Pages

Wednesday, March 27, 2013

harga pasport 2013

salam!

sebelum semangat2 nak buat pasport, nak melancong sana sini, meh check dulu korang kena blacklist tak nak ke luar negara :)
sila klik link bawah ni :



Tiada halangan???
bagusss!
baru boleh baca bawah ni n buat pasport :)

Pasport Malaysia Antarabangsa
1. Pengenalan
Pasport Malaysia adalah suatu Dokumen Perjalanan yang sah yang dikeluarkan kepada warganegara Malaysia bagi maksud perjalanan keluar negara.
a. Kelayakan - Warganegara Malaysia.
b. Tempat Memohon - Permohonan boleh dikemukakan di semua Pejabat Imigresen Negeri di Malaysia dan di Pejabat Perwakilan Malaysia jika berada di luar negara.
c. Tempoh Sah Laku - Tempoh sah laku selama dua (2) tahun atau lima (5) tahun sahaja dari tarikh dikeluarkan.

2. Bayaran Pasport
a. RM100.00 untuk 2 Tahun
b. RM300.00 untuk 5 Tahun

3. Bayaran Bagi Warga Emas (berumur 60 tahun ke atas) dan Kanak-Kanak (berumur 12 tahun ke bawah)
     a. RM80.00 untuk 2 Tahun
     b. RM150.00 untuk 5 Tahun

4. Bayaran Separuh Harga
RM150.00 untuk 5 tahun
5. Kelayakan Bayaran Separuh Harga
a. Remaja yang belum mencapai usia 21 tahun yang sedang belajar diluar negara atau menerima serta dapat menunjukkan bukti telah menerima tawaran melanjutkan pelajaran di Institusi Penggajian Tinggi di luar negara semasa mengemukakan permohonan.
6. Pengecualian Bayaran / Percuma (Gratis)
a. Golongan orang kurang upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajiikan Masyarakat dan mengemukakan Kad Pendaftaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai bukti.

7. Bentuk Bayaran
a. Tunai
b. Wang pos atau bank draf yang dipalang
i. Malaysia - Atas nama KETUA PENGARAH IMIGRESEN MALAYSIA atau PENGARAH IMIGRESEN NEGERI dimana permohonan dikemukakan.
ii. Luar Negara - Atas nama SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA/PENOLONG SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA/KEDUTAAN BESAR MALAYSIA/KONSULAT JENDERAL MALAYSIA (di mana berkaitan).
*Cek persendirian atau syarikat tidak diterima.
8. Cara Memohon Pasport Kali Pertama
Pemohon perlu mematuhi prosedur berikut:
a. Pemohon hadir sendiri di Pejabat Imigresen atau Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara
b. Melengkapkan borang Pasport Malaysia (IM.42-Pin.97) yang boleh didapati di kaunter pejabat pasport atau dimuat turun melalui Laman Web Imigresen secara percuma. Borang hendaklah dimuat turun dan dicetak atas kertas A4 (depan dan belakang).
c. SEMUA permohonan kali pertama harus mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan di bawah :

