Salam semua!
Tibalah masanya nak cerita pasal hanimun bajet 2bulan lepas.
Teringin nak hanimun tapi rasa macam mahal? ahhh..kita set la sendiri..tak payah guna travel agensi yang memang kompom akan mark-up harga.
So kat sini la kami menginap sepanjang 4hari 3 malam kat Aonang, Krabi Thailand.
Aonang Orchid Resort.
Book thru expediaaaa..dum..dumm! hahaha..kalau yang tengok iklan kat TV taw la kenapa ada sound effect tu.
Personal review, hotel dekat dengan main attraction, jalan kaki je dah boleh jumpa kedai makan, pantai, ATM dan lain2..Just bilik kurang best! sebab dapat bilik menghadap jalan/belakang bangunan..request for honeymoon deco tapi mcm biasa je,aku expect lebih sgt kot! hahahaha. And better amek pool view. Pool besar n cantik! Aku dah reqquest, tapi kena tambah duit la pulakkk,..pe laa..hadap muka suami pon tenang jugaaaa~ gituwww~ hahaa
Kami ambik breakfast pakej. Ini sumpah best! tak payah nak cari bekpes pagi2 ntah mana-mana. Turun je bawah, pilih je nak makan ape. Semua HALAL!
Hotel ni aku ambik mainly sebab ada makanan halal.Best ada makanan berat n ringan. Haha..roti,dessert,buah,nasi,telur cheese, nasi air dll!
Nasi air dia sedap oi! Taklupa telur cheese panas2 dia.fuuhhhhh best!!
FYI, Pekerja hotel ni tak berapa pandai cakap omputih.
Macam cakap ayam n itik u knowww. Iron xde, Aku mintak Iron dia jawab, 'Broken, kap'. 'No, kap'.
Ishhh,,geram pulak aku kap-kap-kap ni. Nasib baik baju2 n tudung2 tak perlu sgt iron. HAHA
So tentatif kami ialah :
Naik flight AirAsia kol 4.30 ptg. Sampai je airport dlm kol 6ptg, naik bas pegi hotel. Penat n lama sikit tapi murah! hahaha..2 orang 300 baht je. kalau naik Van or teksi private sorang dekat 250baht taw. Jimat sket tang tu, Sampai hotel pon dah hampir kol 7ptang. Bas tu turunkan betul2 kat hotel. Dah settle check in semua,mnd2 n rehat2. Pegi makan area hotel, then jumpa la tempat booking utk aktiviti esok. Kami book elephant treckking,emerald pool & hotspring dengan 1000baht sorang sekali lunch. Murah maybe sebab time tu low-season. Orang tak ramai sangat.
Atas ni gambar kami kat Emerald pool. Cantiknyalah! Tapi nak jalan ke sini pon jauh gak lbih kurang 2km. hahah.
Kat kiri ni kami ke Elephant treckking. Naik je la gajah tu. golek2 pusing satu hutan. HAHA.
Guide masa ni best! dia tak naik pon atas gajah. Dia bagi arahan dari bawah je. pastu tolong amek beribu gambo shacking. HAHA.
Dah pusing2 dalam 30-45minit, masuk dalam air plak dia mandi. SO kami pon mandi la sekali dia. KAH!
Sebelum turun, guider mintak tip. ceit.ingat ikhlas :p
Nak share kat korang kedai makan super best, murah, sedap n ada WIFI n AIRCOND! HAHA. dekat 3 kali makan dekat kedai ni.
Nama kedai ni Cucumber Restaurant. Betul2 depan hotel aku ni. Takde la depan betul2, depan n selang 2-3 kedai :P
Pancake dia sedap oiiii! Green Curry, tomyam, somtham. THORBAIK! yang paling terbaik n buat aku terliur2 sampai sekarang PULUT MANGGA!! alahai sedap gilossssss!!
Coconut icecream makan kat pasar malam Krabi. Sedapnya sumpah!
Banana Nutella pancake kat cucumber restoran atas ni. kat pasar malam pon tak best macam kedai ni.
Tapi nak diingatkan, makanan sana memang mahal dik nonnnn! sekali makan je dah 550++ baht untuk 2 orang. Duit kita tu dah dekat 60ringgit la.
Nasi goreng pon dekat 10 ringgit. T____T
Syukur Malaysia masih amannn. t____t
Yang ni scene paling best. Bercinta kat pulau. haha. Post wedding katanya. Auummm! haha
Abis post wedding ni, maka tenang la hati jemah. Rancang hal-hal kawen dari dulu.
Dari majlis bertunang-nikah-kawen-hanimun plus post wedding.
Phewwww! I'm a happy married women.
Gitewwwww.
Okeh sebelum aku melalut, ni total expenses kami berdua ketika kat Krabi haritu.
Day 1 : (tiba +check in hotel)
300 baht -airport transfer + 2000baht - pakej elephant/emerald pool.+ 575 baht dinner at aonangthai seafood (nasi goreng+tom kha soup+nasi kosong+ air semua utk 2orang) .+ 280 baht baju i <3 krabi.="" p="">3>
Day 2 : (emerald pool/elephant treck + Krabi Night market)
130 baht -selipar (suami i takut selipar dia rosak,so beli baru. Nasib baik beli gak sbb aktiviti lasak) + 120 tip for guider elephant + 20 baht coconut icecream + 240 baht (tuk-tuk untuk ke Krabi night market untuk 2orang) + 2500baht (sourvenier untuk both family&friends) + 70 baht (pancake & keropok) + 490 baht (makan di cucumber restaurant. SEDAP!berbaloi~)
day 3: (island hoping +leisure time)
1460 baht (hong island) + 638baht (lunch di lacasa restaurant. Takdap sgt) + 250baht (dinner di cucumber lagi)
day 4 : (balik Malaysia laaa)
300 baht (airport transfer dari hotel ke airport naik van.selesa dr naik bas. harga sama! haha..beli tiket kat area hotel)
SELESAI. total belanja kat sana untuk aktiviti, makan, souvenier n airport transfer dalam 13000baht. dalam RM1500 la. tu untuk 2 orang.
Diingatkan tiket flight n hotel lain. untuk 2 orang tak sampai 1000. dalam 900 gitu. haaa..total semuaaa dalam RM2500 ok la kan.
Still dalam bajet gituuu..nak jalan jauh maybe setahun sekali je. Sekali sekala yedakkk nak hepihepi lakibini. haha.
Aku dah gatal tangan nak ajak somi berjalan kat mana plak pas ni. Maldives? Bali? Boracay? Korea? Jepun?? hahaha, Makaaaa, marilah kita menabunggg~!
Till then, XOXO. Gituuuu!
1 comment:
wah wah seghonoknyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. hik hik
Post a Comment