Pages

Thursday, November 27, 2014

Suatu Nukilan..

Bissmillaahir rahmaanir rahiim.. Dengan nama Allah.. Yang Maha Pengasih.. Lagi Maha Penyayang..


Lama rasanya aku tak update blog ni.. Agak sibuk sikit kebelakangan ni.. Hari ni terasa nak buka blog ni menconteng itu ini berkaitan hidup.


Pejam celik.. Dah lebih 3 tahun berlalu dari tarikh aku kemalangan.. Sesungguhnya.. Allah itu Maha Mendengar.. Segala rintihan hamba2Nya.. Cuma kita sebagai hambaNya.. Jangan pernah jemu untuk meminta dan mengadu padaNya.. Yakinlah dengan kebesaranNya.. Yang mengatasi segala-galanya..


Hari berganti hari.. Bulan berganti bulan.. Tahun berganti tahun, 
Banyak perubahan pada aku.. Terima kasih Ya Allah.. Kerana selalu berada disisi hambamu.. Yang kerdil ini.. Terima kasih untuk kesembuhan ini Ya Allah.. 

Walau masih menjalani rawatan untuk pulih sepenuhnya, aku harap dapat dikebalkan hati untuk menerima kententuanmu selepas ini.

kini aku juga sedang sibuk merancang persiapan itu ini untuk hari bahagia aku dan kamu.
Maka aku juga memohon padaMu yang Satu.. Berikanlah juga kesembuhan dan kekuatan dihati ini Ya Allah.. Agar aku selalu kuat untuk terus berjuang dalam melalui ujian dariMu.. Hanya Engkau sahajalah yang mengerti apa yang tersirat dihati ini Ya Allah..

Tak semua akan rasa apa yang kita lalui.
Tak semua akan rasa apa yang kita harungi bagi mencapai sesuatu.
Pasti ada halangan ditengah-tengah yang mengganggumu yang membuatmu keliru.

Ketika Allah mengambil sesuatu dari genggamanmu.. Dia tidak menghukummu.. Namun hanya membuka tanganmu..Untuk menerima seseuatu yang lebih baik..

Ya Allah.. Sesungguhnya.. Hanya Engkau sahajalah yang lebih mengetahui.. Apa yang terbaik.. Dan apa yang Engkau rancangkan.. Untuk hambaMu ini.. Aku pasrahkan segalanya hanya kepadaMu Ya Allah.. Yang Maha Pengasih.. Lagi Maha Penyayang..




1 comment: