It's Aida4eva

The common life of a homosapiens.

Wednesday, April 25, 2012

Wordless Wednesday


Kemain ye sengih nampak semua gigi.
haha. comei!

eh? dah baru lah dashboard ni.


pembaharuan dashboard pula.
aku tak berapa suka dengan pembaharuan.
sebab tu lah aku tak tukar guna time line dekat fesbuk.

ye la..tak kenal maka tak cinta kan?
nak buat macam mana?
aku seorang yang setia.
awwwww.
*lempang lelaju kuasa kuda*
T___T


Tuesday, April 24, 2012

sushi sushi king king

salam semua!
mari cuba sushi king murah-murah.
sepinggan 2 ringgit jewww~

aku pun baru 1st time try ni.
#noob 
not bad.
 T__T

percubaan hanya berjaya 4 pinggan sushi.
tapi tu pun dah kenyang.
alhamdulillah 
:) 

hasil pengumpulan pinggan untuk 4 orang adalah....
*infiniti*
haha. ape lah yang aku repekkan ni 
T___T 

maaf. angle gambar menampakkan aku gemuk.
padahal takkkk.
*ayat sedapkan hati* 
fine fine aku gemok dah
(X____X) 

mai pilih-mai pilihhhh
:D

p/s : ada yang kata haram sebab ustaz azhar tu kata kan. tapi baca tak dia kata apa? yang diragui masaknya mentah atau sempurna masak sesuatu makanan ni. macam aku makan yang tempura goreng2, nasi2, tu tak diragui lah. bila diragui tu yang jatuh hukum haram. fahimtum?

wallah'hualam~ 

Thursday, April 19, 2012

Ayat pendinding rumah (memagar rumah dengan ayat al-quran)

 sekadar perkongsian.



Ayat-ayat Benteng Pertahanan Diri, Keluarga dan Rumah daripada ancaman serta gangguan syaitan yang direjam.

Ada lima jenis benteng pertahanan diri, keluarga dan harta benda yang boleh diamalkan seperti berikut;
 i. Al-Muawwizat ( surah 3 qul)
ii. Ayatul Kursi
iii. Iqamah
1.0 AL-MUAWWIZAT (PELINDUNG-PELINDUNG) (surah 3 qul)

BACAAN Al-Muawwizat iaitu;


1. Surah Al-Ikhlas
2. Surah Al-falaq

  
3. Surah An-Naas   






2.0 AYATUL KURSI
BACAAN
(ayat di rangkap terakhir ayatul kursi ini (seperti ayat di bawah) diulang sebanyak 7 kali)




Terjemahan;

Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.

3. IQAMAH

 Terjemahan :

 Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah,
Aku bersaksi bahawa Muhammad adalah Pesuruh Allah, ه
Marilah menunaikan solat,
Marilah merebut kemenangan,
Berdiri untuk sembahyang, (dua kali)
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
Tiada tuhan selain Allah

CARA-CARA Melaksanakan :
Bacakan kesemua ayat di atas di setiap penjuru rumah bermula di bahagian kanan pintu dan ditiup atau direnjis dengan air yasin sebanyak 3 kali. 
lakukan di keliling dan setiap penjuru dan berakhir di bahagian kiri pintu rumah. 

p/s : wallahualam..

Tuesday, April 17, 2012

makan steambot dan grill sampai se'eh.

salam semua!
minat steambot? bakar2? 
kini kalian boleh makan dua-dua serentak!
haih. macam iklan pulak.
T___T

ni dekat tepi stadium selayang.
sorang 19.90 kalau tak silap.
murah eyyhhh.
ari tu makan kat nilai, rm27..
konsep yang sama tapi lagi banyak benda boleh bakar n rebus lah. 
yang ni suam-suam kuku je.
tapi makan sampai se'eh kata banner kedai ni.
memang kenyang pon! 
 proses merebus dan membakar dijalankan oleh para gentlemen :)
yang ladies tukang sumbat dalam mulut saja. sekian 
:D 
nampak tak keterujaan beraku di situ.
sila telan air liur anda slow2 
:P 

macam tak banyak kan?
sebab ape?
sebab semua dah masuk mulut!
haha
dak dina kerjanya tolong ambik air n amik mee nak rebus.
bosanlah tu dia. perut kecik. cepatlah kenyangnya. 

finally! 

bila dah kenyang buat ape?
menung lah tersandar kekenyangan.
mama n dina menung sama-sama dah ngantok kenyang sgt :D

 pegilah try ye pada yang berdekatan.
murah dan mengenyangkan :)

sekali-sekala apa salahnya kan .
gambo kedai lupa amik. sekian.
haha.
nama kedai ni 'Asapanas Bistro' makan sampai se'eh' kalau tak silap.
memang tepi stadium selayang tu je.



p/s : makan dengan keluarga lebih terasa nikmatnya :) 

