Pages

Sunday, May 20, 2012

Nota BMM 3104 - Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu


untuk memudahkan pencarian, taip 'Ctrl & F'..kemudian taip perkataan yang dicari.


Rumusan Kemahiran Bahasa
A. Kemahiran Lisan
·         Kemahiran mendengar
·         Kemahiran bertutur
-          Prinsip pembinaan dan penggunaan/pelaksanaan P&P Lisan
-          Aktiviti P&P lisan

B. Kemahiran Membaca
o   Aktiviti Prabacaan
o   Bacaan Mekanis
o   Aktitivi bacaan – langkah P&P puisi
o   Pendekatan cerakinan –
o   Teknik-teknik bacaan – SQ3R


C. Kemahiran Menulis
·         Pendekatan menulis karangan

D. Kaedah Pengajaran
·         Kaedah komunikatif
·         Kaedah pandang sebut
·         Pendekatan Cerakinan - prosedur pelaksanan, kebaikan, kelemahan

E. Teknik P&P
·         Teknik pengajaran – simulasi/main peranan/lakonan
·         Peringkat pengajaran kemahiran membaca dan menulis
·         Kemahiran membuat ramalan
·         Peta minda – kaeadah pelaksanaan dan contoh
  • Teknik main peranan
  • Teknik permainan bahasa
  • Teknik latih tubi
  • Teknik bercerita
  • Teknik inkuiri
  • Teknik perbahasan


Pendekatan Mengajar Bacaan
Pada amnya ada dua pendekatan yang besar untuk menyampaikan pelajaran membaca:
·         Pendekatan membina
·         Pendekatan cerakinan
·         Pendekatan Elektik

Pendekatan membina
Cara ini ialah satu cara yang berdasarkan prinsip sintesis atau membina atau dengan lain perkataan menyusun bahagian-bahagian yang kecil menjadi satu benda yang besar. Misalnya dalam mmengajarkan ayat; “Nina ada baju merah’.
-       Perkenalkan huruf              : a, b, d, i, j, h, r, u, m, n
-       Perkenalkan suku kata       : ba, ni, na, ju, rah, me, da
-       Perkenalkan perkataan      : baju, Nina, ada, merah
-       Perkenalkan rangkai kata  : baju merah, Nina ada
-       Perkenalakn ayat                 : Nina ada baju merah.

Pada keseluruhannya, cara ini menggunakan kaedah huruf, kaedah bunyi dan kaedah suku kata.

Pendekatan Cerakinan
Cara ini ialah satu cara yang berlainan atau berlawanan prinsipnya denagn cara sintesis. Cara ini berdasarkan prinsip analisa atau mencerakin atau dengan perkataan lain mencerai-ceraikan satu bahagian yang besar kepada bahagian-bahagian yang kecil. Misalnya dalam mengajarkan ayat ‘Nina ada baju baru’.
-       Perkenalkan ayat                 : Nina ada baju merah.
-       Perkenalkan rangkai kata  : baju merah, Nina ada
-       Perkenalkan perkataan      : baju, Nina, ada, merah
-       Perkenalkan suku kata       : ba, ni, na, ju, rah, me, da, a
-       Perkenalkan huruf              : a, b, d, i, j, h, r, u, m, n

Pada keseluruhannya, cara ini menggunakan kaedah perkataan, kaedah rangkai kata, kaedah ayat yang kesemuanya digabungkan dalam kaedah pandang sebut.

Pendidik dan pengajar-pengajar yang berpengalaman dengan kedua-dua cara tadi berpendapat bahawa cara-cara ini masih juga tidak membawa kepada hasil yang baik dan memuaskan. Maka dengan hal demikian, telah terbit satu cara lain yang dipercayai dapat mengurangkan masalah yang dihadapi. Cara ini ialah cara elektik atau lebih dikenal dengan nama cara campuran.


Pendekatan             Elektik

·         Cara elektik adalah cara mengajar bacaan dengan menggunakan kaedah campuran daripada dua cara yang besar iaitu mengajar bacaan dengan menggunakan cara membina dan cara cerakinan
·         Cara membina mengandungi kaedah bunyi, kaedah huruf dan kaedah suku kata
·         Cara cerakinan pula mengandungi kaedah perkataan, kaedah rangkai kata dan kaedah ayat. Semua kaedah ini disebut kaedah pandang dengar.

Cara Mengajar
Tujuannya ialah untuk membolehkan murid-murid membaca ayat-ayat yang pendek, mengenal huruf, suku kata dan memahami isinya.
Bentuk huruf: Jangan diajar nama huruf vokal dan konsonan itu dahulu. Huruf-huruf itu diajar dari segi bunyinya sahaja. Misalnya;
            a – ayam                                p – payung                            i - ikan
Bentuk bahasa:
-       Suku kata diajar menerusi perkataan. Misalnya;
ba – bakul, bawang, barang
-       Menggunakan warna; a (merah), i (hijau), u (biru), e (kuning), dan o (coklat).
-       Menggunakan gambar.

Alat mengajar: kad imbasan, kad ayat, kad perkataan, kad rangkai kata, kad suku kata dan sebagainya bolehlah digunakan. Huruf-huruf harus terang dan jelas sehingga dapat dilihat oleh semua murid.

Tajuk 1
Kemahiran Mendengar dan Bertutur
·           Konsep
·           Objektif
·           Proses dan Bentuk


Sinopsis

Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara asas Kemahiran Mendengar dan Bertutur:
·                    konsep
·                    objektif
·                    proses dan bentuk

Aspek kemahiran berbahasa meliputi Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur, Membaca dan Menulis. Walau bagaimanapun kemahiran mendengar dan bertutur merupakan aspek asas yang paling penting dalam kemahiran berbahasa. Hal ini demikian kerana murid-murid yang menguasai kemahiran mendengar dan bertutur dengan baik biasanya berpotensi cenderung menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan lebih baik. Kemahiran mendengar yang baik membolehkan seseorang memperoleh dan memproses maklumat dengan tepat. Demikian juga seseorang yang mempunyai kemahiran bertutur yang baik membolehkan seseorang menyampaikan perasaan dan fikirannya dengan berkesan. Ini bermakna seseorang pendengar dan penutur yang baik lebih berpotensi menguasasi kemahiran membaca dan menulis dengan baik kerana keupayaan mendengar dan bertutur dengan baik akan membantunya dalam proses membaca dan menulis.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:
1.                  menjelaskan konsep kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur;
2.                  mengenal pasti tujuan-tujuan pengajaran dan pembelajaran kemahiran            mendengar dan bertutur;
3.                  menerangkan beberapa kaedah, teknik dan aktiviti untuk kemahiran mendengar         dan kemahiran bertutur;
4.                  menyatakan beberapa prinsip pemilihan, penghasilan dan penggunaan bahan               yang sesuai bagi proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar                 dan kemahiran bertutur; dan
5.                  mengemukakan bentuk penilaian aktiviti kemahiran mendengar dan kemahiran           bertutur.


Kerangka Konsep


Menganalisis Ciri-Ciri Pelajar
 












Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif










Rajah Perilaku - Ucapan Teori Chomsky
(Disesuaikan daripada Pengantar Psikolinguistik Moden, 1987: 51)

KEMAHIRAN LISAN: KEMAHIRAN BERTUTUR DAN MENDENGAR
Definisi Konsep
Kemahiran lisan secara umum dirujuk kepada keupayaan seseorang atau beberapa orang bertutur, berkomunikasi / berinteraksi menyampaikan idea, pandangan, mahupun pendapat dalam percakapan dan perbualan.  Dalam apa-apapun keadaan, di mana atau bagaimana proses ini berlaku, orang yang terlibat akan saling menghantar dan menerima, yakni memberi gerak balas @ respon tertentu.  Ini bermakna dalam proses lisan itu, komponan kemahiran mendengar dan bertutur  yang tidak kurang pentingnya.  Dalam konteks ini, kemahiran mendengar ialah proses yang melibatkan aktiviti pemerolehan mesej atau maklumat; manakala kemahiran bertutur pula melibatkan proses menjana dan menghasilkan penghasilan maklumat. 

Kebolehan untuk mendengar dan bertutur dengan baik dan berkesan sangat penting dalam kehidupan seharian.  Ini bermakna, seorang pendengar yang baik dapat memahami dan memperoses maklumat yang didengarinya dalam sesuatu interaksi.  Begitu juga, seorang penutur yang baik dapat menyampaikan perasaan dan pemikirannya dengan tepat dan berkesan dalam interaksi tersebut.

Kemahiran Mendengar dan Bertutur Dalam Sukatan Pelajaran
Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah KBSR (1983:3) menegaskan pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan bahasa Melayu bertujuan:
(a)                mendengar dan memahami pertuturan dan siaran yang terdapat dalam kehidupan sehari-hari sama ada di dalam atau di luar rumah;
(b)               bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam perbagai keadaan perhubungan seperti perbualan dengan rakan-rakan, guru, ibu bapa dan sebagainya, serta dalam majlis bahas, syarahan dan lain-lain. 
Bagi tujuan mencapai objektif yang dinyatakan, Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah KBSR (1983:3) turut mencadangkan beberapa cadangan subkemahiran kecil kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) yang perlu dikuasai oleh murid, antara lain menguasai kemahiran:
(a)                mendengar dan menyebut bunyi. Antara lain, meliputi aspek perlakuan bahasa melibatkan kemahiran mengenal, membeza dan mengajuk bunyi yang diperdengarkan; mengecam dan menunjukkan sumber arah datangnya bunyi berkenaan.
(b)               memberi dan menerima arahan dan permintaan. Perlakuan bahasa, antara lain mencadangkan kemahiran menyampaikan arahan dan pesanan tertentu secara berurutan supaya mudah difahami, menghasilkan permintaan yang mudah – untuk diri sendiri dan orang lain;
(c)                menyampaikan ucapan bertatasusila – meliputi kemahiran melafazkan ucapan bertatasusila, secara beradab dengan menggunakan kata sapaan;
(d)               bersoal jawab – kemahiran membina dan mengemukakan soalan bagi tujuan memperoleh maklumat tertentu;
(e)               bercerita – kebolehan menyampaikan cerita dengan menggunakan daya kreativiti – ayat, gaya, sama ada menggunakan berbantukan gambar atau tidak;
(f)                 menyampaikan berita dan laporan – kebolehan menyampai dan melaporkan sama ada yang dilihat, didengar atau dialaminya sendiri dengan ringkas dan padat;
(g)                menyampaikan ucapan dan syarahan – kebolehan menyampaikan ucapan dan syarahan secara bertatasusila dengan penuh yakin menggunakan gaya tersendiri, nada dan intonasi, dan suara secara berkesan;
(h)               berlakon dan melafazkan puisi – memperlihatkan murid mempersembahkan keupayaan berlakon, melafazkan dialog dan puisi (pantun, syair, sajak mengikut nada, intonasi, sebutan, rima dan nada yang sesuai) secara lisan sama ada secara hafalan atau bebas dengan penuh perasaan; dan
(i)                  berbincang dan berbahas – menegaskan kebolehan menyampaikan idea dengan menggunakan kemahiran berbahasa secara tepat dan berkesan, menggunakan nada, intonasi, sebutan, rima dan nada yang sesuai.

Kemahiran Bertutur
Kemahiran bertutur merupakan proses komunikasi yang amat kompleks.  Semasa bertutur, seseorang itu akan menghasilkan bunyi bahasa dengan menggunakan unsur-unsur  prosodi (intonasi, tekanan sebutan dan jeda) dan para linguistik (bagi bahasa isyarat dan pergerakan badan). Walau bagaimanapun, selain menggerakkan alat pertuturan untuk mengeluarkan bunyi bahasa yang bermakna, proses bertutur juga melibatkan proses mental: memahami, menaakul, memadan, menyesuaikan dan memberi gerak balas tertentu mengikut situasi sesuatu komunikasi. Penutur yang baik akan mengkoordinasi keupayaan  mendengar dan memperoleh maklumat bagi tujuan menghasilkan bunyi-bunyi bahasa dengan menggunakan unsur-unsur prosidi dan melaksanakan proses mental – mendengar dan membaca secara berkesan.
Konsep Pertuturan
(a)                Pertuturan merupakan gabungan daripada bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan. Misalkan bunyi-bunyi, /b/, /a/, /t/, /u/ digabungkan menghasilkan bunyi [batu];
(b)               Pertuturan berlaku di peringkat produksi, yakni setelah penutur dapat mendengar dan memahami dengan baik apa-apa yang didengarinya;
(c)                Individu banyak belajar kemahiran bertutur daripada pengalaman kecerdasan otaknya;
(d)               Aspek fizikal, kesihatan, kecerdasan otak, persekitaran, jantina dan tahap sosioekonomi boleh mempengaruhi tahap pertuturan kanak-kanak; dan
(e)               Kemahiran bertutur yang baik boleh dikuasai dengan memberi perhatian kepada aspek fonologi, struktur, intonasi dan penguasan aspek bunyi yang lain.

Aspek-Aspek Pertuturan
(a)                Sebutan: Dalam aspek sebutan murid-murid diajar mengenal dan membunyikan setiap huruf, suku kata, perkataan, frasa kata dan ayat. Dalam hal ini, murid-murid diajar menyebut dan membunyikan suku kata dan perkataan dengan jelas dan tepat mengikut kaedah bunyi, sebutan dan maknanya. Aspek ini penting, terutamanya melibatkan perkataan yang mempunyai ejaan yang sama tetapi kaedah sebutan dan makna yang berlainan seperti semak, boleh dibunyikan sebagai /semak/ dan /sวmak/ dan seumpamanya;
(b)               Tekanan: Tekanan merujuk kepada cara dan bagaimana penutur menyebut dan  memberi tekanan kepada sama ada suku kata, perkataan atau rangkai kata tertentu bagi tujuan menegaskan sama ada keras atau lembutnya sesuatu pengucapan;
(c)                Mora (panjang-pendek): Mora atau panjang-pendek merupakan kadar (dalam bahasa Arab disebut ‘harakat’), tidak begitu membezakan makna dalam bahasa Melayu;
(d)               Jeda (persendian): Unsur ini merujuk kepada aspek persendian – memisahkan elemen-elemen linguistik dalam perkataan, rangkai kata atau ayat. Dalam ayat, jeda digunakan sebagai hentian sementara yang boleh membezakan makna jika unsur ini digunakan. Misalnya ungkapan, ‘jangan tembak,’ jika tidak menggunakan jeda bermaksud larangan melepaskan tembakkan, sebaliknya jika jeda digunakan,  ‘jangan/tembak,’ bermaksud menangguhkan seketika dan kemudiannya melepaskan tembakkan!
(e)               Intonasi: Intonasi merujuk kepada kedaan sama ada dilafazkan secara menurun atau menaik sesuatu. Intonasi dalam ayat sama ada menaik, menurun atau mendatar berbeza-beza mengikut jenis ayat. Misalnya, ayat tanya biasanya mempunyai intonasi menaik, manakala ayat penyata mempunyai intonasi menurun di hujung ayat.
(f)                 Nada: Nada merujuk kepada keadaan bunyi sama ada menaik atau menurun ketika sesuatu perkataan itu disebut. Dalam muzik misalnya terdapat lapan nada: Do, Re, Mi, Fa, So, La, Ti dan Do – setiap nada mewakili satu suku kata. Pun demikian dalam bahasa Melayu, nada tidak bersifat fonemik berbanding dengan bahasa Cina, kewujudannya lebih jelas.
(g)                Tatabahasa: Aspek tatabahasa merujuk kepada aturan, formula, kaedah dan tatacara menentukan hukum dalam berbahasa – meliputi bidang fonologi, sintaksis dan semantik. Aspek tatabahasa dalam pertuturan kerap kali tidak diberatkan berbanding dalam aktiviti penulisan. Walau bagaimanapun untuk memperoleh kebiasaan yang baik dan kesan yang mendalam dalam pengucapan, aspek tatabahasa perlu diguna pakai sebaik-baiknya;
(h)               Kelancaran: Aspek kelancaran menegaskan perihal dan keupayaan murid bertutur dengan baik, teratur dan kemas tanpa gangguan/tersekat. Ini banyak dipengaruhi dan ditentukan oleh tahap penguasaan dan kecekapan berbahasa dalam kalangan murid-murid.
(i)                  Kefasihan: Aspek kefasihan menentukan bukan sahaja murid boleh bertutur dengan baik, lancar dan berkesan, sebaliknya boleh membunyikan kata atau menyebut perkataan dalam ayat dengan jelas, betul dan betul;
(j)                 Laras bahasa: Aspek laras bahasa dalam konteks ini menegaskan kemahiran murid-murid menggunakan bahasa dalam konteks yang situasi, keadaan dan disiplin ilmu berlainan.  Ini penting bagi tujuan mempastikan murid-murid boleh berkomunikasi secara berkesan.
Objektif Kemahiran Bertutur
Kemahiran bertutur, antara lain membolehkan seseorang murid: 
(a)                menyebut dengan jelas;
(b)               menyampai atau melahirkan pendapat peribadi;
(c)                melaporkan peristiwa dan memberi sesuatu huraian  dengan tepat;
(d)               memberi penerangan dan alasan;
(e)               menunjuk arah;
(f)                 membina soalan untuk mencari maklumat;
(g)                bertemu ramah;
(h)               bertukar-tukar pendapat dan maklumat;
(i)                  bertutur secara bertatasusila; dan
(j)                 bertutur menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai dengan pendengar dan situasi.

