak de la masa nak beli baru jerit2 cepat2 mintak nombor passport/ic dia. hahha #akuleteww
Nak senang usha, ko usya waktu pas subuh or tgh2 malam, takde masuk waiting room lama sangat. HAHA
Aku dapat tiket return Krabi-KL RM500 utk 2 orang.
I bet ada yang dapat lagi murah.
Siapa cepat dia dapat la kennnnn~

Nak tengok macam mana cara book tiket, tengok link ni -----> LINK



Second, bukak trivago/Expedia untuk cari hotel yang berkenan di hati. Cuba cari yang walking distance je dengan main attraction yang ada. bukak maps. part ni aku usya almost 2 weeks.
tu pon dapat hampeh jugak sikit. hahah



Aku book 'Aonang Orchid Resort' thru expedia. bayar that time gak. guna kad debit Maybank. Kat sini pon sangkut memula. Sebab dia nak Mastercard/Visa sebab dia nak terus potong duit engko.
First, g sesiap bank yg korg nak guna, aktifkan penggunaan luar negara, pastu hidupkan astercard/Visa serta tingkatkan kadar amount yg leh guna. RM500 memang leh guna, incase la pape hal korg nak hotel berbintang-bintang kan, baik tingkatkan sikit.

Setel hal bank, usya 2-3 kali web expedia tu sebab ada time2 petang dalam kol 3-6petang dia ada wat diskaun lebih pada hotel2 tu. So jimat sikit.
Kalau book guna expedia. harga dia tulis tu untuk 1 malam je.Jangan nak terkejut bila dia dh total up last sekali taw.
Tapi kalau guna booking.com, dia total up sesiap harga berapa malam yang korang nak.



Tapi bila dah ada kat sana. aku rasa, kalau korang banyak masa bila dh kat sana nanti, better book 1 malam je. Next day, korang jalan2 la area situ cari hotel yang lagi cantik n murah. lagi puas hati.
Macam aku aritu ada sedikit penyesalan la dari segi customer service n keindahan perkhabaran dari rupa sebenar. HAHA

bab tu nanti aku cerita naa~

nanti aku update ape aktiviti aku 4 hari 3 malam kat sana, kedai makan yang best, n gitu-gitu lah. 

Tata Korang! selamat berayaaaaa! <3 font="">


1 comment: