Pages

Monday, May 21, 2012

Bermula maghrib ini satu rejab. Selamat Datang Bulan Taubat :)Kelebihan Bulan Rejab





Kutiplah kelebihan Bulan Rejab....


bermula dr lepas maghrib hari ini iaitu 21hb Mei dah masuk 1 rejab... semoga mendapat manfaat dan berkat.. amin..


 Imam Syafiie rahimahullah berkata, ada 5 malam dalam setahun, Allah SWT bukakan pintu langit, salah satunya adalah malam 1 Rejab.




Bulan-bulan hijrah datang dan pergi tanpa disedari. Hanya Ramadan dan

Syawal sahaja yang kebanyakkan kita sedar kedatangannya. Berikut adalah
himpunan kelebihan-kelebihan bulan Rejab yang boleh dimanafaatkan oleh umat
islam dengan memperbanyakkan ibadah.




1. Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah

muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.




2. Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan

bulan Ramadan bulan umatku.




3. Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Syaaban dengan malam

NISFUnya dan Ramadan dengan LAILATUL QADARnya.




4. Malam awal Rejab mustajab do’anya. ( Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)




5. Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus). Puasa

dua hari dilipatgandakan pahalanya.




6. Puasa 3 hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang

menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).




7. Puasa 4 hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada

penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.




8. Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur. Puasa enam hari

pada bulan Rejab, keluar kubur bercaya muka.




9. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.




10. Puasa 8 hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.




11. Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA

KALIMAH SHAHADAH, maka tidak ditolak dia dari memasuki syurga.




12. Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti

kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.




13. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam

syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.




14. Puasa 19 hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di

hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.




Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu.




Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala

Qalam.




17. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa

sebulan pahalanya.




18. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah

tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.




19. Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar,

dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan,
diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.




20. Setiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab

seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan
seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. Bulan Rejab
bulan Allah.




21. Bersedekah pada bulan Rejab, dijauhkan Allah daripada api neraka kerana

kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.




22. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh

dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta
ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan
mereka!




23. Barangsiapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pagi dan petang

70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api
neraka.




24. Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:

‘Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggianKu
dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu di bawah
`arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia
atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antara kau’.(dari kitab
Raudatul Ifkar)




25. Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya.

Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran
hari ISRAK-MIKRAJ.




Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan

Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga
Firdaus.




Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya

(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun. Diampunkan baginya 70
dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya
daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang
suhuf (ketika Quran dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.




REJAB bulan menabur benih. SYAABAN bulan menyiram tanaman. RAMADAN bulan

menuai.




REJAB menyucikan badannya. SYAABAN menyucikan hatinya. RAMADAN menyucikan

rohnya




REJAB bulan taubat. SYAABAN bulan muhibbah. RAMADAN dilimpahi pahala amalan.




p/s : selamat beramal :)

No comments:

Post a Comment