 


Proses dan Bentukya:
Aktiviti dalam Kemahiran Bertutur: 
(a)                Mengaitkan aksi dengan pertuturan;
(b)               Menjawab soalan-soalan rakan dan guru;
(c)                Membina soalan berdasarkan bahan;
(d)               Memberi arahan kepada rakan;
(e)               Menerangkan gambar dan bahan grafik;
(f)                 Berbual melalui telefon;
(g)                Bercerita berdasarkan  cerita yang diketahui atau pengalaman sendiri;
(h)               Membuat laporan lisan berdasarkan tajuk yang telah disediakan dan menjawab soalan yang diajukan;
(i)                  Permainan komunikatif;
(j)                 Mengadakan perbahasan;
(k)                Perbincangan forum;
(l)                  Memberi taklimat dan ceramah;
(m)             Main peranan;
(n)               Simulasi;
(o)               Teater bercerita; dan
(p)               Drama
 
Kemahiran Mendengar
Mengapa kemahiran mendengar? Mengapa kemahiran mendengar penting? Apa masalahnya, sekiranya seseorang itu menghadapi masalah pendengaran yang serius? Hakikatnya kemahiran mendengar merupakan kemahiran utama dan pertama yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak sebelum ia boleh mengujarkan perkataan atau bunyi awal tertentu dalam proses belajar berkomunikasi atau bercakap. Tentu sekali sebelum kanak-kanak ini boleh berkomunikasi atau bercakap,  ia  telah terlebih dahulu terdedah kepada berbagai-bagai bunyi bahasa dan bukan bahasa.  Sebenarnya, kanak-kanak sentiasa berkomunikasi dengan alam sekelilingnya, mengusai bahasa – memperoleh, mempelajari, mengajuk dan meniru daripada apa yang didengar dan dialaminya daripada orang-orang yang berada di sekelilingnya. Mereka meniru, mengajuk,  mencuba dan  mengungkapkan perkataan tertentu secara berulang kali sebelum sesuatu perkataan itu tekal dalam ingatan dan dapat digunakan dalam konteks maknanya yang sebenar. Justeru,  alam persekitaran  merupakan model penting pembelajaran bahasa dalam kalangan kanak-kanak ini.  Ini bermakna, kanak-kanak yang hidup dalam kerangka model alam persekitaran yang baik, cenderung untuk menguasai kemahiran berbahasa: bertutur dan mendengar yang baik mengikut standard tertentu.

Mengapa kemahiran mendengar perlu?
Kemahiran mendengar merupakan kemahiran menerima menaakul dan memproses maklumat dalam komunikasi secara lisan.  Di sekolah, murid-murid perlu mendengar untuk menerima dan memahami idea yang disampaikan dalam perbualan, perbincangan, dialog, mesyuarat dan penjelasan dalam proses pengajaran guru. Manakala dalam kehidupan harian pula, aktiviti mendengar sentiasa wujud dalam interaksi sosial (perbualan, perbincangan dan mesyuarat); untuk mendapat hiburan (radio, televisyen, filem), memperoleh maklumat (pengajaran guru, berita di radio dan televisyen) serta pernyataan perasaan  dan apresiasi seni (drama, lakonan, dialog dan kesusasteraan).

 Proses Mendengar

Umumnya, komunikasi lisan melibatkan dua proses, iaitu penghasilan dan penerimaan mesej.  Proses pertama terlaksana melalui pertuturan sementara proses yang kedua berlaku melalui pendengaran.  Terdapat pernyataan bahawa dalam pengajaran bahasa, aspek pendengaran amat kurang diberi perhatian oleh guru.  Proses mendengar biasanya berlaku secara berperingkat. Empat peringkat proses mendengar:
(a)                mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa;
(b)               memahami bunyi-bunyi bahasa tersebut;
(c)                menilai bunyi-bunyi yang diperdengarkan; dan
(d)               bertindak balas terhadap bunyi-bunyi tersebut.
Dalam erti kata lain ketika mendengar, seseorang itu akan membuat tanggapan terhadap gabungan bunyi-bunyi bahasa yang didengarinya itu.  Kemudian pendengar itu akan menghubungkan bunyi-bunyi bahasa itu dengan makna berasaskan pengetahuan dan pengalamannya.  Proses menanggap bunyi dan mentafsir makna sesuatu sebutan berlaku secara serentak berdasarkan pengalaman dan pengetahuan pendengar berkenaan.  Akhirnya, bunyi bermakna sebagaimana yang ditanggapi oleh pendengar itu tadi akan digunakan sebagai asas bagi membuat tindakan, huraian atau menyatakan pengalamannya kepada orang yang menghasilkan bunyi bahasa tersebut. 

Penjelasan ini menegaskan bahawa dalam proses mendengar, seseorang pendengar yang baik menggunakan alat pendengaran dan keupayaan akalnya secara bijaksana. Justeru, anggapan bahawa mendengar merupakan kemahiran bahasa yang pasif tidak boleh diterima. Ini kerana mendengar merupakan proses yang kompleks melibatkan proses mendengar, memahami, menghurai dan menilai apa yang didengarinya itu sebelum sesuatu gerak balas yang sewajarnya dapat dilakukan.

Objektif mengajar kemahiran mendengar
Melalui kemahiran mendengar, seseorang itu boleh:
(a)          memperoleh idea;
(b)          mencari isi-isi penting;
(c)          melakukan arahan/ tindak balas;
(d)          mengenal pasti perkara yang berhubungan dan tidak berhubungan;
(e)          mengenal pasti isi-isi yang tersirat;
(f)           mentafsir makna-makna yang tersirat,
(g)          mengenal pasti ‘mood’ penutur, suasana, dan keadaan/ konteks, dan
(h)          mengesan ‘pengaruh’ penutur sama ada menggunakan logik atau propaganda, iaitu seperti memberi yang baik sahaja, menggunakan nama orang-orang        terkemuka atau mengulang sebut apa yang diperkatakan.


Konsep-konsep asas dalam kemahiran Mendengar:
Justeru sebenarnya, kemahiran mendengar merupakan kemahiran yang paling asas dalam kemahiran lisan dan ini berlaku pada peringkat penerimaan.  Seseorang  kanak-kanak @ murid yang telah menguasai kemahiran mendengar, dia seharusnya  dapat mendengar dengan baik apa sahaja yang dituturkan oleh orang lain kepadanya dan boleh pula memahami @ maksud; boleh mentafsir apa sahaja yang didengarnya itu dengan tepat.

Sehubungan dengannya, untuk memungkinkan seseorang murid itu fasih berkomunikasi   dalam bahasa yang dipelajarinya, kemahiran mendengar ini tidak sahaja perlu diajar, bahkan perlu dikuasai sebaik-baiknya di peringkat awal pengajaran bahasa sebelum kemahiran-kemahiran lain diajar kepada mereka. Dalam usaha merealisasikan hasrat ini, aspek-aspek pendengaran itu boleh dikonsepsikan dengan pelbagai cara, antara lain:
(a)         gabungan bunyi-bunyi bahasa yang didengar, difahami dan diingat;
(b)          proses yang berlaku dipengaruhi aspek fizikal, psikologi, dan neurologi;
(c)          berlaku melalui latihan-latihan khas  secara berperingkat-peringkat; dan
(d)          berpusatkan idea utama, hujah, bukti dan estetika.

Apakah bentuk kemahiran mendengar itu?
Dengan itu, kemahiran mendengar boleh berlaku dalam pelbagai bentuk, antara lain proses mendengar:
(a)          secara pasif;
(b)          secara bertelau-telau;
(c)          tanpa tindak balas;
(d)          secara menebuk-nebuk;
(e)          dengan beremosi;
(f)           secara berhati-hati dengan pengamatan; dan
(g)          secara kritikal.

Prinsip penting dalam proses mengajar kemahiran mendengar
(a)                mendengar merupakan gabungan daripada segala yang pernah dilihat, didengar dan dingati;
(b)               proses mendengar berlaku melalui latihan secara khusus yang dilaksanakan secara berperingkat-peringkat;
(c)                individu lebih banyak belajar mendengar melalui pengalamannya berbanding daripada kecerdasan otaknya;
(d)               aspek fizikal, psikologi dan neorologi mempengaruhi proses pendengaran seseorang;
(e)               pendengaran yang cekap menyatukan idea secara logik dan berkesan;
(f)                 mendengar berlaku melalui proses akal bukan perasaan;
(g)                mendengar untuk mengkritik perlu berasaskan idea utama, hujah dan bukti tertentu;
(h)               mendengar untuk hiburan memerlukan tindak balas terhadap muzik, aspek  kesusasteraan dan aspek seni serta estatika;  dan
(i)                  mendengar untuk apresiasi memerlukan perlakuan bahasa menganalisis secara kritis terhadap bentuk dan isi.

Kesimpulannya: Pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar membolehkan murid-murid, pertamanya: menguasai kemahiran mendengar dengan teliti terhadap bunyi-bunyi bahasa; dan keduanya, memahami mesej yang dibawa oleh bunyi-bunyi bahasa tersebut, supaya mereka boleh bertindak dengan betul dan tepat, bersesuaian dengan mesej yang diterima itu.

Text Box: Latihan 
1. Kenapakah dikatakan bahawa mendengar sebagai asas pembelajaran bahasa  lisan?
2. Huraikan maksud kemahiran mendengar dalam situasi formal dan tidak formal beserta dengan contohnya.

 



















Tajuk 2

Kemahiran Mendengar dan Bertutur
·           Peringkat Penguasaan
·           Unsur dan Faktor Keberkesanan
·           Prinsip Pengajaran


Sinopsis
Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara asas Kemahiran Mendengar dan Bertutur:
·                    Peringkat Penguasaan
·                    Unsur dan Faktor Keberkesanan
·                    Prinsip Pengajaran

Aspek kemahiran berbahasa meliputi Kemahiran Lisan: mendengar dan bertutur, Membaca dan Menulis. Telah ditegaskan, antara kemahiran berkenaan, aspek kemahiran lisan perlu diajar terlebih dahulu. Hal ini demikian kerana murid-murid terlebih dahulu perlu menguasai kemahiran berbahasa aspek mendengar dan bertutur terlebih dahulu sebelum kemahiran berbahasa membaca dan menulis. Sebagaimana kebiasaan, seseorang guru perlu menyedari hakikat mengenai prinsip pengajaran dan keperluan mengajar kemahiran berbahasa: mendengar dan bertutur perlu diajar secara berperingkat, selain menyedari terdapat unsur-unsur @ faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.


Hasil Pembelajaran

1.                   Menghuraikan tentang kemahiran bahasa; pendekatan, kaedah, dan teknik pengajaran kemahiran-kemahiran  bahasa.


Kerangka Konsep

Text Box: Menganalisis Ciri-Ciri Pelajar










Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif



Peringkat-Peringkat Penguasaan Kemahiran Lisan - Mendengar dan bertutur
(a)                Peringkat Penerimaan (mendengar dan memaham)
Sebelum murid diberi peluang berlatih bertutur, mereka perlu diberi kefahaman mendengar. Pada peringkat ini latihan diberi kepada murid-murid, tidak memerlukan mereka bertindak balas dalam bentuk pertuturan. Bahan-bahan yang diperdengarkan hendaklah mencerminkan penggunaan bahasa yang baik dan boleh dijadikan model dalam kalangan murid-murid berkenaan.
(b)               Penghasilan Semula (bertindak balas)
Pada peringkat ini, latihan yang diberi memerlukan murid bertindak balas secara pertuturan. Semasa bertutur banyak aspek yang terlibat, seperti intonasi frasa dan ayat, aspek sebutan, kelancaran, kefasihan, tatabahasa, gaya dan isi penyampaian.

Peringkat –Peringkat Kemahiran Bertutur
Untuk mencapai objektif pengajaran bertutur, iaitu bertutur dengan fasih dan dapat mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai mengikut situasi perhubungan di sekolah dan dalam kalangan masyarakat. Hal ini menegaskan betapa perlunya  kemahiran bertutur itu perlu dikuasai secara berperingkat-peringkat, yakni peringkat awalnya melibatkan pertuturan di antara murid dengan murid dalam bilik darjah sehinggalah murid boleh bertutur dengan ahli masyarakat di luar bilik darjah. Dengan demikian, pengelompokan pengajaran kemahiran bertutur dapat diklasifikasi mengikut peringkat:  peringkat awal, pertengahan dan maju.
Peringkat awal
(a)               Melafazkan pengucapan bertatasusila;
(b)               Mengajuk perkataan dan ayat yang didengar;
(c)                Menyoal untuk mendapatkan maklumat;
(d)               Membuat teguran atau  kenyataan mengenai sesuatu situasi;
(e)               Menyoal soalan-soalan mudah berdasarkan situasi-situasi tertentu;
(f)                Bertindak terhadap soalan-soalan mudah;
(g)               Memberi arahan;
(h)               Membuat ayat tentang diri, rakan, ibu  dan bapa; dan
(i)                 Membuat ayat-ayat daripada gambar.

Peringkat pertengahan
(a)               Membuat deskripsi tentang objek atau gambar;
(b)               Bercerita berdasarkan satu siri gambar atau gambar-gambar bersiri;
(c)                Mendeskripsi pengalaman atau sesuatu peristiwa;
(d)               Memberi satu siri arahan untuk membuat sesuatu;
(e)               Menyoal dan menjawab soalan-soalan misalnya, berhubung dengan peribadi seseorang, masa bersekolah, persekitaran dan di rumah;
(f)                Membaca iklan, peraturan-peraturan;
(g)               Memberi ucapan pendek dan mudah;
(h)               Mengambil bahagian dalam perbualan mudah;
(i)                 Memberi komen secara mudah; dan
(j)                 Membuat ulasan, memberi pendapat atau pandangan secara mudah.

Peringkat maju
(a)               Mendeskripsi sesuatu peristiwa, kejadian, pengalaman, objek, permainan, proses dan sebagainya;
(b)               Bercerita dengan menggunakan alat pandang atau tanpa menggunakannya;
(c)                Mengambil bahagian dalam perbincangan, perbualan atau dialog;
(d)               Bertanya untuk mendapatkan maklumat;
(e)               Menerangkan proses, kejadian, prosedur dan peraturan;
(f)                Memberitahu arah atau hala sesuatu tempat;
(g)               Memberi ceramah, syarahan (yang disediakan);
(h)               Mengambil  bahagian dalam perbahasan, diskusi, forum, perbincangan, seminar dan lain-lain;
(i)                 Mengambil bahagian dalam drama dan lakonan;
(j)                 Mendeklamsi puisi;
(k)               Menyampaikan komen, laporan atau ulasan; dan
(l)                 Mengkritik cerpen, pendapat, puisi, novel dan sebagainya.


Anda telah mengetahui bahawa kemahiran bertutur itu dikuasai secara berperingkat - peringkat.  Huraikan faktor-faktor yang boleh mempengaruhi tahap penguasaan kemahiran bertutur  dalam kalangan murid-murid.


Unsur-unsur dan faktor keberkesanan pengajaran kemahiran lisan
Terdapat beberapa faktor yang cukup mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan. Antara lain, faktor,
(a)                Kecerdasan: Hal ini merujuk kepada tahap kecerdasan otak yang menentukan keupayaan berfikir dalam proses memperoleh, menyampai dan memproses maklumat  - aspek penting dalam pertumbuhan dan perkembangan bahasa;
(b)               Kesihatan: Hal ini merujuk kepada tahap kesihatan yang cukup menentukan tahap dan keupayaan berbahasa dalam  kalangan murid-murid. Murid yang tidak sihat atau sakit berpanjangan akan mengalami gangguan dalam proses pemerolehan bahasa, bahkan gagal berfikir dan berkomunikasi secara berkesan;
(c)                Fizikal: Hal ini, terutamanya yang berkaitan dengan aspek tubuh badan yang berhubung langsung dengan proses mendengar seperti telinga dan alat artikulasi:  lidah, gigi, gusi dan seumpamanya akan menjejaskan proses penglahiran bunyi-bunyi bahasa, makna dan tahap pemahaman maklumat yang hendak disampaikan. Kanak-kanak yang pekak atau menghadapi masalah pendengaran, terencat anggota badan dan seumpamanya akan mengehadkan pergaulan, dan dengan demikian kerap kali menghadapi masalah kosa kata dalam proses pertuturan;
(d)               Persekitaran: Hal ini terutamanya yanag melibatkan dalam kalangan ahli keluarga ibu, bapa dan ahli keluarga keseluruhannya, jiran tetangga, tahap pendidikan, lokasi petempatan sama ada di bandar atau di luar bandar, tahap dan status sosioekonomi akan mempengaruhi tahap penguasaan bahasa kanak-kanak. Umumnya, benak fikiran kanak-kanak yang hidup dalam kalangan masyarakat petani dan nelayan mempunyai kosa kata terhad berbanding dengan kanak-kanak yang hidup dan membesar dalam kalangan masyarakat di bandar-bandar;
(e)               Jantina: Faktor yang menentukan tahap pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak berbeza-beza. Kajian menunjukkan kadar pertumbuhan kanak-kanak perempuan jauh lebih cepat berbanding dengan kadar pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak lelaki.  Hal ini demikian kerana urat saraf pertuturan dalam kalangan kanak-kanak perempuan berkembang jauh lebih cepat berbanding kanak-kanak lelaki; dan
(f)                 Dwibahasa: Kajian mendapati kanak-kanak ekabahasa biasanya boleh bertutur jauh lebih baik berbanding dangan kanak-kanak dwibahasa. Ini kerana, dalam proses pertuturan, kanak-kanak dwibahasa kerap kali mengalami gangguan daripada bahasa ibundanya.

