Salam.
sekarang ni kan aktiviti membeli belah secara virtual atau online sangat kerap dijalankan.
alaf baru la katakan.
tak payah dah lenguh2 kaki nak pusing satu shopping mall cari baju.
gerak kan jari secara pantas, klik sana, klik sini, tunggu 2-3 hari, barang dah sampai depan pintu rumah.
mudah!
amat mudah!
nak beli baju, tudung, smua tu boleh la online..tapi aku tak berapa gemar sebab takut nanti tak muat ke kat badan, kan dah naya.
ntah2 tengok cantik dalam gambar, kain tu lembut macam sutera, tiba2 sampai kat tangan macam kain guni kan menyesal tak sudah.
nak return ke hape kan susah.
haih.
tak pe laaaa~
itu hak masing2 kan :)
tapiiiii, aku nak nasihatkan agar korang jangan la beli alatan elektronik secara online.
payah tahu!
aku dah TERbeli power bank kat satu web diskaun ni.
yaaa..mmg bukan salah web diskaun ni..
tu adalah salah syarikat yg offer power bank ni.
ni power bank 12800mAh KATANYAAA~
dengan harga RM128 kalau tak silap..katanya 60% diskaun.
KATANYAAA~
huhu..aku dapat banyak email forward2 sebab yang beli power bank sama macam aku ni semua ada problem.
dorang kata tak berfungsi langsung lah, boleh cas 40% je pastu terpadam, rosakkan bateri fon dorang lah.
wallahualam.
tapi, prob yang aku alami ialah, sekali cas je pastu dah abis power..
padaham 12800mAh ni boleh cas fon hampir 3-4 kali penuh taw!
seyes sedih.
hmmm.
nak return, susah dah sebab beli online. asyik email je..dah beratus org email tp tak dilayan n kata itu bukan salah dorg.
abistu salah sape? salah kami kah sebab beli?
*shoooooot*
tengok ni, ni hasil aku screenshot berapa ramai orang yang ada masalah lepas beli power bank ni online.
sobs~
sadis!
pendek kata, kalau boleh, jangan la beli alatan elektronik online, melainkan kau kenal dia dan dia kenal kau. sebab takkan kawan nak pedajal kawan kan.
heh.
better beli dari kedai yang korang mmg tahu ada tapaknya. ada warranty cardnya. supaya kalau ape2 jadi boleh ulang-alik kedai tu sampai 30 kali pun tak kisah. janji benda depan mata.
ni depan mata laptop je, nak marah pun rasa tak patut.
haih,
beringat yaaa kawan2.
teknologi itu bagus, tapi jangan sampai kita ni ditindas oleh teknologi.
#EH
mcm kenal website tu.....website Lelong ke? saya penah beli jam kt situ...RM180...tp guna x smpai sebulan rosak....sedih giler...jam nye mmg cantik mcm dlm gmbar tp hampagas sbb rosak....dh ler xleh repair sbb chronograph... sadis je~
ReplyDeletemr E osk gurl : bukan lelong..website lain :) haiyaakk~ mahalnya utk guna sebulan je..huhu..lepas ni kita kena sama2 beringat yawww :D
ReplyDelete