Monday, April 16, 2012

Website Check peratus lemak dalam badan, berat badan ideal, peratus metabolisma badan(BMR), dab Body mass index (BMI) anda di sini. #PENTING


salam semua!
pagi tadi aku ada pegi kiosk helath chek up.
hasilnya?
terus rasa down.
rasa nak diet laju-laju, jogging laju-laju.
haha.
hiperbola. sekian.

korang pun penting taw check semua ni untuk keep in track korang punya kesihatan.
bagi yang susah nak pegi check dekat klinik or hospital tu,
sini ada website untuk check.

pilih nak check yang mana, dan sila right klik gambar tersebut untuk ke sana ya :)

tapi pilih metric units ya kawan2.
untuk memudahkan kita ukur apa2 lah.
sedia pita tape untuk kira lemak semua tu.
:)

 
berat badan yang ideal.

boleh tengok berat apa yang sesuai untuk kalian.
supaya senang korang dah target.
dah dapat tu, maintainkan je lah :) 

 
kira BMI
sama lebih kurang macam atas tu ha.
tapi ni untuk lebih nampak kita punya berat limit sampai mana
kalau dah normal, jangan target nak underweight ye.
melampau namanya!
haha


 yang ni untuk tengok kadar metabolisma kita.
kalau tak silap, makin rendah tahap metabolisma, 
makin senang kita nak gemuk.
begitulah sebaliknya.
tapi..tapi..
semua ni bergantung juga untuk corak pemakanan kalian!
ingat naaaa~
 dan untuk bantu BMR ni, kita kena bersenam sekurang2nya 20 minit setiap 3 kali seminggu.
T____T

haaaa~
ni paling gerun!
part ni aku fail. haih
T_____T

kandungan lemak dalam badan.
ingat! tak semestinya kalau ringan, kurus, lemak tak banyak dalam badan.
pasal tu lah kena ambil ukuran berat, leher, pinggang dan pinggul.
pinjam la pita tape mak korang untuk menjahit tu jap kalau tak de :)
tak pun beli lah.
tak sampai rm2 pun tape tu haaaa.
:)


selamat mencuba.
sihat demi kesihatan yang berpanjangan.

p/s : jom sukan!


Friday, April 6, 2012

order barangan HPA, Kordial roselle untuk rawatan resdung @ masalah stress, kismis minda untuk melindungi hati & melawan bakteria mulut, atau kopi diet radix untuk badan bertenaga dan menjaga badan.


mai beli!
produk HPA ni!
produk dijamin 100% halal


kordial roselle rm 15
Kelebihan pengambilan kordial Roselle ini ialah:

1. Anti Penuaan

2. Pencegah penyakit kardiovaskular

3. Demam panas/selesema

5. Rawatan resdung (alahan)

6. Stress atau sukar tidur (Insomnia)


kismis minda ( RM10)
khasiatnya..
Melindungi hati.
Memperbaiki sirkulasi (termasuk bagi kondisi seperti varicose veins, bengkak, lebam (bruise) dan kabur pandangan).
Melawaskan pembuangan air besar.
Memperbaiki tone dan keanjalan kulit.
Membantu pelajar meningkatkan memori dan hafalan (tradisi perubatan Islam).
Melawan bakteria mulut (oral bacteria) yang menyebabkan pereputan gigi.



radix coffe diet
rm 18
Kelebihan kopi diet boleh diukur selepas tiga hari meminumnya dengan dos minima 2 cawan sehari iaitu pagi dan petang. Tubuh akan terangsang menjadi bertenaga dan sangat sesuai bagi mereka yang bekerja yang melibatkan tenaga fizikal. Ada sedikit gula digunakan bagi mendapatkan imbangan tenaga dalam sinergi kopi diet. Kopi ini dijangka akan menjadi minuman nombor satu khususnya bagi mereka yang mementingkan kesihatan. InsyaAllah.

kalau berkenan, sila PM link bawah ni ye :)
klik link message bawah ni dan order ye.




Thursday, April 5, 2012

Download Instagram for android


salam semua.
setelah seminggu.
fuh.
bizi nih. tapi sat nak amek udara kejap.

sekarang officially menjadi pengkaji jurnal ye puan-puan, tuan-tuan.
T___T
nak mencari jurnal satu hal. nak kaji , nak rumus lagi. haih


ha. kenal tak application ape atas ni?
instagram.
tepat!
sebelum ni kan hanya untuk pengguna iphone. semalam baru launch untuk para pengguna android.
dengan app ni kita leh edit gambar n terus update dekat sosial network kita samada fb, twitter, tumblr or foursquare kita .
alaaa~ korang lagi pandailah daripada aku.
:) 
pi download lekaih kat link bawah ni :)
klik saja lah naaaa! 


p/s : tata! :) 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...