Prinsip pengajaran kemahiran mendengar
(a)                Kemahiran mendengar perlu diajar bersama-sama kemahiran berbahasa bertutur, membaca dan menulis;
(b)               Kemahiran mendengar, seperti kemahiran berbahasa yang lain juga bersifat dinamik dan aktif. Justeru, aktiviti proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kemahiran mendengar perlu dirancang berteraskan tugasan yang menjurus kepada sesuatu aktiviti tertentu;
(c)                Setiap aktiviti dan kemahiran yang hendak diajar hendaklah dirancang dan disampaikan dalam bentuk pelbagai. Dengan demikian murid-murid boleh melibatkan diri secara proaktif, memberi respon yang pelbagai  diberi peluang sebaik-baiknya memberi tindak balas terhadapnya secara maksimum. Dengan demikian murid-murid boleh merperlihatkan tahap kemahiran berbahasa masing-masing melalui aksi/lakonan dan aktiviti yang berkaitan;
(d)               Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara berperingkat-peringkat, didahulukan daripada yang konkrit kepada yang abstrak, daripada yang dekat kepada yang lebih jauh, daripada perkara-perkara yang mudah kepada perkara-perkara yang lebih sukar dan seumpamanya. 
(e)               Guru tidak perlu terlalu gahirah untuk mengajar kemahiran mendengar sehingga begitu membebankan atau menyusahkan dirinya semasa melaksanakan proses berkenaan;
(f)                 Motivasi guru sangat penting bagi tujuan mengekalkan minat dan kecenderungan mendengar dalam kalangan  kanak-kanak;
(g)                Paling penting, kanak-kanak perlu diberi peluang sebanyak mungkin untuk berlatih kemahiran mendengar  sama ada melalui aktiviti yang ditentukan oleh guru atau melalui daya insiatif murid sendiri.








Tajuk 3


Kemahiran Mendengar dan Bertutur
·           Kaedah
·           Teknik Pengajaran




Sinopsis
Tajuk ini menghuraikan kaedah dan teknik pengajaran kemahiran lisan: kemahiran mendengar dan bertutur dalam bilik darjah. Sehubungan dengannya secara umum dihuraikan perkara-perkara asas mengenai pendekatan situasi dan pendekatan komunikatif, yakni pendekatan yang mempunyai hubungan langsung dengan kemahiran mendengar dan bertutur itu sendiri. Melaluinya dicadang dan dibincangkan beberapa kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai diaplikasi oleh guru dalam pengajaran pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur dalam bilik darjah.

Hasil Pembelajaran
Menghuraikan aspek kemahiran bahasa: pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran.







Kerangka Konsep


Menganalisis Ciri-Ciri Pelajar
 










Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif


Pendekatan, Kaedah, Teknik dan Aktiviti Kemahiran Bertutur
Pemahaman mengenai keperihalan pendekatan, kaedah, teknik dan aktiviti sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.  Bagi tujuan menentukan kaedah dan teknik pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur dalam bilik darjah, ada baiknya dijelaskan terlebih dahulu aspek pendekatan mengajar kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) dalam bilik darjah. Demikian juga, perlu ditegaskan bahawa pengajaran kemahiran lisan (kemahiran mendengar dan bertutur), perlu dilakukan serentak, berurutan dan menyaling.   Walau bagaimanapun, guru boleh memberi perhatian mengenai kemahiran yang hendak diajar dalam bilik darjah – merancang dan memilih aktiviti yang sesuai mengenainya. Dengan berbuat demikian guru boleh menentukan fokus utama pengajarannya sama ada menguasai menguasai kemahiran mendengar atau bertutur.  Paling penting semasa mengajar aktiviti mendengar, guru sebenarnya juga mengajar kemahiran bertutur. Sehubungan dengannya, tidak terdapat perbezaan yang jelas antara strategi pengajaran mendengar dan bertutur itu, bahkan aktiviti yang dilaksanakan itu kerap kali meliputi kedua-dua aspek kemahiran lisan tersebut.

Pendekatan Pengajaran Kemahiran Bertutur
Modul ini akan hanya  membincangkan dua jenis pendekatan sahaja, pendekatan situasi dan pendekatan komunikatif. Ini kerana kedua-dua  jenis pendekatan ini amat berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan (bertutur dan mendengar) dalam bilik darjah

(a)          Pendekatan Situasi
Pendekatan situasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang diperkenalkan oleh Mackey (1965), antara lain menegaskan bahawa pernyataan lisan itu merangkumi semua unsur kefahaman mendengar dan penggunaan unsur-unsur bunyi bahasa yang betul dalam pola, nada dan intonasi tertentu. Pernyataan lisan ini juga meliputi aspek pemilihan kata-kata dan unsur-unsur infleksi yang disusun dengan betul supaya tergambar juga makna-makna yang betul mengenainya.  Tegasnya, pendekatan situasi yang berlandaskan teori struktural dan teori pembelajaran behaviouris yang beranggapan bahawa untuk membolehkan seseorang itu menguasai kemahiran lisan (khasnya bertutur), terlebih dahulu beberapa kemahiran asas yang lain perlu dikuasai terlebih dahulu. Antara lain, menguasai kemahiran membuat tanggapan, mengingat, membunyikan perkataan dan juga aspek struktur bahasa berkenaan. Hal ini demikian kerana melaluinya aspek penggunaan dan penguasaan bahasa secara lisan dapat diperbaik dari semasa ke semasa.  Dengan demikian, pendekatan situasi mestilah berlandaskan prinsip pengajaran berikut:
(a)          Guru perlu memberi peneguhan kepada setiap satu gerak balas murid yang betul supaya gerak balas itu diulangi lagi;
(b)          Murid mesti dilatih bertutur dengan menggunakan unsur-unsur bahasa yang digunakan oleh masyarakat;
(c)          Guru perlu memahami proses yang terlibat dalam pertuturan supaya dia dapat memandu dan melatih murid-murid menggunakan alat-alat pertuturan mereka serta dapat menyebut bunyi dan struktur bahasa dengan betul;
(d)          Pengajaran bertutur perlu dimulakan dari peringkat awal pengajaran bahasa untuk mendorong minat murid-murid belajar bahasa. Jika pengajaran kemahiran bertutur ini diajar pada peringkat lanjutan, iaitu setelah murid  menguasai bahasa tulisan, keupayaan murid-murid bertutur dengan menggunakan bahasa yang betul akan terganggu. Hal ini deemikian kerana murid telahpun membentuk kelaziman sebutan bahasa yang salah;
(e)          Penggunaan pita rakaman dapat membantu guru-guru melatih tubi murid-murid dalam latihan bertutur;
(f)           Kelaziman bertutur dalam sesuatu bahasa berbeza.  Apabila murid-murid mempelajari bahasa kedua, guru tidak boleh membiarkan mereka menghasilkan sebutan-sebutan bahasa sasaran secara automatik.  Sebaliknya, guru perlu memandu murid-murid secara sedar (melalui aktiviti latih tubi) menggunakan alat-alat pertuturan mereka bagi menghasilkan sebutan-sebutan bahasa yang baru mereka pelajari itu;
(g)          Bagi penutur-penutur bahasa kedua, kelaziman-kelaziman bahasa pertama mereka akan mengganggu pembentukan kelaziman bahasa yang baru.  Oleh itu, guru perlu melatih tubi murid-murid tersebut supaya dapat menghasilkan sebutan-sebutan yang betul.
Walau bagaimanapun Walkins (1975), berpendapat murid sukar memindahkan pengetahuan kemahiran bertutur yang dipelajari dalam bilik darjah kepada penggunaan dalam kehidupan seharian.  Hal ini demikian kerana guru biasanya begitu menentukan bahasa yang perlu dihasilkan oleh murid-murid.  Tujuannya, guru ingin membantu murid-murid memilih bahasa untuk digunakan dalam situasi tertentu.   Maka, sebenarnya pembelajaran bahasa perlu berdasarkan kepada pengalaman yang sedia ada dalam kalangan murid-murid dalam kehidupan harian mereka.  Sekiranya semua hasilan bahasa dikawal oleh faktor luaran, misalnya oleh guru, maka murid tidak mempunyai pengalaman untuk menguasai kecekapan bahasa mereka secara bersendirian.  Ini bermakna murid tidak mampu memindahkan kemahiran bertutur yang diperoleh melalui situasi pembelajaran bahasa di dalam bilik darjah untuk digunakan dalam situasi penggunaan bahasa yang sebenarnya dalam kalangan masyarakat.
(b)          Pendekatan Komunikatif
Pendekatan komunikatif cuba mengatasi masalah pengajaran bertutur yang terdapat dalam pendekatan situasi.   Melalui pendekatan ini, penguasaan kemahiran bertutur bukan sahaja meliputi penguasaan kemahiran kecil untuk menanggap, mengingati, menyebut sistem bunyi dan struktur dalam sesuatu bahasa, tetapi kemahiran ini juga merangkumi kebolehan untuk menggunakan unsur-unsur tersebut dengan tepat dan sempurna dalam sesuatu interaksi bahasa.  Ini bermakna, pendekatan komunikatif menegaskan bahawa kemahiran bertutur merangkumi kecekapan menggunakan unsur-unsur bahasa yang terkandung dalam kemahiran bertutur tersebut serta kecekapan berkomunikasi dalam sesuatu interaksi atau komunikasi bahasa. Untuk memastikan kemahiran bertutur itu bukan sahaja meliputi kecekapan bahasa tetapi juga kecekapan berkomunikasi, pendekatan komunikatif mencadangkan bahawa pengajaran bertutur mestilah berlandaskan prinsip-prinsip berikut:
(a)          Kemahiran bertutur melibatkan murid menguasai kecekapan berbahasa dan menggunakannya dalam konteks penggunaan bahasa yang sebenarnya.  Dengan demikian, kedua-dua kecekapan itu perlu diajarkan dalam pelajaran bertutur;
(b)          Guru perlu mendorong murid berinteraksi dengan rakan-rakan mereka. Justeru, komunikasi sebagai objektif kemahiran bertutur perlu menjadi objektif  dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru dalam bilik darjah;
(c)          Pembelajaran kemahiran bertutur melibatkan proses kognitif.  Sehubungan dengannya guru perlu mendedahkan murid kepada pelbagai situasi formal dan tidak formal dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur. Dengan demikian, murid dapat menggunakan berbagai-bagai strategi komunikasi yang sesuai dengan situasi bertutur tersebut.  Pendedahan yang begini dapat melatih murid memikir dan menggunakan berbagai-bagai bentuk bahasa, bentuk paralinguistik dan bukan linguistik bagi menyampaikan mesej mereka dengan lebih berkesan;
(d)          Guru perlu membentuk hubungan yang positif antara dan dalam kalangan murid dengan guru. Dengan ini, terbentuklah persekitaran pembelajaran yang boleh mendorong murid untuk bertutur dengan lebih selesa, yakin dan berkesan; dan
(e)          Sesuatu aktiviti bertutur dapat terlaksana dengan lebih berjaya jika murid mempunyai pengalaman dan pengetahuan tentang perkara yang dibincangkan.  Dengan demikian guru perlu mendedahkan murid kepada pengalaman dan pengetahuan itu melalui alat bantu mengajar, lawatan, keratan akhbar, bahan bacaan dan bahan rakaman menjadi semakin perlu.
Pendekatan situasi mengutamakan ketepatan penggunaan unsur-unsur bahasa dalam pertuturan.  Dengan itu, aktiviti bertutur merupakan aktiviti latih tubi supaya murid dapat menyebut bunyi dan struktur bahasa dengan betul. Contohnya, menyebut sesuatu dialog atau karangan lisan sebagaimana berikut.

Wanita                    :      Pak cik, bil air boleh bayar di kaunter ini ke?
Kakitangan pos      :      Pak cik”?
Wanita                    :      (terdiam)
Kakitangan pos      :      Cik adik...umur saya ni baru 35 tahun, kenapa panggil pak cik?
Wanita                    :      Maafkan saya.  Tetapi bapa saudara saya yang bongsu                                     baru  berumur 30 tahun.  Dia pak cik saya.
Kakitangan pos      :      Lain kali panggil saya abang atau encik.  Saya berkahwin pun                          belum.

Sebenarnya, terdapat persamaan pendekatan situasi dan komunikatif dalam pengajaran kemahiran bertutur.  Kedua-dua pendekatan ini menggambarkan dalam pengajaran kemahiran bertutur, guru perlu memberi latihan kepada murid-murid menggunakan unsur-bunyi bunyi dan struktur bahasa terlebih dahulu sebelum menyuruh murid melaksanakan sesuatu aktiviti melibatkan kemahiran bertutur.  Tanpa latihan daripada guru, murid-murid tidak akan dapat menguasai kemahiran bahasa: bertutur dengan menggunakan bahasa yang tepat dan berkesan.

Kaedah Pengajaran Kemahiran Bertutur
Telah dimaklumkan bahawa kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) dapat diajar melalui dua pendekatan, iaitu pendekatan situasi yang mementingkan penyebutan unsur-unsur bunyi bahasa atau kecekapan bahasa (tatabahasa); manakala pendekatan komunikatif mengutamakan kecekapan komunikatif, iaitu ketepatan penggunaan bahasa mengikut konteks penggunaannya dalam interaksi pertuturan.  Berikut merupakan kaedah pengajaran yang dicadangkan berdasarkan sama ada pendekatan situasi mahupun pendekatan komunikatif.

Kaedah Terus
Kaedah terus beranggapan bahawa murid-murid dapat mempelajari bahasa dengan cara mendengar pelbagai perbualan dalam bahasa sasaran dan kemudian melibatkan diri dalam perbualan tersebut.  Hal ini berlaku sebagaimana kanak-kanak belajar bahasa ibunda mereka, iaitu dengan cara mendengar, meniru dan mengulangi perlakuan bahasa yang mereka dengari sehinggalah mereka dapat membentuk satu kelaziman dalam berbahasa.  Pengajaran  bertutur melalui kaedah ini memperlihatkan beberapa ciri yang ketara, antara lain:
(a)          murid digalakkan memahami perkataan dan frasa yang sukar berdasarkan konteks penggunaan bahasa tersebut;
(b)          sekiranya murid gagal juga memahami perkataan dan frasa tersebut, guru akan menghuraikan makna dengan menggunakan bahasa sasaran, lukisan, lakaran, lakonan, gerak laku dan lain-lain;
(c)          aspek tatabahasa diajar melalui tunjuk cara dan contoh-contoh yang sesuai;
(d)          murid dilatih membuat kesimpulan terhadap bentuk-bentuk struktur yang dipelajari secara induktif, dan
(e)          guru bahasa perlu menggunakan pengetahuan linguistik bagi mengajar sebutan dan intonasi yang betul.

Berdasarkan ciri-ciri di atas itu, langkah-langkah pengajaran guru bolehlah ditetapkan seperti berikut:
(a)          Guru akan memperdengarkan kepada murid satu perbualan mudah yang mengandungi ayat-ayat yang sempurna.
(b)          Murid  dilatih untuk berbual dengan menggunakan dialog perbualan yang diberi.
(c)          Guru menggunakan teknik latih tubi bagi memastikan murid dapat menguasai sebutan dan intonasi serta dapat menyerapkan peraturan nahu yang terdapat pada pola-pola ayat dalam perbulan tersebut.
Kelebihan kaedah terus, murid boleh menguasai kemahiran bertutur dengan baik .  Mereka juga terlibat secara aktif dalam pertuturan.  Kaedah ini dianggap berjaya, jika murid dapat mempraktik atau menggunakan kemahiran berbahasa yang diajarkan itu di luar bilik darjah.
Kelemahan kaedah terus terletak pada bahan pengajarannya.  Bahan-bahan pengajaran yang digunakan oleh guru dalam kaedah ini merupakan bahan yang boleh dihafaz ataupun bahan perbualan yang telah ditetapkan.  Bahan-bahan seperti ini mungkin tidak sesuai digunakan dalam situasi perbualan yang lazim digunakan dalam sesuatu masyarakat.


Kaedah Fonetik atau Kaedah Linguistik
Kaedah fonetik ini serupa dengan kaedah terus kerana mementingkan penggunaan bahasa dalam konteksnya daripada keperluan menghafaz rumus-rumus bahasa ataupun menghuraikan ayat-ayat secara pencilan.  Sehubungan dengannya, guru terlebih dahulu, perlu memastikan penggunaan latih tubi unsur-unsur bahasa dalam aktiviti bertutur itu dikuasai sebaik-baiknya oleh murid sebelum mereka dibenarkan membaca bahan dalam konteks bahasa yang dipelajari itu.  Bahan-bahan yang digunakan dalam pengajaran dipilih dan disusun mengikut prinsip-prinsip yang terdapat dalam ilmu linguistik. Justeru, ketika memilih perkataan, kaedah ini mendahulukan perkataan yang hampir-hampir sama bunyi daripada kedua-dua bahasa yang dibandingkan itu:
                             coffee              -           kopi
                             school             -           sekolah
                             radio                -           radio
                             bicycle                        -           basikal
                             biscuit             -           biskut

Manakala pemilihan ayat-ayat pula dilakukan berdasarkan bentuk yang sama juga.

Subjek
Kata kerja
Objek
Saya
I
pergi
go
ke sekolah.
to school.
Dia
He
minum
drinks
susu.
milk.

Dengan demikian murid boleh memahami dan bertutur dalam bahasa sasaran dengan menggunakan sebutan yang baik. Guru bolehlah merancang pengajarannya seperti berikut:
(a)          Guru menyebut bunyi perkataan-perkataan dalam bahasa sasaran;
(b)          Murid dilatih tubi menyebut bunyi-bunyi tersebut;
(c)          Guru memberi contoh-contoh struktur ayat atau unsur-unsur tatabahasa; dan
(d)          Murid membuat kesimpulan berdasarkan contoh-contoh yang diberi oleh guru.