Pemohon
Jika
Syarat-syarat
Pemohon yang berumur 18 tahun ke atas
Lahir dalam negara
MyKad pemohon
Sekiranya tidak memiliki MyKad, Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 dan 11)  pemohon diperlukan.
2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 sm)
Lahir luar negara
MyKad pemohon
Dokumen Perjalanan/pasport yang digunakan semasa balik ke Malaysia. Jika pasport tidak dapat dikesan kemukakan Surat Akuan Sumpah berhubung butir-butir kemasukan dan Dokumen Perjalanan/pasport yang digunakan.
2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 sm)
Pemohon warganegara Malaysia Sabah dan Sarawak yang mohon kali pertama di Pejabat Imigresen Semenanjung Malaysia.
MyKad pemohon
Sekiranya tidak memiliki MyKad, Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 dan 11) dan Sijil Lahir pemohon diperlukan.
2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 sm)
Catatan : Permohonan akan dirujuk ke Pajabat Imigresen Sabah dan Sarawak dan kelulusan akan dimaklumkan selepas 5 hari bekerja.
Pegawai dan anggota tentera
Kad Tentera
2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 sm)
Pegawai dan anggota polis
Kad Polis
2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 sm)
Pemohon yang berumur 18 tahun ke bawah
Lahir dalam negara
MyKad pemohon
Sijil lahir pemohon
MyKad bapa/ibu (ibu atau bapa perlu hadir sama).
2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 sm)
Lahir luar negara
Borang W/Sijil Lahir/Sijil Perakuan Taraf
Dokumen Perjalanan/pasport yang digunakan semasa balik ke Malaysia. Jika pasport tidak dapat dikesan kemukakan Surat Akuan Sumpah berhubung butir-butir kemasukan dan Dokumen Perjalanan/pasport yang digunakan.
MyKad bapa/ibu (ibu atau bapa perlu hadir sama)
2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 sm)
Jika ibu dan bapa telah meninggal dunia
MyKad pemohon
Sijil lahir pemohon
Sijil kematian ibu/bapa
Surat sumpah hak penjagaan anak / surat dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Kad Pengenalan penjaga/Pasport Penjaga (jika warga asing)
2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 sm)
Jika ibu dan bapa bercerai
MyKad pemohon
Sijil lahir pemohon
Surat mahkamah memberi hak penjagaan anak kepada ibu/bapa.
MyKad ibu/bapa yang diberi hak penjagaan yang sah.
2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 sm)
Jika ibu dan bapa tidak dapat dikesan
MyKad pemohon
Sijil lahir pemohon
Surat Akuan Sumpah/Surat pengesahan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat/pengesahan dari Ketua Kampung/Penghulu yang mengesahkan ibu bapa tidak dapat dikesan dan hak penjagaan diberi kepada penjaga yang sah.
Kad Pengenalan Penjaga/Pasport Penjaga (jika warga asing)
2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 sm
Jika pemohon adalah anak angkat
MyKad pemohon
Sijil Anak Angkat
Kad Pengenalan Penjaga/Pasport Penjaga (jika warga asing)
2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 sm
Jika pemohon telah berkahwin
MyKad pemohon
Sijil Nikah atau Surat Cerai (jika telah bercerai)
2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 sm





































































9. Permohonan Gantian Pasport Melalui Kaunter
Buku pasport baru akan dikeluarkan kepada permohonan gantian pasport.

Jika pemohon ingin memohon Pasport baru menggantikan Pasport yang belum tamat tempoh sahlakunya , baki tempoh (had maksima 6 bulan sahaja) yang ada dalam Pasport lama akan dimasukkan ke dalam Pasport baru dengan syarat-syarat berikut:
a. Bukan kes hilang atau rosak
b. Bukan kes dalam siasatan
c. Bukan permohonan gantian pasport untuk tempoh sahlaku dua(2) tahun

Kategori
Dokumen yang diperlukan
Pemohon bawah 18 tahun
  • Sama seperti dokumen yang dinyatakan pada kali pertama permohonan kecuali sijil lahir yang hanya diperlukan jika anak di bawah usia 12 tahun bagi tujuan dokumen pengenalan diri.
  • Pasport Malaysia yang terakhir digunakan.
  • 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 sm
  • Kehadiran ibu/bapa/penjaga sah untuk tujuan kebenaran permohonan.
Pemohon atas 18 tahun
  • MyKad Pemohon
  • Kad Pengenalan Sementara (Resit JPN.KPPK 09 atau 11)(sekiranya tidak memiliki MyKad)
  • Pasport Malaysia yang terakhir digunakan.
  • 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 sm


