Pages

Monday, November 26, 2012

What your biggest fear is and how it affects your life?

Apakah benda yang paling menakutkan untuk anda dan bagaimanakah ianya memberi kesan kepada kehidupan anda?

Ketinggian? bungee-jumping? flying fox? bring it on! 
saya suka aktiviti lasak. dan saya rasa tidak ada apa yang saya takutkan. tetapi saya silap, sejak bersekolah, saya amat takut dengan haiwan amfibia yang digelar sebagai katak atau kodok. 

Andai ternampak katak di hadapan saya, saya sudahpun mengambil langkah seribu kebelakang. oooooohhhh tidakkkk! Ketakutan itu bagai lutut saya tidak mampu menampung badan saya sekiranya saya ternampak katak atau katak berhampiran dengan saya. Saya dapat merasa getaran di lutut sekiranya ada katak berhampiran. Seolah-olah seperti 'vibrate dari handphone'. Ya, ramai yang takut kepada ular, biawak dan sebagainya. Tetapi amfibia ini mampu membuatkan jantung saya berdegup kencanggggg walaupun dengan hanya melihat gambarnya. Sekiranya saya terpandang gambar katak di kaca televisyen, pasti kesemua bulu roma saya akan tegak, dan saya terasa seperti katak itu sedang merenung saya dan akan menerkam saya. *ngeri*
T______T

Istilah Batrachophobia atau takut kepada katak ini amat mengganggu kehidupan saya yang amat suka aktiviti lasak terutamanya di tempat-tempat yang ada katak seperti pada waktu malam, di dalam air, atau di hutan. Saya telah cuba mengatasi ketakutan ini tetapi saya tidak mampu. Sehinggakan adik-adik saya sering mengejek saya yang begitu takut kepada haiwan kecil ini.  Saya berharap agar saya dapat mengatasi ketakutan saya ini pada suatu masa nanti.


kenal banner kuning atas ni?
YA! FEAR FACTOR!
 ia adalah rancangan realiti TV yang menguji adakah seseorang itu berjaya mengatasi ketakutan mereka.

Astro akan menayangkan "Fear Factor Selebriti Malaysia" pada awal Disember ini. Rancangan ini disertai oleh 30 Selebriti yang dibahagiakn kepada 13 kumpulan diantaranya ialah Ezlynn, Elfira Loy, Diddie, Dafi, Akim, Gambit, Mejar Dr. Faiz, Johan As'ari, Farish Aziz, Jehan Miskin dan ramai lagi artis yang berbakat tanah air. Kesemua mereka bakal mengharungi pelbagai ujian yang menguji tahap keberanian diri serta menjalankan aksi-aksi yang mencabar. Hanya mereka yang tahan dari segi mental dan fizikal yang bakal bergelar juara.

Hos Fear Factor Selebriti Malaysia ialah Aaron Aziz.



berikut adalah barisan artis yang menyertai program ini.


Artis pilihan yang saya rasa berkemungkinan untuk memenangi rancangan ini ialah

Dazrin!
sebab badan dia mcm atlet. tak besar dan tak kecil. tahan lasak jugak dia ni..tengok dari gaya lakonan dia, dia seorang yang berbakat!

atau



Johan As'ari.
Beliau masih lagi muda dan tahan lasak. saya yakin beliau dapat melaksanakan tugasan dengan baik.

atau juga

Jehan Miskin juga tak kurang hebatnya!
Dengan badan yang berotot dan fizikal yang tegap, jehan juga mampu memenangi rancangan ini.

Sama-samalah kita saksikan Fear Factor awal Disember nanti!

“Fear Factor House – Is your chance to experience Fear Factor live!” 


p/s : kalau macam ni, memang boleh pengsan sama-sama ulat tu. -____-"

p/s : berharap dapat join Fear Factor Roadshow nanti!!  

No comments:

Post a Comment