Kaedah Audio-Lingual
Kaedah audio-lingual ini menggunakan alat-alat rakaman bagi tujuan memudahkan murid menjalankan latihan bahasa, khasnya latihan bertutur secara intensif.  Kaedah pengajaran ini berlandaskan prinsip-prinsip berikut:
(a)          Bahasa adalah alat pertuturan bukan penulisan;
(b)          Bahasa merupakan satu kebiasaan atau kelaziman;
(c)          Murid mestilah diajar untuk menggunakan bahasa bukan dajar tentang pengetahuan bahasa;
(d)          Bahasa ialah apa yang dituturkan oleh penutur natif; dan
(e)          Bahasa berbeza antara satu sama lain.
Berdasarkan prinsip tersebut, kaedah ini mementingkan aspek pertuturan.  Kaedah ini juga beranggapan bahawa pengajaran kemahiran bertutur merupakan proses untuk membentuk kelaziman pertuturan murid.   Dengan demikian, kaedah ini mengutamakan penggunaan bahasa, justeru bahan sama ada yang digunakan atau diperdengarkan perlu mengambil contoh bahasa yang dipertuturkan oleh penutur natif bahasa berkenaan.  Pun demikian, unsur-unsur bahasa asing yang berbeza dengan bahasa natif akan dilatihtubikan secara intensif  supaya murid dapat membiasakan dirinya dengan kemahiran bahasa berkenaan dengan lebih mudah.   Di samping itu, kaedah ini juga membolehkan murid memahami kebudayaan asing melalui amalan bahasa, iaitu melalui kemahiran bertutur. Untuk memastikan kaedah ini berjaya dilaksanakan, guru boleh mengatur langkah-langkah pengajarannya seperti berikut:
(a)          Murid mendengar dialog dalam bahasa asing;
(b)          Murid meniru dan menghafal dialog tersebut;
(c)          Setelah menguasai sebutan, murid dilatih tubi untuk berdialog; dan
(d)          Apabila murid telah dapat menghasilkan struktur ayat, guru memberi rumus-rumus ataupun peraturan struktur ayat yang dipelajari itu.
Kaedah ini berjaya menghasilkan murid yang mahir dalam kemahiran bertutur.  Kaedah ini juga dianggap sesuai dengan kanak-kanak kerana mereka suka meniru dan menghafaz.  Walau bagaimanapun, murid sukar untuk menggunakan bahasa dalam konteks yang sebenar kerana situasi penggunaan bahasa tersebut tidak sama dengan dialog-dialog yang dihafaz.

Kaedah Komunikatif
Pembelajaran menggunakan kaedah komunikatif ini terbentuk berlandaskan teori interaksi.  Prinsip pengajaran menggunakan kaedah ini ialah:
(a)          Kanak-kanak memperoleh bahasa melalui proses kognitif dan interaksi bahasa.  Oleh itu, pengajaran bahasa mestilah merangkumi pengajaran kecekapan bahasa dan komunikatif.
(b)          Kanak-kanak menguasai makna terlebih dahulu dan kemudian baharulah mereka dapat menggambarkan makna tersebut dalam struktur ayat yang tertentu.  Dalam pengajaran bertutur, murid-murid melibatkan diri dalam aktiviti bahasa yang bermakna seperti dalam penyelesaian masalah, perbincangan, dialog, sumbang saran, wawancara dan lain-lain supaya mereka dapat berlatih menggunakan struktur bahasa yang diajar.
(c)          Pengajaran bertutur mestilah melalui huraian bahasa dalam teks dan wacana dan bukan secara ayat pencilan.  Ini bermakna, untuk berkomunikasi dengan berkesan, ayat-ayat tidak dihasilkan secara pencilan tetapi dalam suatu wacana.
(d)          Pengajaran bertutur hendaklah mementingkan pengetahuan tentang bahasa dan penggunaan unsur bahasa dalam konteksnya.  Dengan kata lain, pengajaran kemahiran bertutur tidak boleh bertumpu kepada aktiviti latih tubi atau latih amal unsur-unsur bahasa sahaja tetapi juga perlu memasukkan aktiviti-aktiviti penggunaan unsur-unsur bahasa yang telah dilatih tubi atau dilatih amal tersebut.
(e)          Murid dibenarkan membuat kesilapan kerana dalam proses pemerolehan bahasa juga kanak-kanak akan melakukan kesilapan.  Mereka melakukannya semasa mereka membuat percubaan hipotesis terhadap bahasa yang mereka gunakan.
Kesimpulannya dalam proses pengajaran kemahiran bertutur, kaedah komunikatif ini bertujuan untuk membolehkan murid menguasai kecekapan bahasa (tatabahasa), dan menguasai kecekapan menggunakan unsur-unsur bahasa yang dipelajari dalam konteks penggunaan yang sebenar yakni dalam komunikasi bahasa.       

Teknik Pengajaran Kemahiran Bertutur
Kaedah pengajaran kemahiran berbahasa memerlukan guru merancang prosedur atau cara untuk menyampaikan isi kandungan pelajaran dalam bilik darjah.  Apabila seseorang guru memilih dan menentukan langkah-langkah pengajaran, cara penyampaian isi kandungan pelajaran dan bahan bantu mengajar yang sesuai, bermakna guru tersebut sedang memilih dan menentukan teknik pengajaran yang paling sesuai. Meskipun setiap pendekatan dan kaedah mempunyai teknik pengajaran yang tertentu, seseorang guru boleh menggabungkan beberapa teknik pengajaran sesuai sebagai strategi pengajaran kemahiran bahasa yang dipercayainya paling berkesan.
Sebenarnya, terdapat banyak teknik pengajaran kemahiran bertutur yang boleh digunakan oleh guru untuk mengajar murid bertutur dengan fasih, lancar dan tepat.  Antara lain ialah teknik:
(a)          Latih tubi;
(b)          Bercerita;
(c)          Bersoal jawab;
(d)          Perbualan / dialog/ wawancara
(e)          Perbincangan;
(f)           Berbahas/ debat
(g)          Main peranan dan simulasi;
(h)          Sumbang saran
(i)            Drama atau lakonan;
(j)            Melapor berita
(k)          Permainan bahasa;
(l)            Pengajaran puisi
(m)        Penyelesaian masalah;
(n)          Tunjuk cara

Berdasarkan senarai teknik pengajaran kemahiran bertutur di atas, dengan mengemukakan contoh-contoh yang sesuai buat rujukan mengenai konsep, cara pengendalian, kelebihan dan kelemahan bagi setiap teknik tersebut.  Buatlah catatan nota dan peta minda yang sesuai bagi setiap teknik berkenaan. 

Aktiviti Pengajaran Kemahiran Bertutur
Teknik pengajaran boleh dipraktikkan dalam bilik darjah melalui aktiviti-aktiviti pembelajaran.  Sebagaimana teknik, terdapat jpelbagai aktiviti yang boleh dijalankan semasa prose mengajar kemahiran bertutur dalam bilik darjah.  Walau bagaimanapun, modul ini hanya membincangkan beberapa contoh aktiviti  yang sering digunakan oleh guru di dalam bilik darjah.





Latih Tubi Sebutan
Latih tubi sebutan dijalankan untuk melatih murid menguasai bunyi-bunyi bahasa, sebutan dan pola ayat berdasarkan bahagian-bahagian dialog yang akan ditiru dan dihafaz oleh murid. 



Bola.

Ali menendang bola.

Ali menendang bola di padang.
 


Rounded Rectangular Callout: Murid-murid, ikut  cikgu sebut.

                                                                                                                          



Description: tak tau cikgu
 
                                                  
Rounded Rectangular Callout: Bola. Ali menendang bola. Ali ….











Latih tubi penyebutan  bunyi ini juga meliputi latih tubi menyebut bunyi fonem dalam perkataan yang mungkin menimbulkan masalah sebutan, dan pasangan minimal yang boleh menghasilkan makna yang berbeza.

malu      -              balu
 

daki       -              laki
 

tari         -              lari
 




Latih tubi pemintal lidah bertujuan untuk  melatih murid-murid menyebut sesuatu bunyi itu dengan betul dan tepat.  Biasanya latih tubi jenis ini mengandungi bunyi-bunyi yang menjadi masalah kepada murid. Misalnya, kelemahan  menyebut fonem /p/
-                     Pandang pandan tepi pagar depan padang.
-                     Cuba pandang lopak-lopak air tepi jalan dengan pantas.

Nyanyian
Seni kata lagu digunakan sebagai bahan untuk ditiru dan dihafaz oleh murid-murid.  Aktiviti nyanyian dapat membantu murid menguasai kemahiran bertutur kerana menyanyi memerlukan penyebutan bunyi-bunyi dengan betul, mengikut rentak dan nada yang tertentu.

Description: en00354_Description: en00354_

Description: j0281846
 


        Selamat datang.
        Sila masuk ke dalam.
        Mari kita duduk.
        Apa khabar sekarang.
        Sudilah minum.
        Janganlah segan-segan.
        Minum air kopi.
        Makan kuih di pinggan.

Latihan Pandang dan Sebut
Gambar-gambar boleh digunakan sebagai bahan rangsangan untuk menghasilkan pertuturan.  Latihan pandang dan sebut  merupakan latih tubi bertutur dengan menggunakan gambar-gambar yang dimasukkan dalam teks latihan.  Di samping itu, kad imbasan bergambar, carta bergambar, bahagian filem dan slaid sering juga digunakan.    


i.                     Pak Abu seorang petani.

ii.                   Dia bekerja di sawah.

iii.                  Dia menggunakan kerbau untuk membajak tanah.
 
                        Description: j0283224               


Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiiBrvKJR_7-7F581y8vHBnD39_pA1TTTvczVEPeglYKRw1O0L_ob2Df-d5iiGb-6XFyB8oPgpUjX8lrQQiVghW5uRvoL2zi6FA_LUdUxcaUySOEJnJIlxUK-dZLsDBr7C-aS8eSsCdMA/s1600/gambar+kartun+makan.jpg

Teliti gambar di atas dan rancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan: mendengar dan bertutur bahasa Melayu dalam kalangan murid muurid Tahun 4.

Karangan Lisan
Karangan ini disampaikan dalam bentuk lisan, dihasilkan oleh murid-murid berdasarkan bahan yang diberi oleh guru.  Bahan tersebut menjadi bahan rangsangan kepada murid untuk bersoal jawab, membuat latihan lisan bagi tujuan memperoleh bahan untuk menulis karangan bebas.
Latihan bersoal jawab merupakan latihan lisan sama ada berdasarkan petikan yang dibaca ataupun senarai gambar yang disediakan.  Dalam latihan ini, murid-murid dikehendaki menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru secara lisan.
Dalam latihan penghasilan pula, murid-murid diberi petikan untuk dikaji.  Kemudian, murid-murid dikehendaki menghasilkan petikan itu semula dengan menggunakan perkataan mereka sendiri. Dalam hal ini aspek kemahiran lisan: mendengar dan bertutur jauh lebih penting daripada menghasilkan karangan bertulis.

Memproses Maklumat
Aktiviti ini dilakukan dalam kumpulan berempat atau berlima.  Umumnya, murid-murid mempunyai jurang maklumat.  Dalam hal ini komunikasi wujud kerana timbul keperluan untuk berbincang dan menilai fakta-fakta yang diberi dalam kumpulan bagi tujuan menyelesaikan sesuatu tugasan/masalah yang berkaitan. 
Contoh:         



















Interaksi Sosial
Aktiviti ini berfokus kepada penggunaan bahasa yang sesuai dalam konteks sosial/situasi  tertentu,  dilaksanakan dalam bilik darjah berbentuk perbualan, perbincangan, simulasi dan lakonan.  Sebaik-baiknya, aktiviti ini disusun dari peringkat mudah kepada peringkat yang lebih mencabar.

Contoh:   Lakonan Terkawal
Murid A :         Pada suatu petang, anda tiba di sebuah hotel.  Anda berjumpa penyambut tetamu hotel itu dan tanyakan sama ada, ada bilik kosong atau tidak.  Tanyakan harga bilik itu.  Beritahu berapa malam anda akan bermalam di situ.  Tanyakan di mana anda boleh meletakkan kereta anda.

Murid B :         Anda adalah penyambut tetamu sebuah hotel yang terkenal dengan pekerjanya yang peramah.  Hotel mempunyai dua bilik kosong, satu bilik untuk seorang dan sebuah lagi untuk dua orang.  Harga bilik untuk seorang ialah RM 10.00 dan RM 15.00 untuk bilik dua orang untuk satu malam.  Di belakang hotel ada tempat letak kereta.  Hotel anda juga menyediakan sarapan pagi bagi pelanggannya.                                                         ( Kamaruddin Hussin : 2001)

Teliti gambar di bawah, kemudian jawab soalan berikut:
(a)           Perihalkan situasi yang anda lihat dalam gambar tersebut;
(b)          Jelaskan mengapa fenomena ini boleh berlaku
(c)           Buat dialog yang sesuai bagi tujuan memperbaik dialog yang terdapat dalam gambar ini.

Description: http://f41da.files.wordpress.com/2008/11/gambar-kartun.jpg
Rumusan
Perhubungan antara pendekatan, kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, khasnya kemahiran bertutur adalah sangat rapat.  Dalam proses  pengajaran dan pembelajaran bertutur, unsur-unsur ini bukanlah bersendirian atau terpisah sifatnya malahan ia kelihatan berinteraksi, selaras dan menyaling.  Oleh itu, perancangan yang baik dan lengkap untuk menggunakan unsur-unsur ini akan menghasilkan satu pengajaran yang bermutu serta pembelajaran yang berkesan.








Tajuk 4

Kemahiran Mendengar dan Bertutur
·           Penyediaan Rancangan Pengajaran Aktiviti Mendengar dan Bertutur
·           Objektif, Langkah-langkah Sebelum, Semasa dan Selepas Aktiviti
·           Prinsip Pembinaan dan Penggunaan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran


Sinopsis

Rancangan Pengajaran sama ada mingguan dan harian mengandungi set pengetahuan lengkap yang menghuraikan rancangan aktiviti pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur dalam bilik darjah. Antara lain Rancangan Pengajaran Mingguan/Harian guru sedikit banyak mengandungi keterangan mengenai objektif, langkah pengajaran sebelum, semasa dan selepas pelaksanaan sesuatu aktiviti. Dalam hal ini terutamanya yang berkaitan dengan pembinaan dan penggunaan bahan bantu pengajar, prinsip-prinsip asas mengenainya perlu dipatuhi supaya tahap keberkesanaan pengajaran guru dapat dipertahankan.

Hasil Pembelajaran
1.            Menentukan objektif dan aktiviti: sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur; dan
2.            Menyatakan beberapa prinsip pemilihan, pengasilan dan penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur;











Kerangka Konsep


Menganalisis Ciri-Ciri Pelajar
 










Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif

Penyediaan Rancangan Mengajar Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur:

Komponan Persediaan Mengajar



Persediaan
Penyampaian
Penutup

Maklumat Am
Set Induksi
Kesimpulan
Pengetahuan Sedia Ada
Perkembangan
Penilaian
Objektif Pengajaran
   i.     Kemahiran Peneguhan
Tugasan
Isi Pelajaran
  ii.     Kemahiran menerangkan Ilustrasi
Ulasan Kendiri

 iii.     Kemahiran Menggunakan Papan Tulis


 iv.     Kemahiran Variasi Rangsangan


  v.     Kemahiran Menyoal



Menulis Rancangan Mengajar Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur
Menyediakan Rancangan Mengajar Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur penting, sebagaimana pentingnya guru menyediakan rancangan mengajar kemahiran berbahasa yang lain.  Cuma, berbanding dengan kemahiran membaca dan menulis, kemahiran mendengar dan bertutur merupakan asas kepada penguasaan kemahiran berbahasa yang berikutnya. Justeru, dalam usaha merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur, guru perlu lebih berhati-hati memilih dan menyediakan aktiviti  pengajaran yang lebih sesuai, tepat dan berkesan. Maknanya, guru perlu menentukan matlamat / objektif pengajarannya secara tepat meliputi aspek pengetahuan (menyenaraikan, menyatakan, menghuraikan, mengenali) kemahiran intelek (menjelaskan, menggunakan dan menyelesaikan), psikomotor (menyampaikan dan melaksanakan) dan afektif (memilih).

Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur

Perancangan aktiviti lisan melibatkan tiga peringkat berikut:
(a)          Peringkat persediaan (sebelum melaksanakan proses P & P)
Pada peringkat ini, guru sekurang-kurangnya perlu melakukan tiga perkara asas, iaitu: (i) guru menerangkan tugasan atau dengan memberi contoh-contoh yang sesuai membuat tunjuk cara mengenai apa yang akan dilakukan oleh murid dalam proses pengajarannya nanti; (ii) guru menyedia dan mengedarkan bahan-bahan (kad kiu, kad imbasan, bahan stensilan, gambar, alat tulis dan seumpamanya) yang akan digunakan dalam proses P & P; (ii) guru perlu memastikan semua alat dan bahan yang disediakan itu berada dalam keadaan baik, mencukupi, boleh digunakan dan murid tahu menggunakannya, semasa mereka membuat atau melaksanakan tugasan sebagaimana diarahkan.
(b)          Peringkat pelaksanaan aktiviti (semasa melaksanakan proses P & P)
Terdapat sekurang-kurangnya dua perkara penting, iaitu (i) murid-murid melaksanakan tugasan sebagaimana diarahkan; (ii) guru menyelia dan memberi bimbingan secara kelas, kumpulan atau berpasangan, bahkan secara individu sekiranya perlu.
(c)          Peringkat susulan dan penilaian
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, peringkat membuat tindakan susulan dan penilaian dianggap paling penting kerana pada peringkat ini guru boleh menentukan sama ada, (i) objektif pengajarannya tercapai atau tidak, (ii) murid-murid boleh atau tidak melaksanakan tugasan yang diberikan dalam tempoh masa yang ditetapkan, (iii) apakah kekuatan @ kekurangan yang terdapat dalam proses pengajaran dan pembelajaran berkenaan, dan (iv) berdasarkan maklum balas yang diperolehnya dalam perkara (i – iii), guru boleh membuat penambahbaikan mengenainya. Paling penting sebagai tindakan susulan, guru boleh meminta murid melaksanakan tindakan susulan sama ada aktiviti pemulihan (untuk murid-murid yang lemah) dan aktiviti pengajayaan (untuk murid-murid yang berpotensi cemerlang).