10. Kes Kehilangan/Kerosakan Pasport Malaysia
a. Kes Kehilangan
i.  Permohonan gantian bagi Pasport yang telah hilang boleh dikemukakan di mana-mana Pejabat Imigresen yang berdekatan dengan mengemukakan:
  • Borang permohonan (IMM.42-Pin.1/97)
  • Kad Pengenalan (KPT)
  • Sijil Lahir
  • Dua (2) keping gambar terbaru berukuran 3.5sm x 5.0sm dan berlatar belakang warna biru muda.
  • Borang Soal Selidik Kehilangan Pasport (IMM.42c) yang boleh dimuat turun dan didapati di mana-mana Pejabat Imigresen dan telah diperakui oleh Suruhanjaya Sumpah/Mahkamah.
     ii.  Kelulusan permohonan gantian Pasport yang telah hilang adalah bergantung kepada keputusan Ketua      Pengarah Imigresen dan keputusan siasatan dimaklumkan dalam tempoh lima (5) hari dari tarikh permohonan diterima.
iii. Kategori Kes Kehilangan 
BIL
KATEGORI  HILANG / ROSAK
1
Kehilangan akibat bencana alam (tsunami, gempabumi, banjir dan seumpamanya)
* bukti bencana alam (surat Pegawai Daerah / Penghulu / Ketua Kampung / Perwakilan Malaysia di luar Negara atau Pihak Berkuasa Negara terlibat dan seumpamanya)
2
Kehilangan / rosak akibat kebakaran
*Perlu laporan pihak bomba
Bagi kes kehilangan pasport yang telah tamat tempoh sahlaku pemohon hanya perlu mengisi borang pasport (IMM.42-Pin.1/97) mengikut proses kerja permohonan biasa.
b. Kes Kerosakan Pasport Malaysia
Pasport Malaysia diistilahkan rosak jika :
i. Basah
ii. Diconteng / terconteng
iii. Dikoyak / Terkoyak
iv. Dibakar / terbakar
v. Dimakan anai-anai/serangga
vi. Gambar pudar / luntur
vii. Butiran dalam pasport dipinda
Permohonan gantian pasport yang rosak boleh dikemukakan di mana-mana Pejabat Imigresen yang berdekatan dengan mengemukakan
  • Borang permohonan (IMM.42-Pin. 1/97)
  • Dokumen-dokumen sokongan (asal beserta salinan) seperti Kad Pengenalan (KPT)
  • Sijil Lahir dan
  • Dua (2) keping gambar terbaru berukuran 3.5sm x 5.0sm berlatar belakang warna biru muda
Kelulusan permohonan gantian Pasport yang telah rosak bergantung kepada keputusan Ketua Pengarah Imigresen dan tempoh keputusan siasatan dimaklumkan dalam tempoh lima(5) hari dari tarikh permohonan diterima.
11. Maklumat Am
a. Penggunaan perkataan anak lelaki (A/L) dan anak perempuan (AP/) bagi kaum India dan bukan Islam di mukasurat utama Pasport Malaysia telah dimansuhkan tetapi dinyatakan pada mukasurat 'PEMERHATIAN'/'OBSERVATION'.
b. Jika pemohon dibawah usia 18 tahun, kad pengenalan ibu atau bapa diperlukan.
c. Pasport Malaysia yang tidak dituntut selepas tiga (3) bulan dari tarikh kutipan yang dinyatakan pada resit bayaran akan dibatalkan dan dilupuskan.Pemohon yang pasportnya telah dibatalkan jika memerlukan pasport hendaklah mengemukakan permohonan baru mengikut proses biasa beserta bayaran.
d. Tiada lagi kemudahan memasukkan butir-butir kanak-kanak dalam pasport ibu atau bapa. Kanak-kanak (termasuk bayi yang baru dilahirkan) perlu memohon secara berasingan dan ibu bapa boleh memohon untuk menukar gambar setelah bayi meningkat usia 2 tahun ke atas dengan mengisi borang Permohonan Pasport (Im.42 - Pin 1/97) disertai dengan 2 keping gambar terbaru  berlatar belakang biru muda (berukuran 3.5 x 5 sm), Sijil Lahir dan hadir bersama-sama anak berkenaan di Pejabat Imigresen.
e. Berdasarkan Akta Penjagaan Kanak-Kanak (Guardianship Act 1961- Pind 1999), ibu kini boleh seperti bapa membuat pengesahan bagi permohonan anak bawah 18 tahun


No comments:

Post a Comment