Prinsip Pembinaan dan Penggunaan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran

(a)          Bahan yang sesuai
Prinsip pembinaan bahan pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan: mendengar dan bertutur sebenarnya berkaitan dengan kriteria pemilihan bahan berkenaan hendaklah sesuai dengan objektif dan matlamat pengajaran bahasa Melayu (secara khusus kemahiran lisan), pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran; keadaan dan keselamatan murid-murid, suasana dan kecenderungan pembelajaran murid:


Kesesuaian dengan perkara
Penjelasan
Objektif dan matlamat pengajran
(a)       Guru boleh memilih bahan yang sesuai dan dapat membantunya mencapai objektif dan matlamat  pengajaran;
(b)       Selaras dan menepati hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia , Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kerajaan Malaysia;
(c)       Sesuai dengan kebudayaan, adat resam, kepercayaan dan amalan dalam kalangan masyarakat tempatan.
Pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran
(a)       Bahan yang dipilih hendaklah jelas dan pemilihannya ditentu lebih terdahulu.

Keadaan pelajar
(a)       Pemilihan bahan perlu sesuai dengan keadaan murid-murid yang belajar bahasa Melayu; dan
(b)       Mengambil kira latar belakang pendidikan, status sosioekonomi dan tahap pencapaian pelajar;
Suasa pembelajaran
(a)       Bahan yang sesuai dengan suasana pembelajaran akan meninggalkan kesan yang baik kepada murid-murid;
(b)       Elemen penting dalam suasana pembelajaran ialah murid-murid, guru, isi pelajaran dan bahan; dan
(c)       kesesuaian bahan yang dipilih merupakan motivasi tinggi, mendorong, menggerak, merangsang, mengarah dan menentukan reaksi murid-murid terhadapnya
Minat pelajar
(a)       Bahan pengajaran yang dipilih mesti sesuai, selari dan dengan minat dan kecenderungan murid-murid belajar.

Selain menimbang aspek kesesuaiannya, seseorang guru juga perlu memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut:
(b)          Bahan yang dipilih mesti mencabar. Tiga perkara penting dalam proses pengajaran, iaitu aspek rangsangan, pemikiran dan tingkah laku. Dalam hal ini, aspek rangsangan akan menggerakkan akal (pemikiran), kemudiannya mempengaruh tindakan (tingkah laku) seseorang.  Sehubungan dengannya,  bahan yang pilih dalam proses P & P perlu memiliki ciri-ciri tersendiri yang boleh mencabar minda dan mendorong minat murid-murid untuk belajar. Antara lain, mematuhi prinsip-prinsip berkikut: (i) bahan konkrit kepada bahan abstrak, (ii) bahan mudah kepada yang kompleks, (iii) bahan yang mempunyai fakta terasing kepada bahan yang mengandungi fakta bersepadu, (iv) bahan yang khusus kepada bahan yang umum, (v) bahan umum kepada bahan teori, (vi) bahan masa kini kepada bahan masa akan datang, dan (vii) bahan yang bersifat duniawi kepada bahan yang bersifat ukhrawi!
(c)          Bahan yang menepati objektif pengajaran. Hal ini penting kerana yang hendak diajar itu ialah subjek yang berkaitan dengan bahasa Melayu. Sehubungan dengannya, bahan yang dipilih itu mestilah mempunyai potensi untuk memperkukuh kemahiran berbahasa. Selain itu, bahan P & P yang dipilih itu semestinya juga mengandungi maklumat (fakta) tertentu.  Antara lain, perkara yang boleh diberi perhatian, ialah (i) pertautan bahan itu dengan isi kandungan, tahap pencapaian, kebolehan, minat, latar belakang, pengalaman murid-murid, (ii) urutan susunan bahan perlu teratur – mempunyai hubungan, kandungan bab kepada bab yang lain, (iii) mengandungi maklumat @ fakta penting dan kemas kini - semasa, (iv)  kosa kata yang sesuai mengikut tahap/umur murid, (v) bahan berbentuk buku perlu dirujuk kepada  kementerian dan agensi kerajaan, dan (vi) bahan – bahan berkenaan perlu mengandungi soalan latihan dan ulangkaji.
(d)          Bahan yang menarik minat murid-murid. Hal ini demikian kerana reka letak, saiz, ilustrasi dan grafik, kualiti kulit dan cara buku itu dijilid; bahan bantu mengajar berkenaan mengandungi arahan yang jelas;
(e)          Bahan yang jimat dan murah – perkara penting perlu diberi pertimbangan kerana kewajaran kosnya (munasabah);
(f)           Bahan yang praktikal – dari segi boleh guna, ekonomik – digunakan secara berulang kali, bahkan boleh dimanfaat juga dalam P & P mata pelajaran lainnya;
(g)          Bahan yang bersifat luwes -  bahan yang boleh ubah cenderung untuk diguna pakai dalam kalangan dan di antara mata pelajaran, kelas dan antara sekolah dan wilayah.
Sebenarnya, proses pemilihan bahan untuk kemahiran bertutur dan kemahiran mendengar adalah sama sahaja.  Perbincangan mengenai jenis bahan bantu mengajar untuk kemahiran bertutur itu dinyatakan sebagaimana berikut:

Aktiviti latih tubi untuk pertuturan
Aktiviti latih tubi bertujuan membolehkan murid-murid bertutur dengan baik menggunakan alatan seperti pita rakaman, gambar-gambar bersiri, carta, kad-kad imbasan tanpa gambar dan bergambar, filem dan slaid.

Aktiviti peniruan dan hafazan
Bahan-bahan untuk aktiviti peniruan dan hafazan ini selalunya disediakan oleh guru dan disesuaikan dengan kebolehan dan kematangan murid.  Contohnya adalah seperti dialog, seni kata lagu, dan petikan karangan.

Aktiviti kemahiran komunikatif
Alat yang berkesan untuk aktiviti komunikatif ialah pita rakaman video kerana melalui pita rakaman ini murid dapat mendengar contoh–contoh sebutan, nada, intonasi dan gaya pengucapan penutur dalam satu  interaksi bahasa.  Selain itu, murid dapat melihat  cara penggunaan unsur-unsur bukan linguistik seperti gerak tangan, kepala, mimik muka dan lain-lain yang dapat menyampaikan sesuatu maksud. Misalnya:
(a)          Guru menayangkan cerita Peristiwa di Sebuah Pasar Raya tanpa suara kepada kelas;
(b)          Murid secara individu meramal dan mencatat kata bual watak tersebut;
(c)          Murid berbincang dalam kumpulan kecil tentang kata bual yang diramalkan, dan menghasilkan sebuah dialog daripada kata bual yang telah dipersetujui bersama;
(d)          Dialog dibentangkan kepada kelas dalam bentuk lakonan;
(e)          Guru menayangkan semula cerita tadi dengan bersuara supaya murid boleh membandingkan dialog ciptaan mereka daripada dialog rakaman; dan
(f)           Setiap murid dikehendaki menyambung cerita tadi dalam bentuk penulisan.

Aktiviti lawatan boleh memberi pengalaman bermakna kepada murid-murid. Aktiviti lawatan boleh  membantu mereka menjalankan aktiviti komunikasi seperti perbincangan. Antara lain, aktiviti lawatan boleh dilakukan seperti melawat tempat-tempat bersejarah, kawasan-kawasan perindustrian, kawasan melombong dan tempat-tempat peranginan. Di samping itu, alat bantu mengajar dalam bentuk pandangan seperti gambar, rajah, peta, jadual, iklan boleh juga membantu murid dalam aktiviti prakomunikatif dan komunikatif.

Aktiviti pengumuman lisan
Pengumuman lisan boleh dipetik daripada pengumuman yang dibuat di lapangan terbang, di stesen keretapi, dan dalam upacara-upacara tertentu.

Perhatian kepada semua penumpang Malaysian Airlines dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu,  Sabah.  Pesawat akan berlepas pada pukul 3.00 petang.  Semua penumpang diminta masuk melalui pintu B3.
 

Description: bd05680_
 






Bahan  pengajaran yang digunakan dalam aktiviti latihan kemahiran bertutur mestilah terdiri daripada bahan–bahan yang authentic ataupun bahan-bahan yang diambil daripada sumber asal.  Contohnya, laporan cuaca, berita pengumuman, wawancara, forum, bacaan sajak, syair dan lain-lain yang diambil daripada siaran radio atau televisyen.  Penggunaan pelbagai bahan daripada sumber asal dalam pengajaran bertutur ini penting kerana bahan-bahan tersebut mengandungi ciri-ciri utama dalam bahasa pertuturan yang perlu dicontohi oleh murid-murid. 
Anda telah mengetahui beberapa alat yang digunakan untuk menjalankan beberapa aktiviti bertutur.  Sekarang mari kita lihat bagaimana beberapa alat bantu mengajar digunakan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti bertutur.

Boneka
         Description: so01380_Description: so01380_
(a)          Murid membaca dan memahami dialog Tutu dan Titi.
(b)          Kelas dibahagi kepada dua kumpulan, satu kumpulan membaca dialog Tutu, dan satu kumpulan lagi membaca dialog Titi sambil guru memainkan boneka.
(c)          Murid membaca sekali lagi secara kumpulan dan murid lain memainkan boneka.
(d)          Dua orang murid diminta membaca dialog Tutu dan Titi dan dua orang lagi memainkan boneka.  Aktiviti ini dibuat bergilir-gilir dengan murid lain.
(e)          Dua orang murid diminta melafazkan dialog sambil memainkan boneka.
(f)           Guru dan murid bersoal jawab tentang pengajaran yang terdapat daripada cerita tadi.

Bahan Kartun
(a)          Murid meneliti gambar kartun bersiri Dua  Ekor Kambing tanpa dialog.
(b)          Murid bercerita tentang gambar bersiri dengan menggunakan bahasa yang sesuai.
(c)          Guru dan murid berbincang tentang simpulan bahasa yang digunakan dalam cerita dan dari segi ketepatan maknanya.
(d)          Murid menulis cerita Dua Ekor Kambing dalam bentuk karangan.

Video dan Bahan Sastera
(a)                      Murid menonton rakaman drama.
(b)                      Murid dibahagikan kepada kumpulan.
(c)                      Setiap kumpulan diberi dua tugas iaitu memberi pendapat sama ada bersetuju  atau tidak dengan tindakan yang diambil oleh watak Hang Tuah, Hang Jebat dan Sultan Melaka dalam cerita Hang Jebat.
(d)                      Kemudian kumpulan diminta memainkan peranan watak yang berkenaan dengan membuat tindakan sendiri.


Gambar Foto (potret)


(a)                Murid diminta menerangkan keadaan emosi seorang kanak-kanak yang terdapat dalam foto yang diperlihatkan iaitu sama ada sedih, gembira, takut, marah dan sebagainya.
(b)               Murid kemudian meramalkan peristiwa yang mencetuskan perasaan demikian.
(c)                Murid diminta menyenaraikan beberapa perkara yang menarik tentang pemuda itu
(d)               Murid membuat karangan pendek tentang kanak-kanak tersebut.
 
Description: pe02043_












Kesimpulannya
Penggunaan alat bantu mengajar yang dinyatakan sebenarnya boleh diubah suai mengikut keadaan dan keperluan peringkat pembelajaran murid.  Apa yang penting ialah bagaimana murid dilibatkan secara aktif dalam aktiviti yang dilaksnakan itu – menggunakan bahasa dengan berkesan dan berkeyakinan untuk bertutur, memberikan pendapat secara kreatif dan kritis. Sesungguhnya,  keberkesanan alat bantu mengajar bergantung kepada sejauh manakah deria seseorang itu dilibatkan.  Dengan demikian, pendekatan yang melibatkan pelbagai deria melalui pelbagai bahan, media atau alat bantu mengajar itu adalah perlu untuk menghasilkan pembelajaran yang lebih berkesan dan bermakna.

Anda telah membaca beberapa jenis teknik, aktiviti dan alat  bantu mengajar kemahiran bertutur.  Sekarang sila hasilkan tiga  rancangan pengajaran harian yang menggunakan teknik, aktiviti dan alat bantu mengajar yang sesuai untuk mencapai kemahiran bertutur yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu.














Tajuk 5

Kemahiran Mendengar dan Bertutur
·           Prinsip dan Prosedur Pembinaan Instrumen Penilaian Kemahiran Mendengar dan Bertutur.





Sinopsis

Penilaian merupakan aspek penting dalam pengajaran bahasa. Pun demikian dalam pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur, aspek penilaian terutamanya perihal menentukan instrumen penilaian yang sesuai sebagai mengukur prestasi kemahiran mendengar dan bertutur  dalam kalangan murid-murid bukan sesuatu yang mudah. Justeru, modul ini mencadangkan beberapa prinsip dan prosedur memilih, menentu dan menggunapakai instrumen tretentu sebagai alat mengukur kemahiran mendengar dan bertutur salam kalangan murid.

Hasil Pembelajaran
1.                    Menyatakan beberapa prinsip pemilihan, penghasilan dan penggunaan bahan yang sesuai bagi proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur; dan
2.                    Mengemukakan bentuk penilaian aktiviti kemahiran mendengar dan bertutur.

Kerangka Konsep


Menganalisis Ciri-Ciri Pelajar
 





                                                                                     

Meneliti Semula Teks
 





Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif


Pengenalan
Kemahiran lisan: mendengar dan bertutur melibatkan kemahiran memperoleh, membuat taakulan, memproses dan kemudian menyampaikan maklumat: bertutur dengan menggunakan kaedah sebutan (intonasi) yang tepat, betul dan berkesan. Selain itu, kemahiran mendengar dan bertutur juga bermakna keupayaan seseorang menyebut frasa dan ayat-ayat yang dibentuknya dengan menggunakan intonasi yang betul dan membuat hentian mengikut unit-unit makna yang sesuai.  Nada, kenyaringan dan kelantangan suara mesti dikawal dan dihasilkan bersesuaian dengan situasi dan konteks pertuturan.  Aspek kepantasan bertutur dengan gerak anggota seperti mimik muka, gerak mata, tangan dan sebagainya banyak membantu seseorang murid menyatakan perasaan, idea dan pandangan seseorang mengenai sesuatu.  Semua ini akan menghidupkan lagi suasana pertuturan yang baik kerana ini dapat menentukan makna sesuatu ujaran yang diucapkan.
Seseorang yang dianggap petah berkata-kata, ialah seseorang yang menguasai perbendaharaan kata, memilih dan boleh menggunakannya bertepatan dengan konteks untuk menyampaikan maklumat itu dengan jelas dan tepat.  Dengan itu, dia mampu membentuk frasa dan ayat-ayat yang betul, iaitu tepat dari segi makna dan struktur.  Dia juga pandai menggunakan sesuatu perkataaan itu dengan berbagai cara dan makna yang berbeza-beza berdasarkan bentuk  binaannya yang berbeza pula.
Satu lagi aspek yang penting dalam pertuturan, ialah aspek ketatasusilaan berbahasa yang perlu diguna mengikut situasi yang sesuai.  Contohnya, bahasa Melayu mempunyai ujaran-ujaran hormat untuk mempersilakan tetamu masuk ke rumah, mempersilakan makan, meminta pertolongan dan berbagai-bagai lagi.   Demikian juga, bahasa Melayu  mempunyai sistem panggilan dan sapaan yang khusus untuk merujuk seseorang yang menjadi lawan kita bertutur. Kata sapaan itu hendaklah digunakan dengan betul dalam suatu interaksi yang kita hadapi.   Tegasnya, pengguna bahasa Melayu perlulah menggunakan bahasa itu dengan betul, iaitu tepat dari segi tatabahasa dan juga kesesuaian penggunaannya dengan konteks-konteks tertentu.   Sehubungan dengannya, penilaian dan pengujian terhadap kemahiran bertutur haruslah mempertimbangkan semua aspek bahasa dan tahu berbahasa ini. 

Bahagian-bahagian Penilaian Bertutur
Penilaian bertutur terbahagi kepada dua:
Pertama: penilaian kemahiran menyebut
Penilaian kemahiran menyebut lazimnya dijalankan dalam kalangan murid-murid pada peringkat awal pembelajaran, khususnya kepada murid yang belum boleh bertutur dalam bahasa yang mereka pelajari. Misalnya, dalam kalangan murid-murid bukan Melayu,  mereka masih memperlihatkan pengaruh bahasa ibunda yang kuat sehingga menyebabkan bahasa Melayu yang mereka gunakan itu mengalami gangguan.
Walau bagaimanapun murid Melayu juga mengalami gangguan daripada dialek daerah. Selain itu, penilaian sebutan ini perlu juga dilakukan dalam kalangan murid yang sukar membunyikan sesuatu lambang atau huruf atau bunyi daripada bunyi-bunyi pinjaman seperti kh, gh, sy, z, v, s dan f. 
Penilaian dan pengujian kemahiran menyebut merangkumi penyebutan fonem, suku kata, frasa dan ayat-ayat.  Ini secara langsung melibatkan pula unsur-unsur tekanan, hentian dan intonasi.

Penilaian kemahiran bertutur
Kemahiran bertutur merujuk kepada kemahiran berkomunikasi secara lisan dengan menggunakan bahasa, iaitu untuk melahirkan perasaan, pendapat, kehendak dan sebagainya.  Kemahiran ini memerlukan seseorang itu berfikir dan menghasilkan ayat-ayat secara spontan dan bertepatan dengan maksud yang hendak disampaikan.
Baiklah. Dapatkah anda merumuskan aspek apakah yang akan dinilai dalam kemahiran bertutur ini? Mari kita rumuskan semula. Penilaian lisan memfokus kepada sebutan dan pertuturan.  Pertamanya, untuk melayakkan seseorang itu diterima sebagai penutur yang fasih dan berkesan, ia perlulah dapat menyebut bunyi bahasa dengan betul mengikut nada dan intonasi yang sesuai dengan konteks pertuturannya, kemudian, diadun pula dengan ciri-ciri paralinguistik dan ketatasusilaan bahasa yang santun.  Keduanya, seseorang itu tidak mungkin petah berbahasa sekiranya dia tidak mempunyai kosa kata yang cukup. Dengan itu, dia juga memerlukan penguasaan perbendaharaan kata yang luas. Bersama ketepatan tatabahasa  barulah seseorang itu dapat melahirkan perasaan dan pendapat secara spontan dan tepat dengan maksud yang hendak disampaikan. 


















Teknik menguji kemahiran bertutur
Bertutur dengan gerak balas terhad

Bertutur mengikut arahan
Mengikut teknik ini, guru memberikan arahan tertentu supaya murid memberi gerak balas secara terhad terhadap arahan tersebut.  Misalnya,

Guru                :      Beritahu rakan kamu bahawa saya akan datang ke  rumahnya esok. 
Murid               :     Ali, cikgu akan ke rumah kamu esok.
Ujaran-ujaran bertatasusila boleh juga dinilai berdasarkan teknik ini. 
Guru                :        Kamu telah tersesat jalan dan telah bertemu dengan seorang tua yang tidak kamu kenali.  Tuturkan bagaimanakah kamu harus meminta bantuan daripada orang tua itu.  Kamu hendaklah menggunakan kata sapaan dan kata-kata hormat yang sesuai untuk berkomunikasi dengan orang tua itu.

Bertutur berdasarkan gambar
Di sini, gambar, peta, objek atau apa sahaja bentuk pictorial diagram perlu digunakan dan beberapa soalan dikemukakan oleh guru.  Murid perlu memberi gerak balas kepada soalan-soalan itu.

Description: DSCF0023
Guru boleh mengemukakan beberapa soalan mudah berdasarkan gambara di atas.
Misalnya:
(a)          Siapa yang dapat kamu lihat dalam gambar ini?
(b)          Apa yang sedang mereka lakukan?
(c)          Pada pendapat kamu apakah yang sedang dilakukan oleh orang yang bertutur itu? (soalan ini lebih tinggi arasnya untuk menggalakkan murid berfikir dengan lebih kritis).


Membaca Kuat
(a)          Aspek yang diuji       -    sebutan, pertuturan dan intonasi.
(b)          Bahan                        -    sederhana panjang, sesuai dengan umur   murid   dan tahap penguasaan bahasa.  Masa yang sesuai untuk membaca ialah 2-3 minit.
Kelebihan: Guru mudah membuat perbandingan kerana gerak balas murid  tetap dan terkawal. Banyak subkemahiran bertutur yang dapat dinilai seperti kecekapan menyebut bunyi, kecekapan memberhentikan pembacaan mengikut unit makna dan nahu, dan kecekapan mengucapkan ayat dengan nada, intonasi, dan tekanan yang betul.  Kelemahan: Tidak menunjukkan ciri-ciri komunikasi yang sebenar mengikut konteks kerana murid hanya membaca bahan. Oleh itu, aspek-aspek kecekapan memilih struktur kata hormat, spaan membina ayat secara natural dan spontan tidak dapat dinilai.
Bertutur Secara Berpandu
Bertutur secara berpandu memberi peluang yang lebih bebas kepada murid bertutur dengan menggunakan kemahiran yang mereka telah kuasai.  Pertuturan mereka tidaklah terikat kepada perbendaharaan kata dan bentuk-bentuk ayat soalan guru sebaliknya mereka berpeluang memilih perkataan dan membina ayat-ayat mereka sendiri.  Walau bagaimanpun, batasan masih ada, iaitu fokus pertuturan mereka itu tertakluk kepada sesuatu yang telah ditetapkan oleh guru.  Antara teknik-teknik yang tergolong dalam penilaian jenis ini ialah:

Menceritakan semula sesuatu cerita atau petikan yang diberikan oleh guru.
(a)          Guru memberi murid petikan cerita pendek;
(b)          Murid membaca senyap;
(c)          Guru membaca kuat petikan;
(d)          Murid menceritakan semula petikan yang dibaca oleh guru;
(e)          Aspek yang diuji ialah kemahiran mendengar dan memaham ( jika petikan dibaca oleh guru).  Kemahiran membaca dan memaham ( jika petikan dibaca oleh murid).  Kecekapan menggunakan kata, frasa dan ayat dengan gaya bercerita yang betul.




Membuat penjelasan atau pemerian mengenai sesuatu perkara:

·           Murid diminta mengingat atau mengimaginasikan sesuatu dan menjelaskan sesuatu mengenainya. Misalnya: percutian semasa cuti sekolah.
·           Teknik ini dapat menilai kecekapan bertutur secara spontan, tanpa bimbingan guru
 


Description: Beach07

Main peranan
Teknik ini juga digunakan untuk menguji kemahiran bertutur.  Guru perlu memikirkan situasi tertentu yang membolehkan murid memainkan peranan tertentu. Guru perlu menerangkannya dengan jelas sebelum mengarahkan murid melakonkan apa yang dikehendakinya.  Penilaian ini boleh dijalankan secara individu ataupun secara berpasangan.  Misalnya:
Pilih dua orang murid, masing-masing diarahkan untuk memainkan peranan, murid A sebagai inspektor polis dan murid B sebagai seorang awam yang hendak membuat aduan tentang suatu kes ragut yang baru sahaja disaksikannya, tidak jauh dari balai polis itu.  Minta kedua-dua murid melakonkan peranan masing-masing secaara spontan.
      Teknik ini dapat menilai kecekapan murid memilih bentuk bahasa            yang sesuai dengan situasi dan dengan penutur tertentu, di samping dapat menilai berbagai-bagai subkemahiran bertutur sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini.
Temu bual dan Temu duga
Teknik temuduga atau temubual dalam menilai kemahiran bertutur dengan cara memberi peluang yang lebih bebas kepada murid untuk bertutur dengan menggunakan kecekapan berbahasa mereka sendiri.  Teknik ini mewujudkan situasi komunikasi yang sebenar dalam kalangan penemuramah dengan penemuduga, sama ada antara guru dengan murid atau murid dengan murid.  Dengan demikian, guru boleh menilai kebolehan sebenar murid-murid menggunakan bahasa secara lisan dalam konteks sebenar.



Pemarkatan Ujian Bertutur
Terdapat  dua bentuk pemarkatan yang boleh diterapkan untuk menguji kemahiran berturur, iaitu pemarkatan secara objektif dan pemarkatan secara holistik.
Pemarkatan Secara Objektif
Pemarkatan secara objektif sesuai digunakan untuk murid-murid peringkat rendah yang belum mempunyai asas penguasaan lisan yang kukuh dan belum boleh bertutur dengan lancar.   Soalan yang dikemukakan pula berbentuk item yang memerlukan murid memberi gerak balas langsung dan bertutur dengan menggunakan ayat-ayat yang pendek berdasarkan gambar; menjawab soalan-soalan pendek yang mudah, ataupun menyebut ayat-ayat yang ditunjukkan kepada mereka dengan sebutan dan intonasi yang betul. Untuk menentukan markat yang sesuai, senarai semak mestilah disediakan dan guru menandakan pada ruang-ruang yang disediakan markat murid bagi setiap gerak balas yang mereka berikan.

Bahagian A
Baca ayat-ayat di bawah ini denganintonasi yang betul
i.                    Kami bertiga sahabat baik berlainan sekolah
ii.                   Tolong ambilkan ayah surat khabar itu.
iii.                 Dengan siapa adik bermain bola tadi
iv.                 Wah, besarnya rumah awak!

Bahagian B
Jawab soalan ini dengan menggunakan ayat yang lengkap.
i.                    Apakah cita-cita kamu?
ii.                   Mengapakah kamu memilih itu sebagai cita-cita kamu?
iii.                 Bagaimana kamu berusaha untuk mencapai cita-cita kamu itu?

Bahagian C
Teliti gambar berikut dan jawab soalan-soalan yang disediakan.


Soalan:

i.               Apakah yang dilakukan oleh orang-orang itu?
ii.             Apakah alat-alat yang digunakan oleh mereka?
iii.           Bagaimanakah cara mereka melakukannya?
 
Description: DSCF0020

Penilaian kemahiran lisan, antara lain boleh dilaksanakan melalui tugasan berikut:
(a)          memadankan – memadankan objek dengan tulisan; gambar dengan tempatnya dan memadankan harga dengan objeknya; memadankan pasangan, aspek yang berlawanan, sama dan sebagainya.
(b)          megelompok – misalnya haiwan mengikut jenis dan jantinanya; buah-buahan, tempat kediaman, kumpulan etnik dan sebagainya.
(c)          menyusun dan melengkapkan – menyusun maklumat mengikut saiz, warna, umur, kepentingan dan seumpamanya; menyusun perkataan menjadi ayat, peristiwa, isi karangan dll.
(d)          menyelesaikan masalah – menerangkan cara untuk sampai ke destinasi tertentu dengan selamat;
(e)          berinteraksi – melalui telefon, lakonan, dialog, forum dll
(f)           simulasi – main peranan dalam lakonan, forum dll
(g)          projek – perbincangan mengenai prestasi, prosedur, bahan projek: kos, pelaporan dll.



Senarai Semak untuk Pemarkatan.
Nama Murid: .....................................................................................................


Bahagian

No: Gambar

Nombor Soalan
                  Markat

 2
  
 1

 0





J =




J  =


       A

       1



       2



       3



       4



       5





       1



       2



       3



       4



       5




Nilai Markat (cadangan)
    2
Bagi jawapan yang tepat, betul sebutan, intonasi, pemilihan perkataan dan tatabahasa.
    1
Jawapan betul tetapi terdapat kesalahan yang kecil dari segi sebutan, intonasi atau tatabahasa.
    0
Jawapan salah, sebutan, intonasi, pemilihan perkataan dan tatabahasa juga menunjukkan kesalahan yang ketara.

Untuk mengubah markat kepada peratus, darabkan markat setiap bahagian dengan 2.  Misalnya, jika pencapaian murid ialah 6, 7 dan 20, darabkan semuanya dengan 2; menjadi 12, 14 dan 40.  Jumlah markatnya = 66.


Pemarkatan Secara Holistik
Pemarkatan bagi ujian lisan juga boleh dilakukan secara holistik atau keseluruhan, iaitu kebolehan bertutur yang diperlihatkan oleh murid itu diberikan markat secara keseluruhan, bukan secara perincian sebagaimana yang dicontohkan sebelum ini.  Di sini, penguasaan kemahiran pertuturan itu dibahagikan kepada beberapa pecahan dan markat diperuntukkan bagi setiap pecahan itu.  Semasa murid bertutur atau menjawab  soalan-soalan yang dikemukakan, guru mendengar dengan teliti dan memberi markat secara keseluruhan.
Bagi tujuan pemarkatan secara keseluruhan ini, kemahiran bertutur boleh dibahagikan kepada lima komponen yang besar, iaitu:
i.              sebutan
ii.             kefahaman
iii.            ketatabahasan
iv.           keluasan perbendaharaan kata, dan
v.            kelancaran pertuturan. 
Setiap komponen ini haruslah diberikan peruntukan markat yang sama berat dan perlu ditakrifkan dengan jelas supaya dapat dijadikan panduan oleh guru. 
Rumusan

Topik ini membicarakan tentang konsep kemahiran lisan (mendengar dan bertutur), penghasilan bahan, dan penilaian aktiviti kemahiran mendengar dan bertutur dalam pengajaran bahasa Melayu.  Kemahiran bertutur merupakan kemahiran yang penting, awal diajar dan perlu dikuasai oleh murid,  maka guru mesti memainkan peranan penting untuk memastikan kejayaan murid-muridnya.  Guru mesti faham, sedar dan pandai menggunakan pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan berlandaskan prinsip-prinsip tertentu.  Untuk mengesan kejayaan pengajaran dan pembelajaran itu, guru harus pula menguji kecekapan murid dengan menggunakan pelbagai teknik dan cara memberi markah.  Diharap modul ini dapat memberi kefahaman kepada anda untuk membimbing murid anda menguasai kemahiran lisan dengan baik dan berkesan.



(a)          Huraikan taktir lima komponan kemahiran bertutur yang dapat dinilai dengan menggunakan pemarkatan secara holistik.
(b)          Anda telah mengetahui bentuk pemarkatan secara objektif dan holistik. Pada pendapat anda, kaedah pemarkatan yang bagaimanakah lebih bersan untukmenguji kemahiran berbahasa Melayu?























Tajuk 6


Kemahiran Membaca
·               Matlamat dan Jenis Bacaan
·               Peringkat Pengajaran Bacaan
·               Teknik Bacaan – Intensif, Ekstensif, Skimming dan Scanning


Sinopsis

Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui tentang kemahiran membaca. Tajuk ini akan menjelaskan matlamat dan jenis bacaan, peringkat bacaan dan teknik bacaan. Empat teknik bacaan yang akan dimuatkan ialah teknik bacaan intensif, ekstensif, skimming dan scanning.
Kemahiran membaca dan memahami adalah kemahiran yang saling melengkapi. Walau bagaimanapun, kemahiran membaca mesti diajar mengikut peringkat-peringkatnya supaya penguasaannya memperlihatkan satu perkembangan yang meningkat.  Semuanya harus bermula daripada yang mudah kepada yang sukar.  Akhirnya  murid-murid dapat menguasai kemahiran membaca senyap dan memahami apa yang dibaca.  Dalam konteks ini bahan bacaan perlu dipelbagaikan dan diajar dengan menggunakan strategi, kaedah, pendekatan dan teknik yang sesuai dan berkesan.

Hasil Pembelajaran
1.1               Menjelaskan kemahiran membaca; matlamat, jenis bacaan dan  peringkat pengajaran bacaan
1.2               Menghuraikan teknik bacaan.





Flowchart: Multidocument: Peringkat Pengajaran Bacaan:
• Kesediaan membaca
• Prabacaan 
• Mekanis
• Bacaan dan Kefahaman





• 
• Prabacaan


Kerangka konsep
Line Callout 2 (Border and Accent Bar): Matlamat dan Jenis Bacaan:
• Mekanis
• Mentalis
• Intensif
• Ekstensif

•
Striped Right Arrow: Pengajaran Kemahiran  Membaca
BAHASA MELAYU
Double Bracket: Memahami Matlamat dan Jenis Bacaan serta Peringkat pengajaran Bacaan dan 
 Aplikasi Teknik Bacaan Intensif, Ekstensif, Skimming dan Scanning
























Fikirkan:

Apakah matlamat guru melaksanakan  pengajaran kemahiran  membaca di sekolah rendah? 

Arahan:

·                Sila baca dan fahami tentang matlamat pengajaran kemahiran  membaca di sekolah.
·                Setelah anda memahami matlamat pengajaran kemahiran membaca, sila fahami jenis bacaan yang boleh  anda aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran.
·                Sila berbincang dengan rakan anda sekiranya anda masih kurang faham tentang teori ini.

Matlamat

Kemahiran membaca dan memahami diajarkan kepada murid-murid supaya mereka dapat bertindak balas terhadap maklumat yang diperoleh dalam bentuk tulisan.  Daripada kemahiran ini, mereka dapat memperluas ilmu dan pengetahuan yang terakam dalam bahan bertulis.


Oval Callout: Anda perlu tahu matlamat anda mengajar kemahiran membaca kepada pelajar-pelajar !  Kini, fahami pula jenis-jenis bacaan.
Description: j0240469







Jenis Bacaan

Bacaan mekanis
Bacaan mekanis adalah bacaan bersuara dengan sebutan yang jelas dan tepat mengikut sistem bunyi bahasa Melayu. Bacaan kuat ini mementingkan sebutan huruf  dan bunyi dengan betul, membaca mengikut intonasi, nada dan tekanan yang betul . Bahan bacaan yang digunakan ialah bahan yang mudah difahami dan tidak membebankan fikiran.

Bacaan Mentalis
Bacaan mentalis dikenali juga sebagai bacaan akliah. Bacaan ini dilaksanakan dalam hati tanpa suara setelah pelajar menguasai bacaan bersuara.  Tujuan bacaan mentalis  adalah untuk memahami maklumat / idea  atau buah fikiran.

Bacaan Intensif
Bacaan intensif  adalah bacaan secara mendalam.  Bacaan ini dilaksanakan   dengan tujuan untuk  memperkembang kebolehan meneliti, memahami dan mentafsirkan perkara yang dibaca.  Bacaan ini memfokuskan kepada ciri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan bahasa dalam konteks dan situasi yang berlainan. Konsep bacaan intensif adalah untuk memperkembang pembelajaran bahasa murid;  memberi penjelasan tentang struktur yang sukar dan memperkembang perbendaharaan kata; mengkaji ciri-ciri tatabahasa; memperkembang usaha mengawal bahasa lisan dan pertuturan serta kepentingan gerak laju dan kelainan latihan.


Bacaan Ekstensif
Bacaan ekstensif adalah bacaan meluas yang dilaksanakan di luar bilik darjah. Bacaan ini menitikberatkan pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran pemahaman dan meningkatkan kepantasan membaca.  Melalui pembacaan ekstensif akan membolehkan pelajar mencari isi-isi penting. Konsep bacaan ekstensif ialah kegiatan membaca dilakukan di luar kelas; bahan  bacaan perlu sesuai dengan murid; bahan yang berbeza dan murid mendapat kepuasan, keseronokan dan terhibur.

Anda sekarang telahpun memahami jenis-jenis bacaan, lakukan rujukan           untuk mengetahui bagaimana jenis bacaan ini dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran.


PERINGKAT PENGAJARAN BACAAN

Peringkat Kesediaan Membaca

Menurut Juriah Long et.al (1994), kesediaan membaca ialah satu peringkat perkembangan sama ada faktor-faktor alam sekitar ataupun faktor tersedia yang menyediakan seseorang kanak-kanak itu untuk membaca. Peringkat ini dikatakan sebagai satu peringkat yang menyediakan kanak-kanak dengan bacaan awal atau bacaan asas. Konsep kesediaan membaca bukan sahaja meliputi pengajaran kemahiran-kemahiran sebelum bacaan, tetapi juga merangkumi setiap kemahiran sebelum kemahiran membaca secara khusus dan berterusan.  
Faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan membaca seseorang kanak-kanak ialah keadaan fizikal, pengalaman dan persekitaran, emosi dan motivasi  serta kecerdasan dan perkembangan kognitif.  Dari segi fizikal, kemampuan kanak-kanak dilihat dari sudut keupayaan alat-alat sebutannya menghasilkan bunyi-bunyi yang diajarkan, keupayaan matanya mengecam bentuk, dan keupayaan pendengarannya mengecam bunyi-bunyi. Dari segi emosi, kemampuan kanak-kanak dilihat dari segi minatnya terhadap bahan-bahan bacaan dan minatnya untuk mendengar bacaan terutamanya bahan cerita. Dari segi mental pula, kemampuan kanak-kanak dilihat dari segi keupayaannya mengingat apa yang telah diberitahu dan kebolehannya menyatakan semula apa-apa yang telah diketahuinya.
Kesimpulannya, untuk membolehkan kanak-kanak  menguasai peringkat kesediaan membaca ini,  anda sebagai guru hendaklah membimbing kanak-kanak menguasai pelbagai kemahiran lain yang akan membantu mereka mencapai kemahiran membaca dengan lebih mudah.
Sediakan latihan yang dapat mengukuhkan kemahiran peringkat kesediaan  dalam kalangan murid-murid yang anda ajar.

Prabacaan
                                                                       
Prabacaan merupakan kesediaan  murid untuk membaca. Peringkat prabacaan meliputi kemahiran pengamatan pendengaran, kemahiran pengamatan penglihatan, aktiviti koordinasi psikomotor, latihan menajamkan daya ingatan, dan latihan bahasa pertuturan. Peringkat bacaan pula meliputi kemahiran mengenal abjad hingga membaca ayat. Pada tahap ini, murid didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang boleh mendorong mereka mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran .

Untuk mencapai kemahiran-kemahiran tersebut, aktiviti prabacaan boleh dilakukan dengan menggunakan permainan huruf, suku kata dan perkataan untuk mengukuhkan lagi kemahiran tersebut.

Bacaan Mekanis

Pada tahap ini murid sudah boleh menyebut huruf, suku kata, perkataan, frasa dan ayat-ayat mudah. Mereka juga boleh membatangkan perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup yang bermula dengan  konsonan. Kaedah-kaedah membaca yang sistematik yang boleh digunakan ialah pandang dan sebut, kaedah terus, bunyi kata dan abjad atau  mengeja.

Bacaan dan Kefahaman

Kefahaman merupakan pelengkap kepada keperluan bacaan. Tanpa kefahaman terhadap apa yang dibaca  perlakuan bacaan itu tidak bermakna. Pada tahap bacaan dan kefahaman ini murid sepatutnya mempunyai keupayaan untuk mengumpul maklumat dan makna daripada apa yang dibaca dan  mentafsir dan menilai sesuatu dengan sepenuhnya tentang apa yang  dibaca.

Anda telah pun mempelajari  peringkat-peringkat pengajaran  bacaan.  Cuba  laksanakan peringkar-peringkat tersebut secara kontekstual mengikut tahap kesesuaian pelajar anda.


Teknik Bacaan

Oval Callout: Kita boleh gunakan pelbagai teknik yang telah diajar oleh guru kita. Teknik bacaan ini akan meningkatkan pemahaman kita. Description: j0343363                                                             
Oval Callout: Banyak bahan yang perlu kita baca !  
                                                                                                                                                   




Bacaan Intensif 

Membaca intensif ialah kegiatan membaca yang menuntut ketelitian dan dilakukan secara saksama. Ia melibatkan telaah isi dan pandangan terperinci sesuatu bahan bacaan. Biasanya ia dilakukan berdasarkan petikan yang pendek-pendek untuk mengkaji pola-pola kalimat, latihan kosa kata, diskusi umum dan sebagainya. Teks bacaan yang benar-benar sesuai sahaja yang digunakan, iaitu bacaan yang dipilih secara berhati-hati dengan mengambil kira bentuk dan isinya. Dua perkara yang dilibatkan dengan bacaan intensif ini adalah membaca telaah isi dan membaca telaah bahasa.  Dalam membaca telaah isi, membaca teliti, membaca pemahaman, membaca kritis dan membaca idea sangat dititikberatkan. Sementara membaca telaah bahasa, aspek-aspek yang berkaitan dengan bahasa, ditegaskan. 
Bacaan intensif  adalah bacaan yang pada asasnya  bertujuan memperkembang kebolehan dalam meneliti, memahami dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat. Ia juga memberi penekanan kajian terhadap ciri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan, serta pemakaian bahasa itu dalam konteks dan situasi yang berlainan. Latihan-latihan bacaan intensif biasanya memerlukan bimbingan dan bantuan penuh daripada guru-guru. 
Konsep-konsep bacaan intensif

(a)                Kegiatan membaca yang dikaitkan dengan usaha melanjutkan lagi perkembangan pembelajaran bahasa pelajar bawah pimpinan guru;
(b)               Asas kepada pengajar memberi penjelasan atau keterangan tentang struktur yang sukar dan memperkembang perbendaharaan kata;
(c)                Berkaitan dengan aktiviti mengkaji ciri-ciri tatabahasa, iaitu susunan kata dalam ayat dan pengertian  menurut kamus yang ditemui oleh pelajar dalam bacaannya;
(d)               Memperkembangi usaha mengawal penggunaan bahasa dalam pertuturan dan tulisan; dan
(e)               Gerak laju dan kelainan latihan adalah dianggap penting. 

Tujuan

(a)               Untuk membolehkan kanak-kanak membaca dengan baik, betul dari segi sebutan, intonasi, lancar dan tahu menggunakan tanda-tanda bacaan dengan baik;
(b)               Untuk mengembangkan kebolehan mentafsir apa yang tertulis dalam bacaan dengan mengkaji susunan kata dalam ayat dan pengertian dalam kamus;
(c)                Membaca secara senyap dengan kepantasan yang sewajarnya;
(d)               Menilai atau mengulas isi yang diperoleh daripada bahan-bahan yang dibaca;
(e)               Mengesan, memahami dan menikmati unsur-unsur estetik dalam bahasa;
(f)                Mengenal pasti laras-laras bahasa yang pelbagai; dan
(g)               Membuat rumusan atau kesimpulan daripada bahan bacaan.
  Bacaan Ekstensif 

Membaca ekstensif ialah kegiatan membaca secara luas. Objeknya meliputi sebanyak mungkin teks dalam jangka waktu yang singkat. Tujuannya adalah untuk memahami isi-isi penting dengan cepat dan menganjurkan aktiviti membaca yang berkesan. Membaca ekstensif biasanya melibatkan perkara-perkara berikut:
(a)                membaca tinjauan
(b)               membaca sekilas
(c)                membaca dangkal 
Membaca tinjauan dilakukan sebelum memulakan sesuatu bacaan. Pembaca akan meneliti apa yang akan dibaca terlebih dahulu dengan cara memeriksa, meneliti indeks, daftar kata yang terdapat dalam buku, atau melihat judul, bab, rangka kasar, kandungan dan sebagainya. Latar belakang pengetahuan seseorang akan menentukan tepat atau tidaknya, cepat atau lambatnya tinjauan dapat dilakukan.
Membaca sekilas adalah sejenis kegiatan membaca yang melibatkan pergerakan mata yang cepat untuk melihat, memerhati bahan-bahan bertulis bagi mencari dan mendapatkan maklumat dan penerangan. Ada tiga tujuan utama dalam membaca kilas. Pertama, untuk memperoleh suatu kesan umum daripada sesuatu isi bacaan. Kedua, untuk mendapat hal-hal tertentu daripada sesuatu bacaan. Ketiga, untuk mendapat bahan-bahan bacaan daripada perpustakaan.
Membaca dangkal adalah untuk mendapat pemahaman yang dangkal yang bersifat luaran atau tidak mendalam daripada sesuatu bahan yang dibaca. Membaca begini tidak memerlukan pemikiran yang mendalam seperti keadaan membaca karya-karya ilmiah.
Bacaan ekstensif ialah bacaan meluas yang menekankan aktiviti-aktiviti membaca yang dilakukan di luar kelas. Bacaan bentuk ini menekankan aspek pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran memahami, dan menaakul isi bacaan, meningkatkan kepantasan membaca, membina dan mengukuh minat membaca dan kebolehan memetik isi-isi penting. Melalui bacaan ini, pelajar-pelajar akan mendapat kepuasan dan keseronokan di samping berpeluang menimba ilmu pengetahuan. 



KONSEP BACAAN EKSTENSIF 

(a)               Dilakukan di luar kelas secara sendiri tanpa bimbingan guru;
(b)               Pelajar membaca tanpa menghadapi kesukaran dan seronok;
(c)                Bahan bacaan adalah luas dari segi perbendaharaan kata, sesuai dengan minat, umur, jantina, pengalaman, sikap dan cita-cita pelajar; dan
(d)               Bahan-bahan yang berbeza.

Tujuan

Bacaan ekstensif membolehkan pelajar-pelajar:
(a)               Membaca dengan cara tersendiri tanpa bimbingan secara langsung daripada orang lain;
(b)               Membaca dengan fasih dalam bahasa yang dipelajari;
(c)                Mendapat pengetahuan sambil berhibur;
(d)               Memperkaya bahasa - perbendaharaan kata, ungkapan, struktur ayat dan sebagainya;
(e)               Memberi peluang murid-murid terutama yang cerdas untuk meluaskan bacaan dan membina daya kreatif;
(f)                Menambah minat membaca;
(g)               Membina daya berfikir dan membentuk sikap yang baik;
(h)               Mempertingkat mutu dan kepantasan membaca;
(i)                 Memperluas dan mempertingkat tahap penguasaan bahasa;
(j)                 Membentuk tabiat gemar membaca, membuat rujukan dan menggunakan perpustakaan;
(k)               Mendedahkan murid kepada pelbagai laras bahasa;




SKIMMING

Skimming adalah satu kaedah membaca cepat dengan cara mengutip maklumat secara sepintas lalu bagi mendapatkan idea penting. Strategi skimming ini penting kepada pembaca yang hendak membaca banyak bahan dalam jangka masa yang singkat dan hanya memerlukan maklumat penting sahaja. Skimming merupakan proses melihat sepintas lalu  atas sesuatu perenggan untuk mendapatkan idea utama.

Prosedur Skimming

Langkah-langkah skimming:

(a)                Mulakan dengan menyelidiki secara keseluruhan tentang petikan. Carilah maklumat tentang pengarang, tajuk dan maksud keseluruhan tajuk;
(b)               Tentukan sumber pilihan supaya anda bersedia dengan sesuatu jenis penulisan seperti hujah, teknikal dan sebagainya;
(c)                Bacalah perenggan pertama, walaupun tidak penting tetapi perenggan ini menjadi asas untuk ‘skim’;
(d)               Semasa membaca perenggan pertama, cuba cakupkan isu utama dan konteks petikan tersebut. ‘Konteks’ ini bermakna bukan sahaja idea dan perkataan tetapi latar kepada petikan tersebut, seperti bila dan mengapa teks itu ditulis; apakah sikap pengarang dan perkara-perkara yang boleh membantu anda untuk memahami tajuk secara umum dan signifikannya;
(e)               Baca ayat pertama dan ayat akhir bagi setiap perenggan – anda akan dapati idea yang penting dan fakta; dan
(f)                 Baca perenggan akhir dn teliti – di sini biasanya terdapat unsur-unsur penyimpulan dan rumusan.
Perkara penting ialah memahami perhubungan antara idea yang dikemukakan dan selepas itu cuba mengecam maklumat sokongan. Kecepatan membuat skiming ini, berbeza-beza antara seorang dengan seorang yang lain.

SCANNING

Scanning adalah kemahiran atau keupayaan untuk mendapatkan maklumat secara cepat dan untuk mencari jawapan kepada sesuatu soalan atau maklumat secara khusus. Tujuan scanning untuk menentukan sejauh mana kecekapan kita mencari sesuatu maklumat tertentu (bukan menghabiskan bacaan dengan cepat). Kecekapan scanning bergantung kepada penumpuan mental.

Prosedur

Langkah-langkah untuk scanning:

(a)               Perkara paling penting ialah menentukan maklumat 'apa' yang hendak dicari.
(b)               Perhatikan sepintas lalu ke atas bahan dan tumpukan perhatian kepada maklumat yang di cari tanpa mempedulikan perkataan atau angka yang lain.
(c)                Untuk mempercepatkan proses scanning, gunakan jari anda dan gerakkan secara cepat ke atas barisan perkataan ketika membaca.
(d)               Anda boleh gunakan panduan-panduan yang ada seperti tajuk kecil, perkataan yang dihitamkan atau 'italic' yang mudah dilihat.
(e)               Jika anda scan daripada bahan seperti surat khabar, fokus perhatian anda di tengah-tengah kolum dan gerakkan mata anda terus ke bawah.


Syabas! Anda telah pun mahir dengan teknik membaca yang terdapat dalam modul ini. Terdapat banyak lagi teknik bacaan yang boleh anda pelajari. Sila lakukan bacaan ekstensif untuk mengatahui dan mempelajari teknik-teknik bacaan lain dan aplikasikan dalam pembacaan anda untuk meningkatkan kemahiran membaca anda.




Tajuk 7


PENDEKATAN DAN KAEDAH PENGAJARAN BACAAN
·         Pendekatan Binaan, Cerakinan, Komunikatif dan Pengalaman Bahasa
·         Kaedah  Pandang Sebut
·         Kaedah Abjad
·         Kaedah  Fonik



Sinopsis
Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui tentang pendekatan dan kaedah pengajaran bacaan.Tajuk ini akan menjelaskan pendekatan binaan, cerakinan, komunikatif  dan pengalaman bahasa. Tiga kaedah bacaan yang akan dimuatkan ialah kaedah pandang sebut, kaedah abjad dan kaedah fonik
Kemahiran membaca dan memahami adalah kemahiran yang saling melengkapi. Walau bagaimanapun, untuk mencapai kemahiran tersebut pengajaran bacaan perlu diajar menggunakan pendekatan dan kaedah tertentu yang dapat memberi kesan dalam pembacaan. Kemahiran membaca mesti diajar mengikut peringkat-peringkatnya supaya penguasaannya memperlihatkan satu perkembangan yang meningkat.  Dalam konteks ini bahan bacaan perlu dipelbagaikan dan diajar dengan menggunakan strategi, kaedah, pendekatan dan teknik yang sesuai dan berkesan bagi mencapai hasil pembelajaran kemahiran membaca

Hasil Pembelajaran
1.1               Menghuraikan kemahiran bahasa; pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran kemahiran-kemahiran bahasa
Kerangka konsep

Flowchart: Multidocument: Kaedah Bacaan 

• Pandang Sebut
• Abjad
• Fonik
Line Callout 2 (Border and Accent Bar): Pendekatan Pengajaran 
Kemahiran Bahasa :
• Binaan
• Cerakinan
• Komunikatif
• Pengalaman bahasa


• 
•







Striped Right Arrow: Pengajaran Kemahiran  
BAHASA MELAYU:
Pendekatan dan Kaedah Bacaan Asas
Double Bracket:  Aplikasi Pendekatan Kemahiran Membaca Binaan, Cerakinan, Komunikatif dan Pengalaman Bahasa. 
Kaedah Bacaan  Asas iaitu Pandang Sebut, Abjad dan Fonik
















PENDEKATAN PENGAJARAN BACAAN

Pendekatan Binaan
Pendekatan binaan juga dikenali dengan pendekatan sintesis. Mengikut pendekatan ini pengajaran bacaan dimulakan dengan memperkenalkan unsur-unsur yang terkecil terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan unsur-unsur yang lebih besar. Unsur-unsur yang kecil akan membentuk unsur yang lebih besar. Dalam pengajaran kemahiran membaca, murid-murid diperkenalkan dengan huruf-huruf terlebih dahulu. Huruf-huruf digabungkan menjadi suku kata, dan suku kata digabungkan menjadi perkataan. Kemudian perkataan akan membentuk ayat. Pendekatan ini menghasilkan kaedah abjad.

Pendekatan Cerakinan
Pendekatan cerakinan (analisis) adalah pendekatan pengajaran yang mendahulukan unsur-unsur yang besar, kemudian unsur-unsur itu dicerakinkan kepada unsur-unsur yang kecil yang membentuk struktur yang besar itu. Pengajaran kemahiran membaca mengikut pendekatan ini dimulakan dengan cerita atau ayat. Kemudian ayat itu dicerakinkan kepada perkataan, dan daripada perkataan dicerakinkan kepada suku kata dan seterusnya kepada huruf. Dengan ini murid-murid dapat mengaitkan huruf-huruf yang tiada makna (abstrak) dengan cerita / ayat yang bermakna. Jadi, murid-murid mempelajari sesuatu yang bermakna dan menarik
               
Pendekatan Komunikatif
Pendekatan komunikasi menekankan penggunaan bahasa  dalam komunikasi. Yang dipentingkan dalam pembelajaran bahasa  ialah tujuan dan bagaimana bahasa digunakan dalam situasi dan konteks tertentu. Untuk melaksanakan  komunikasi dalam kemahiran membaca, guru harus merancang pembelajaran  yang boleh mewujudkan situasi  di mana pelajar boleh berkomunikasi   dengan cekap dan tidak hanya tertumpu kepada penguasaan struktur bahasa sahaja. Pelajar perlu berinteraksi dalam bentuk kerja kumpulan atau secara berpasangan, dalam melakukan pelbagai aktiviti  bagi mewujudkan hubungan interpersonal yang positif.
Antara aktiviti bacaan menggunakan pendekatan komunikatif ialah bercerita, teater pembaca, laporan/ulasan buku dan choral speaking.
Prinsip pendekatan komunikatif:
(a)                murid mengetahui tujuan aktiviti yang dilakukannya;
(b)               pengajaran bahasa dibuat dalam konteks wacana;
(c)                pengajaran bahasa mengikuti proses komunikasi sebenar;
(d)               mempelbagaikan aktiviti komunikasi.

Pendekatan Pengalaman Bahasa (LEA)
Pendekatan pengalaman bahasa memberi penekanan kepada pengalaman atau pengetahuan sedia ada murid-murid dalam membaca. Murid-murid akan mudah memahami mesej yang cuba disampaikan oleh penulis dalam tulisannya sekiranya murid-murid mempunyai pengalaman membaca bahan yang menggunakan laras yang sama serta mereka mempunyai pengetahuan mengenai bidang yang dibincangkan.
Dalam sesuatu proses membaca, terdapat tiga peringkat pemahaman, iaitu lateral, interpretasi & inferens, dan penilaian makna. Bagi setiap peringkat, murid-murid perlu mempunyai pengalaman atau pengetahuan sedia ada untuk memudahkan mereka menguasai peringkat-peringkat tersebut. Sebagai contoh, pada peringkat lateral, murid-murid perlu mempunyai pengetahuan sedia ada mengenai ilmu kebahasaan (istilah, tatabahasa, ragam, laras bahasa, keindahan bahasa dan sebagainya) untuk mengecam tulisan yang dibacanya.
Pengalaman mereka membaca pelbagai bahan yang mempunyai pelbagai laras, susuk ayat dan sebagainya akan memudahkan mereka mengenali tulisan tersebut.  Pada peringkat interpretasi & inferens, pengetahuan atau pengalaman murid-murid sangat diperlukan untuk mentafsir makna (mesej) yang ingin disampaikan oleh penulis. Murid-murid mudah mentafsir makna sekiranya bahan yang dibaca berkaitan dengan suatu bidang yang diketahuinya. Sebagai contoh, jika murid-murid mempunyai pengalaman atau pengetahuan tentang pelancongan akan memudahkan mereka memahami teks yang membincangkan soal pelancongan. Kesimpulannya, pendekatan ini memanfaatkan pengalaman murid dalam pembelajaran kemahiran bacaan.
Seseorang guru perlu mengambil tindakan berikut;
(a)               Beri sebanyak mungkin pengalaman kepada murid-murid untuk membantu mereka memahami bahan yang dibaca. Pengalaman boleh terdiri daripada pengalaman sendiri atau pengalaman orang lain;
(b)               Bahan bacaan yang dipilih oleh guru untuk dibaca oleh murid-murid perlu sesuai dengan pengetahuan sedia ada mereka;
(c)                Sediakan bahan-bahan sokongan lain seperti gambar, grafik, bahan maujud dan sebagainya untuk membantu murid-murid menguasai konsep;
(d)               Perbincangan mengenai bidang yang terdapat dalam teks bacaan perlu dijalankan sebelum aktiviti membaca; dan
(e)               Guru perlu mempelbagaikan bentuk / laras bahan bacaan dalam pengajaran pembelajaran membaca.

Apakah kaedah pengajaran membaca yang pernah anda gunakan dalam pengajaran pembelajaran membaca?  Mungkin ada pernah mencuba pelbagai kaedah. Mari kita belajar kaedah-kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran bacaan.









Pelbagai kaedah telah diperkenal oleh pakar-pakar dalam bidang pengajaran kemahiran membaca. Setiap kaedah mempunyai kekuatan dan kekurangan tertentu. Antara kaedah pengajaran membaca ialah:

Kaedah Pandang Sebut

 





















Kaedah ini dinamakan kaedah seluruh perkataan kerana pelajaran dimulakan dengan memperkenalkan perkataan dan bukannya huruf atau suku kata. Kaedah ini dinamakan juga kaedah pandang dan sebut kerana aktiviti utamanya ialah memandang dan menyebut. Menurut Juriah Long et.al. (1994) perkataan diperkenal kepada murid-murid dengan menggunakan kad-kad perkataan. Semasa kad diimbaskan, murid-murid menyebut perkataan-perkataan itu beberapa kali. Perkara yang dipandang ialah gambar objek yang terdapat pada bahan bantu belajar, dan yang disebut ialah perkataan pada bahan yang  ditunjukkan.
Pengajaran bacaan tidaklah dimulakan dengan mengenal dan menghafal huruf atau abjad satu persatu tetapi murid-murid terus diperkenal kepada seluruh perkataan yang disertai gambar. Mengikut kaedah ini, pada permulaannya murid-murid cuba mengenali lambang lambang (abjad) secara keseluruhan, iaitu lambang-lambang yang membentuk sesuatu perkataan. Untuk boleh membaca suatu ayat yang pendek, mereka perlu mengenali banyak lambang.

Kaedah Abjad

 











Kaedah abjad ialah kaedah yang berfokus pada penghafalan abjad, pembentukan suku kata dan aktiviti mengeja. Usaha menghafal abjad dan membentuk suku kata itu bertujuan untuk  membolehkan murid mengeja perkataan, maka  kaedah ini dinamakan juga kaedah mengeja. Dalam kaedah ini, nama-nama huruf perlu dikenal pasti  dahulu melalui latihan menyebut dan menghafal dari huruf ‘a’ hingga ‘z’ mengikut susunan. Seterusnya diikuti dengan mengeja suku kata dan perkataan, huruf-huruf yang terkandung dalam suku kata dan perkataan (Juriah Long et.al, 1994). Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (2000), biasanya, huruf besar diperkenalkan terlebih dahulu sebelum huruf kecil diajarkan. Manakala menurut Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam (1985) pula, kedua-dua bentuk huruf kecil dan huruf besar didedahkan serentak.
Setelah murid menghafal semua nama huruf, pengajaran difokuskan pula pada nama dan bunyi huruf vokal a, e, i, o, dan u dengan nama semua huruf yang terdapat dalam sistem ejaan semasa. Mereka perlu menghafal nama semua huruf yang diperkenalkan itu. Setelah murid menghafal nama semua huruf dan mengenal huruf vokal serta bunyinya, pelajaran diteruskan dengan pembentukan suku kata secara berturutan Daripada suku kata itu dibentuk perkataan. Latih tubi mengeja perkataan diadakan. Lazimnya pengejaan dilakukan dengan menyebut nama huruf pada sesuatu suku kata diikuti dengan penyebutan suku kata itu.


Kaedah Fonik











Kaedah fonik ialah kaedah yang menekankan penguasaan murid terhadap hubungan antara huruf dengan bunyinya. Kaedah fonik hanya mensyaratkan murid mengingat bentuk huruf dan bunyinya tanpa mengingat nama huruf. Kaedah ini bermula dengan memperkenalkan huruf vokal kepada murid, diikuti dengan pengenalan huruf konsonan, pembentukan suku kata, dan pembentukan perkataan yang bermakna dalam satu atau dua pelajaran sahaja. Murid akan dapat membaca beberapa perkataan dengan cepat serta faham apa-apa yang dibaca.


Setiap kaedah bacaan terdapat kelebihan dan kekurangannya. Anda perlu cuba mengaplikasikan pelbagai kaedah mengikut kesesuaian murid anda . Selamat mencuba dan berjaya!













Tajuk 8


TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA
(a)          Survey, Question, Read, Review, Recite(SQ3R); Read, Review,Recite (3R); Know,What,Learn,How,(KWLH); dan lain-lain
(b)          Teknik Bercerita
(c)          Teater Pembaca


Sinopsis
Tajuk ini akan menjelaskan teknik pengajaran kemahiran membaca.  Teknik yang akan dijelaskan ialah teknik SQ3R, KWLH, RADAR, tatacerita dan teater pembaca.  Teknik yang mantap amat penting dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca bahasa Melayu. Teknik yang dipilih perlu sesuai dengan kebolehan murid, justeru dapat meningkatkan minat murid terhadap pelajaran.  Keberkesanan pengajaran bergantung kepada pengolahan teknik  yang dapat merangsang dan menggalakkan murid berinteraksi serta berfikir kritis dan kreatif.

Hasil Pembelajaran
1.1               Menghuraikan tentang kemahiran bahasa: teknik pengajaran kemahiran-kemahiran bahasa.









Flowchart: Multidocument: (a) Lingkaran Soalan, 
(b) Tatacerita
(c) Bimbingan Menjangka, Teater Pembaca

Kerangka konsep

Line Callout 2 (Border and Accent Bar): TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA
(a) Survey, Question, Read, Review, Recite(SQ3R); Read, Review,Recite (3R); 
(b) Know,What,Learn,How,
(c) (KWLH); dan lain-lain
Striped Right Arrow:   Teknik
Pengajaran Kemahiran Membaca 
BAHASA MELAYU


















Double Bracket: Aplikasi Teknik Pengajaran Kemahiran Membaca SQ3R, KWLH , Lingkaran Soalan,Tatacerita , Bimbingan Menjangka dan Teater Pembaca 




Survey, Question, Read, Review, Recite (SQ3R)

1.            SQ3R

SQ3R  ialah teknik membaca kritis yang memerlukan seseorang mempersoal kesesuaian maklumat yang terdapat dalam suatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan.
SQ3R adalah singkatan bagi;
S (survey)               -           Tinjau
Q (question)         -           Soal/tanya
R (read)                  -           Baca
R (recite)                 -           Imbas kembali atau nyatakan secara lisan
R (review)              -           Baca semula

Survey (tinjau) ialah langkah membaca untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang apa yang terkandung dalam bahan yang dibaca. Ini dilakukan dengan meneliti tajuk besar, tajuk-tajuk kecil, gambar-gambar atau ilustrasi, lakaran grafik, membaca perenggan pengenalan, dan perenggan terakhir di bahagian-bahagian buku atau teks. Di sini juga pelajar sebenarnya menggunakan teknik membaca pantas iaitu  skimming dan scanning.
Question (soal atau tanya) ialah langkah yang memerlukan pelajar menyenaraikan satu siri soalan mengenai teks tersebut setelah mendapati teks tersebut berkaitan dengan keperluan tugasannya. Soalan-soalan tersebut menunjukkan keinginan pembaca tentang maklumat yang ingin diperoleh dari bahan tersebut, dan menjadi garis panduan semasa membaca kelak. Pelajar akan cuba mencari jawapan kepada soalan-soalan tersebut.
Read (baca) ialah peringkat pelajar sebenarnya membaca bahan atau teks tersebut secara aktif serta mencuba mendapat segala jawapan kepada soalan-soalan yang telah disenaraikannya sebelum ini. Ketika membaca, pelajar mungkin juga akan menyenaraikan soalan-soalan tambahan, berdasarkan perkembangan kefahaman dan keinginannya sepanjang melakukan pembacaan. Pelajar mungkin juga mempersoal pendapat atau maklumat yang terdapat yang ditemuinya.
Recite (imbas kembali) ialah peringkat yang ketiga. Setelah selesai membaca, pelajar cuba mengingat kembali apa yang telah dibaca dan meneliti segala yang telah diperoleh. Pemilihan maklumat yang sesuai dilakukan dalam konteks tugasannya. Pelajar juga boleh cuba menjawab soalan-soalan yang disenaraikan sebelumnya tanpa merujuk kepada nota atau bahan yang telah dibaca.
Review (baca semula) merupakan peringkat terakhir. Pelajar membaca bahagian-bahagian buku atau teks secara berpilih untuk mengesahkan jawapan-jawapan kepada soalan yang dibuatnya di langkah ketiga. Pelajar juga memastikan tiada fakta penting yang tertingga.
Knowledge, What, Learn, How (KWLH)

KWLH adalah singkatan bagi yang berikut:

K (know)             -           Apa yang telah diketahui (sebelum membaca)
W (want)            -           Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca)
L (learned)          -           Apa yang telah diketahui (selepas membaca)
H (how)               -           Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan - yang berkaitan (untuk membaca seterusnya)

Melalui Teknik membaca kritis, pembaca disarankan mengingat dahulu apa yang telah diketahui, membayang atau menentukan apa yang ingin diketahui, melakukan pembacaan (bahan yang telah dipilih), mengetahui apa yang telah diperoleh dari pembacaan yang baru dilakukan dan  menentukan apa lagi yang perlu diperoleh (sekiranya perlu membuat pembacaan seterusnya).
Teknik pembacaan akan membolehkan pelajar mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan apa yang dibaca, menentukan apa yang telah diperoleh dari pembacaannya, dan menentukan apa lagi bahan yang perlu dibaca sekiranya ingin mendapat maklumat tambahan. Dalam konteks pengajaran, pelajar dibiasakan menggunakan borang menggunakan teknik KWLH.
Read, Analogize, Discuss, Apply, Review/Researsh (RADAR)
               
RADAR adalah singkatan bagi yang berikut:

R (Read)                                 -           Membaca
A (Analogize)                       -           Menganalogi
D(Discuss)                             -           Berbincang
A( Apply)                               -           Mengaplikasi
R(Review/Research)         -           Menyemak/ Menyelidik

Teknik Radar direka oleh Martin pada tahun 1983. Teknik ini membolehkan pelajar menghubungkaitkan apa yang diketahui dengan perkara yang baru. Lima langkah RADAR ialah:
R       –      Pelajar dikehendaki membaca petikan serta mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Pelajar juga boleh mendapat maklumat daripada teks yang diberi serta membandingkan dengan maklumat lain.
A      –       Pelajar menerangkan bagaimana konsep , barang, idea, tempat berhubungkait dan mempunyai persamaan.
D      –       Pelajar menyenaraikan persamaan yang terdapat pada barang, idea atau tempat. Guru membantu pelajar membuat perbandingan serta menentukan persamaan yang penting tentang konsep, barang, idea atau tempat.
A      –       Bincang secara mendalam tentang dua perkara yang dibandingkan.
R       –       Membuat penyelidikan lanjutan tentang apa yang dibincangkan atau merumus semula apa yang telah dibincangkan.
RADAR berfungsi untuk mengesan pengetahuan baru dan mengaitkannya dengan pengetahuan yang telah diketahui. Melalui kaedah ini pelajar berpeluang untuk membandingkan konsep yang akan dipelajari dengan pengalaman atau pengetahuan sedia ada pada diri mereka sendiri.

Teater Pembaca
Teknik yang melibatkan sekumpulan pelajar menghayati dan membaca skrip cerita dengan menggunakan sebutan, nada dan intonasi yang betul bagi menggambarkan sesuatu cerita yang dipersembahkan. Namun seorang pelajar akan membaca cerita dengan lancar dan nada  serta intonasi yang betul. Juga melakukan gerak  aksi yang sesuai dengan isi atau suasana cerita. Penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka paling diutamakan bagi membantu pelajar-penonton memahami dan menghayati cerita tersebut.

Langkah pelaksanaan
(a)             Memilih cerita yang sesuai dengan kebolehan;
(b)             Plot diperbanyakkan untuk dibahagi kepada pelakon-pelakon;
(c)              Pelakon memahami watak supaya dapat membaca dan beraksi mengikut dialog;
(d)             Pembaca dapat membaca dengan baik, nada dan intonasi yang sesuai;
(e)             Pelakon berbincang untuk mencari penyelarasan semasa persembahan;
(f)              Guru membimbing pelakon menjayakan lakonan;
(g)             Pelakon melakonkan watak mengikut skrip yang dibaca; dan
(h)             Pelajar-pelajar lain diberi tugas tertentu.

Rujukan Asas
Abd. Aziz Abd. Talib (2000), Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. 

Rujukan Tambahan
Bachman Lyle F. (1990).  Fundamental consideration in language testingOxford: Oxford University Press.


Brown James Dean, Hudson Thom.  (2002).  Criterion-reference language testingCambridge: Cambridge University Press.


Kiely, Richard  (2005).  Program evaluation in language educationBasingstoke: Palgrave Macmillan.


Lynch, Brian K. (2003).  Language assessment and programme evaluationEdinburg: Edinburgh University Press.


McGrath, Ian.  (2002).  Materials evaluation and design language teachingEdinburg: Edinburgh University Press.

































2 comments:

  1. salam...mohon untuk menggunakan bahan dr blog awk yer..sgt membantu..

    ReplyDelete
  2. http://twerking.erolove.in/?pictures_jocelyn
    Porn from social networks
    mens dating guide women sex khmer sex tube 50 sexiest men alive dog porn video clips

    ReplyDelete